Tuesday, March 10, 2009

Siapa Tuhan Kamu?

Isu penggunaan perkataan "Allah" didalam Buku Suci Agama Kristian yang dicetak di dalam Bahasa Malaysia. Terus terang, aku tiada tentangan penggunaan "Allah" itu di dalam Buku Suci Agama Kristian yang dicetak didalam Bahasa Malaysia.

Dari segi bahasa Arab, Allah itu merujuk kepada perkataan "Tuhan yang Satu/Esa". Berasal dari bahasa Arab, perkataan Allah telah lama digunakan oleh agama-agama monotheist (kepercayaan kepada satu tuhan; Kristian dan Judaism) sebelum kedatangan Islam. Maka, jika Allah itu merujuk kepada 'Tuhan yang Satu" yakni Tuhan Agama Kristian, maka tiada soal kenapa "Allah" itu tidak boleh digunakan mereka. Lagi pula, sebelum Islam mereka telah menggunakan "Allah" merujuk kepada "Tuhan yang Satu/Esa".

Isu ini tidak lain dan tidak bukan cuma suatu salah faham, suatu kecelaruan hanya kerana bahasa. Tuhan itu memahami apa jua bahasa di dunia ini kerana Dia yang menciptakan dunia dan isinya. Kerana itu setiap perkara yang kamu perbuatkan mesti diikuti dengan niat; niat yang baik. Di dalam solat, kamu diwajibkan berniat untuk solat menyembah Tuhan yang Satu, perkara lafaz itu cuma sunat. Ini bermaksud sekiranya sekalipun kamu ini tidak dapat memahami bahasa Arab, tidak dapat bertutur dalam bahasa Arab, kamu juga masih dapat menganut Islam dengan niat yang betul dan tulus di hati. Kamu masih dapat solat, masih dapat puasa, masih dapat mengerjakan haji kerana yang penting itu pada niat kamu (dan perbuatan disertai dengan niat yang betul tu).

Dan yang terutama sekali, kamu tahu siapa Tuhan kamu. Siapa Tuhan yang kamu sembah dan percaya dengan seluruh hati kamu, bukan soal bahasa yang picisan. Adakah bila kamu berdoa di dalam Bahasa Malaysia, Tuhan itu tidak akan makbulkan doa kamu? Adakah bila kamu berdoa dalam Bahasa Inggeris, doa kamu akan lambat di makbulkan kerana kamu menggunakan bahasa penyokong Yahudi?

Bagi aku, adalah lebih baik jika kamu berdoa di dalam bahasa yang kamu fahami semoga apa yang kamu pohonkan lebih dekat di hati kamu. Yang paling tinggi kedudukannya di sisi Tuhan adalah orang yang paling bertakwa dan bersungguh-sungguh memohon kepadaNya. Kalau kamu berdoa tapi satu hapah tak faham lepas tu kutuk-kutuk tok imam baca doa lama-lama, baik kamu baca doa sendiri dengan perkataan kamu sendiri, dengan tulus ikhlas hati kamu sendiri.

Paling penting, bukankah kamu tahu siapa Tuhan kamu?

4 comments:

Unknown said...

good question at the end of the entry.

dueng said...

hehehe. if only we know the answer, then it couldn't be any better. :)

Anonymous said...

emm...betul juga ye, kalau berdoa dalam bahasa yang tak faham, buat pa berdoa ;) kalau Tuhan itu sangat berkuasa, mustahil Dia tak faham apa pun bahasa yang ada di dunia ini...

dueng said...

Yes, Tuhan itu memahami apa yang kamu pohonkan dengan apa jua bahasa yang kamu gunakan.