Monday, April 18, 2005

My Love Story part I

My Love Story Part I

Wah…sengal jer rasa nak tulis entry ni, terasa geli pun ada jgk tp memandangkan aku dah janji, aku tulis jgk. Aku citer la dari sekolah rendah sampailah sekarang.

Budak Rumah Kuning

Waktu aku kenal budak rumah kuning ni, aku waktu tu baru darjah tiga. Dia duduk depan aku je. Nama dia nurul alia binti abdul rahman. Dia ni adalah perempuna pertama yang aku suka. Alia ni duduk depan aku jer time sekolah, so selalu la aku dgn dia sembang-sembang. Alia ni mmg baik sgt dan polite sgt tp kesian dia since selalu kena buli dgn budak lain. Dia ni mmg tak layan orang lain yang nak ngorat dia dan paling best ialah dia layan aku sorang je. Siap aku kena warning dgn member-member aku yang minat kat dia. Tp aku time tu baik, so aku jauhkanlah diri dari Alia ni. Bukan per, aku tahu dia anggap aku sebagai kawan je. Apapun aku mmg puas hati la since Alia still baik dgn aku sampailah waktu kami darjah 4. Lepas tu, Alia pindah sebab ikut family dia pindah. Aku ni bukan sahaja baik dgn dia, tp jgk dgn abang dia. Hehehe....abg dia mmg sporting habis. Siap usik-usik aku lagi tu tp aku ignore je la. Hrm...sebab Alia lah aku beli gambor kelas time aku darjah 3; dan itulah satu-satunya gambor kelas yang aku ada.

Prefect Sekolah

Lepas aku masuk SEMSAS, lama jgk la aku menyepikan diri dari meminati mana-mana perempuan. Bukan per, azam tgh kobar nak belajar. Apapun, bila aku form 3, aku baru lah perasan yang ada sorang budak yang dari dulu lagi mmg dah ada dalam kelas aku. Since aku jadi ketua kelas, so kenalah amik tahu hal semua orang (at least nak bgtau cikgu saper tak datang). So waktu prep malam, aku jgk lah yang tanda attendance sampailah aku terperasan seorang girl yang bg aku amat cute. Dia ni senyap jer dalam kelas dan paling best adalah dia pelat sebut huruf S. So bila bercakap jer sure cute gile ahh. Apapun, time aku form 3, takder la rasa apa-apa sgt cuma aku dah start perasan kewujudan minah ni. Tp lepas dgr cerita dari orang, aku jadi malas nak kacau dia sementelah lagi nak start apa-apa.

Masuk jer form 4, nah...aku mmg bertuah since dia ni duduk depan aku jer kat kelas. So, apa lagi, sakan aku borak dgn dia. Mmg agaknya dah jadi tabiat aku, aku mmg suka borak dgn orang yang dekat dgn aku tak kira laki ke perempuan. So, bila dah ada chance, aku pun try la borak dgn dia. Mmg best sekali bila dia layan jer borak dgn aku dan suka sgt aku tgk dia senyum...kiut banget dehh. Chubby-chubby sikit pastu senyum mmg manis la, ada lesung pipit kat pipi (kalau tak silap la). So start la aku mengenali minah ni. Ops...dia ni prefect kat sekolah aku start dari form 4 until form 5. so, dia ni agak busy. Dia ni jgk main bola jaring...so kira dia ni quite active la.

Aku ni mmg jenis mulut cabul sikit, so aku takleh tgk orang couple (especially member-member yang selalu aku kenakan) so aku start la kenen-kenenkan kawan aku sorang ni dgn gosip lama dia. Gosip tu bertahan selama 5 tahun; pergh...mmg gile babeng lama la gosip tu. So, mamat yang kena gosip tu plak sebelah aku je. Duduk sebelah aku lagi tu, so selain dia ni mmg mulut riuh jgk, dia ni pun tensen dgn aku since bila jer bdak yang kena gosip dgn dia tu masuk, sure mulut aku dulu yang terbuka utk ajak girl tu duduk tempat aku sebelah member aku. Saper tak bengang kalau kena gitu hari-hari, betul tak? So, dia ni mmg sengaja mencari kesempatan nak kenakan aku since aku ni bersih dari segala gosip dgn perempuan selain waktu form 1 bila ada member bangang aku kenenkan aku dgn sorang bdak perempuan kelas aku. So, mamat ni pun start la kenenkan aku dgn bdak prefect ni (sorry arr since aku mmg takmo mentioned nama dia since byk kenangan aku dgn dia dalam kepala aku). So, bdak tu pun start malu dgn aku...siot nyer member, aku baru jer nak carik jalan nak ngorat. Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Bdak tu pindah tempat since ada bdak keluar dari kelas aku. So, dia pindah la kat depan (sampai sekarang aku tatau apa reason dia pindah tu). Aku pun lepas kena gosip tu, aku mmg tak cakap dgn dia...sayunya hati. So, aku terus la lupakan dia tp masih mekar sayang aku kat dia bila tiap-tiap hari aku nampak dia. Depan mata jer, camner aku nak lupakan.

Masuk jer form 5, dia duduk dekat suis kipas dgn lampu. Aku plak time tu duduk kat belakang, betul-betul bawah kipas. So aku ni cepat naik sejuk memalam, so selalu la sound bdak sebelah prefect tu tolong slowkan kipas. Memula tu ok lah...tp since tiap-tiap malam ada request gitu, dia naik tensen. So, pada satu hari, waktu aku suruh bdak tu slowkan kipas, tetiba jer dia balas balik....apsal aku tak suruh prefect tu je. Dah ler time tu prep malam, satu kelas pandang aku including bdak tu. Aku dah menyumpah dalam hati dan aku jawablah, ala...tolong jer la. Sengal gile member aku tu wat aku gitu. Pernah jgk aku try tegur dia lepas prep malam tp taubat la...aku mmg tak berani. Sampai sudah aku tak tegur dia...sampai kawan aku siap bet nak suruh aku cakap yang aku suka kat dia. Tp still aku tak cakap jgk...terbang duit aku RM 5. so, habis gitu jer la kisah aku dgn prefect tu. Dia sekarang dah ada balak dan nampaknya derang berbahgia. Ada dua tiga kali aku msg dia dan dia anggap aku cam kawan je. Tp at last, aku berjaya jgk cakap kat dia yang aku suka kat dia even dah terlambat.

Bdak UiTM

Bdak uitm yang aku jumpa ni plak time aku second year second semester kat utp. Minah ni pun aku malas nak mentioned nama dia since lg la byk kenangan manis jgk. Minah ni adalah kawan kepada kawan aku, seriusly aku just nak sembuhkan hati dia yang luka je since dia baru jer clash dgn kawan aku. Aku bukanlah bertujuan nak tekel dia melainkan nak sembuhkan hati dia yang tgh luka tu. Dia clash dah agak lama tp since time aku first msg dia tu time birthday dia, dia boleh lah layan aku dgn baik. Aku dapat nombor phone dia dari member aku jgk. So, apa lagi...terus la aku layan msg dgn dia. Dia ni sweet sgt...innocent je plus warak lak tu. Msg dgn dia mmg seronok kekadang satu malam jer aku msg dekat 20 msg lebih kurang. Time tu aku ada dgr jgk roomate aku risau dgn perangai aku yang asyik bermsg-msg ni (terima kasih kerana risaukan aku). So, aku dgn dia ni berlarutan agak lama jgk la lebih kurang setahun sampailah aku third year first semester. Tp yang buat aku putuskan untuk undur diri ialah bila aku terima msg dari dia yang sepatutnya dia antor kat kawan aku (ex-boy dia) tp terhantar kat aku. Aku waktu terima tu mula-mula terbakar jgk rasa tp memandangkan aku tahu dalam hati dia mmg ada lagi hati untuk kawan aku tu, aku undurkan jer lah diri. Msg yang dia hantar tu takder la berbau cinta sgt tp bila orang yang korang sayang membelakangi korang dalam hal masalah dia, apa korang rasa?? Aku mmg agak terbakar tp bila aku pikir balik, mmg takleh la aku nak marah dia since aku mmg pikirkan risiko yang dia takkan jatuh ke tangan aku bila aku mula-mula serius dgn dia so, secara logiknya mmg aku takleh nak marah kat dia, betul tak? So, aku just ignore kan perasaan aku dan aku terus berbalas msg dgn dia macam biasa, macam takder apa-apa jadi. Hrm...aku dah confess kat dia yang aku suka kat dia dan dia dah suka pun kat aku time tu tp kami tak pernah jumpa depan mata. Pelik kan?? Lepas dari insiden msg tu, aku pun tanya la dia bila dah agak lama. Dia terkejut gila dan dia mintak maaf sgt kat aku. Tp aku maafkan lah, aku dah sayang kat dia but then, aku tahu aku tak mungkin dapat dia. Pastu, aku tanya dia kenapa dia tak percayakan aku, dan dia cakap dia tak terasa nak cerita kat aku. Hrm....mmg la agak terasa jgk tp risiko yang selama ni aku pikirkan dah nampakkan kesannya. So, tanpa berlengah lagi bila jer masuk village baru, aku terus lost contact dgn dia. Since coverage suck so mmg oklah alasan aku tu.

Sekarang ni dia tgh bahagia dgn kawan aku tu, apapun...dia mengaku pernah jatuh cinta kat aku since dia cakap aku ni caring gile psl dia, selalu buat dia gelak bila dia sedih. Tp semua nyer sekarang dah tinggal sejarah. Tp aku tak pernah buang dia dari hidup aku kerana sampai sekarang, dia still kawan aku yang baik. Aku tetap berkawan dgn dia since itulah janji aku pada diri aku sendiri; kawan tetap kawan biarpun apa jadi ditengah-tengah perhubungan kami tu.

1 comment:

taddy said...

ekekeke... kelakar kan citer dolu-dolu...