Wednesday, May 11, 2005

What i learn from my poor life

Hello all my readers,
Akhirnya, aku ada idea a.k.a dah rajin nak tulis entry baru. Aku dah terfikir satu benda ni dah lama dan aku pun dah pernah berborak dgn some of my frenz about this issue. So, sekarang, aku nak tulis la apa hasilnya perbincangan kami. Entry ni maybe tak sesuai dgn few ppl so, kalau dah rasa tak sedap hati atau marah semasa baca entry ni, aku harap korang blh stop le.

Aku lahir dalam keluarga peneroka FELDA, hidup kami sekarang barulah senang sikit tapi masih terkenang kesusahan hidup sebagai seorang anak peneroka.

Waktu mak aku nak lahirkan aku (well, mak aku yang cerita kat aku bila aku dah besar), dia terpaksa berjalan kaki menuju ke simpang depan dekat dgn ladang kelapa sawit since bapak aku hilang ntah kemana (kesian mak aku..). Dgn rasa sakit kat perut, jalan tanah merah yang berdebu, mak aku usung dirinya sendiri nak gi dapatkan bas nak pergi hospital. Nasib baik ada orang yang bawak teksi sudi tumpangkan mak aku gi hospital. Selamat melahirkan aku, mak aku mmg tensen tahap gaban dgn bapak aku. Siap hampir bercerai jgk le.

Bila aku dah besar, aku pergi sekolah tadika....pergi jalan kaki dgn akak aku, balik jalan kaki sensorang (kalau mak bapak sekarang sure tak bagi anak jalan sensorang nye...takut kena culik). Jarak sekolah dari rumah aku lebih kurang 1 km. Letih jgk ler jalan...dah la tgh panas. Kekadang jealous tgk bdak lain ada orang jemput balik. Kekadang jalan balik dgn member2 tp besenye aku jalan kaki sorang je. Hujung minggu jer mesti kena basuh kasut sekolah sendiri.

Masuk sekolah rendah, ayah aku hantar gi sekolah tp balik sendiri. Kekadang kalau ayah aku teringat, barulah dia gi jemput aku. Masa ni akak aku masakkan bekal, besenye nasik goreng kicap, nasik goreng kunyit, nasik goreng pedas, nasik goreng kari....semuanya nasik goreng. Kakak aku siapkan bekal utk sekolah rendah dan sekolah agama; utk waktu pagi satu, utk waktu petang satu. Duit belanja? Aku tak pernah dapat sampai ler aku darjah 5. Kakak aku pergi kerja, aku balik sekolah agama (darjah satu sampai darjah 3) pastu kemas rumah (kakak aku tak sempat nak kemas since dia basuh kain dgn masak pagi2). Seterika baju aku sendiri dan pakai baju dan pergi sekolah plak. Hujung minggu aku basuh kasut sekolah sendiri, kalau lambat basuh alamatnya pakai kasut basah le gi sekolah.

Bila aku dah darjah 4 sampai darjah enam, aku start kena basuh pinggan mangkuk dan susun pinggan mangkuk kat rak. Paling ngeri bila ada majlis baca yassin kat rumah aku, aku kena susun 5 besen besar pinggan mangkuk. 3 jam aku buat mende tu. pastu, start belajar masak dgn akak aku....selalu hanging out kat dapur dgn akak aku. Tolong potong bawang, masak nasik, goreng ikan and what so ever yang aku mampu buat. Favorite food aku: sambal ikan bilis. Kalau ada sambal ikan bilis alone pun aku boleh makan nasik. Tp the best sambal ialah yang akak aku buat. Takder saper setakat ni blh challenge dia buat sambal ikan bilis.

Pasal belajar plak, semua aku buat sendiri....study sendiri, pecah kepala nak pahamkan pelajaran sendiri, decide jalan hidup aku sendiri, pilih kawan aku sendiri, explore dunia ni dgn cara aku sendiri. Mak aku hanya tahu marah jer bila result exam aku teruk (takder la teruk sgt cuma jatuh sikit jer). Pergi hanging out dgn teman2 kat rumah mamat indon, tgk labi-labi dia dalam lubuk belakang rumah dia, makan maggi yang pedas gile (indon masak...pedas banget). Seronoknya time tu.

Aku pernah jgk gaduh dgn few ppl time kecik2, aku mmg tak puas hati bila ada orang hina family aku. Pernah aku gaduh dgn anak tokey ikan yang bagi hutang kat family aku sebab dia hina mak aku. Sampai sekarang aku mmg tak blh nak baik dgn family tu walaupun mak aku dah ok dah. Pernah jgk aku gaduh dgn pak long aku sebab kutuk2 akak aku masak...ceh, budget anak dia masak best sgt le tu. pernah jgk aku gaduh dgn sorang bdak perempuan sebab dia kutuk2 aku, kata aku ni pakai selekeh, baju koyak2, mak bapak aku miskin, dan akibatnya, budak perempuan tu punya tudung hilang dari kepala. Gatal mulut lagi kutuk aku. Pernah jgk gaduh dgn anak kawan baik bapak aku bila dia start buat kerek menunjukkan yang dia tu kaya nak mampus. Hampir bertumbuk jgk ler. Kesimpulan dari kisah2 aku gaduh dulu, aku mmg pantang orang kaya yang perasan kaya tahap gaban (hei..igtlah rezeki tu dari Allah, kalau DIA nak tarik bila2 masa je) menghina orang miskin. Igt bagus sgt ke buat camtu? Aku tak paham mentaliti manusia cam gitu.

Apa yang aku belajar dari hidup aku:
Aku belajar utk menjadi orang yang lebih matang pada usia yang muda. Hidup keluarga aku sekarang je barulah senang sikit. Dulu2, bila tgk orang lain dapat baju raya baru tp bila kami kena pakai baju raya yang dah tiga tahun lepas nyer....mesti terhiris perasaan kami adik beradik (yer la...dulu-dulu kami pun bdak2 jgk...takkan tak jelous). Aku belajar menghargai adik beradik aku, sampai sekarang aku dgn akak aku mmg baik, aku dgn adik2 aku ok, dan dgn sebab itu....kami tak pernah berkira sgt. Aku kekadang pelik tgk adik beradik yang gile babeng nyer berkira sampaikan nak pinjam seringgit pun sampai kena rekod masuk buku hutang. Gile babeng kedekut la.

Aku rasa, aku jgk belajar melalui hidup yang susah. At least sekali dalam seumur hidup aku. Dan aku sgt berterima kasih kepada kesusahan hidup yang aku hadapi dulu kerana byk mengajar aku. Aku kalau boleh nak jgk anak-anak (in future la) aku merasa hidup susah supaya bila mana mereka melihat orang yang susah, mereka dapat rasa bagaimana susahnya hidup ni. At least they got some idea how to survive in difficult time. Aku kekadang kesal dgn sikap certain orang yang membeli belah benda2 macam baju dan langsung tak pakai kerana tak sempat nak pakai (yer la...baju byk sgt). So, at last...dgn tag pembelian tu masih lagi pada baju tu, derang terus buang baju tu. mmg gile sgt la orang gitu. Duit tu cam takder apa je. Orang macam tu bagi aku, tak pernah merasa hidup susah dan percayalah, bila dia hidup susah sikit pun....dia akan rasa dah susah sgt dah. Well, hidup ni cam roller coaster, ada turun naik nyer...igtlah time kita senang kerana ada time kita susah.

Aku tahu ada orang lain lagi susah dan perit hidup mereka tp ini kisah aku. kalau korang ada kisah korang sendiri, kongsilah sekali. Semoga kita semua mendapat sesuatu.

Monday, May 09, 2005

Anything you ask...

Ok lah...aku takder idea dah nak tulis apa (atau lebih tepat lagi, aku ada idea tp malas nak tulis panjang-panjang) so, aku kasi chance utk sesape nak tanya pasal diri aku (ceh...nampak cam promote la plak). aku bukan per...aku pun tgh blank jgk ni so baik aku cerita psl benda yang aku tahu (yes...i know myself well). so, silalah keutarakan apa-apa soalan yang korang nak tanya di shoutbox atau comment. aku akan jawab selama mana aku rasa aku mampu. ok...ada apa-apa soalan?

(tujuan entry ni ditulis bukan utk mencari publisiti murahan tetapi aku telah mengalami satu keadaan dimana aku telah kekeringan idea a.k.a malas utk menulis. help me to activate back my writing. TQ)

Friday, May 06, 2005

Dahulu dara, sekarang tak lagi.....

Hello all readers,
i got this post from frenz of mine at frenzter. It's so shocking (at least for me) cause i never thought that Malaysian (hrm...malay especially) are totally in big disaster. *sigh*. The best to conclude this issue is WORLD is going down...the doomsday is around the corner. Ok, guys....ready for the shock.

"adapted message from miezie...thanx pal coz forwarding thid message to me..."Baru2 ini, saya mendapat email daripada seorang sahabat lelaki saya di malaysia, memberi saya petikan daripada Mastika keluaran terbaru. Petikan email tersebut membuat saya berfikir panjang tentang kehidupan yang bakal saya lalui beberapa bulan nanti. Petikan ini sama seperti yang saya dapat di email tersebut, tanpa sebarang editing. jadi maaf jika kualiti penulisannya kurang memuaskan.

---you tau anna, recently dlm majalah mastika.ader satu artikel tuh.tajuk dia kalau tak silap ermmm "anak kita dah hilang dara".summary dia camnih, ader sorang penulis perempuan tuh dia lepak kat central market. sedang dia lepak duduk2 sambil tunggu teksi, dia terdengar conversation antara 3 malay girls. tanpa menoleh dia dengar perbualan tu tentang hilang dara.diaorg masing2 selamba cerita pasal exprience masing2.

so si penulis nih pon toleh ler rupanya ketiga tiganya pakai tudung.dia pon gi jumpa ler minah2 tadi saje kata nak buat survey ttg masalah dara tuh. diaorg kata: sekarang org dah tak kisah ada dara ke tidak kalau suka kawin ler. kita semua dah pernah buat.tapi pandai buat pandai simpan ler. org lelaki tuh bodoh sebenarnya....so masa kali pertama nanti kepit ler kuat2. diaorg mesti tak tahu punya. pas tuh buat2 lah menangis kononnya sedih ler kehilangan dara :)

si penulis ucap terima kasih & beredar ke klcc plak. dlm hati~ ermmm kalau yg bertudung pon dah hilang dara, kita tengok yg seksi nih plak tentu hancuss. dapat ler respond dari sorang minah seksi bersama pakwenya, tapi masa conversation tuh pakwe dia gi tempat lain kejap.so si minah seksi tu lagi la selamba, seks biasalah kak.tapi pandai2lah jgn sampai bunting.kalau jodoh kawin dgn org lain, kita jgn ler bagitau, diaorg mana nak tahu .kata jek kita nih jenis suka sukan lasak , kalau tak percaya carik ler artikel yg mengatakan dara boleh hilang pasal tuh. tapi pandai pandai ler . jgn plak tunjuk terer atas katil nanti dia suspect.

tuh pakwe saya pon ingat dia yg pertama meneroka tubuh saya.sebenarnya masuk yg nih dah 3 pakwe yg dah rasa.semuanya tak tahu :) jadi buat apa nak risau ada dara ke tidak. hidup mesti sedap.....enjoy selagi boleh kak, sebelum kahwin, sebelum tua.ermm lebih kurang mcm tuh ler criternya. so kalau kat sini , kat kl m'sia ni pon org melayu dah ramai yg rosak, mcm mana yg kat oversea eikk? u anna terkecuali ler...iye ker:)

---Membaca email sahabat saya tu, saya pun mula terfikir..walaupun saya ada first hand account on this issues, dengan rakan2 saya di malaysia, saya sangka yang isu seks luar nikah di kalangan remaja Melayu / Islam telah berkurangan kalaupun tidak berakhir,terutama dengan pengenalan islam hadhari yang diwarwarkan oleh pm kita. tgk, mcm tu la jugak. Lalu saya pun terfikir..kalau mcm ni la kehidupan yang akan saya lalui di malaysia, apa gunanya saya balik ke malaysia? baik duduk di negara kafir ni jugak! sama sahaja! Nama je negara islam!"

so, apa kes dgn orang Malaya ni? what going to be happened to our society? i thought that this kind of thing will reduce since Edisi Siasat already give the big-punch on all Malaysian face with their findings but sadly, WE NEVER LEARN FROM THE FINDINGS.

May Allah always be with us to get throught this HELL.


Komen aku:

aku bukan lah baik sangat nak cakap lebih2 tp itu ler, sejahat2 aku ni pun...tak terlintas dalam hati aku nak membuntingkan anak orang. tp aku sungguh tak sangka ramai sgt perempuan (especially melayu) yang suka hati kepala-makcik-tiri-sepupu-mak dia jer serah body kat jantan camtu je.

Kalau camtu punya mudah, memang la murah tahap pelacur. Aku rasa perempuan camtu tak deserve nak dapat lelaki yang baik since diri sendiri pun tak baik. Lelaki yang buat camtu pun memang aku takleh tahan, macam takder maruah je buat kat anak dara orang camtu. ok lah, penat sudah aku komen. korang plak kasi komen.

Tuesday, May 03, 2005

Malaysia Berwajah Baru

Aku baru lepas balik dari rumah semalam. Pergh...gile best balik rumah, tak yah pikir psl benda-benda yang aku takmo pikir. Tenang jer rasa aku rileks lepak2 kat rumah. Makan best plak tu. Apapun, aku ada satu benda nak share dgn korang, tatau korang minat ke tak but it’s a bit serious la...also quite sensitive maa. So, sesape rasa kureng tolerence atau naik bosan bila start baca, sila lah stop baca.

Malaysia berwajah baru

Ni topik yang aku nak tulis sebenarnya, psl malaysia, psl melayu dan psl macam mana menjadikan malaysia dan melayu berdaya saing.

Fasal Pertama: Kedaulatan Raja

Isu raja ni dah meletihkan byk pihak including aku jgk. Sultan-sultan kat malaysia ni tak guna satu sen pun (pandangan a few ppl dan jgk aku) since derang ada ke, derang takder ke, tak kurang apa-apa pun pada manfaat malaysia dan melayu. So, buat apa simpan satu benda yang dah tak boleh digunakan. Macam lah korang simpan mesin basuh buruk kat dalam rumah, beside makan ruang rumah, mesin tu menyemakkan lagi rumah korang. Besenye, orang simpan benda camtu sebab ada sentimental value, well...benda gini apply jgk ke utk sultan-sultan melayu?

Beside menghabiskan duit rakyat (nak bagi elaun), derang ni tak penting langsung utk malaysia. Kalau rang undang-undang kat parlimen dibiarkan selama 30 hari (kalau DYMM refuse nak approve), undang2 tu tetap akan LULUS. Apa yang aku nampak, sultan-sultan melayu ni hanyalah simbol mengabui mata orang melayu yang mereka masih berkuasa walaupun sebenarnya tak. Aku paling terkejut bila aku perasan pasar tutup baru 3 hari sempena tahun baru cina, satu kuantan dah gelabah. Dan mende ni jadi tiap-tiap tahun....so, dimana kuasa orang melayu nyer? Kalau sultan melayu ni nak disimpan sebagai satu simbol....maka akan kekallah simbol tu hanya sekadar simbol. Hakikat bahawa simbol tu tak pernah berkuasa tak pernah dipedulikan orang lain (orang melayu jer yang tak sedar benda ni). Kalau nak ikut rasa sentimental, sampai mati pun tak bagus jgk. So, apa yang penting adalah rational....kalau rasa tak perlu, buat apa simpan. Betul tak??

Fasal Kedua: Pembaziran Demi Pembaziran

Malaysia ni agak gila mengejar yang terhebat seperti menara tertinggi, dan sebagainya yang terhebat. Dan sebagai rakyat malaysia, bukan aku tak bangga bila negara aku famous tp sekali lagi, ini semua adalah sentimen perasaan. Bermain dgn sentimental value, sekali lagi orang malaysia hanyut. Apa lah guna nya ada bangunan tinggi melangit tp masih ramai rakyat yang miskin. Aku tahu la konsep pembangunan malaysia macam gelas tp semua benda ni perlu diubah since untuk menjadikan malaysia lebih berdaya saing. Perkara yang difikirkan penting seperti pembangunan sekolah, pendidikan, jalan raya yang lebih elok dan teratur, sistem perkhidmatan kerajaan, sistem lebuh raya, pemulihan akhlak remaja, pengwujudan peluang pekerjaan, dan sebagainya. So, dah nampak apa yang lebih penting? So, sudah2 le nak bina mende2 yang tak patut dibina. Utamakan yang perlu diutamakan.

Konsep pembangunan gelas: apabila sebiji gelas kosong dituangkan air, maka setelah penuh barulah air dalam gelas tu melimpah ke kawasan keliling nya. So, kawasan bandar lah yang paling maju dan setelah bandar tu dah tak muat nak isi semua benda, barulah benda-benda yang sepatutnya ada dalam bandar tu dibawa ke tempat keliling nya utk dibina. Contoh terdekat: Kuala Lumpur. Dah penuh camtu pun masih ada yang nak sumbat lagi bangunan2 dalam KL tu. Sesak dan panas jadinya KL.

Fasal Ketiga: Pengisian Pembangunan

Malaysia sangat teruk dari segi pembangunan bandar. Tgklah macam KL, penuh sesak dan macam-macam highway yang muncul dan kekadang tu certain highway tu tak perlu pun tp still nak buat jgk. Highway yang sucks, tol mahal, perkhidmatan sokongan yang teruk sudah cukup utk membuktikan sistem pembangunan kat Malaysia ni adalah secara ad hoc. Asal siap cukup....kemasan tak penting. Bandar KL ni dibina oleh British so orang melayu lepas jer merdeka takder inisiatif nak merancang bandar KL ni. Well, that’s include other town also. Ada satu bandar kat Spain (source: Azmi Yaacob), bandar tu dah nak mati since sumber-sumber kat situ takleh diguna pakai. So, utk selamatkan bandar tu, kerajaan derang buat satu muzium kat situ...so, semua industri yang mati dulu dah start balik.

Berbalik kepada KL, bangunan main letak jer...ikut suka ati. Lepas tu jalan raya yang mmg bersimpang siur dan tak teratur. Malaysia jgk baru jer ada rangkaian keretapi yang malaysia bina sendiri (hello...yang KTM tu British yang bina ye). Ambil contoh Poland, bila saja derang dapat status republik, first thing yang derang bina adalah sistem pengangkutan kat situ. Jalan keretapi seluruh Poland yang menghubungkan semua bandar utama kat situ. Paling ketara pasal melayu dan malaysia ni adalah; waktu nak merdeka dulu, semua benda tak sedia. So, bila saje lepas merdeka, tiada perancangan psl nak buat apa. Last-last tinggal terbengkalai camtu jer kemerdekaan malaysia. Selama 47 tahun merdeka, malaysia masih tak mampu berbangga dgn apa yang kita ada. Cuba tgk Brunei, derang sanggup keluar dari malaysia dan bina dulu negara derang before merdeka (Brunei merdeka pada tahun 1984). So bila jer lepas merdeka, derang dah mantap dari segi ekonomi dan sistem pemerintahan. Sultan brunei bagus....sultan ada guna, bukan cam sultan melayu.

Aku bukanlah tak berbangga jadi rakyat malaysia tp aku sedih negara aku masih tak berdaya saing. Sedih dgn kes rasuah, kronisme, what so ever lagi yang berlaku dalam sistem pentadbiran. Khidmat orang kerajaan yang sucks (aku bengang gile dgn layanan orang JPN Kuantan...kureng ajar dan kerek nak mampus), dan jgk cam2 lagi. So, kita sebagai generasi muda malaysia, marilah membangunkan malaysia sebagai negara yang berdaya saing. Contohilah orang lain kalau contoh tu bagus. Ada byk lagi aku nak tulis tp since aku kureng idea sikit, ini jer coretan aku utk entry kali ini.