Saturday, January 29, 2005

Tanda-tanda Besar Kiamat

tanda-tanda besar kiamat....bunyi nyer pun mmg menakutkan. dan setelah merenung beberapa pembacaan selama beberapa minggu dan tahun ini, dapatlah aku merumuskan beberapa perkara yang tanpa kita sedar menunjukkan kiamat itu semakin hampir. aku disini ingin mengutarakan beberapa persoalan yang mungkin tak pernah disentuh oleh orang lain sebagai tanda-tanda besar kiamat. perkara seperti kerosakkan akhlak dan keruntuhan moral anak-anak adalah petanda yang sudah biasa diperkatakan.

Isu 1
Kemurtadan orang islam
Merujuk kepada kes-kes yang pernah aku baca, kes-kes yang terjadi biasanya terjadi akibat kegoyangan terhadap ajaran islam dan seperti yang dikatakan sebagai petanda besar kiamat dimana dajal akan datang kepada sesuatu kaum dan menyuruh mereka mengikut dajal mendustai keimanan mereka kepada allah. mereka yang mengikut akan dijanjikan kesenangan hidup didunia dan yang enggan akan beroleh kesusahan dan kebinasaan (betapa besar cubaan allah terhadap hamba-NYA). allah sengaja memberikan kuasa yang sebegitu kepada dajal kerana ingin mengetahui berapa ramaikah dikalangan jutaan 'buih' umat islam ini yang betul-betul mampu menyembah-NYA dikala ditimpa kejatuhan sebegitu. dan sekarang perkaitan antara kemurtadan umat islam kepada agama kristian khususnya, disebabkan kebanyakkan mereka mendapat kesenangan material dan rohani. contoh nya:

"Setelah saya percaya kepada Isa Al-Masih, setiap kali saya berdoa, saya tercium bau bunga ros. Dia telah menolong menyelesaikan banyak permasalahan saya selama ini. Saya telah melihat kuasaNya. Selepas saya mengikut Dia, hidup saya telah berubah. Kalau dulu saya adalah seorang yang panas baran tetapi kini menjadi lebih banyak bersabar. Dulu saya juga merupakan seorang perokok tetapi kini saya tidak lagi terikat dengan rokok.

pengakuan seorang muslim bernama hisham
dari web www.answering-islam.org"

nah...sekarang bukti mengenai kedatangan dajal semakin hampir. pengikut-pengikut dajal sedang berusaha menyesatkan umat islam. dan sedarlah, semua ini permainan syaitan. syaitan dan dajal itu mmg diberikan ilmu yang lebih berbanding manusia, jadi semua jenis permainan jiwa seperti ini adalah mudah bagi mereka. islam sendiri perlu didalami untuk dirasa kemanisan nya. islam perlu dijiwai untuk mendapatkan penjelasan untuk sesuatu perkara yang terjadi. islam itu begitu indah kerana disamping mencari penyelesaian terhadap masalah kita, kita juga akan mendekatkan diri kepada Allah. untuk mengulas lanjut mengenai encik hisham, beliau sebenarnya tidak berusaha mendalami agama yang dianuti dulu(islam) dan sehingga sekarang pun, dgn agama baru(kristian) beliau masih lagi tidak mendalami agama itu. agama ini perlu didalami bukan sekadar dianuti dan diamalkan tanpa ilmu yang lengkap. semakin kita mendalami agama kita, semakin kita akan nampak asas sebenarnya agama kita ini. adakah pincang, adakah benar, adakah buatan manusia atau adakah wahyu Allah yang maha agung...semua akan terjawab.

Isu 2
Kebangkitan Nabi Isa a.s. Di Akhir Zaman
Juga merujuk kepada kenyataan di web yang sama di bahagian yang lain (tak berapa ingat bahagian mana), orang kristian mempersoalkan kenapa mesti Nabi Isa yang akan dibangkitkan diakhir zaman untuk menyelamatkan umat islam sedangkan nabi kita adalah Nabi Muhammad s.a.w. Dengan bangganya mereka berkata bahawa itu menunjukkan bahawa agama kristian adalah agama yang benar dan setelah berfikir agak lama, akhirnya saya menemui satu kesimpulan yang amat menarik (sumber pemikiran : the choice by ahmed deedat), umat kristian percaya bahawa Jesus Christ telah mati untuk menebus dosa mereka dan itu merupakan tunjang kepada ajaran kristian dan fikirkan lah kalau Jesus Christ @ Nabi Isa a.s. itu sebenarnya tidak mati? adakah dosa orang kristian selama ini tertebus? apakah yang akan jadi kepada agama mereka (tunjang nya sudah tidak betul, bagaimana lagi mahu dipertimbangkan perkara lain didalam satu tunjang itu?)? nah....sekarang sudah nampak, mereka sendiri sebenarnya tahu Jesus Christ itu tidak mati jadi disebalik kenyataan mereka bahawa agama kristian itu sebenarnya adalah agama yang benar sudah menjatuhkan agama mereka sendiri.
dan jika ada di antara kita yang pernah meniliki ajaran agama kristian (saya sudah meneliki nya sedikit melalui pembacaan the choice by ahmad deedat, www.answering-islam.org , dan menonton beberapa video perdebatan kristian dan islam) tentu tahu bahawa ajaran kristian pada asasnya adalah seperti islam kecuali beratus-ratus penyelewangan fakta sejarah dan amalan-amalan karut. konsep kasih sayang, menyembah tuhan yang esa, berbuat baik sesama manusia dan makhluk lainnya, dan asasnya adalah perkara yang bersamaan dgn islam. juga merujuk kepada senarai nama-nama nabi dan kisah-kisah mereka (cuma ada sedikit penyelewangan sahaja) seperti abraham(ibrahim), ishmael (ismail), jacob (yaakub), michael (mikail - nama malaikat), gabriel (jibrail - nama malaikat), moses (musa), noah (nuh) dan adam (adam). dan sebab-musabab turunnya Nabi Isa (mengikut logik kepala aku lah) mungkin untuk memberitahu umat kristian bahawa agama yang mereka anuti adalah tidak benar dan mengajak mereka memeluk agama islam (sepertimana yang dikatakan bahawa ketika dunia menghampiri kiamat, berduyun-duyun umat manusia memeluk islam). dan untuk meyakinkan umat kristian memerlukan hanya seorang manusia sahaja iaitu Nabi Isa a.s. . begitulah kira-kiranya apa yang dapat aku fikirkan, sesungguhnya itu hanyalah logik akal aku sahaja dan sebab musabab dan hikmah disebalik turunnya Nabi Isa a.s. di akhir zaman nanti hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui.

kesimpulannya, sedarkah kita dunia kita ini semakin tua dan sudah sampai ke akhirnya? beringatlah dan berusahalah mendalami ilmu agama kita semua sebelum terlambat. aku pun bukanlah seorang yang berilmu sangat tp kita kongsi la ilmu yang kita ada supaya orang lain dapat mengetahui nya. dan jangan lah takut untuk mengkaji mengenai agama lain (terutama kristian) kerana sehingga sekarang, aku merasa sangat bersyukur dilahirkan sebagai seorang muslim dan aku akan terus pertahankan agamaku ini. niat aku mengkaji agama kristian adalah untuk mengetahui agama itu sendiri dan juga membandingkan dgn agama islam yang aku anuti ini. dan dari situ akan timbullah pemikiran bahawa agama kita ini amat suci dan mempunyai peraturan dan garis panduan untuk setiap perkara. juga dalami lah agama kita sendiri dan bertanya, berfikir dan berdiskusi lah untuk mendapat penjelasan bagi setiap suruhan agama kita, larangan agama kita, garis panduan agama kita dan sebagainya.

i'm sorry if any part or phrase in this write do hurt some ppl feeling. and to all, pls correct me if i'm wrong. i'm just a human and i'm still learning. i need a guidance to get through my long-life journey.

Tuesday, January 25, 2005

Sesuatu untuk difikirkan

hujung minggu lepas telah berlaku banyak perkara. salah satu daripada nya adalah kepulangan aku kerumah sempena hari raya aidiladha. walaupun dalam kepala aku mmg terfikir taknak balik tp setelah mak aku merajuk, aku dgn bersusah payah membawa diriku ke puduraya bagi mencari tiket utk balik ke kuantan.

dan suasana hari raya yang suram sebab tak meriah sangat dan keseronokan berjumpa dgn kawan lama (yang lama dah tak jumpa). kali last aku dengar cerita kawan aku ni dah kahwin so ingatkan balik raya ni bolehlah jumpa isteri dia tapi tak sempat la pulak since family aku pergi menziarahi ahli keluarga kami yang lain. letih sesgt tp seronok sesgt.

dan melalui jalan kehidupan selama seminggu lepas sungguh bermakna kerana telah banyak yang dapat aku pelajari dalam masa yang singkat. aku telah belajar mengenai kasih sayang seorang ibu yang bisa sekali membuat mata ini bergenang. terasa betapa murninya kasih sayang seorang ibu yang amat menyayangi aku yang degil ini. dan mendalami bahawa kuasa cinta adalah berdasarkan rasa tanggungjawab dan ketulusan hati. cinta bukan dibina atas dasar harta, rupa dan gaya. menyaksikan bilah-bilah kisah cinta diperdengarkan kepada aku sepanjang hujung minggu lepas mampu membuat aku terfikir lebih lagi tentang kekuasaan tuhan ke atas hambanya.

untuk mendengar kisah cinta luar biasa ini aku ditakdirkan bertemu dgn seorang perempuan bernama ellis. ellis berumur 23 tahun dan kutemui ketika menunggu bas untuk pulang ke kampung(rumah aku ler tu). dan nasib dan seperti sudah ditakdirkan, kami berdua mampu berbual mesra seperti sudah lama mengenali satu sama lain. yang aku pasti ellis amat selesa berbual dgn aku. dan permintaan ellis agar aku dapat meneruskan bualan kami didalam bas nanti telah aku tunaikan. sepanjang perjalanan, pelbagai perkara telah kami bualkan tetapi yang paling menarik perhatian aku bila ellis mengutarakan psl cinta. bermula dari kisah cinta ellis yang dikecewakan, kisah cinta sesama jantina rakan ellis dan juga cinta pertemuan ibu-bapa ellis.
menariknya kisah cinta ibu bapa ellis adalah bapanya sewaktu ibunya mendaftar masuk di IPT itu adalah pelajar tahun akhir di IPT itu. tetapi takdir mereka tidak pernah ditemukan. ibu ellis merupakan seorang perempuan yang cantik sekali yang mempunyai ramai teman lelaki. mmg boleh dikatakan yang ibu ellis adalah seorang 'playgirl'(this statement keluar sendiri dari mulut ellis). nenek ellis sebagai seorang ibu tidak pernah kisah dgn perangai anaknya yang mempunyia banyak teman lelaki bahkan dia selalu melayan dgn baik sekali semua teman lelaki ibu ellis tanpa sebarang prejudis.

dan seperti yang ditakdirkan tuhan, ibu ellis telah mendapat tempat praktikal di pejabat MARA dimana bapa ellis ketika itu telah menjadi supervisor kepada ibu ellis. ibu ellis amat tidak menyenangi sifat bapa ellis yang dingin dan tegas yang membuatkan bapa ellis tidak pernah cuba untuk berbual mesra dgn ibu ellis. sebagai seorang 'playgirl', ibu ellis langsung tidak menghiraukan bapa ellis mungkin kerana sikap dingin bapanya dan juga rupanya yang kurang menarik. dan selepas menamatkan praktikalnya, ibu ellis telah pulang semula ke IPT itu. dan yang paling menarik apabila bapa ellis yang sebelum ini juga tidak pernah menghiraukan ibu ellis terasa ada kekurangan yang amat nyata dalam hidupnya setelah 5 bulan ibu ellis meninggalkan lapangan praktikal di pejabat MARA. dan dalam keterasaan kehilangan begitu, dengan hanya berpandukan kepada nama ibu ellis sahaja, bapa ellis mencari di seluruh IPT itu untuk mencari ibu ellis.

setelah berjaya menemui ibu ellis, bapa ellis telah menyampaikan sepucuk surat setebal lima helai yang mengandungi tulisan mengenai isi hatinya terhadap ibu ellis. ibu ellis merasakan yang bapa ellis telah pun gilakan dirinya dan berminat untuk melayan permintaan bapa ellis (because she is a palygirl) . setelah perkara ini sampai ke pengetahuan nenek ellis, nenek ellis membiarkan sahaja perkara itu.

sehinggalah sampai satu masa dimana ibu ellis membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dan dia terasa sangat susah untuk menetapkan hatinya untuk membuat keputusan. dia perlu memilih salah seorang dari teman-teman lelakinya untuk dikahwini dan keadaan ini sgt membingungkan dirinya. setelah berbincang dgn nenek ellis, nenek ellis mengatakan bahawa ibu ellis perlu memikirkan seorang lelaki yang paling baik untuk dirinya dan mampu membahagiakannya. nenek ellis mencadangkan bapa ellis dan dgn sedikit kasih sayang yang terbentuk dalam hati ibu ellis, ibu ellis menerima bapa ellis sebagai teman hidupnya. dan apabila ibunya menceritakan kenapa dia menerima bapa ellis adalah kerana bapa ellis adalah seorang yang sangat tulus menyayangi ibu ellis biarpun dia mengetahui ibu ellis mempunyai ramai peminat(boy frenz).

kesimpulan yang aku dapat buat dari rentetan peristiwa ini adalah pembelajaran itu mungkin terjadi dimasa yang amat tidak kita sangka dan hargailah peluang yang muncul kerana peluang yang datang tak mungkin muncul untuk kali keduanya.

Monday, January 17, 2005

Perempuan....

Perempuan adalah sejenis spesis manusia yang berlainan dgn lelaki. Lain dari segala segi. perempuan adalah sejenis spesis yang mengagumkan. dalam meniti 20 tahun menjalani hidup sebagai seorang manusia, aku ada seorang perempuan yang tak mungkin aku lepakan. dia adalah kakak aku. why her? what so special about her? nama kakak aku analiza, kami panggil kak na. kak na adalah orang yang bertanggungjawab membela aku sehingga besar dan secara terus terang, aku rasa tak mungkin aku akan sayangkan perempuan lain lebih dari kak na. kak na walaupun hanyalah seorang kakak tiri tapi dia adalah seorang perempuan yang sangat memahami aku...lebih dari semua orang yang aku pernah jumpa.

sejak membesar bersama kak na, aku memang sangat faham dia dan dia sangat faham aku. minat kami, lawak-lawak kami, masalah kami dan macam-macam lagi yang sama. pernah sampai satu tahap dimana mak aku sendiri tak faham aku. dia tatau aku tak suka apa...dia tatau aku ni camner...dia tatau apa yang buat aku marah...dia tatau apa makanan kesukaan aku dan macam-macam lagi. kak na lah yang selalu bela aku bila aku kena marah dgn mak aku so bila aku gaduh dgn kak na...dunia ni terasa sunyi sangat. macam aku hilang sesuatu yang besar dna berharga sangat dalam hidup aku. beza umur kami 12 tahun(pretty far rite..) tetapi rasa macam kawan jer. mmg seronok bila borak dgn kak na. pernah terjadi kak na balik kampung jaga nenek aku...dekat setahun jgk la. mak aku cakap kak na nak balik sekejap jer(mak aku nak tipu aku sebab time tu aku umur baru darjah 2). aku pun percayalah. tapi kak na pergi mmg lama...sejak kak na pergi, aku mmg hilang arah. aku masih kecik nak paham apa yang jadi tp aku betul-betul terguris bila terkenang mende tu. aku sedih ditinggalkan begitu. sejak tu aku jadi liar dan jahat. sampai mak aku pun susah nak kawal aku. tp lepas jer kak na balik....aku terus jadi ok. dan peristiwa paling aku ingati berkaitan kak na ialah bila kak na kahwin. waktu kenduri kat rumah keluarga lelaki, aku mmg taknak pergi. aku sedih gile...mmg sangat mengguris hati aku bila nak melepaskan akak tersayang aku pergi. aku sebagai lelaki mmg tak nak nangis bila kak na peluk aku sebelum keluarga aku balik semula rumah tp aku mmg tak mampu tahan air mata aku. aku menangis seperti macam takkan jumpa kak na lagi. sepanjang perjalanan aku murung dan sedih dan keadaan tu berlarutan selama sebulan lebih sebelum mood aku pulih kembali. tp macam yang aku cakap, aku rasa lost giler...mmg aku rindu giler kat kak na. aku jadi sangat sensitif, pemarah dan kejam. aku berubah menjadi manusia yang lain dari aku yang sebelum tu. sebabkan aku terlalu rindu kat kak na, tiap kali cuti hujung tahun...mesti aku pergi rumah dia. sampailah habis cuti hujung tahun. mmg terlepas segala rindu aku. sekarang kak na dah duduk dkt area rumah aku.

aku rasa, dia lah satu-satunya perempuan yang mampu sejukkan hati aku bila aku marah, mampu pujuk aku bila aku merajuk, mampu faham sebab apa aku buat sesuatu yang tak patut dibuat, mampu memaafkan aku bila aku ada buat silap, dan sangat menyayangi aku ketika aku rasa tidak disayangi. dan kak na satu-satunya perempuan yang boleh nasihatkan aku yang sangat degil ni (aku susah nak terima nasihat orang lain walaupun mak aku sendiri). dan untuk kesekian kalinya, aku nak katakan....kak na lah perempuan paling aku sayang(setakat hari ini) dan satu-satunya perempuan yang mampu buat aku menangis selain mak aku.
-----------------------------------------------------------------------------------------------this write is specially for my beloved sis, kak na. hope you will happily live with your family and hope our strong-unbreakable bond will long lasting forever. You're very special for me sis.....

a journey of unity (in memory of 5A 2001)

a journey of unity..yeah, tajuk nyer cam gempak tp apa sebenarnya yang jadi. last weekend, me and another four friend of mine buat gathering. gathering kelas lama masa kat sekolah menengah. apa yang menariknya, mende ni dibuat selepas 3 tahun kami semua tak berjumpa and as expected, lots of change do happen in 3 years of time. and frankly said, me is the one who really change much (the physical change)...hahaha...since in UTP there's lots of luxurious and easy time i been enjoyed so it's normal for me to change a bit(a bit...i think a lot actually). rest of my frenz not change too much just all of us became more matured and have lots of experience to told to. well, the best part must be when we first time met. they almost not recognize me...hahha...that's i think the best part lah....and then we go to mid valley and have our lunch at mc d at mid valley. not really hungry but just wanna find a decent place to have a long conversation. lots of thing being talk and shared. the time wheel had been spinning back through our conversation and everybody share their update about life, girlfrenz, studies, life changes, my old-lovely school changes and many more thing. everybody seems very happy to enjoy the time and missed our time at high school (argh...high school is the best place in my life). still the conversation being brought back at home and until 1 a.m., we still able to talk....hahahha...3 years absolutely create lots of story. and the next day after having the breakfast, we got to go back to our own places. need to work, need to study, need to attending classes. and i really hope...this long-lost frenz of mine which i cannot reach in 3 years time, i hope we can get in touch back. and the good news for all of you, i do change....hahha...ready to see the new me. and for oye, op and firoz, i hope we can have this type of gathering next time, maybe at raya haji time (since me the only person not going back)...or maybe next time. i hope we can have more ppl attending our gathering and hope we can having happy time together like what we have in our long-lost memory of inmatured-innocent high school time. argh....i really love my high school time..keep in touch ya, and happy enjoying the path to maturity...

Thursday, January 13, 2005

exam result

argh....tensen!!!! exam results ku teruk. sungguh nya bengang. tp nak bengang pun tak guna jgk sbb aku mmg tak bersemangat sem lepas. sial betul la. tp sem ni ada internship, so maybe the time i have now hopefully will help me in structuring my future. i need sometimes to restructuring back my life. life being so sad, so cruel for me for a few year. i dun't want to learn anymore. i'm full. i just want to doing something else. i hate to have formal learning process. i not born to get through this process. i hate it!!!!
just now i need to push myself to get through this process and having headache everytime i think about it. the old concept of studying hard, having good work, and die in peace is just not really suit with me. i want a challenging working environment, i want to work on my own, i want to be my own boss....that what i thought. i want to die as BIG person, as someone that everybody know, maybe as famous as Donald Trump. hahhaa.....yes, i want to be as famous as Donald Trump.
Being in conservative, traditional stream make me feel sick. i hate routine, i hate eating same food everyday, i hate to get my ass in the same train everyday, i hate to be a good man(yeah, i want to be a bad man and i used to be a bad man..hahahaha), i hate to be being bullied, i hate to keep my revenge in my head and heart, i hate my environment, i hate to pretend being a good man, i want to be what i want!!!! life is just full of shit!!!!

(all those write are what i was thinking about my life when i was angry. forgive me is anything i write have some offensive element)

Wednesday, January 12, 2005

Raya datang lagi

Assalamualaikum...raya datang lagi. kali ni raya haji pulak. Korban? dah banyak yang terkorban. Last sem aku tak balik raya puasa, terasa sedih sungguh. Even aku buat-buat tak kisah, tapi sebenarnya aku sangat kisah pasal aku tak balik raya. rindu? of course la...dah la mid-sem break pun tak balik. bila aku calculate balik, dah dekat 8 bulan tak balik rumah. almost a year. ish....mesti macam-macam dah jadi. ah...kalau nak diikutkan, raya yang datang setiap tahun mampu buat aku menangis.
Kali ni first time aku balik rumah semasa raya haji selepas dah lama aku tak balik sejak aku masuk UTP. Aku dah janji nak balik, tp tatau dapat balik ke tak. cuti hanya ada 3 hari je. paling awal aku boleh balik adalah pada malam khamis sebab jumaat baru cuti. pastu, hari isnin kena masuk kerja balik. sungguh letih perjalanan balik raya nanti. tp.....kalau aku tak dapat tiket balik, terpaksa lah aku raya kat sini. uwaaaa....aku nak balik. tolong lah dapat tiket untuk aku balik. kengkawan aku ada sorang tak balik, entah kenapa. aku malas nak tanya lebih-lebih.
Semalam baru aku baca horoskop aku untuk tahun ni....orang cakap takleh percaya mende camtu tp bg aku, kalau kita dapat lihat sesuatu yang baik dari mende camtu, why not take it? contoh cam kena awasi perbelanjaan, peluang untuk merubah imej, peluang pendapatan tambahan, dan mende-mende yang lain. aku rasa dengan membaca horoskop, aku akan jadi alert dgn apa yang terjadi sekitar aku. i can see any oppurtinities, bad luck, steps shouldn't i taken, and beware of backstabber. bukan apa, hidup dalam dunia ni susah, orang yang kita percaya belum tentu baik dan sukakan kita, so kena alert la sikit. aku tak cakap aku tak percaya tp macam orang cakap, better bagi 99% kepercayaan dan simpan 1% rasa tak percaya supaya tak upset if anything happen beyond your imagination. kengkawan, family and your environment may one day will lie, betray, kill or stab you from your back...who's know?
apa yang aku tulis bukan bermaksud aku tak percaya kepada orang sekeliling aku seratus peratus, tp dalam diri setiap manusia ada sifat jahat yang not awaken so that sifat jahat if awaken one day, maybe lead you to a deep, silence valley of frustration. aku harap semua orang faham.....bukan aku tak percaya, cuma aku takut sesuatu terjadi.

Monday, January 10, 2005

the apprentice: season 2

last night aku tgk THE APPRENTICE: SEASON 2. wahhh..mmg best giler. the best real tv show i ever watch. maybe because baru season 2, kalau dah season 5 ke 6 ke sure dah lemau dah. but the thing is, this show really ass kick. Even aku dah tau saper yang menang but the contestant for this season is really something. brilliant and have some debating skill. but for my first impression, i really hate pamela and wes. they are so suck. they are bullies. hope they will be fired as soon as possible.

sebenarnya tak sabar nak tunggu weekend ni, sbb nak wat reunion kelas aku. boleh la jumpa my old frenz yang dah lama giler aku tak jumpa. sebenarnya jumpa 4 orang tp still terasa best sbb semer kengkawan lama. rindu giler sama derang. kali last jumpa pun time amik results SPM, uish....dah dekat 3 tahun tak jumpa. bagus jgk sebenarnya jumpa lewat sikit camni, tak ler terasa lemau kalau selalu jumpa. at least byk jgk yang nak diceritakan. wah....sungguh aku tak sabar. camner la rupa derang sekarang ni, mesti dah lain giler(hehehe...aku pun dah byk berubah). so weekend ni, tak sabar aku nantikan.

Monday, January 03, 2005

me and my new home

happy new year...ah, i'm feel so lucky because its new year. tahun baru 2005. well, tahun baru ni amat bermakna kepada aku sbb aku dah berambus keluar dari rumah sewa lama kat puchong. even semua orang yang stay dlm rumah tu cam tak puas hati, hell i care about them.

apa yang paling best pasal rumah baru ni adalah dekat gila dgn stesen lrt. aku pagi td siap pergi stesen lrt pkl 8 pg. mmg giler lewat tp still manage to get my butt at office on 8.30 a.m.. pretty fast na? anyway, best giler lah duk rumah tu sbb sejuk sesgt cam bilik aku yang lama. bilik aku yang mampu membuatkan aku tido tak bangun-bangun even matahari dah naik tinggi. so mmg rumah tu best gile la. dan aku rasa sungguh bersyukur sbb ada yus nak tolong aku dan kawan-kawan nak dapatkan rumah tu.

dan selepas dua tiga hari tahun baru 2005 menjelang, aku masih lagi malas. hehehe....habit paling susah nak buang. td yus ada citer psl main saham, terasa cam ank try tp takut doooo...its involved huge amount of money. mmg la return of invesment tinggi tp modal pun tinggi jgk. ah...aku rasa aku tak sesuai lagi nak pikirkan isu duit ni, especially bila involved jumlah yang besar camtu. tp keadaan sekarang dgn duit yang tinggal sikit, terpaksa jgk memikirkan cara nak carik duit lebih. aduih...mmg pening kepala pikir psl duit.

td baru je aku baca komuniti sekolah aku yang dah lama aku tinggalkan, terasa rindu la plak. rindu akt sekolah. kawan-kawan aku dah ajak wat gathering, wat gathering kat kl je kata derang. maklumlah, semer orang ada kat sini, so its so much easier to have the gatering here. aku, oye, op dan firoz. cukup geng lama satu kelas nak gathering. camner la rupa derang? aku ni dah jadik lain gila dah. cam tak sama langsung cam dulu. kali last balik sekolah dan jumpa kawan-kawan adalah time amik result spm, tu pun dah berapa tahun dah tu. mesti dah banyak yang berubah dah ni. hrm,...biler terkenang zaman sekolah, teringat saat-saat indah masa dulu. zaman muda-muda lah katakan. memang seronok time tu even takder orang nak pedulikan aku. just me and my fellow frenz. even aku tak famous kat sekolah dulu, aku tak kisah. kengkawan aku especially firoz, syukri, dan yoyee paling penting. ah....sedihnya....tak sabar nak gathering dgn derang.