sudah2 la flame my shoutbox, aku TETAP TAK MAHU PERGI batch dinner. FULL STOP.
--------------------------------------------------------------------------------------------
setelah berhari2 aku tangguhkan nak tulis entry ni, akhirnya penulisan entry ni berjaya juga dijalankan. Credit to Effi and Sezzy who inspire me to write bout this, a very important figure in my life; my mom.
Siapa ibu saya?
Ibu saya bernama Nabisa Mohamed. Ibu saya lahir pada 21/01/1951. Nenek saya berasal dari Pekan, Pahang dan Datuk saya berasal dari India, dimana tempatnya pun saya tak pasti. Mereka berjumpa di Kerteh, Terangganu dan kemudian bermastautin di Dungun. Ibu saya ada seorang akak seibu-sebapa bernama Maimunah Mohamed.
Itu biodata bout my mom. my mom bersekolah sampai darjah 4 sekolah melayu jer dan berhenti sekolah sebab cikgu alam dan manusia or cikgu ilmu hisab (matematik) ibu saya telah menyepak ibu saya di perutnya. dulu2 takder kes ibu bapak serang cikgu so datuk saya suruh ibu saya berhenti sekolah jer. Ibu saya berkahwin pada umurnya 16 tahun. muda kan? perkahwinan pertamanya tidak diselebungi dgn keindahan alam perkahwinan yang diinginkan tetapi dipenuhi dgn luka didera suami sendiri. Suami dulu macam raja, kerjanya malas tp makannya mahu tahu siap sahaja bila dia bangun tidur. Maka, dalam keadaan sarat mengandung abang saya yang pertama, mak saya terpaksa menoreh getah. bayangkan budak 16 tahun mengandung dan pergi memotong getah. bukan naik motor tp jalan kaki. selepas melahirkan abang saya lebih kurang setahun, ibu diceraikan. bapa abang saya membawa dia lari dari ibu saya.
Ibu kemudian berkahwin lagi. orang cakap sudah jodoh. Ibu saya ketika muda2 sgtlah lawa. sekarang pun masih lawa. cuma saya tak mewarisi kecerahan kulit ibu. saya mewarisi kulit dan muka datuk saya (dari sebelah ibu). kali ni ibu berpindah ke pahang, bekerja di ladang koko. ibu menceritakan yang suami keduanya sgtlah cemburu buta tp baik hati. dia tak boleh tgk ibu saya melaram lawa2 sikit kat luar, tp dia belikan ibu barang2 mekap. dia suruh ibu melaram dgn dia je. huhu~~. dgn suami kedua, ibu ada sorang anak lelaki lagi. lepas ibu bercerai dgn suami kedua atas sebab2 yang ibu sendiri tak pernah cerita, ibu masih lagi kerja disitu. abang saya ibu tinggalkan dirumah mak long saya. membesarlah abang saya dgn nenek saya yang jugak duduk di rumah mak long saya.
ibu akhirnya berkahwin kali ketiga dgn sorang laki ni, orang terengganu. suami pertama ibu orang terengganu, yang kedua pula orang negeri sembilan. kali ni hidup ibu perit bukan disebabkan suami, tp disebabkan oleh mak mertua yang sgt sgtlah jeleskan ibu saya. dia kata ibu saya kasi ubat guna-guna kat anak dia. tp ibu biarpun dikecam sebegitu rupa, ibu tak pernah nak melawan cakap ibu mertuanya kerana bagi ibu, ibu mertuanya adalah seperti ibunya sendiri. semasa ibu mengandungkan akak saya yang pertama, ibu dipaksa menjaga kepuk padi di tengah2 sawah. satu ketika ketika tengah malam, ibu mengangkat guni2 padi kerna banjir datang dan guni2 berkenaan akan basah kalau tidak diangkat. ibu diherdik oleh mertuanya kerana ibu dikatakan menyusahkan suaminya yang juga ada bersama ibu menjaga kepuk padi. sedangkan ibu bersendirian mengangkat guni2 padi berkenaan kerna suami ibu sedang leka tidur. tetapi, ibu tetap senyap..sedikit tidak membalas. dgn suami ketiga, ibu melahirkan dua orang anak perempuan yang juga akak2 saya yang sangat saya sayangi. perkahwinan ibu dgn suami ketiga juga tidak bertahan lama kerana suaminya termakan kata2 ibunya sendiri. akhirnya, ibu diceraikan dan akak2 saya dijaga oleh ayah mereka. ibu kembali bekerja di ladang koko. setelah mengalami seksaan demi seksaan, akhirnya akak2 saya kembali pada ibu saya kerana tidak tahan dicaci maki oleh emak tiri mereka.
utk kali penghabisan ibu berkahwin dgn ayah saya. jodoh mereka berjumpa di ladang koko juga. pada mulanya, ibu tak mahu mengahwini ayah saya kerana perangai ayah yang sgt lah pemalas. tp kalau dah jodoh tu tetap menjadi jua. akhirnya, berkahwinlah ibu dgn ayah saya. dengan ayah saya, ibu melahirkan saya dan dua orang adik perempuan saya. dan akak2 saya juga tinggal bersama dgn ibu dan ayah saya. pada tahun 1983, keluarga kami berpindah ke Felda Bukit Sagu 01 setelah ibu dan ayah saya memohon utk rancangan tanah felda. setahun selepas itu, ibu melahirkan saya. ketika mahu melahirkan saya, ayah tiada disisi ibu dan dgn perut penuh sarat, ibu mengheret kakinya untuk mencari kenderaan ke hospital. ibu berjalan sepanjang jalan tanah merah yang tidak berturap sampai ke simpang masuk felda kami, kurang lebih 3 km jauhnya dari rumah saya. akhirnya, ibu selamat melahirkan saya. betapa hancurnya hati ibu bila mengetahui ayah saya pergi berjoli2 dgn kawan2nya. ketika saya berumur 5 tahun, ibu bekerja sebagai operator pengeluaran kilang tp ibu merasakan ketidak sesuaian bekerja disana. sudahlah jarang sekali saya dapat berjumpa dgn ibu, pagi2 sebelum saya bangun ibu sudah tiada dan ibu hanya pulang ketika saya sudah tidur. akhirnya, ibu bekerja di ladang kelapa sawit sebagai buruh kasar membaja, menebas dan sebagainya. disebabkan ibu sentiasa tiada dirumah kerana bekerja, makanan dan proses tumbesaran saya dan adik2 dikawal oleh akak2 saya. merekalah "ibu" kedua saya dan adik2.
dgn ayah saya, ibu mengalami berbagai masalah. ibu pernah terjumpa ayah saya baru balik dari berjudi dan ibu mengamuk sakan. ayah juga hanya membayar yuran sekolah kami sahaja, ibulah yang membelikan semua peralatan sekolah kami adik beradik. setiap kali musim sekolah tiba, ibu terpaksa bergolok bergadai demi menyekolahkan kami semua. utk akak2 saya, kesannya lebih ketara. akak saya terpaksa melepaskan kemasukan ke sekolah teknik dgn sebab ibu tiada duit utk membayar yuran sekolah akak saya. tiga surat tawaran dari sekolah teknik dan asrama datang tp semuanya dikoyakkan oleh akak saya. akak saya terpaksa melepaskan kemasukkan ke kelas aliran sains kerana ibu tiada duit untuk membayar yuran makmal dan peperiksaan akak saya. akak saya yang sulong melepaskan borang kemasukan ke maktab kerana masalah yang sama. bagi sesetengah kanak2 lain yang mewah berbelanja, perkara berkenaan tidak terjadi pada diri saya semasa saya masih bersekolah. saya hanya mendapat duit belanja sebanyak 20 sen satu hari utk belanja, itupun hanya ketika akak saya tidak sempat menyiapkan bekal makanan saya. 20 sen utk sekolah rendah dan sekolah agama. sepanjang persekolahan, baju sekolah saya hanya bertukar 3 kali sahaja sepanjang saya bersekolah selama 6 tahun di sekolah rendah. akak saya pernah satu ketika menampal bajunya dgn kertas minyak kerana tak mahu menyusahkan ibu. syukur baju akak saya warna krim kerana akak saya seorang pengawas pusat sumber di sekolah menengah nye. bagi saya, saya hanya sekali menyertai lawatan sambil belajar, itupun setelah saya mengumpul sendiri duit dan berkeras dgn ibu yang saya sangat mahukan pergi lawatan berkenaan.
ibu sudah banyak kali makan hati kerana perangai ayah saya dan pernah hampir bercerai tp tidak pernah bercerai. saya pernah bertanya hal ini kepada ibu, ibu hanya berkata yang ibu tak mahu tgk saya dan adik2 saya terkontang kanting macam akak2 dan abang2 saya. ibu tak mahu saya dan adik2 merasai duduk dgn ibu tiri, merasa diri terbuang. ibu berkata, ibu sudah "mati" lama setelah berkahwin dgn ayah saya, maka kalau ditahan bertahun lagi pun, ibu tetap "mati". biarpun dicaci maki oleh emak mertua sendiri ketika bersama suami ketiga, ibu tetap menyayangi emak mertuanya sampai sekarang. bahkan setiap kali hari raya, ibu akan mengajak akak2 saya untuk berkunjung ke rumah nenek mereka dan menyuruh akak2 saya berkunjung ke rumah ayah mereka. ketika saya masih tidak paham apa yang terjadi pada ibu, saya hanya mengikut saja ke rumah nenek akak2 saya. tp setelah mengetahui perkara yang jadi pada ibu, saya merasa sangat benci terhadap nenek akak2 saya. saya pernah meluahkan yang saya takkan pernah memaafkan orang sebegitu, dan kalau boleh, mahu saya bunuh dan cincang2 saja daging orang tua berkenaan dan saya akan bakar rumahnya. ibu memarahi saya dgn sebab saya berkata begitu. ibu berkata, dia sudah memaafkan ibu mertuanya kerana bagi dia, SEORANG IBU ITU MULIANYA TAHAPNYA.
ibu saya memang seorang yang pemaaf. bukan saja kelakuan ibu mertuanya saja, kelakuan bekas2 suaminya juga telah ibu maafkan. ibu juga memaafkan kesilapan adik2 tirinya yang sgt kurang ajar dgn ibu ketika ibu masih muda dahulu. bagi mereka yang mendapat kemaafan ibu, mereka sangat bersyukur dan merasa kesal dgn dosa2 mereka yang terdahulu. bagi saya sebagai seorang anak, saya amat kagum dgn ibu utk sifat lemah lembut dan pemaafnya. saya sendiri tidak mampu menjadi seperti ibu, seorang yang tidak menyimpan dendam terhadap orang yang pernah melukai ibu. ibu selalu berpesan, janganlah jadi seperti mereka yang dahulu, kerana kelak ramai yang bencikan kamu. ibu juga orang yang mengajar saya bagaimana mahu menghargai orang lain yang berbaik hati dgn kamu, menghormati perempuan samaada isteri, adik2, akak2, makcik2, dan paling utama, ibu kamu sendiri. ibu selalu bercerita mengenai kisah2 yang terdahulu, supaya tersemat dalam kepala saya ini bagaiman mahu menjadi manusia yang baik. seringkali saya naik marah kerana cerita2 terdahulu tp ibu menenangkan saya dan kerap kali juga saya dimarahi dgn sebab perangai panas baran saya yang tak bertempat.
itulah kisah ibu saya.....kisah jatuh bangun wanita paling penting dalam hidup saya. biarlah orang kata saya anak emak sekalipun kerana bagi saya, ibu saya hanya seorang dan tiada ganti yang mampu dibeli dari kedai setelah pemergian ibu saya itu. mereka yang memomokan kata2 anak emak itu sebenarnya mereka yang ego dgn kasih sayang seorang ibu atau barangkali mereka tidak mendapat belaian kasih sayang seorang ibu. sementara ibu anda masih hidup, hargailah....ketika seorang ibu sudah pergi...tiada lagi kata2 leteren, belai manja, peringatan dari orang tua yang amat menyayangi anda.
Friday, April 28, 2006
Thursday, April 20, 2006
Jalan Yang Dipilih
aduh...sebulan tinggalkan blog aku. terkontang kanting dah, serabut tahap cipan angkasa dah blog aku ni. ada jgk few people merungut mintak update...hahaha, bukan aku takmo update tp dgn mood yang selalu swing dan jgk kerja yang byk, inilah baru ada kesempatan nak duduk dan berfikir utk menulis something.
Jalan yang dipilih; bila kita memilih satu2 jalan, kita melepaskan yang lain. dan dari kita melepaskan satu2 jalan tu, macam2 kemungkinan muncul dalam benak kita ni pasal jalan yang kita tinggalkan tu. ala..macam dalam poem by Robert Frost titled "The Road Not Taken". when we meet 2 roads that fairly give different experience at the end (or we can expected different output at the end), we feel hard to choose. and when we stuck in the middle of the road that we chosen, we tend to think, WHAT IF I CHOOSE THE OTHER ROAD? and here come the problem.
apa yang aku cuba nak kaitkan dgn kehidupan aku adalah apabila aku meonolak utk hadir ke batch dinner. hahaha. well, for last time, budak2 Jan 2002 leh berjumpa dan bersosial. i have no objection towards the event cause aku pun suka bersosial dan berenjoy ni. ramai jgk mempersoalkan komitmen kepada batch sendiri. hahahha. how funny. aku just nak gelak guling2 jer bila pikir psl komitmen terhadap batch sendiri ni. aku seriusly tak rasa batch aku ni betul2 rapat dan bersatu. so, aku sendiri terasa that i not belong to this January 2002 batch. seriusly...no kidding. entahlah...mungkin ini jalan yang aku pilih. aku lebih suka bersosial dgn orang di MIRC, suka join junior or senior enjoy2. boleh cakap, aku ni ada sentimen membenci batch sendiri. ops...not benci, tp cuma aku terasa jauh dari batch aku sendiri.
dari second year, budak2 batch aku dah bertebaran di UTP ni. ada masuk village 3 and 4, ada yang duk lembaran, ada yang duk jaya. then, masing2 bina clan sendiri. budak2 lembaran dgn geng sendiri, budak2 jaya dgn geng sendiri, budak2 village dgn geng sendiri. so, at last eventhough kenal mengenali satu sama lain tp tak rapat sgt. masing2 bawak haluan masing2, dgn cara sendiri. so, bila adanya dinner batch ni aku terasa seperti macam satu tradisi sahaja. yer la...graduate should have their 'final dinner' with their batch. bagi aku, bagus jgk tradisi ni, boleh mengenangkan kembali apa yang dah dibuat selama 5 tahun (4 1/2 tahun) kat UTP. tp mengenangkan budak2 batch aku tak rapat sgt dan berclan2, apakah yang boleh dikenangi bersama???
entahlah...the signifikan nyer mmg takder. no essential buat batch dinner. and lagi satu, as manusia yang tidak menjadi perhatian batch sendiri, aku tahu jenis2 manusia yang akan shine out nanti masa batch dinner tu. well, itu aku paham sgt dgn batch aku. skematik in some way. so, only skematik people yang famous dalam batch aku. hahaha. mungkin kenyataan aku kurang ajar, tp itu yang aku rasa dan nampak. aku pun takder la cakap aku ni gile tak skema tp kurang la skemanya dari orang lain. then, sebab itu aku memilih utk lepak2 dgn geng2 sendiri dan jugak bersosial di MIRC. dunia dimana suara aku ada jgk didgr. dan juga di grapevine dan kampung 5. mungkin dunia yang aku pilih bukanlah dunia mereka. dan dunia aku tak menjanjikan mereka pandangan yang sama seperti yang mereka impikan. tp aku bahagia dgn dunia aku yang menjanjikan aku keseronokkan bersosial. dan untuk jalan yang aku pilih ni, aku tak pernah menyesal. ok2...tipulah kalau takder, ada lah sikit sebab aku tak rapat sgt dgn batch aku. internship la baru aku cuba2 mengenali batch2 aku. kenal dgn geng2 #shadap, budak2 #goodfellas, #hlife-utp, #awekutp. huhu~~. tp sayangnya aku tak kenal derang awal. sayang sungguh.
tapi...inilah jalan yang aku pilih. maka, aku hidup atas jalan ini, meneruskan perjalanan hidup yang masih panjang ini....dan doakan aku berjaya akhirnya. i'm now departing for new life after graduation. GODSPEED!!!

Labels:
Life Journal
Subscribe to:
Posts (Atom)