Sunday, June 11, 2006

Si Comel

Baru-baru ni ada la member satu #unipet tinggalkan seekor binatang yang sangat comel kat bilik aku ni. Hamster tu ditinggalkan kat aku sebab mamat tu nak balik rumah tapi dia bawak motor jer so susah la nak bawak balik hamster. menurut mamat tu, hamster berkenaan akan dijaga oleh aku sampailah 17/6. aku no hal jer jaga hamster tu tambah plak hamster tu comel sgt. fluffy fur~~~, cutenye.

rutin menjaga hamster ni setakat aku bagi dia makan 2 kali sehari, sekali lepas aku bangun tido, sekali sebelum aku tido. well, tido kat sini refer kat tido pada waktu malam la. tido siang tak kira la. yang lain2 tu takder apa nak kena buat since hamster tu menggigit. housemate aku dah jadi mangsa gigitan hamster tu dah. ganas jugak hamster tu even comel camtu pun. hahaha. okies...ni nak tayang sikit hamster yang ditinggalkan kat bilik aku ni.

Si Comel tgh makan

Si Comel tgh makan

Si Comel tgh sedap menjamu selera

Si Comel tgh sedap menjamu selera

Cage~

Cage~

Haaa...amacam, comel tak? tapi kuat menggigit si comel ni. tak pernah dalam hidup aku jaga hamster tapi it's quite a good experience. aku memang kureng sikit bab2 nak jaga pet ni sebab rumah aku tak sesuai bela pet. terlalu ramai anak2 kecil yang tak leh tahan tangan derang dari menjahanamkan kehidupan pet berkenaan. so, better not la.

--------------------------------------------------------------------------

nak promote lagu Flop Poppy - Masih. sedap gile. jiwang banget. suara andy memang rawk la. plucking guitar yang menyayat hati ditambah dgn little touch of piano, make this song really really awesome. simple yet jiwang gilos. give it a try. first time dgr lagu ni masa tgk video klip budak malaysia nak berpisah dgn awek dia sebab dia nak gi US, study kat sana. memang terngiang2 aura jiwang tu di kepala aku ni.

okies...itu jer. kena start buat balik FYP aku ni, byk lagi tak siap. Ya Allah, malas nya aku. ish3. rajin-rajin. Gambatte neeh dueng~~!! ike ike~~!!


Sunday, June 04, 2006

Kesempurnaan Hidup III

okies...sampailah ke bahagian terakhir entry Kesempurnaan Hidup ni. kali ni nak cerita psl geng2 Kampung 5 and #unipet. ada byk yang aku dah kenal dari grapevine, tp ada byk jugak orang baru kat sini. so, let's the story begin~~

Mekot
mekot lah orang yang aku kenal dalam ketiga2 tempat yang aku cerita. #konoha, #myutp, #unipet. teman setia bergosip, pembekal anime yakitate dan jugak info psl antm utk aku. tp malangnya aku dah stop tgk antm. sorry mekot. mekot ni memula aku kenal masa duk kat semarang. masa tu baru2 baik dgn geng2 #konoha. mekot jugak selalu jadik mangsa usikan aku tp dia not bad jgk dalam usik ngusik ni. kadang2 aku leh surrender kalau kena usik dgn mekot. tul tak mekot? huhu~~

Mia^Luna
ni lah kazen encik snubby. dgr nick dah lama, ushar orangnya pun dah lama tp baru tahu orang yang pakai nick tu masih sgt baru. baru sem ni jumpa. first jumpa masa main basketball waktu malam. masa tu la kenal dgn pembaris, mia luna, ain, itek, and pinku. tetiba la terpacul dari mulut aku, laa...ini ke kazen snubby tu? selalu sgt la nampak. huhU~~ (hint: kafe v3). so, dari situ la kenal minah ni. best la kenal dgn dia, suka bercakap. best dibawak berborak, bergosip dan mengumpat. hahaha.

FOO
dah lama sebenarnya kenal budak ni, first jumpa masa pergi makan kat mapley. masa tu FOO naik keta dgn nvrmnd. aku juga ada tumpang sekali. tp FOO tak berubah. dia tetap FOO yang suka sengih. masa mula2 jumpa pun dia sengih2 jer. penulis hebat dia ni, peminat setia lagu2 indon. menjadi pujaan para wanita selepas episod musicfest. hehehe. FOO: cute is not an option. :D

Jakun a.k.a Jemang
first time jumpa kat kafe v5. kesian gile aku tgk dia tercari2 kami (aku, mekot and jack). time tu dia tak pakai spek. kesian dia ni. dah la nasik beriani dgn ayam tandoori yang dia amik masa tu kena charge RM 7.50. kesian gile la. jemang ni jenis manusia cool, suka bawak keta laju. jenis manusia yang agak degil tp leh terima opinion kalau datang dgn fact yang concrete. sekarang sudah berawek, meninggalkan aku sorang2 single. hahaha.

Mighty Jacksparrow
Budak ni aku kenal masa kat kafe v5. masa tu dgn mekot dan jemang. Mamat yang sweet talker, leh cair perempuan kalau dengar dia cakap. Such a sweet guy tp quite quick temper. An amazing writer, always make people mesmerizing with his writing.

Wadieq
Admin K5. actually first time jumpa masa gathering grapevine kat tepi tasik old v5 tp takder la berborak pun. Lepas dalam moderating team, first time jumpa masa gathering K5. manusia yang suka tido, dan byk benda jadi masa dia tido. Dia bangun2 jer terus blur. Kesian. Owner K5, agak suka spam. Hahaha. Nice guy to hanging out with. Aaaaa…satu lagi, dia ni penjual tegar barang2 komputer, apa2 barang leh carik dgn dia.

Teng
Budak batch aku rupanya mamat ni. Tak pernah kenal secara rapat sebelum ni. Pernah jumpa masa jual tshirt grapevine sem lepas. Itu first time jumpa dia. Pandai gile jawab riddle, apa jenis ntah kepala otak dia ni. Kacak dan katang, menjadi pujaan para dara di K5. abg teng~~~. Ahaks. Sgt cool, macam FOO jgk. Jenis manusia yang cool habis dan macho habis. Post nyer mengejar bu_er dan jack.

Fire_Chrome
Munir nama dia. Budak junior jgk tp muka dia macam bapak orang. Siyes..tak bohong. Cool jgk, pak gad server v2. dia ni baik dgn Shark dan wadieq dan all the clan derang la. Suka wat lawak mengom dan layan lawak mengom. Leh diajak berborak dan kuar bekfes. :P. suka berlagak inesen eventhough takder la inesen pun. Huhu~.

Yellou`
Chuna. Makcik. Hehehe. Selalu berkepit dgn mia luna, cam laki bini dah gayanya. Huhu~. Teman bekfes, teman wayang, teman shopping, teman musicfest..erk, dia teman dgn mia luna la. Sudah berpunya, pakwe dia kacak seeh. Rasa nak ngorat la plak pakwe dia. Haha. Minah yang suka gelak. Tatau apa yang digelakkan tp suka sgt gelak. Tul tak yelowi wi wi wi?

Don
Mamat yang suka emo. Kelakar jgk bila dia emo, aku lagi suka kacau dia kalau dia emo. Kadang2 kacau dia sampai dia emo. Tp dia cool jer depan awek dia. Control macho seeh. “minumlah” kata awek don. Hahaha. Aku takkan lupa dialog tu. Gelak2 mira wat lawak dgn ayat tu. Ish2. penuh stamina, suka main lari2 kalau main basket. Entah dari mana semangat dan stamina tu, aku pun konpius. Kelakar dan suka sakat orang jugak. Suka sakat pinku. Pinku plak marah2, lagi la don suka. Hahaha. Suka pakai nick yang ada extension tedo dan IRC tp tetap hidup lagi ngadap pc. huhU~~.

Shark
Mamat kabuki. Kacak seeh. Mulut dia agak ‘power’. Ayat dia memang best, matured enough kalau nak ajak borak hal2 serius, dan leh tahan jugak lawak dia. Hero Kabuki ni, kalau takder dia, kabuki tak hidup la kat K5. hahaha. Best la dibawak berborak, dan gi makan2. huhu~. First time jumpa masa gathering K5.

^Desideria^
Makcik comel. Cam budak2 yang sorang ni. Kuat nanges (kata mia) tp tetap tabah hati. Sedap agar2 yang dia buat, adik kesayangan wadieq. Jugak suka nick yang ada extension tedo tp dekat berjam lepas tu baru dia tedo. Byk cakap thus best dibawa berborak. Suka tgk anime. Tgk dia ni, tak caya dia budak U, kecik sgt. Hahaha. First time jumpa? Masa nak hantar anime yang dah diburn pada minah ni. Depan kedai dobi kat village 5.

ch[u]nk
saya suka makan kacang, hai, nama saya ch[u]nk. Adik kepada jemang. Manusia yang interesting, sgt baik hati dan suka tolong kengkawan. Pernah tolong antar aku gi medan gopeng. Tima kasih chunk. Mempunyai hobi yang pelik dan suka mengayakan mamak mapley. Selalu jadik mangsa usikan orang kat #unipet. Kesian dia. Chunk ni budak baik, layan la dia elok2 yer.

Itu jer la kot sepanjang ranjau 4 ½ tahun di UTP. manusia-manusia yang memainkan peranan penting dalam hidup aku. Ataupun aku terasa penting even derang rasa aku tak penting pun. Yang mencorakkan hidup aku, menjadi hidup aku lebih sempurna.

Ada ke term ni? Bukan sempurna tu dah sempurna ke? How come ada LEBIH sempurna? Ahh…abaikan.

Apapun, terima kasih la sebab membuatkan hidup aku bermakna. Lepas ni, entah bila la lagi leh jumpa semua2 orang ni. Sedih nya. Di malam yang sepi ni, tetiba rasa sebak pulak. Takper la…panjang umur, kita jumpa lagi. Jaga diri leklok yer semua.

TERIMA KASIH UTK SEGALANYA.

p/s: kalau ada nama yang tak dimention kat mana2 entry ni, saya mintak maaf bebyk. Jgnlah berkecil hati, saya sayang kamu semua.