Anyway, aku semalam ada terfikir psl nak revise diri sendiri. Apa yang dimaksudkan dgn revise diri sendiri? revise ni study, mengulangkaji...so senang citer adalah menilai kembali diri kita. mmg la susah sebenarnya nak mengaku kita ni lemah, buruk, dan perangai teruk tp itulah kita; human being....lots of flaws.
Aku terpikir nak revise diri aku selepas a few incidents yang aku rasa tak perlu aku ceritakan tp membuatkan aku sedar dari fantasi (no more dueng in wonderland). Dunia yang aku duduk sekarang ni penuh dgn harapan yang tak berkemungkinan untuk aku capai....dan lebih tepat lagi hanyalah satu ilusi indah yang datang hanya untuk melukakan hati aku. Tapi aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku pernah ada fantasi yang indah camtu. Oklah, ni lah list benda-benda yang aku rasa psl diri aku.
Perangai buruk orang kat aku:
Biarpun aku selalu cakap aku tak kisah psl berat badan aku tp sebenarnya aku kisah jgk. Yer lah, kalau tiap-tiap kali aku balik kampung (rumah mak bapak aku), asyik dengar orang tegur yang aku ni makin besar. Aku ingin jgk nak turunkan berat badan tp entahlah, hidup ni enjoy sgt, happy sgt...takleh aku nak kuruskan badan. dah ler aku ni mmg senang jer nak tambah berat (semulajadinya begitu) tp nak turunkan berat sikit nyer payah, so makin la takder motivasi nyer nak turun kan berat badan. Aku paling pantang orang kutuk-kutuk aku cakap orang badan besar ni malas (even mmg aku malas pun) tp aku paling benci orang guna alasan badan aku besar nak suruh aku wat kerja yang aku tak suka. Aku bukan takleh nak tolong orang lain wat kerja tp jgnlah babitkan badan aku. Apa ingat korang bagus sgt ke??
Lagi satu, bila aku mintak tolong orang je mesti ada yang cakap, "Gerak arr sikit, psl tu badan ko besar", dan aku mmg anti dgn word gini. bukan aper, bila aku mintak tolong mulalah kasi alasan badan aku tp bila korang mintak tolong aku senyap jer. Aku tolong korang tak pernah aku merungut biarpun kekadang aku ketepikan hal aku dulu semata-mata kerana korang tp bila aku mintak tolong, gitu plak korang cakap. Kalau dah malas, cakaplah malas....jgn kaitkan dgn perkara yang tak berkenaan. Aku bukanlah nak ungkit apa yang aku tolong, tp sabar pun ada had jgk. Bila aku mintak tolong...mulalah memacam alasan keluar. Tp bila korang mintak tolong, kasi alasan apa pun aku terima...aku tak pernah argue, sebab kenangkan yang kita semua ni member-member jgk. Tp bila korang buat aku gitu, aku kecik ati wooo. bukan sekali dua tp dah byk kali. Aku tahu la aku ni tak sehebat korang tp aku jgk ada perasaan...cakap biarlah bertapis sikit mulut tu, tak reti ke nak jaga ati orang lain. Aku tahu la kekadang aku pun mulut cabul jgk tp ada had la.
Lagi satu, aku benci gile bila ada orang kedekut dgn aku. Aku tak pernah nak buat mende gini dgn sengaja (kalau jadi tu mmg aku tak sengaja lah) tp still ada manusia yang pentingkan diri sendiri tak mahu orang lain tahu psl mende yang dia tahu. apa yang korang nak pertahankan sgt dgn benda yang korang tahu/ada tu??? Ada info psl mende-mende yang special sikit mulalah takmo share, aku ada info aku share jer dgn korang....korang plak wat bangsat dgn aku. Ni yang wat aku emo ni. Aku bukanlah nak harap korang datang sembah kat kaki aku cakap ada info psl certain benda tp just mention kat aku boleh tak?? aku bukan mintak lebih tp jgn lah tamak sgt. orang camtu tak selamat hidup dia kat dunia ni. Asyik nak bolot sendiri jer...at last bila korang mati nanti mandi dan tanam sendiri lah mayat korang since perangai bangsat camni mmg buat semua orang bengang (hey....bukan aku sorang jer yang menyampah perangai gini). apa kejadahnya korang kedekut, duit dan info yang korang ada tu bukan boleh bawak masuk kubur. tak pikir ke perasaan korang bila korang dipinggirkan camtu?? korang sure rasa terhina tp dalam kepala hotak tu tak pernah nak tanam perasaan yang sama bila buat kat orang lain. itu yang aku panggil 'kawan yang bangsat'. aku pernah jgk beberapa kali kena dan tobat lah aku tak share apa-apa yang aku rasa penting bg aku lagi dgn dia. Kawan camtu tak elok disimpan lama-lama, nanti berkarat hati aku yang suci ni (even tak berapa suci tp ada lagi la part baik nya).
Perangai buruk aku:
Ha....tu perangai buruk orang kat aku, ni plak perangai buruk yang aku rasa takleh nak elak. Aku ni kekadang tertegur @ tercakap @ tersebut mende-mende yang tak patut aku sebut. Adeh lah, kekadang mmg boleh wat orang lain kecik ati. Sorry arr kalau selama ni aku laser sikit. Aku cuba ubah part ni. Tp besenya kalau aku laser sebab ada orang wat aku panas.
Perangai aku yang tak suka kalah. Ni lagi buruk, aku kalau aku dah pikir aku betul, mmg sampai perang besar lah. Aku ni mmg takleh nak kalah especially bila aku pikir benda yang aku buat tu adalah betul. Dan bila korang argue jgk, ha...apa lagi, perang lah. Kekadang aku malas nak argue sebab aku lebih suka tgk orang yang nak argue tu tgk kebenaran apa yang aku cakap ni pada masa depan. Disaat tu, aku akan senyum jer since aku tahu aku dah menang. Biarpun terasa berasap jgk kepala tahan marah tp that the best way to win clean. Lets the ppl who involved feel the consequences. Saat tu terasa nak cakap padan muka je tp karang kena cop kejam plak. pernah jadi kat aku selalu nya kat rumah; bila aku gaduh besar dgn mak aku.
Kesimpulan:
Kekadang bila aku pikir semua mende yang pernah jadi kat aku ni, terasa amat sgt yang dunia ni kejam. Tak sanggup rasa lagi nak tanggung rasa marah, bengang, dan bersalah ni. kekadang perit sangat bila aku ingat balik sampai kekadang hasutan syaitan yang nak suruh aku benci orang yang buat kat aku tu untuk selama-lamanya. sebab tu kekadang bila dah jadi, aku tak pikir dah lepas tu. kecuali bila ada lagi mende yang sama jadi, makin dalam luka kat hati aku ni. Aku bukanlah harap diri aku ni disayangi gila-gila tp cukuplah jgn berlaku kejam lagi kat aku. Aku kekadang terpikir jgk, apalah dosa aku yang korang wat aku gini. maybe sebab aku ni dilihat lemah dan mudah dibuli kot. entah arr....makin aku pikir, makin kompleks aku rasa, makin low aku nyer self esteem.
Dah byk kali jadi dan aku rasa aku perlu luahkan kat something/someone. Kekadang aku cakap dgn orang yang aku boleh caya seperti akak aku, kengkawan aku (terima kasih kerana sudi mendengar). Kalau dgn akak aku, siap kekadang tertumpah jgk air mata lelaki aku ni....kekadang aku dah tak tahan bila jadi lagi benda gini...hina sgt ke aku ni sampai ada orang sanggup wat kat aku gitu?
Sebab tu bila aku pikirkan, aku mmg rasa takleh nak maafkan orang yang pernah melukai aku tp bila pikir-pikir balik ketika akal aku waras, aku rasa aku patut maafkan jer. tp aku harap sesape yang pernah buat dan terasa bersalah, ketahuilah aku dah maafkan korang tp jgn lah buat lagi. Aku tak sanggup nak tambah dendam dalam hati aku ni. Jgn buat aku menyampah kat korang berkali-kali sebab kalau tak aku hanyalah akan berlakon jadi baik tp sebenarnya dalam hati aku ni tuhan jer tahu betapa menyampah nyer aku kat korang. Jgn biarkan aku sampai ke tahap tu dan frankly speak, only few ppl jer yang berjaya buatkan aku sampai ke tahap tu. Takyah la aku sebut nama derang tp orang yang tahu akan perasan. Ah....dah la tu, makin aku tulis....makin emo aku.
(Hasil penulisan diatas ditujukan kepada mereka yang pernah berkelakuan seperti diatas. Aku bukan bermaksud nak memalukan sesape tp just nak bg ingatan yang aku AMAT TIDAK SUKA perlakuan diatas. sesape terasa aku mintak maaf, aku tak bermaksud melukakan sesape, just a matter aku meluahkan perasaan aku. Harap semua orang paham.)
"Life is like a rollercoaster"
