Sunday, November 22, 2009

Freaky or Cute Hotel?

I'm off to Singapore on business trip. My 2 previous trips had been in disaster as I have so many things to do with very little time in hand; presentation package, not enough money, sickness etc. For this trip, things pretty much going well than 2 previous trips hence I have more relaxing time to snap pictures and getting around Singapore. My favorite place so far is Lucky Plaza. I planned to go to Mustaffa but too tired for another long trip to Mustaffa after having fun in Scotts Road. Went to ION Orchard, cool place with lots of branded stuff but for viewing only since too expensive for my pocket.

My hotel quite freaky but for some people, it's cute as hell.

The green door. The white wardrobe.
The pink shelves with minibar.
The workstation.The HD TV.The green wall.
The bathroom.
The wall behind the bed.
The 2 beds.The phone (freaking Nortel!).

Freaky ain't it? I found it's cozy to be in the room, the lighting definitely helps with tiredness all day long.

That's all, nothing much to tell as 40% occupied by works, 40% by sleep and another 10% by makan-makan. Just 10% for sight seeing.

Thursday, November 12, 2009

Aku ingatkan kau dah lama kerja!

Alkisah aku menghadiri mesyuarat di KL berkenaan satu sistem yang kompeni bakal digunapakai oleh seantero umat di bahagian Production Analyst. Disebabkan aku hadir waktu Ujian Penerimaan Pengguna di Kilang (UPPK) atau Factory Acceptance Testing dan orang lain tidak dapat hadir, terpaksa lah aku sorang-sorang menghadap Pengurus bahagian Operasi untuk diskusi pasal kerosakan sistem dan jugak strategi nak memaksa pembina sistem ni baiki tanpa sebarang kos.

Sampai je KLCC dah pukul 10 pagi tapi mengantuk tak hingat la, mana tak nya pukul 6 pagi aku dah bangun mandi, seterika baju dan bersiap2-siap nak pergi lapangan terbang Kerteh. Pukul 7 pagi bertolak, lebih kurang pukul 7.15 pagi sampai lapangan terbang dan terus check in. Kapal terbang berlepas pukul 8.00 pagi. Memang sangat letih sebab kena bangun awal, dah la aku ni dasar suka bangun lewat.

Sesampai je di KLCC, melantak untuk penuhkan perut. Lapar tu bukanlah satu halangan sangat cumanya aku tahu hari tu akan melalut dan sangat meletihkan maka amat afdal mengisi tembolok sebelum lalutan dan karutan bermula. Pukul 10.15 pagi masuk ke Menara 2, ambil lif angka genap dan fiiiyuuuuu....naik tingkat atas. Muka aku dah tak boleh nak senyum sebab mengantuk teramat. Orang tegur pun aku buat layan tak layan. Sampai tempat pengurus bahagian operasi tu, dia pulak tengah diskusi pasal perjalanan untuk satu lagi modul. Kali ni berkenaan UPPK untuk modul tu pulak. Sekali lagi meranduk pergi Singapura sebab pembina aplikasi ni dari Singapura. Duduk borak-borak dengan member lama, M. Duduk layan borak pasal macam-macam benda, almaklumlah hobi dah selari dengan si M ni. Pengurus tu panggil aku, maka kena la pergi tempat pengurus tu dan memulakan diskusi.

Diskusi pasal keadaan sistem dan modul tu, apa yang terjadi dan bagaimana kerosakkan semua ni boleh jadi. Cerita lah aku maka banyaklah istilah-istilah teknikal yang kebetulan dipelajari sewaktu proses menguji sistem tu aku belajar. Kalau setakat nak bercerita pasal teori secara ringkas, memang dah lepas sangat cuma kalau ditanya terlalu mendalam...mungkin kena tanya pada yang lebih pakar. Di celah-celah diskusi tu, ada la beberapa kali pengurus tu terganggu sikit pasal urusan perjalanan tu disebabkan oleh Pengurus Kanan bahagian operasi ni buat kecoh kenapa tak dapatkan tandatangan Pengarah untuk urusan ke luar negara ni.

Aku pun mencelah la bagitahu yang Singapura masih dikira sebagai penerbangan domestik maka tandatangan Pengurus Besar bahagian operasi sudah cukup.

"Ala Kak A, tanda tangan GM (General Manager) pun dah cukup. Singapore still consider as domestic flight. I used to work in Admin last time. But just for confirmation, perhaps you could check with BJ (staff aku dulu-dulu) on this."

Maka Kak A pun periksa la dengan BJ. Memang betul pun domestik maka tak perlu la buat memo semua tu. Selesai satu masalah.

Mr Z yang duduk sebelah aku ni pun tanya lah.

Mr Z:Kau ni semua benda kau tahu...sampai ticketing issue pun kau tahu. Kau dah berapa lama kerja?

Aku: Owh...aku dulu 2 tahun di KL, setahun di Kerteh. Jadi baru 3 tahun.

Mr Z: Seriosuly? Umur ko berapa? *Mr Z dah buat muka tak percaya*

Aku: 25 tahun ni. Join kompeni umur 22 tahun. *aku senyum*

Mr Z: Ish...ko biar benar. Aku ingatkan kau dah lama kerja! Mati-mati aku ingatkan kau dah 7 hingga 8 tahun dah kerja. *masih buat muka tak percaya*

Aku: Hehehe. takde la, bang (aku guna bang ni as sense of "bro")....aku tak kerja selama tu.

Mr Z: Then, camne ko tau macam-macam benda?

Aku: Part of the job, bang. Dah kena campak ke sana ke sini, aku turutkan je. Dah 2 kali tukar department, dari KL kena campak kat Kerteh. Macam-macam orang aku dah jumpa sebab dulu kerja kat Admin department. *aku sengih je*

Mr Z: So, kira hebatlah ko ni. Macam-macam tahu.

Aku: Tapi kepala pun dah naik beruban, asyik kerja je, hujung minggu pun di office....padahnya selalu la sakit-sakit, bang. Some price to pay. *aku cuma boleh sengih*

Hebat tu mungkin la hebat sebab tahu macam-macam tapi kalau dah hidup = kerja, maka hidup pun kurang bermakna.

Kesimpulan: Kerja rajin boleh tapi jangan sampai mudarat kesihatan. :)