Last week aku ada ushar satu movie yang best yang bertajuk "I Am Sam". Citer dia simple je, pasal seorang ayah nama Sam Dawson (Sean Penn) yang retarded a.k.a terencat akal. Dia ni ada seorang anak bernama Lucy Diamond Dawson (Dakota Fanning). Anak dia ni dia dapat dari kesan berseketiduran bersama dgn perempuan jalanan bernama Rebecca. So, Sam ni jagalah anak dia, Lucy ni dgn penuh kasih sayang even dia ni retarded. Susah payah dia jaga budak Lucy tu dan masalah first yang dia hadapi bila dia tatau yang anak dia ni tgh kelaparan. Anak dia menangis sepanjang malam....sampailah jiran Sam bernama Annie tolong Sam ni jaga anak dia. Lupa nak cakap yang IQ Sam ni hanyalah setaraf budak berumur 7 tahun so apa yang terjadi bila anak dia nak masuk 8 tahun? Saksikan bagaimana kasih sayang menguasai IQ. Nilai kemanusiaan dan bagaimana menghargai apa yang ada disekeliling kita.
Interesting part:
Part paling menarik dalam movie ni adalah korang dapat tahu pasal The Beattle. Keseluruhan cerita ni psl The Beattle...apa yang jadi dalam album derang, apa yang jadi dalam hidup derang, dan memacam lagi yang berkaitan dgn The Beattle. Memang menarik untuk orang yang tak tahu The Beattle utk kenal dan belajar psl The Beattle.
Moral of this movie:
Hargailah parent anda. Bak kata aku, "Mak bapak korang takder spare part kat kedai...kalau awek tu ada beribu lagi korang boleh carik, so takyah la nak buang mak bapak kerana seorang yang belum tentu jadi bini korang".
Pandangan aku:
Citer ni waktu first time aku tgk memang buat aku menangis gila-gila dan sebaik saja abis tgk, aku terus call mak aku mintak maaf dosa-dosa yang aku pernah buat dgn dia. Dosa menipu mak aku, dosa buat mak aku susah hati, dosa aku gaduh dgn mak aku, dosa lawan cakap mak aku dan macam-macam list dosa yang pernah aku buat. Dan mmg betul la orang cakap...kalau ko mengaku sungguh-sungguh, memang orang lain dapat rasakan keikhlasan hati korang. Mak aku cakap dia tahu aku ada buat semua mende tu kat belakang dia dan dia dah lama ampunkan aku. Terharu sungguh aku dengar bila mak aku cakap gitu.
Maybe akan ada orang akan cakap yang aku ni bukanlah anak yang baik, aku bukanlah orang yang alim gila-gila tp psl mak bapak aku mmg takleh terima kalau ada orang sanggup peleceh. Apa korang ingat korang boleh jadi mak bapak yang baik kalau diri sendiri pun tak pernah cuba nak jadi anak yang baik? Cam Dr. Lee cakap dalam movie "Drumline" , "If you can't follow, how you can lead?". Macam dalam citer ni, apa yang paling buat aku tersentuh sekali ialah ikatan kasih sayang antara Lucy dan Sam. Derang ni saling memerlukan satu sama lain dan aku tak nampak sebab kukuh untuk derang berpisah adeh...terbocor la plak jalan citer.
Part yang buat aku paling sedih adalah bila Lucy marah ayah dia waktu ayah dia datang melawat kat rumah foster parent Lucy. Lucy marah-marah dan pukul-pukul ayah dia dan apa ayah dia cakap "Can you not mad at me just one second". Then, bapak dia bacakan surat yang dia tulis semalam... even IQ dia rendah tp dia berusaha gigih gile nak tulis surat kat anak dia. Dia cakap waktu dai tulis surat tu the word become bigger. Pastu, kat last surat tu ada tulis camni :
P/s: I love you, just like the song....
Wah....Sam cakap ayat tu sambil nangis dan ulang dua kali. Lucy pun nangis gila-gila sebab dia terharu ayah dia sayang dia sampai camtu sekali.
Dan aku rasa movie ni paling sesuai untuk mereka-mereka yang merasakan diri mereka sangat hebat sampai sanggup abaikan mak bapak, sanggup buang mak bapak kerana awek, sanggup buang mak bapak kerana cinta.....kepala hotak cinta kalau cinta dgn ibu bapa pun korang boleh buang. Ko ingat awek korang yang kasi korang lahir, yang kasi korang besar, yang kasi korang sekolah, yang jaga korang masa kecik? Suka hati jer nak buang mak bapak sebab awek. Kalau mak bapak korang nak buang korang, dari dalam kandungan lagi dah boleh nak hapuskan korang. Dah le nak besar tu jadi beban mak bapak....kalau takder korang mak bapak korang dah boleh jimat juta-juta dah. Boleh guna duit tu wat beli Mercedes ke, banglo barang sepam dua. Kalau betul awek tu sayang kat korang, surely dia kena sayang mak bapak korang dulu. Perempuan camtu la baru boleh dibuat bini......kalau tak, lawa camner pun takyah la korang simpan since dalam hati perempuan tu dah sedia rasa nak buang mak bapak korang. Ingatlah syurga itu dibawah tapak kaki ibu....bukan bawah tapak kaki bini.
Sesungguhnya peringatan yang aku tulis ni bukanlah untuk aku sorang, tp untuk korang semua. Apapun enjoy this movie dan inilah antara top list dalam senarai my favorite movie. Enjoy the love!!!!
