Saturday, August 26, 2006

LIfe after graduation I

Hola...

lama betul tak mengupdate blog. due to some difficulties and problems yang menyebabkan blog ni tak dapat diupdate, aku mintak maaf byk2 la. letih sungguh lately, ESPECIALLY when i got no internet and got nothing to do. life so miserable.

so, what actually happened after my graduation from UTP? meh duk dekat2 sikit, nak cerita. hehehe. after finish with FYP presentation, aku pergi interview kat KL. susah tul masa tu, tak dapat kontek kawan aku yang duk kat KL sebab phone dia rosak. aku dgn rumet masa tu amik keputusan yang amat drastik iaitu nak bermalam di hotel jer. bukanlah 5 star hotel tp hanyalah hotel murah kat chow kit. tp bagi aku, takdak la murah sgt. RM 55 per night, mahal tu. lepas sampai jer hotel, mandi dan terus tidur. letih tak hingat la. tak ingat world cup dah time tu, pikir psl interview dgn nak buat hard cover utk thesis FYP jer.

So, esoknya kami pun bergerak la lepas layan tidur yang cukup sedap. aku temankan rumet gi KLCC, pastu aku plak gerak pergi sri serdang. nak wat hard cover yang cepat dan murah dekat area UPM. mesti tertanya2, apa kes pergi jauh2 sgt. actually, itu jer tempat yang aku tahu, tu pun dapat tahu dari sorang lagi member aku. puas aku pusing2 area sri serdang tu, nak carik kedai yang aku rasa paling sesuai. dapat la jumpa satu kedai chinese ni, dia cakap leh siap aritu jugak tapi payment tinggi sikit la iaitu RM 12 per piece. aku dgr cam tak caya jer hard cover semurah tu. kat perak ni bapak la mahalnya nak buat hard cover. syukur jugak aku jumpa kedai tu. siap la 10 copies dalam masa 6 jam. pantas gile dia wat kerja, dah la kemas. puas hati la aku tgk. pastu, aku balik hotel.

balik jer hotel, barulah aku tahu rumet aku telah berjalan dari stesen dang wangi sampai ke sogo. pergh..berpeluh2 dia dibuatnya. kesian rumet aku. hahaha. aku lupa nak cakap kat dia yang dia leh amik teksi kat area LRT tu jer. kesian dia jalan jauh2. lepas tu, hari jumaat esoknya plak giliran aku pergi interview. naik lrt sampai kat asia jaya, aku amik teksi gi damansara perdana. jauh sebenarnya dari damansara perdana tp disebabkan aku tatau, aku main redah jer. rupanya dari stesen taman bahagia paling dekat. sampai jer kat company tu, susah gile nak carik company dia. takder papan tanda la plak. puas aku carik ikut alamat, tapi mengenangkan blok kedai dan pejabat kat damansara perdana tu macam sial susah nak dicarik, habis la RM 14 lebih utk teksi. bengom sungguh driver teksi tu.

masuk jer utk interview, aku jumpa dgn mr vincent and miss wen shen. borak2 dgn derang pasal jenis kerja yang aku kena buat. derang cakap aku kena buat tele-sales marketing. ada jugak la derang tanya aku pasal marketing concept yang aku paham. berkat amik berat dalam kelas amzairi, dapatlah aku jawab dgn cemerlang. konsep2 marketing habis aku cerita. vincent tu jenis biasa jer la, takder la provoke sgt tapi wen shen tu agak provocative especially bila part wages. dia tanya kenapa aku deserve RM 1500 per month. aku pun goreng lah cakap kalau degree holder, you should expect wages around RM 1K - RM 2K. itu common sense utk degree holder when it comes to employment. so aku rasa aku asked for reasonable wages. nama company yang aku akan join tu ialah ATCEN Sdn Bhd. quite a small company tp cam best jgk la. aku plak masa tu not in a position to let any offer go so aku sambar jer offer yang diberi. at least, test market diri aku dalam bidang telesales marketing.

lepas tu aku tanyalah bila aku leh dapat tahu aku diterima masuk, then derang cakap lah by that afternoon jgk aku leh tahu. nyce. laju dan efektif. aku pun balik lepas tu. kat stesen taman bahagia tu, aku sebat la rojak dgn cendul kat bawah pokok. sedap wooo.

to be continued....