Friday, April 22, 2005

Memori dan Lagu

Since semalam cuti, aku pergi bantai dengar dan korek mp3 dalam pc aku. Hrm...tetiba terasa best jer dgr lagu-lagu dalam koleksi mp3 aku. Hrm...baru aku terperasan, byk lagu-lagu yang aku dengar adalah lagu biasa yang aku pernah dengar, sedang dengar hari-hari. Aku pun tatau camner boleh jadi addict dgn certain lagu tp ada certain lagu mmg retirieve balik memori aku. Kejadian manis, pahit, masam, dan masin semua ada kena dgn lagu-lagu yang aku pernah dgr. So, meh aku listkan kenapa dan memori apa yang tersirat disebalik lagu yang selalu aku dengar.

Dunia Belum Berakhir by Shaden & I’m Like A Bird by Nelly Furtado

Kedua-dua lagu ni adalah lagu yang hit time aku form 5. boleh cakap everyday aku boleh dengar lagu ni kat radio atau kengkawan aku nyanyi. Dunia Belum Berakhir tu boleh cakap lagu anchor aku la since lagu tu paling kerap sekali aku putarkan...lebih 2000 kali dah rasanya...pernah satu hari suntuk aku dengar lagu ni jer. Memori time form 5 bila mana main karom dalam dorm, time amik SPM, time struggle study, time kena sebat dgn cikgu psl lewat...hrm, mmg terasa teringat semua kenangan bila dengar dua-dua lagu ni. Kenangan tahun akhir persekolahan yang paling manis dalam hidup aku.

Linkin Park’s Hybrid Theory Album

Album ni secara keseluruhan nya mengingatkan aku waktu first time (first year first sem) kat UTP, waktu sebilik dgn narul. Boleh cakap tiap-tiap hari jgk mesti aku kena layan lagu linkin park...especially lagu A Place for My Head dan lagu Cure for The Itch. Semacam terputar kembali memori apa yang kami buat, kacau fikri, gi kelas tgh panas, lepak dgn adam, gi EWS chatting. Hehehe...mmg setiap kali lagu ni dimainkan, mesti aku teringat time tu.

Greenday’s Warning Album

Aku dgr album Greenday ni waktu second year second sem, time tu roomate aku edwell. Boleh cakap tiap-tiap hari aku melalak lagu Macy’s Day Parade. Mmg best siot. Siap kena sound psl boleh dengar sampai kat bawah. Mmg gile ah.

Family Potrait by Pink, Don’t Speak by No Doubt, Underneath It All by no Doubt, The Way You Make Me Feel by Steps, All The Thing She Said by Tatu

Lagu ni plak time duduk kat V2 – Lembaran. Family Potrait tu mmg antara lagu paling mengingatkan aku pada lembaran. Lagu tu antara lagu paling awal menjadi kegilaan budak-budak lembaran. Pastu disusuli plak dgn lagu Tatu dgn video clip yang hot gile. Tp, lagu no doubt tu mmg menyentuh jiwa aku, sampai sekarang aku tak pernah tinggal bila aku nak dgr lagu tu especially lagu don’t speak tu. Mmg masyuk la lagu2 ni. Lagu steps tu plak aku dgr masa lepak kat bilik ting...boleh cakap tiap kali gi bilik dia mesti aku dgr lagu tu. Cam addicted je.

The Coors’s Unplugged and The Best of the Corrs Album, Sheila on 7’s Kisah Klasik untuk Masa Depan Album

Lagu-lagu The Corrs mengingatkan time tgh struggle study time kat lembaran, lebih spesifik time 2nd year 2nd sem. Mmg aku dgr lagu The Corrs dgn Sheila on 7 sepanjang study..mmg menenangkan. Lagu The Corrs yang jadi favorite aku: Radio, Breathless, All The Love In The World, and So Young. Lagu SO7 yang jadi favorite aku laks: Kisah Klasik utk Masa Depan, Sahabat Sejati, Pagi yang Menakjubkan. Kalau lagu lain yang wat aku rasa best jer dgr adalah lagu Sheila On 7: Dan, Anugerah Terindah Yang Pernah Ku Miliki, Buat Aku Tersenyum, Seberapa Pantas, Melompat Lebih Tinggi. Best doo sheila on 7, tak rugi aku beli album derang...mmg masyuk la. Mmg tenang jiwa aku bila dgr lagu-lagu derang.

Lagu-lagu Metallica, Search, Wings, System Of A Down

Bila sebut psl metallica, manusia first yang aku ingat adalah roomate aku, Encik Adam Ahmad. Mamat yang mmg bergiat dgn aktif dgn metallica jgk mamat yang memperkenalkan dunia metallica kepada aku. Lagu favorite aku dalam metallica; Hero Of The Day, No Leave Clover. Macho mehh especially bila dengar versi S&M Orchestera. Metallica nyer music time album tu adalah paling light dan aku mmg terpikat gile kat album S&M. Album first and last metallica yang aku suka. Seriously bg aku, that’s the greatest and the best metallica album.
Album search and wings lak beside mengingatkan aku kat roomate aku, jgk mengingatkan aku kat abang sepupu yang die-hard-fan dua group tu. Jgk kepada jiran aku yang telah memperdengarkan lagu wings and search setiap pagi minggu dgn kuatnya. Hehehe.
Lagu NurNilam Sari laks mengingatkan aku time kat sekolah, time aku form 3...time tu mmg famous gile la lagu ni sampai siap kawan-kawan aku compose satu lagu utk kutuk sorang kawan aku tu. Hahahha....mmg best la time tu. Lagu kenangan mengutuk kawan aku.

Lagu-lagu XPDC and MLTR

Lagu-lagu XPDC mengingatkan aku kat kawan baik aku, Abdul Firoz. Mamat ni mmg blues habis la...layan metallica, linkin park, xpdc tp layan jgk backstreet boys dgn mltr. Gile pelik tune kepala otak dia. Tp tu lah, kalau dgr lagu MLTR dgn XPDC, surely aku teringat waktu layan dgr lagu-lagu ni dgn dia. Kenangan kena sebat dgn cikgu, lepak kat kelas aku sambil ushar perempuan, kenangan keluar bandar sekali...hehehe. best2.
Lagu Favorite aku; XPDC: Apa Nak Dikata, Sedekah (vocal mail mmg rock), Sakinah, Monggol Dah Pulang, Semangat Yang Hilang, Semangat Perjuangan Harmoni, Teman, Hijau Bumi Tuhan.


Adakah korang pun sama jgk cam aku? Ada lagu yang mengingatkan korang kat someone?? Or some events?? Or certain times??

Memories never wore out, retrieve it as much as you like.....

2 comments:

Roulefx said...

amboi....banyak komen tentang lagu...boleh wat experimental dokumentari mcm ni..... naper suka lagu ni...naper tak suke lagu ni...bla..bla..bla.bla......

dueng said...

hehehe...actually byk jgk lagu yang aku minat cuma lagu2 dalam ni jer yang tinggi nilainya since byk nostalgia. memori yang indah perlu diabadikan.....

experimental dokumentari?? cukuplah setakat dalam blog ni jer la...tulis sekadar yang mampu.