Wednesday, March 16, 2005

Sepet: My Review

Sepet~~

Hello guys...hahaha...aku baru jer lepas tgk movie "Sepet". Movie melayu yang dikatakan sebagai revolusi movie melayu. So, sempena aku dah ushar movie ni...meh aku citer sikit psl movie ni.

Citer dia pasal seorang lelaki cina, Jason @ Ah Loong jatuh cinta dengan Orked. Orked ni adalah anak kepada keluarga melayu dimana Orked ni mendapat exposure yang luas kepada bangsa Tiong Hua ni dari kecil lagi. Orked ni peminat Takeshi Kaneshiro dan peminat filem aksi John Woo. Dia ni agak obses kepada orang cina sebab dia cakap mata sepet cina tu la yang best. Nak dijadikan cerita, Jason ni pun terbiasa dgn budaya melayu since mak dia orang baba dan nyonya. part paling pelik dalam movie ni bila mak Jason ni bercakap melayu dan Jason ni balas dalam bahasa mandarin tapi dua-dua paham apa yang pihak satu lagi cakap. Mak Orked ni berfikiran terbuka dan selalu ushar drama cina (dari mak dia la Orked dpt exposure).

Apa yang menariknya pasal movie ni? Movie ni kalau korang tengok dia nya kamera memang tabik la...lawa gile angel kamera (cam dalam citer Spinning Gasing). Filem ni boleh dikatakan pesaing movie Spinning Gasing. Montaj starting dia pun memang boleh buat penonton filem melayu tak percaya yang movie ni adalah movie melayu...aku boleh cakap rasa macam tgk movie Korea/Japan jer.

Sepet pada aku kalau tolak certain adegan yang mungkin bagi sesetengah orang tak perlu dan tak manis dipandang (biarpun dunia realiti kita hidup sekarang ni macam tu...Spinning Gasing pun ada jgk adegan tak patut tp bg aku ok je), boleh dikatakan antara movie melayu yang best pernah aku tgk. Sepet boleh buat korang ketawa...pastu boleh plak buat korang nangis. Walaupun citer dia agak perlahan (bagi certain orang even aku prefer citer ni slow sebenarnya), tapi bagi aku citer dia penuh makna......

Citer ni ada jgk citer psl idealogis penjajah terhadap masyarakat yang dijajah...dan aku akui...apa yang Orked ckp tu memang betul. Penjajah menanamkan satu bentuk pemikiran yang membuatkan kita melihat Barat adalah yang terhebat. Very true though...

Sekian sahaja review aku dan aku harap sesape yang dah tengok boleh la kasi komen.

Link komen penonton:
  1. Komen 1
  2. Komen 2

14 comments:

- H - said...

Gila gedik..hehehheh anyway movie mmg best just aku rasa kalu xde babak yg tidak sepatutnya. movie yg bermutu or moden tak semestinya kena ada adegan-adegan camtu. memang bunyi cam kolot tapi kalu tak kolot kang jadi cam Indonesia yang mana pernah satu ketika movie dia wajib ada unsur2 sex.memang bagus start new revolution but lebih baik ada nilai2 ketimurannya.but Sepet still the best if compared to Razak Mohaideen, Yusoff Haslam or Z Lokman products.tapi sekarang aku tgh tunggu movie dr Mansoor Putih yang maybe akan buat international movie with the title "Malaysian Snow".bunyi tajuk pun dah best. lagi satu.. xde ker orang nk filemkan novel Konserto Terakhir.heheheh.walaupun aku tak pernah baca tapi mostly ramai suka novel nie.

dueng said...

kalau ko baca review dalam utusan...yasmin ahmad cakap dia rasa benda yang jadi macam dalam filem tu (i mean adegan pelik2 tu) adalah biasa antara ibu dan bapanya. so dia rasa tak salah nak tunjukkan nilai kasih sayang tu.

anyway, aku kurang setuju kat certain part/scene...bukan semua scene yang pelik2 tu. antara scene yang aku kurang berkenan adalah waktu kain harith iskandar tu terlucut..tak patut sungguh adegan tu. adegan lain bagi aku no offence langsung sebab kalau nak kira filem melayu yang hot dan panas...ada dah banyak sebelum ni lagi macam filem sofea jane dgn nasir bilal khan (perempuan, isteri dan ...) jugak filem lenjan. so bagi aku kira ringan jer la aksi lain tu.

compare dgn spinning gasing, spinning gasing lagi 'tak senonoh' compare dgn sepet. itu yang aku rasa la. aku harap pengkritik filem melayu ni tak cepat melenting bila kita disogokkan dgn adegan yang agak melampau camtu. aku rasa penonton melayu dah boleh terima aksi macam tu since citer orang putih lagu 'berat' aksinya...hahaha...tp cukuplah setakat itu sahaja aksi melampau dalam filem melayu...tak perlu ditambah2 lagi.

bagi aku, better aksi terlampau camtu dari aksi macam budak terencat akal, budak hingusan tak matang, dan momokan golongan nerd yang berspek besar dan perangai cam sial, polis yang cakap skema nak mampus, polis bapok, dan lawak-lawak guna loghat utara (aku tahu orang utara takder yang wat perangai sebodoh tu) seperti dalam certain2 filem melayu yang lain i.e: kuliah cinta, 7 perhentian, filem yang ada mami (jr, anak, bapak, nenek mami), gerak khas the movie.

mungkin kritikan aku ni keras...tp aku tak amused pun dgn lawak yang macam tu...sebaliknya aku tersenyum sinis dan terfikir betapa tak malunya mereka yang membuat lawak camtu...sedih..camner derang boleh tak malu buat lawak camtu. sedihnya aku tgk filem melayu. penuh dgn lawak dan gambaran yang keterlaluan...semuanya sudah basi.

aku bukanlah idealogis barat...jgk bukan penentang filem melayu tp aku mahu melihat satu kemajuan dalam filem melayu sebagaimana kegemilangan filem2 melayu dulu2. aku tgk jgk filem melayu tp aku mmg memilih nak tgk movie ape. senang citer movie yang worth dgn duit aku. bukan ckp aku sayang duit sebab kalau tak...aku tak beli drama jepun yang lagi mahal dari movie. dan aku rasa berbaloi gile aku beli sebab aku tahu kualiti benda yang aku beli tu. very worth....

anyway, aku macam narulle jgk...tgh tunggu movie malaysian snow. aku harap citer dia best. majulah industri filem malaysia...

Anonymous said...

oo yeah betul..i'm waitin for someone to filemkan cite konserto terakhir..as seceondary school student dulu kat perlis aku kene buku tu as our literature novel book..touching..!!time f4 cikgu bm aku penah review skali..x expect pun time f5 dpt buku tu..pucuk dicita ulam mendtg la..niway..i love sepet more than other malay films yg cam hampeh..asyik konsep cinta..org baik lawan org jahat..cite cina pun asyik gengster2 je..x penah kuar dr kepompong..aku bukan nak komdem sesape tp cuba tgk cth dato' yusoff haslam..sume filem dia dr dulu smpi skg x penah lari konsep langsung..asyik cite cinta..pastu cite lawak2 buduh yg guna bahasa utara..memalukan aku betul..xperlu la kot nak buat lawak x senonoh guna bahasa org..we live in country yg byk bangsa byk bahasa..buat camtu cam menjatuhkan maruah ppl mcm menggambarkan yg semua org kedah (be specific sket aku ni) ckp x senonoh..ckp kasar2..whutever la..
every cons mesti ade pro kan..so perhaps dlm industri perfileman kote skg ni maybe da ade sikit improvement in term of quality of the muvie itself such as sounds and effect..kalau storyline tu..sorry la..aku xle kasi certificate lagik..sepet ngan spinning gasing je ok sket kot even the story quite slow..tp tu no hal as long mesej dier da cukup mendalam..rite ppl?

Nurul Huda said...

aku rase part makbapak orked ler yg paling best dalam movie...terase macam makbapak aku jer.hahaha. part terlucut kain, aku rase bende tu normal. tipu ler kain korang tak penah terlucutkan? especially yg pakai kain cume mase nak pegi semayang jumaat jer. aku bace review dalam KLUE, derang tak puas hati kenape filem tu cume kembangkan watak orked ngan ahlong tu jer. patut makpak orked yg kene kembangkan jugak. tapi dalam filem tu, Ipoh nampak macam romantik place, macam Kashmir dalam cite Hindustan atau Venice dalam cite Omputih. hehehe

dueng said...

to rikku: dulu-dulu kat tv1 ada slot drama yang derang wat based on novel. ada byk jgk novel yang sempat derang buat dan aku tgk semua episod drama tu. antara novel yang pernah derang dramakan adalah tamu di bukit kenny (betulkan tajuk kalau salah) by usman awang, rumah kedai jalan seladang (aku tak igt saper author novel ni), serenggege by Shahnon ahmad (tak igt jgk saper author dia) dan jgk hari-hari terakhir seorang seniman (jgk aku tak igt saper author dia) . basically yang paling best adalah novel rumah kedai jalan seladang...citer zaman jepun dan zaman lepas jepun...

aku kalau boleh nak slot drama ni ada balik cause bagus la utk kita faham plot citer novel tu...yer la..nak baca kekadang tu takder mood (even satu hari jer pun boleh abis aku baca...hahaha). jgk bagus utk bebdak sekarang (orang tua jgk) paham sastera melayu.

to huda: frankly speak, aku pernah jgk terlucut kain (either sengaja ditarik oleh kengkawan atau tidak sengaja terlucut) tp tak pernah la depan perempuan....malu siot kalau jadi...tatau nak letak mana muka...wakaka...

psl ipoh laks...tetiba terasa ipoh tu sangat la best nya (jusco kat KC paling best).

anyway, psl nak kembangkan watak bapak dan mak orked tu....kalau ni citer hindustan yang mana makan masa lebih dari 3 jam....aku sure boleh nyer kembangkan watak mak bapak orked tu...cuma tu lah...masa tidak mengizinkan...tp aku respect ida nerina nangis last tu...aku siap sedih sekali tu...damnnn...hahaha....man do cry per...

Anonymous said...

wuwuuu, lom tgk lagi. eheh. :S

dueng said...

allo yuni...welcome to my blog...pls feel free to write down any comment. enjoy blogging.. :)

Anonymous said...

to dueng: kalu kain lucut tu ko amik je kain tu balik buat kave muke malu tu..huahahaha..

ipooh mmg romantik pe..hahah..mane2 tempat pun romantik kalu kena pd gaya..tul ak..ceewahhh..!!!

...$weE+ 666... said...

tonton sepet dgn hati yg jujur, cari, teliti, kaji, rasa... mesti jumpa! percayalah...

Roulefx said...

hye! hurm...anda menilai sepet dari pandangan mata umum...bagus kerana itu yang kami mahu iaitu nilai estetika yang mampu menarik perhatian penonton biasa ataupun bukan film-scholar! Tapi yang jelasnya sepet bukan sekadar ideologi terhadap kritikan kolonial..tetapi adalah paparan realiti kehidupan malaysia yang masih lagi menjdi tabuu....contoh nya seperti di LPF ketika sepet dinilai... ada seorang juri yang berbangsa cina..menganngap Yasmin mahu men'kafir'kan seorang pemuda cina. Sepanjang narativiti cerita, tiada apa yang kena mengena dengan konflik agama di dalam sepet....kecuali lah line ini... "if i ask, dun get mad..hah? What happened to malay films?" (mungkin itu ada kena mengena dgn LPF..) apa-apa pun kita tiadak boleh paksa org menonton apa yang kita suka...bak kata orang tepuk dada tanya selera!

dueng said...

mereka yang tahu menilai nilai sebuah filem akan nampak keindahan filem tersebut biarpun satu dunia menidakkan kehadiran entiti bernama filem itu.
betul lah tu...tepuk dada tanya selera. bagi aku yang selalu tgk movie korea dan japan dan jgk drama derang, aku dapat lihat pergerakan emosi yang terlihat disebalik plot-plot drama mereka.

kalau ada sesape nak tgk movie atau drama yang best (i mean emotionally work on me), try my list:

drama:
bangsa: jepun
1) Shotgun marriage
2) GTO (even a little bit dirty but really touch me)
3) beautiful life
4) hotman
5) summer snow (my favorite...really good drama...top in japan)

nak carik semua list drama ni dan preview dia, boleh carik kat http://www.jdorama.com/

untuk movie yang best plak, try la this list:
1) man on fire (denzel washington..nice)
2) i am sam (sean penn)
3) dear frankie
4) remember the titan
5) forrest gump
6) the green mile
7) my sassy girl (korean movie)
8) windstruck (korean movie)

basically, ini la movie yang best bg aku. ada certain movie yang maybe slow and boring but these movies are worth to watch. They are more than just human acting play. It's bout life.

Maybe ada orang cakap aku ni terlalu agungkan movie barat...tp cuba tgk movie kita...apa yang ada (refer my comment before this).

Dan jgk, anime/cartoon from japan:
1) naruto (best gile anime dia)
2) fruit basket (mmg boleh buat korang gelak dan menangis dalam satu masa)

aku hanya tgk movie yang worth utk duit aku dan jgk harddisk space aku sahaja. movie sampah akan ku delete atau tak beli langsung. jgn harap aku nak simpan.

Hope.For.New.Hope.For.Malaysian.Film

Anonymous said...

memang sepet ni bes...aku dah lama tunggu sepet ni di tayangkan..sebelum semester break aku dah janji dgn sorang member baik ni nak g sama2 tgk kat wayang, sayang plak cite bes cam ni kalau tengok cetak rompak jerr..bila sampai arinye member ni wat mcm2 excuse plak geram betul aku...wat a friend?terpaksalah balik kg..kat kg plak takde panggung terpaksalah beli cd cetak rompak
tp aku tak kesah asalkan lepas hajat aku tengok keromentikan dan kesadisan love stori ni...
then skrang aku tak sabar2 nak tunggu beautiful washing machine dan lain2 karya yasmin...

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]adobe photoshop cs4 book for mac, [url=http://firgonbares.net/]8 Mac Retail Price[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] discount microsoft office 2003 how to price a software product
linux software price [url=http://firgonbares.net/]educational discount for software[/url] microsoft office 2007 academic discount
[url=http://firgonbares.net/]award winning educational software[/url] discount software for education
[url=http://firgonbares.net/]free kaspersky 2009 licence key download[/url] cheap software visual
discount mountain software [url=http://firgonbares.net/]wisconsin student discount software[/b]

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!