My Love Story Part II
Bdak UTP
Bdak UTP
Bdak ni aku mmg ada intention nak ngorat dia bila aku start borak dgn dia, dan boleh cakap tiap-tiap hari mesti aku borak dgn dia. Dia ni bdak engineering; cute, high sense of humor, dan sporting. Dia ni mmg best la cuma hati dia belum terbuka lagi utk couple, so mmg takleh nak tune la camner pung. Apapun, saat aku borak dgn dia mmg saat bahgia aku sebab dia ni mmg layan jer lawak aku dan usikan aku. Mmg tersengih-sengih aku duduk dpn pc bila chat dgn dia. Aku start kenal dia bila masuk village la. Time tu pun aku sebenarnya nak heal kan hati aku yang tgh luka ni. Tp dia ni mmg selalu kena usik dgn aku dan mmg dia ni melawan balik la lawak-lawak aku. Best siot....sporting gila. Siap aku rasa paling gila lawak aku pernah buat dgn dia bila aku ajak dia gi kahwin. Siap nak bangunkan ustaz Dawi lagi nak suruh jadi jurunikah.
Aku teringat time aku wat dia nangis sekali bila aku tercakap kasar dgn dia. Dia mmg terhiris gile dan aku sgt-sgt lah rasa bersalah. Aku mmg separuh gila dan tak senang duduk selama mana aku tunggu dia balas msg aku tu. Dekat sejam jgk arr....mmg aku riso gile ahh. Pastu, aku siap msg housemate dgn kengkawan dia kat channel lagi, dan semua orang pun pelik apsal tetiba je aku tanya psl dia. Mmg aku kaget gile la time tu....since aku tak pernah wat perempuan selain family aku nangis. Rupe-rupenya, dia sedih sgt dan tertidur dan dia tercengang-cengang bila bangun since housemate dia tanya apa jadi antara aku dgn dia. Dia terus msg aku dan tanya psl apa yang jadi....aku pun jawab la apa yang aku wat tiem dia tertido td. Dia terus gelak....dia cakap jgn wat gitu lagi dah since dia tak mahu housemate and kengkawan dia salah paham. Susah nak menjawab gosip-gosip liar. Aku pun rasa lega jer bila dia dah cakap dia dah ok. Dia cakap aku ni tak pernah cakap kasar kat dia so dia terasa kecik ati bila aku wat gitu. Aku mmg tak tahu dia marah since cam bese lah kami gurau camtu...kekadang lebih dari tu pun ada tp maybe mood dia tak kena sikit so jadi la mende tak patut jadi. Satu sejarah bagi aku wat perempuan nangis. Tp mmg aku menyesal gile, so bila aku nak wat lawak...mesti aku tanya either dia ok ke tak...incase jadi lagi kes yang sama. Apapun, aku dgn dia tak kemana since dia mmg takmo couple lagi. So just tinggal memori jer la tp kami still kawan dan aku still selalu msg dia. Kawan tetap kawan....
Setakat arini, aku masih lagi single dan aku tak rasa mahu try dgn mana-mana girl dah. Bukan per, kekadang terasa serik jgk. Dgn bdak yang aku baru try ni lagi kacau, siap dah kacau bilau waktu hari kedua. So, buat masa ni....aku just mahu stay single. That’s the best for me. Sekarang ni aku tgk perempuan pun aku takder minat nak try dah. Cam-cam assumption keluar dalam kepala....takper lah, tak mati nyer kalau tak couple. Baik stay single je. Sampai sekarang, aku tatau kenapa aku mesti gagal setiap kali aku try...adakah rupa aku tak membenarkan aku mencuba atau aku jer yang tak bernasib baik? Tp since ramai perempuan mmg pandang harta dan paras rupa, so mmg takleh nak wat per lah. Kekadang bila aku pikir, dah takder ke dalam satu dunia perempuan yang tak tgk semua benda tu. Kekadang nak yang best-best tp diri sendiri pun tak bagus jgk. Ntah arr....aku tak mengharapkan perempuan yang gile babeng nyer lawa, i just want a girl that love me with all her heart. Aku ni pun bukan jenis memilih tp kenapa susah jgk.......??
Sebab tu kekadang bila aku pikir, better masa jer menentukan. Malas nak pikir dah. Kemana hilangnya semua perempuan yang baik atas dunia ni, cam akak aku, cam mak aku, cam adik-adik aku, yang menyayangi aku tanpa tgk pun rupa dan wang ringgit aku?? Dan yang paling penting, aku menyayangi derang pun tanpa menilai siapa lagi lawa....semua nyer aku sayang kecuali bila wat perangai pelik2 dan wat aku marah. Hehehe...bese lah manusia, takkan takleh kot nak marah especially bila didorong oleh emosi lain yang tgh berkecamuk.
Dah la...saper rasa nak muntah baca entry ni, silakan. Aku tak kisah. Aku tulis since aku janji dah nak tulis. Kalau rasa nak muntah pun, macam la korang tak pernah ada perasaan gini so kenapa nak double standard, rite??? Oklah, chiow....comment as you please.

