Thursday, February 03, 2005

The Longest Night

Malam Terpanjang @ The Longest Night.

Malam yang terpanjang bagi aku pernah terjadi pada satu malam ketika aku 2nd year 2nd semester. hrm...tak ingat sgt semester tu tp rasa betul dah tu. so, apa yang jadi pada malam tu mmg tak pernah dan tak mungkin aku lupakan.
Malam tu aku keluar dinner dgn bapak, adam, nik dgn sapa ntah sorang lagi. kami gi makan kat restoran rimba (sekarang dah tutup....aku dengar lah). then, aku order nasi nasi goreng ayam dgn air tembikai (ahh...my favorite) then makanlah kami dgn seronok nya. dan lepas tu singgah sekejap kat k.r. rahmath. masa tu bapak beli gula-gula hacks dan offer aku. tanpa membuang masa, terus aku ambil dan makan. selepas 15 minit, aku start rasa pening. aku ingatkan aku mengantuk sgt (simptom aku mengantuk sesgt.....pening atau sakit kepala). then aku rasa pening tu pening biasa so aku buat tak kisah jer la. tp makin lama pening tu makin teruk. waktu nak naik kereta nak balik UTP, aku rasa cam nak muntah jer. mmg teruk giler la pening tp aku tahan tak kasi muntah dalam kereta orang.
then, bermula lah episod ngeri malam yang terpanjang buat diri aku. malam tu, sebaik sahaja aku balik UTP, barulah aku teringat yang gula-gula hacks dan air tembikai tak boleh diambl sekaligus (i mean in a time lah). sebab mak aku cakap gula-gula hacks ni mmg takleh campur dgn air tembikai. alamak.....aku lupa sungguh psl mende ni. lepas jer sampai bilik, terus aku berlari pergi tandas dan seperti yang dijangka, aku terus muntah. biasanya lepas sekali muntah, pening aku terus ok tp malam tu, mende ni tak jadi malahan pening aku makin menjadi-jadi. sakit sungguh aku rasa. dan sekali lagi aku teringat yang mak aku pernah pesan yang kalau dah makan gula-gula hacks tu dgn air tembikai, badan akan reject mende tu dan tgklah camner. mak aku ckp pernah ada kes orang mati sebab badan dia reject tak habis toksin akibat percampuran antara gula-gula hacks dgn air tembikai.
dan pening aku makin menjadi-jadi sampaikan aku terus muntah, dan muntah, dan muntah dan muntah sampai perut aku kosong. masa tu aku tgk jam baru pkl 12. aduh....takkan tak habis lagi kot badan aku reject toksin ni. then, pening aku makin teruk sampaikan aku tak boleh nak berdiri tegak langsung dan kalau aku baring pun takleh nak tidur sebab pening tu mmg sgt ganas. seluruh dunia berputar macam gasing. orang kata kalau pening ubat yang paling baik adalah muntah dan kemudian tidur tetapi dalam kes aku ni, pening tu punya lah kuat sampaikan aku nak tidur pun tak boleh. aku tak boleh lelapkan mata walaupun sekali sepanjang malam tu hinggalah ke pagi nya. dan sepanjang malam tu aku terus muntah dan muntah dan muntah walaupun perut aku sebenarnya dan amat kosong (semuanya dah keluar tp aku still muntah). tekak aku dah sakit, perut aku dah senak tp kepala aku still berpusing dan aku still muntah. untuk menerukkan lagi keadaan, bilik aku berada agak jauh dari tandas (tandas sebenarnya hanya dalam 10 meter lebih jer tp sebabkan pening aku rasa cam kena berjalan sejauh 5 km).
dan disebabkan aku muntah berkali-kali, badan aku dah jadi letih gile dan mmg takder tenaga langsung. menjelang subuh, barulah hilang sikit pening kepala dan muntah aku ni dan barulah aku boleh tidur. setelah berjaya melelapkan mata, aku hanya terjaga pada pukul 1.30 petang (aku baru boleh tidur pada pukul 8.00 pagi dan sepanjang malam aku tak tidur kerana pening).
aku ingatkan bila aku bangun semuanya dah ok tp sebenarnya ada lagi kesan akibat pening semalam. badan aku still rasa letih dan kepala aku still pening. kawan aku ajak pergi makan kat kafe USM dan dalam pening-pening tu aku ikut jgk. lepas aku makan sebiji panadol dan sebiji chicken chop yang tetiba rasa tak sedap, barulah kepala aku betul-betul relieve. dan bagi mengelokkan lagi kepala aku yang aku rasa kurang yakin untuk pulih, aku telah mendapatkan tidur yang secukupnya selepas itu. selepas tidur selama 8 jam, aku kembali ke keadaan normal dan cukup bertenaga. mmg aku tak sangka perkara yang selama ni aku anggap remeh temeh telah memberi impak besar kepada hidup aku malahan nyawa aku (kalau badan aku tak reject toksin tu surely aku dah mati).
dan aku rasa bersyukur kerana masih hidup sehingga ke hari ini dan berpeluang menceritakan pengalaman aku kepada korang semua.

No comments: