Monday, April 11, 2005

Revise urself

Haa...satu minggu yang meletihkan tp amat menggembirakan. Last weekend mmg another perfect weekend. everything yang kami (aku dan narulle) rancang utk anas dah berjaya. Mission accomplished bebeh!!!

Anyway, aku semalam ada terfikir psl nak revise diri sendiri. Apa yang dimaksudkan dgn revise diri sendiri? revise ni study, mengulangkaji...so senang citer adalah menilai kembali diri kita. mmg la susah sebenarnya nak mengaku kita ni lemah, buruk, dan perangai teruk tp itulah kita; human being....lots of flaws.

Aku terpikir nak revise diri aku selepas a few incidents yang aku rasa tak perlu aku ceritakan tp membuatkan aku sedar dari fantasi (no more dueng in wonderland). Dunia yang aku duduk sekarang ni penuh dgn harapan yang tak berkemungkinan untuk aku capai....dan lebih tepat lagi hanyalah satu ilusi indah yang datang hanya untuk melukakan hati aku. Tapi aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku pernah ada fantasi yang indah camtu. Oklah, ni lah list benda-benda yang aku rasa psl diri aku.

Perangai buruk orang kat aku:
Biarpun aku selalu cakap aku tak kisah psl berat badan aku tp sebenarnya aku kisah jgk. Yer lah, kalau tiap-tiap kali aku balik kampung (rumah mak bapak aku), asyik dengar orang tegur yang aku ni makin besar. Aku ingin jgk nak turunkan berat badan tp entahlah, hidup ni enjoy sgt, happy sgt...takleh aku nak kuruskan badan. dah ler aku ni mmg senang jer nak tambah berat (semulajadinya begitu) tp nak turunkan berat sikit nyer payah, so makin la takder motivasi nyer nak turun kan berat badan. Aku paling pantang orang kutuk-kutuk aku cakap orang badan besar ni malas (even mmg aku malas pun) tp aku paling benci orang guna alasan badan aku besar nak suruh aku wat kerja yang aku tak suka. Aku bukan takleh nak tolong orang lain wat kerja tp jgnlah babitkan badan aku. Apa ingat korang bagus sgt ke??

Lagi satu, bila aku mintak tolong orang je mesti ada yang cakap, "Gerak arr sikit, psl tu badan ko besar", dan aku mmg anti dgn word gini. bukan aper, bila aku mintak tolong mulalah kasi alasan badan aku tp bila korang mintak tolong aku senyap jer. Aku tolong korang tak pernah aku merungut biarpun kekadang aku ketepikan hal aku dulu semata-mata kerana korang tp bila aku mintak tolong, gitu plak korang cakap. Kalau dah malas, cakaplah malas....jgn kaitkan dgn perkara yang tak berkenaan. Aku bukanlah nak ungkit apa yang aku tolong, tp sabar pun ada had jgk. Bila aku mintak tolong...mulalah memacam alasan keluar. Tp bila korang mintak tolong, kasi alasan apa pun aku terima...aku tak pernah argue, sebab kenangkan yang kita semua ni member-member jgk. Tp bila korang buat aku gitu, aku kecik ati wooo. bukan sekali dua tp dah byk kali. Aku tahu la aku ni tak sehebat korang tp aku jgk ada perasaan...cakap biarlah bertapis sikit mulut tu, tak reti ke nak jaga ati orang lain. Aku tahu la kekadang aku pun mulut cabul jgk tp ada had la.

Lagi satu, aku benci gile bila ada orang kedekut dgn aku. Aku tak pernah nak buat mende gini dgn sengaja (kalau jadi tu mmg aku tak sengaja lah) tp still ada manusia yang pentingkan diri sendiri tak mahu orang lain tahu psl mende yang dia tahu. apa yang korang nak pertahankan sgt dgn benda yang korang tahu/ada tu??? Ada info psl mende-mende yang special sikit mulalah takmo share, aku ada info aku share jer dgn korang....korang plak wat bangsat dgn aku. Ni yang wat aku emo ni. Aku bukanlah nak harap korang datang sembah kat kaki aku cakap ada info psl certain benda tp just mention kat aku boleh tak?? aku bukan mintak lebih tp jgn lah tamak sgt. orang camtu tak selamat hidup dia kat dunia ni. Asyik nak bolot sendiri jer...at last bila korang mati nanti mandi dan tanam sendiri lah mayat korang since perangai bangsat camni mmg buat semua orang bengang (hey....bukan aku sorang jer yang menyampah perangai gini). apa kejadahnya korang kedekut, duit dan info yang korang ada tu bukan boleh bawak masuk kubur. tak pikir ke perasaan korang bila korang dipinggirkan camtu?? korang sure rasa terhina tp dalam kepala hotak tu tak pernah nak tanam perasaan yang sama bila buat kat orang lain. itu yang aku panggil 'kawan yang bangsat'. aku pernah jgk beberapa kali kena dan tobat lah aku tak share apa-apa yang aku rasa penting bg aku lagi dgn dia. Kawan camtu tak elok disimpan lama-lama, nanti berkarat hati aku yang suci ni (even tak berapa suci tp ada lagi la part baik nya).

Perangai buruk aku:
Ha....tu perangai buruk orang kat aku, ni plak perangai buruk yang aku rasa takleh nak elak. Aku ni kekadang tertegur @ tercakap @ tersebut mende-mende yang tak patut aku sebut. Adeh lah, kekadang mmg boleh wat orang lain kecik ati. Sorry arr kalau selama ni aku laser sikit. Aku cuba ubah part ni. Tp besenya kalau aku laser sebab ada orang wat aku panas.

Perangai aku yang tak suka kalah. Ni lagi buruk, aku kalau aku dah pikir aku betul, mmg sampai perang besar lah. Aku ni mmg takleh nak kalah especially bila aku pikir benda yang aku buat tu adalah betul. Dan bila korang argue jgk, ha...apa lagi, perang lah. Kekadang aku malas nak argue sebab aku lebih suka tgk orang yang nak argue tu tgk kebenaran apa yang aku cakap ni pada masa depan. Disaat tu, aku akan senyum jer since aku tahu aku dah menang. Biarpun terasa berasap jgk kepala tahan marah tp that the best way to win clean. Lets the ppl who involved feel the consequences. Saat tu terasa nak cakap padan muka je tp karang kena cop kejam plak. pernah jadi kat aku selalu nya kat rumah; bila aku gaduh besar dgn mak aku.

Kesimpulan:
Kekadang bila aku pikir semua mende yang pernah jadi kat aku ni, terasa amat sgt yang dunia ni kejam. Tak sanggup rasa lagi nak tanggung rasa marah, bengang, dan bersalah ni. kekadang perit sangat bila aku ingat balik sampai kekadang hasutan syaitan yang nak suruh aku benci orang yang buat kat aku tu untuk selama-lamanya. sebab tu kekadang bila dah jadi, aku tak pikir dah lepas tu. kecuali bila ada lagi mende yang sama jadi, makin dalam luka kat hati aku ni. Aku bukanlah harap diri aku ni disayangi gila-gila tp cukuplah jgn berlaku kejam lagi kat aku. Aku kekadang terpikir jgk, apalah dosa aku yang korang wat aku gini. maybe sebab aku ni dilihat lemah dan mudah dibuli kot. entah arr....makin aku pikir, makin kompleks aku rasa, makin low aku nyer self esteem.

Dah byk kali jadi dan aku rasa aku perlu luahkan kat something/someone. Kekadang aku cakap dgn orang yang aku boleh caya seperti akak aku, kengkawan aku (terima kasih kerana sudi mendengar). Kalau dgn akak aku, siap kekadang tertumpah jgk air mata lelaki aku ni....kekadang aku dah tak tahan bila jadi lagi benda gini...hina sgt ke aku ni sampai ada orang sanggup wat kat aku gitu?

Sebab tu bila aku pikirkan, aku mmg rasa takleh nak maafkan orang yang pernah melukai aku tp bila pikir-pikir balik ketika akal aku waras, aku rasa aku patut maafkan jer. tp aku harap sesape yang pernah buat dan terasa bersalah, ketahuilah aku dah maafkan korang tp jgn lah buat lagi. Aku tak sanggup nak tambah dendam dalam hati aku ni. Jgn buat aku menyampah kat korang berkali-kali sebab kalau tak aku hanyalah akan berlakon jadi baik tp sebenarnya dalam hati aku ni tuhan jer tahu betapa menyampah nyer aku kat korang. Jgn biarkan aku sampai ke tahap tu dan frankly speak, only few ppl jer yang berjaya buatkan aku sampai ke tahap tu. Takyah la aku sebut nama derang tp orang yang tahu akan perasan. Ah....dah la tu, makin aku tulis....makin emo aku.

(Hasil penulisan diatas ditujukan kepada mereka yang pernah berkelakuan seperti diatas. Aku bukan bermaksud nak memalukan sesape tp just nak bg ingatan yang aku AMAT TIDAK SUKA perlakuan diatas. sesape terasa aku mintak maaf, aku tak bermaksud melukakan sesape, just a matter aku meluahkan perasaan aku. Harap semua orang paham.)


"Life is like a rollercoaster"

Saturday, April 09, 2005

Imam: Kisah Sebuah Perebutan & Penyelewengan

Assalamualaikum,
Minggu ni baru jer aku habiskan novel “Imam”. Kalau tak silap hari isnin lepas la aku habiskan baca so, aku bercadang nak review sikit psl novel ni.

Sinopsis:
Imam membawa tema tipikal iaitu perebutan kuasa, harta dan kasih sayang tapi apa yang menariknya adalah konflik ini berlaku didalam golongan agama. Cerita bermula apabila Haji Mihad, anak kampung yang dikatakan meninggal dunia didalam pertempuran ketika Konfrontasi Indonesia-Malaysia telah pulang kembali semula ke kampung berkenaan selepas beberapa tahun. Melihatkan suasana kampung yang lesu dan terbiar, Haji Mihad berasa amat sedih dan ingin mengubah kampung nya menjadi seperti dulu. Haji Mihad kemudian dilantik menjadi imam Masjid Haji Salih apabila imam tua; Haji Abdul Rahman berhasrat untuk bersara dan melihat Haji Mihad sebagai individu paling sesuai untuk menggantikan jawatan imam berbanding Haji Syamsuri yang juga timbalan imam. Konflik bermula apabila Haji Syamsuri melancarkan konfrontasi terhadap Haji Mihad, dan kemudian diikuti oleh Haji Abdul Rahman yang tidak berpuas hati dan menyesal melantik Haji Mihad menjadi imam kerana Haji Mihad melakukan terlalu banyak perubahan drastik. Antara perubahan yang dilakukan adalah membina irigasi untuk musim kemarau, menanam pokok bunga dan pokok buah di sekitar kawasan masjid, meletakkan bangku (bench) sekitar kawasan masjid, membina gelanggang olahraga/ permainan berhampiran masjid, mewujudkan kumpulan pancaragam nasyid, dan membaca khutbah tulisan nya sendiri (sepatutnya Haji Mihad membaca khutbah majlis agama islam).

Komen Aku:
Apa yang sangat menarik pada aku dalam novel ni adalah tema perebutan kuasa, harta dan kasih sayang yang berlaku dalam golongan agama. Golongan agama dilihat sebagai ‘the untouchable’ dalam masyarakat melayu dan apa yang akan jadi bila golongan ini berpecah belah disebabkan sengketa sesama mereka? Ha...mmg gile best novel ni. Bercakap mengenai golongan agama, aku melihat mereka adalah antara golongan yang sukar menerima pandangan orang lain yang kurang berilmu dari mereka sekalipun mereka sebenarnya bukanlah berada dilandasan yang betul. Dah beberapa kali aku tgk benda macam ni jadi dan aku tak heran kalau benda macam ni jadi lagi. Aku sangat menghormati orang yang banyak ilmu agama tp sgt humble dan sudi dengar pandangan dan soalan dari golongan yang kurang dari mereka. Kerana stereotaip golongan agama dianggap sebagai ‘the untouchable’, agak susah untuk melihat mereka bergaul dgn golongan yang gila-gila cam aku dan golongan yang lagi gila dari aku. Aku sangat respek kepada certain ppl yang amat bagus dan mampu bergaul dgn golongan yang gila-gila ni dan guess what, golongan gila-gila ni mampu dengar nasihat dari mereka yang humble ni. Dan mmg betul la penyakit orang berilmu ni adalah riak/sombong dan penyakit ni semakin teruk apabila umur seseorang itu semakin meningkat. Aku menulis kat sini bukanlah nak hentam orang-orang tertentu tp melihatkan realiti golongan agama ni mmg camtu. Aku hanya menulis atas perkara yang aku rasakan betul.

Ada satu peristiwa kat kampung aku (FELDA sebetulnya) dimana imam kampung aku ni mmg dibenci oleh ramai orang. Kerana apa? Kerana mulut dia yang cabul. Sebagai orang yang berilmu dan sudah berumur, sepatutnya mempunyai akal yang cukup panjang untuk menegur orang dgn berhikmah dan bukanlah dgn kata-kata sinis yang menyakitkan hati orang yang ditegur dan langsung menutup pintu hati orang berkenaan untuk menerima apa-apa teguran dari imam berkenaan. Aku melihat masalah ini amat serius kerana matlamat tidak menghalalkan cara. Sekalipun dia bermatlamat untuk membetulkan orang lain, tak perlulah nak buat dgn nada sinis dan menyakitkan hati orang lain. Kan dah tak sampai ke matlamat dia. So, matlamat tak dicapai, benci dihati semakin bersarang. Kesudahan nya, imam berkenaan seakan-akan dipulau kerana mulut dia yang sgt cabul tu. Dan aku sendiri memang tak berapa suka imam berkenaan kerana kadang-kadang nasihat yang diberi oleh dia tu untuk membetulkan orang lain tp pernah jgk dia sendiri membuat perkara yang ditegurnya suatu masa dulu. Cakap tak serupa bikin.

Aku sgt respek kepada dua tiga orang kengkawan aku yang kuat ilmu agama tp still boleh kawan dgn aku walaupun aku ni bukanlah baik sgt. Dan mereka ni tak pandang aku ni sinis dan sgt baguslah kerana orang macam derang ni lah yang buatkan nama golongan agama ni bersih kembali. Respek la korang!!

Dan simptom celaka orang masjid ni adalah cakap tak serupa bikin. Bercakap sikit punya best, tp diri sendiri pun commit benda tu jgk. So kenapa nak nasihat orang lain at the first place? Cakap psl kepimpinan tp diri sendiri pun tak betul memimpin. Diri sendiri cakap pasal kebersihan tp diri sendiri pun lingkup pasal lebersihan. Apa ni semua? Tolonglah, perbetulkan lah diri sendiri dulu sebelum bercakap dgn orang lain. Dan bagi aku, aku amat respek kepimpinan melalui tauladan....korang nak gain respect, then kenalah give respect dulu. Ni cakap berdengung-dengung tp hapah pun takdak. Sorry kalau ada yang terasa tapi aku bercakap atas dasar hakikat. Hakikat walaupun pedih, pahit kenalah diterima.

Aku tahu ramai bengang jgk bila aku tulis psl benda ni (kalau derang baca blog aku lah), tp kekadang kita kenalah pikir dunia kita, pandangan kita dari sudut pandangan orang lain. Kita mungkin tidak dapat melihat salah kita, kekurangan kita kerana kita bukanlah orang lain. Orang lain memang selalu nampak salah kita so apa salahnya kita share dan perbaiki diri kita kerana segalanya adalah untuk kebaikan kita sendiri.

Fikirkanlah dan semoga kita mendapat sesuatu......

Monday, April 04, 2005

My Perfect Weekend....

ah...today is Monday and i feel so fresh too starting up this week. Without i realize, i'm already half way in finishing my internship. For now, i feel very comfort with my environment even sometimes there are some incident that make me mad. Now, i still waiting for the Remedy tool training that wiil conducted by one of the stuff here and by using the tool, i will developing one support system for the helpdesk system.

ok...enough with the opening brief about my current activity so i want to talk about my perfect weekend. Well, for a single bachelor like me....the perfect weekend is absolutely when you're hanging out with your friends. and i very agree with that. last weekend, my frenz from UTP came to our house. Guess what? the PETRONAS loan is already in our account and it's time for shopping. after large scale suffering cause of not enough money to spend (mostly for food), now it's time to spend the money that we waiting for month....YAHOOOOOOOOOOO.....can shopping and spend money to buy all the thing i wanted.

and as planned, we move to KLCC on 11 a.m. in KLCC, EE and captain want to buy a new wallet so all of us followed them to KLCC without any intention to buy any wallet but guess what, i being confused (influenced actually) by the price and the design of the wallet. even my frenz said that we feel like stupid when we buy the wallet since "kita guna duit untuk tempat simpan duit". and spontaneously i said, "dompet tu lawa sgt utk ditinggalkan begitu saja tanpa aku beli". and we laugh together.....after that, we go to Swatch and look at new collection that been released by Swatch for Summer/Spring (if i not mistaken la). what a design...so nice, so cute...i can;t resist myself to touch the watch but then i'm able to resisit myself from buying it since there are a thing that is more important to me than that watch.

after have our lunch at burger king (just next to Swatch), we move to have our Zohor prayer and after that go to Kinokuniya and i finally buy the graphic comic called "Wasilah Cinta". What a comic since the story is so innocent, cute and full of humor even it's sometimes quite sad. Finish reading the comic at home.

After that we go to the Low Yat...yeah, this place is my main agenda. At low yat, i want to find a nice mp3 player that i been dreaming for a long time since my frenz buy it early January. Want to find a Creative Muvo Slim 256 Mb but cannot find in range of RM 350....what a depression. i alrady get frustrated by the dealer at low yat till we met a store. the dealer show my frenz, EE; a good mp3 player newly released by Duraplus. So while we planning (Me, Narulle, and Said) to find at the sixth floor, EE called us to evaluate the mp3 player. Since i'm the one who familiar with the features of Creative Muvo Slim, i been honoured (inofficially) to evaluate the features of the Duraplus OLED 737 mp3 player. so with all my knowledge, i asked the dealer about the features....and shockingly, i really satisfied with the features and the price is one of the adding value comparing to Muvo Slim. the features that same with Muvo Slim are:

  • 256 Mb (actually got bigger storage but i do prefer 256Mb cause of cost constraint)
  • FM Tuner
  • Li-Ion Battery (ala...cam handphone battery la)
  • Support WMA and WAV
  • Easy Navigation Button
  • Recording feature (up to 16 hours)
  • Slim...nipis atau kecik

And the mp3 player have good noise-ratio, smaller than Muvo Slim (just size of Zippo Ligther), support FM recording. But there are some quality that not so good with the mp3 player; the brand, battery that cannot be change by the user (need to send to the dealer). but overall, i do satisfied with the mp3 player and feel happy when i have it...i buy the red color since the red look hot and sexy...wahahhaa.. haa.......what a great feeling. with the mp3 player, i can't break my boredom in the LRT....and at least i can ignore ppl around me cause sometimes ppl can get very annoying when they look at me.

and lastly we go to Berjaya Times Square...just loitering there, having dinner at Hartz Chicken Buffet (adoi..kenyang gile makan), and shopping. at times square, i feel like want to buy pirated dvd (last time it only cost RM 20 for 3 dvd, but before that only cost RM 10 only). but then i very shocked when there are no more pirated dvd. wahh....gile kena serbu. all pirated dvd is already clean...not a single dvd left. then, with depression cause i want to find a very good movie that i been ushar before...ah...need to find other place, maybe at Petaling Street.

at last, going back home at 10 p.m. something....aiyo, so letih until when arrive je at home, terus go to sleep....hehehe...of course after having bath la. as conclusion, last weekend is the perfect weekend so far for me...but there are maybe another weekend that will be more perfect than last weekend...just wait and see for my post. hrm...last time i read my horoscope in hype and it say that someone will confess that she love me.....hrm, should i wait for her confession? ...hahahha...cannot caya lah thing like this. still waiting for my princess came and tell me that she love me with all her heart (wah...bangsat jiwang kenyataan ini...terasa sengal...adeh2). whahaha...ok arr....enough with all the karut-karutan cause i live in real world where thing are no more like that..... (i think so lah....)

Wednesday, March 23, 2005

Something From Somewhere

Hello all my readers, ni ada cebisan sikit yang aku compose sendiri. Aku pun pakai tulis je tak tahu apa yang aku karutkan...just want to share with all of you. sorry arr kalau apa yang aku tulis ni agak buruk gaya bahasa nya sebab aku bukan orang sastera so this piece is the best i can write. Comment anyone? Sesape yang lebih 'sastera' dari aku (i mean boleh tulis lagi baik), silalah kasi komen ya...untuk aku improve lagi my writing. enjoy this piece of scrap!!!

lorong-lorong gelap

ketika langkah hidup diaturi...
diteliti dan dihalusi...
semoga selamat perjalanan yang panjang ini...

begitu yang diharapkan...
maka takdir tuhan mengubah..
menguji..

langkah hidup tidak lagi mudah...
ongkos, maruah dan malu
menjadi sebaris...
mana satu mahu dipilih?

ongkos untuk hidup..
tiada hidup kalau tiada ongkos
tersepit...sesak...semak...
tidak mampu lagi bernafas...

lalu jalan di lorong gelap diambil..
ah..biarkan mereka mengata..
mereka tidak tahu...
mereka tidak merasa...
mereka hanya tahu mengata...

lalu diteruskan hidup di lorong-lorong gelap itu
menanti sekelumit ihsan...
untuk sejengkal nafas..
hidup yang bersisa ini mesti diteruskan..

dan diriku...
masih lagi mengharapkan..
akan muncul..
seorang wira..
mengheret aku....
keluar dari sini...
dan penantian itu berterusan..
bersama luka hidup yang tak pernah sembuh...