Wednesday, March 23, 2005

Something From Somewhere

Hello all my readers, ni ada cebisan sikit yang aku compose sendiri. Aku pun pakai tulis je tak tahu apa yang aku karutkan...just want to share with all of you. sorry arr kalau apa yang aku tulis ni agak buruk gaya bahasa nya sebab aku bukan orang sastera so this piece is the best i can write. Comment anyone? Sesape yang lebih 'sastera' dari aku (i mean boleh tulis lagi baik), silalah kasi komen ya...untuk aku improve lagi my writing. enjoy this piece of scrap!!!

lorong-lorong gelap

ketika langkah hidup diaturi...
diteliti dan dihalusi...
semoga selamat perjalanan yang panjang ini...

begitu yang diharapkan...
maka takdir tuhan mengubah..
menguji..

langkah hidup tidak lagi mudah...
ongkos, maruah dan malu
menjadi sebaris...
mana satu mahu dipilih?

ongkos untuk hidup..
tiada hidup kalau tiada ongkos
tersepit...sesak...semak...
tidak mampu lagi bernafas...

lalu jalan di lorong gelap diambil..
ah..biarkan mereka mengata..
mereka tidak tahu...
mereka tidak merasa...
mereka hanya tahu mengata...

lalu diteruskan hidup di lorong-lorong gelap itu
menanti sekelumit ihsan...
untuk sejengkal nafas..
hidup yang bersisa ini mesti diteruskan..

dan diriku...
masih lagi mengharapkan..
akan muncul..
seorang wira..
mengheret aku....
keluar dari sini...
dan penantian itu berterusan..
bersama luka hidup yang tak pernah sembuh...

Monday, March 21, 2005

I Am Sam: Love Is What You Need

Dakota Fanning



Last week aku ada ushar satu movie yang best yang bertajuk "I Am Sam". Citer dia simple je, pasal seorang ayah nama Sam Dawson (Sean Penn) yang retarded a.k.a terencat akal. Dia ni ada seorang anak bernama Lucy Diamond Dawson (Dakota Fanning). Anak dia ni dia dapat dari kesan berseketiduran bersama dgn perempuan jalanan bernama Rebecca. So, Sam ni jagalah anak dia, Lucy ni dgn penuh kasih sayang even dia ni retarded. Susah payah dia jaga budak Lucy tu dan masalah first yang dia hadapi bila dia tatau yang anak dia ni tgh kelaparan. Anak dia menangis sepanjang malam....sampailah jiran Sam bernama Annie tolong Sam ni jaga anak dia. Lupa nak cakap yang IQ Sam ni hanyalah setaraf budak berumur 7 tahun so apa yang terjadi bila anak dia nak masuk 8 tahun? Saksikan bagaimana kasih sayang menguasai IQ. Nilai kemanusiaan dan bagaimana menghargai apa yang ada disekeliling kita.

Interesting part:
Part paling menarik dalam movie ni adalah korang dapat tahu pasal The Beattle. Keseluruhan cerita ni psl The Beattle...apa yang jadi dalam album derang, apa yang jadi dalam hidup derang, dan memacam lagi yang berkaitan dgn The Beattle. Memang menarik untuk orang yang tak tahu The Beattle utk kenal dan belajar psl The Beattle.

Moral of this movie:
Hargailah parent anda. Bak kata aku, "Mak bapak korang takder spare part kat kedai...kalau awek tu ada beribu lagi korang boleh carik, so takyah la nak buang mak bapak kerana seorang yang belum tentu jadi bini korang".

Pandangan aku:
Citer ni waktu first time aku tgk memang buat aku menangis gila-gila dan sebaik saja abis tgk, aku terus call mak aku mintak maaf dosa-dosa yang aku pernah buat dgn dia. Dosa menipu mak aku, dosa buat mak aku susah hati, dosa aku gaduh dgn mak aku, dosa lawan cakap mak aku dan macam-macam list dosa yang pernah aku buat. Dan mmg betul la orang cakap...kalau ko mengaku sungguh-sungguh, memang orang lain dapat rasakan keikhlasan hati korang. Mak aku cakap dia tahu aku ada buat semua mende tu kat belakang dia dan dia dah lama ampunkan aku. Terharu sungguh aku dengar bila mak aku cakap gitu.

Maybe akan ada orang akan cakap yang aku ni bukanlah anak yang baik, aku bukanlah orang yang alim gila-gila tp psl mak bapak aku mmg takleh terima kalau ada orang sanggup peleceh. Apa korang ingat korang boleh jadi mak bapak yang baik kalau diri sendiri pun tak pernah cuba nak jadi anak yang baik? Cam Dr. Lee cakap dalam movie "Drumline" , "If you can't follow, how you can lead?". Macam dalam citer ni, apa yang paling buat aku tersentuh sekali ialah ikatan kasih sayang antara Lucy dan Sam. Derang ni saling memerlukan satu sama lain dan aku tak nampak sebab kukuh untuk derang berpisah adeh...terbocor la plak jalan citer.

Part yang buat aku paling sedih adalah bila Lucy marah ayah dia waktu ayah dia datang melawat kat rumah foster parent Lucy. Lucy marah-marah dan pukul-pukul ayah dia dan apa ayah dia cakap "Can you not mad at me just one second". Then, bapak dia bacakan surat yang dia tulis semalam... even IQ dia rendah tp dia berusaha gigih gile nak tulis surat kat anak dia. Dia cakap waktu dai tulis surat tu the word become bigger. Pastu, kat last surat tu ada tulis camni :

P/s: I love you, just like the song....

Wah....Sam cakap ayat tu sambil nangis dan ulang dua kali. Lucy pun nangis gila-gila sebab dia terharu ayah dia sayang dia sampai camtu sekali.
Dan aku rasa movie ni paling sesuai untuk mereka-mereka yang merasakan diri mereka sangat hebat sampai sanggup abaikan mak bapak, sanggup buang mak bapak kerana awek, sanggup buang mak bapak kerana cinta.....kepala hotak cinta kalau cinta dgn ibu bapa pun korang boleh buang. Ko ingat awek korang yang kasi korang lahir, yang kasi korang besar, yang kasi korang sekolah, yang jaga korang masa kecik? Suka hati jer nak buang mak bapak sebab awek. Kalau mak bapak korang nak buang korang, dari dalam kandungan lagi dah boleh nak hapuskan korang. Dah le nak besar tu jadi beban mak bapak....kalau takder korang mak bapak korang dah boleh jimat juta-juta dah. Boleh guna duit tu wat beli Mercedes ke, banglo barang sepam dua. Kalau betul awek tu sayang kat korang, surely dia kena sayang mak bapak korang dulu. Perempuan camtu la baru boleh dibuat bini......kalau tak, lawa camner pun takyah la korang simpan since dalam hati perempuan tu dah sedia rasa nak buang mak bapak korang. Ingatlah syurga itu dibawah tapak kaki ibu....bukan bawah tapak kaki bini.
Sesungguhnya peringatan yang aku tulis ni bukanlah untuk aku sorang, tp untuk korang semua. Apapun enjoy this movie dan inilah antara top list dalam senarai my favorite movie. Enjoy the love!!!!

Wednesday, March 16, 2005

Sepet: My Review

Sepet~~

Hello guys...hahaha...aku baru jer lepas tgk movie "Sepet". Movie melayu yang dikatakan sebagai revolusi movie melayu. So, sempena aku dah ushar movie ni...meh aku citer sikit psl movie ni.

Citer dia pasal seorang lelaki cina, Jason @ Ah Loong jatuh cinta dengan Orked. Orked ni adalah anak kepada keluarga melayu dimana Orked ni mendapat exposure yang luas kepada bangsa Tiong Hua ni dari kecil lagi. Orked ni peminat Takeshi Kaneshiro dan peminat filem aksi John Woo. Dia ni agak obses kepada orang cina sebab dia cakap mata sepet cina tu la yang best. Nak dijadikan cerita, Jason ni pun terbiasa dgn budaya melayu since mak dia orang baba dan nyonya. part paling pelik dalam movie ni bila mak Jason ni bercakap melayu dan Jason ni balas dalam bahasa mandarin tapi dua-dua paham apa yang pihak satu lagi cakap. Mak Orked ni berfikiran terbuka dan selalu ushar drama cina (dari mak dia la Orked dpt exposure).

Apa yang menariknya pasal movie ni? Movie ni kalau korang tengok dia nya kamera memang tabik la...lawa gile angel kamera (cam dalam citer Spinning Gasing). Filem ni boleh dikatakan pesaing movie Spinning Gasing. Montaj starting dia pun memang boleh buat penonton filem melayu tak percaya yang movie ni adalah movie melayu...aku boleh cakap rasa macam tgk movie Korea/Japan jer.

Sepet pada aku kalau tolak certain adegan yang mungkin bagi sesetengah orang tak perlu dan tak manis dipandang (biarpun dunia realiti kita hidup sekarang ni macam tu...Spinning Gasing pun ada jgk adegan tak patut tp bg aku ok je), boleh dikatakan antara movie melayu yang best pernah aku tgk. Sepet boleh buat korang ketawa...pastu boleh plak buat korang nangis. Walaupun citer dia agak perlahan (bagi certain orang even aku prefer citer ni slow sebenarnya), tapi bagi aku citer dia penuh makna......

Citer ni ada jgk citer psl idealogis penjajah terhadap masyarakat yang dijajah...dan aku akui...apa yang Orked ckp tu memang betul. Penjajah menanamkan satu bentuk pemikiran yang membuatkan kita melihat Barat adalah yang terhebat. Very true though...

Sekian sahaja review aku dan aku harap sesape yang dah tengok boleh la kasi komen.

Link komen penonton:
  1. Komen 1
  2. Komen 2

Wednesday, March 09, 2005

Kesopanan & Kesusilaan

Semalam aku dah baca satu .pdf file yang memang bagus since banyak yang dah belajar dari pdf file tu. pdf file tu mengenai 20 soalan yang common non-muslim akan tanya pada muslim mengenai islam. well, kebanyakkan soalan yang dikemukan adalah sensitif dan sebagai muslim kita tak patut melenting atau memarahi non-muslim atau muslim yang bertanyakan soalan camtu kerana mungkin mereka kurang tahu ataupun mereka ingin tahu.
anyway, part yang berkaitan dgn topic ni adalah mengenai isu perempuan muslim yang dipaksa memakai hijab @ tudung? ha...panas gile bagi sesetengah orang. so penulis mende ni (dr zakir naik - islamic research foundation) telah berjaya menerangkan dgn panjang lebar dan dgn logik sekali (saper nak mende ni boleh jer mintak kat aku, aku send kat korang). so apa yang berkaitnya dgn topic blog aku ni?
Sebenarnya, kenapa perlunya muslimat memakai tudung? Apakah batas-batas hijab yang perlu dipatuhi? Apakah hikmah pemakaian tudung? Orang barat melihat tudung a.k.a hijab sebagai satu penindasan terhadap muslimat dan menganggap muslimat perlu dibebaskan. Islam melihat pemakaian tudung atau hijab sebagai pelindung kepada nafsu jahat masyarakat. Allah berfirman dalam Al-Quran dalam dua ayat dimana Allah menyuruh para lelaki meredupkan pandangan terhadap wanita dan benda2 yang menaikkan nafsu ni. dalam ayat seterusnya Allah menyuruh perempuan melindungi apa-apa yang mereka miliki (dgn memakai hijab atau tudung) dan hanya boleh ditunjukkan kepada mahram sahaja. dan jelas sekali bahawa hukum menutup aurat ni mmg sangat jelas dan mampu mengekang kejahatan berasaskan nafsu berleluasa.
Akhir-akhir ni aku melihat kesopanan dan kesusilaan perempuan yang memakai tudung semakin luntur. Sedarlah bahawa tudung bukan sekadar fesyen yang boleh digunakan sesuka hati. Dalam pada seseorang mengambil tudung sebagai pakaian, terkandung didalamnya satu amanah untuk mempotretkan satu imej yang baik dan mulia sebagai mana yang sepatutnya pada si pemakai. Jagalah tatasusila (janganlah buat gediks-gediks gile, melepak tak tentu hala cam orang takder rumah, dan bermacam lagi kerenah buruk) dan adab sopan sepadan dgn tudung yang dipakai tu. Semoga umat islam terpelihara semuanya.
Aku sure mesti ada orang cakap yang aku ni suka tengok perempuan seksi, aku pun bukan baik gile, aku ni ntah apa lagi la tp tak boleh ke bukakkan fikiran kita ni untuk menerima mana-mana yang baik dan perbetulkan sesama sendiri. Manusia ni mudah lupa jadi aku menulis disini sekadar satu peringatan untuk sesama kita tentang tanggungjawab kita sesama manusia. kalau korang rasa taknak ikut aku tak paksa....suka hatilah sebab Allah tu kurniakan akal fikiran untuk korang berfikir dan korang buatlah mana yang patut dan dirasakan betul.
Aku ada satu lagi isu untuk korang semua pikirkan....isu budak yang dapat 17A1 tu. kawan aku terpaksa melalui pagi yang memedihkan kerana isu tu. yer lah....mentaliti orang dulu-dulu (termasuk mak bapak aku jgk), belajar rajin-rajin, pastu dapat kerja elok2. what the heck is that? aku tak nafikan pendidikan adalah segalanya untuk korang berjaya tapi aku tak rasa dengan pencapaian yang gila babeng camtu boleh buat korang generate income gile2 nyer besar. bagi aku bidang macam medic, engineering, dan yang susah2 tu of course la nak orang yang kuat study....well, aku bukan jenis gitu so berbaloi aku IS. Anyway, ko nak income bagus, kena la usaha kuat untuk bina peluang kerja sendiri jangan lah nak harapkan orang nak kasi kerja kat korang. manusia yang berani ambil risiko (selepas berfikir baik buruknya) adalah orang yang akan berjaya. Pada aku, pendidikan sepatutnya cukup-cukup untuk aku dapatkan base untuk aku pergi lagi jauh dan bukak business sendiri. kalau tak bukak pun at least boleh conquer company besar2 yang dah ada kat malaysia dan dunia ni. memang orang cakap bukan senang nak senang tapi aku rasa dengan planning masa sekarang aku rasa boleh kot. itulah impian aku. dan aku rasa apa yang aku belajar sekarang dan dengan knowledge yang aku ada sekarang cukup untuk aku bergerak nak carik base tu.
Seriously, apa guna korang belajar satu benda yang korang takkan guna suatu hari nanti? aku ada baca "Rich dad, Poor dad" yang menceritakan prospek untuk korang berjaya pada masa depan. yang paling penting adalah untuk korang mengetahui keadaaan ekonomi masa depan dan fianncial planning mesti power. Buku tu jgk menceritakan pasal perspektif ibu bapa terhadap education...senang citer korang kena belajar rerajin, dapatkan kursus yang gempak dan surely korang dapat kerja bagus. memang kerja bagus tp kalau financial planning fail, akhirnya sampai 20 tahun kahwin pun hutang rumah, hutang kereta, hutang pinjaman belajar yang dulu2 pun takleh nak solved lagi. so sepanjang hidup korang hidup dalam hutang. itu bukan satu prospek masa depan yang bagus untuk aku. aku kalau boleh nak settle down aku nyer payment utk rumah at most dalam 20 tahun dan at least 10 tahun. start jer korang kerja, maybe dalam umur 22 tahun dan settle bayar rumah waktu umur korang 42 tahun. ha...nampak tak prospek masa depan aku? lagi bagus kalau boleh settle dalam 10 tahun since umur aku baru 32 tahun dan aku ada banyak lagi masa nak buat dengan duit aku. hidup tak selamanya dikelilingi hutang.
so, sekarang ni aku dah nampak prospek masa depan aku...so korang camner laks? at least by 50 years old aku akan ada at least RM 1 million assets (tak kira la cash, rumah, kereta, busines). aku harap prospek aku ni tercapai.

Am.Believe.In.Power.Of.Business.People

Monday, March 07, 2005

About Me, Myself and I

Hello guys...sometimes, i feel i'm restless but sometimes i feel that have too much rest till i feel so tired (resting all day long absolutely make your feel tired...). ah...dunt want to talk about this internship stuff anymore, just need to busy myself with work (kickoff is the hardest part...need more courage and desire than to continue it).
i got some feedback from my readers (mr naxerul actually) that my blog is not really about myself. innit? i think...this blog is dedicated to me...for what i think, for what i been thought long time ago, for what i feel, for what i want to share, for what happen in my life and so on so forth.
maybe the entry lately not about myself totally, but implicitly...it's about me. most of the latest entry is about what i had been read and what i had been thought about some events happen lately. maybe some people not aware of some events so i thought it's my responsibility to take all my readers to my point of view about the things that we may take for granted in life. someday, i really hope....some of us will realize what i had been written here maybe will be useful to all of you guys. like a very old saying said: you never realize the things you love until you're lost it.
lately some of my frenz (close frenz) have some probs that always chasing after them. and as a fren, i offer them my hand to help them (at least to listen to them)....and some of them feel guilty cause burdened me with their probs. one thing that i want to say, you can count on me for your probs. maybe i'm not the best to help you...but at least i think i'm the best to listen to you. for me, that is what a fren used for....to help other frenz.
my advice to all my frenz: don't be hestitate to share the probs cause we maybe help other to lifted up some of the burden from our small, weak shoulder. that's why Allah said that He will not burdened His slave with something that they cannot carry.
Maybe some of us will say, why the heck we should share our probs with others. It's our probs, of course we can solved it alone....well, maybe the solution is not the best since that only one-person point of view. some ppl say: two head is better than one.
hope this frenzship will be long-lasting and we will be alwiz help each other since we're in a circle of friend.
Bersenang-senanglah
kerna hari ini akan kita rindukan
dihari nanti
sebuah kisah klasik untuk masa depan
mungkin diriku
hauskan sanjungan kalian
mungkin diriku
masih ingin bersama kalian....
Kisah Klasik Untuk Masa Depan - Sheila On 7