Tuesday, May 31, 2005

The School Leaver

I got this questionare from yuni's blog (domo arigato yuni-chan). Somehow, i feel the memories of those sweet, blur teenage days 'haunted' me back. Ok, let's check it out k....

1~Name your favourite DM [dwn mkn] food?
Jumaat lunch especially when it's nasik ayam. really tasty. Also, saturday breakfast and saturday dinner. ayam amsak kicap, sambal belacan, ulam timun, nasik putih and labu masak lemak. Sehingga menjilat dinding!!

2~One school staff u missed the most (teachers not included)?
the sexy matron, puan faridah. even she's already 40 + but she acts like she's only 20. her perfume, her dress, her smile, her laugh. hahaha....

3~Your most unforgettable moment?
lots. of the them when i being punished for buang sisa makanan in not proper way. being punished to speak about cleanliness in front of friday morning assembly. really gabra. second is revenge on my frenz. hehehe...my dark side is really bad and my acting skill is really owesome. i'm such a bad man. flirting with my math teacher, cikgu fadzillah. fight with my skinny dormmate senior. singing the lovely lagu asrama. choir team 1997 till 1999. basketball 3 on 3 winning 1999. the draw point 35-35 with UIA student at 10 minutes 3 on 3 basketball match. the bestest, most entertaining 3rd place match in 2000. the first day at school. the last day at school. the 5 hours carrom game. hehehe....

4~If you could change one/more than one thing/s about your school, what would it be?
the environment in my batch. so conservative. it's the environment who shape me into shy person. damn...

5~In your opinion, which is the best event and name the event that you missed the most?
the 1999's hari guru. organized by my batch and that's the sweetest moment where all ppl put their best effort. the 2000's merdeka celebration. organized by spm 2000's batch. the bestest merdeka celebration cause the tatoo (ala...human built performance...like circus show). the 1999's and 2000's 3 on 3 basketball tournament. lots of sweet memories in the tournament. every year bulan bahasa (of course the foriegn language week is the best). saturday's hostel assembly under the hot sun.

6~Enemies that you made during ur school yrs?
my rival in my form 5 class. an alim person but with sucks attitude. ass-sucking prefect.

7~Most valuable lesson learned?
be on time, managed yourself properly, study so-so, enjoy life more, be matured, the basketball lesson and passion, the chemistery lesson, how to backstabbing your own enemy, how to tell good lie, how to make best excuse, how to skip from class, how to do thing under pressure (last minute study).

8~Would you join the Alumni?
i would love to. the best thing i can do is to reunite all my batch after 3 years from now.

9~The teacher/s that you hurt?
cikgu math in form 1. all student in my class get punished. hehehe. my form 5's chemistery teacher; the hopeless marks my whole class get really upsetting her. hey...i'm not included in the low marks but i belongs to the class, so i also included.

10~The biggest mistake ever during your school years?
nothing i regret when i leave the school except when i realize i not so social with the girl....maybe that's why explained i'm not so popular. hahaha. anything else...no regret at all.

11~Your favourite teacher(s)?
cikgu najah; my lovely chemistery teacher who help me lots especially in promoting me to get the petronas offer. tq cikgu. also, with her courage, i manage to get disctintion in my national australian chemistery quiz..almost high disctintion if manage to get 2 or 3 marks more. my lovely math teacher, cikgu fadzillah. my garang but cute physics teacher, cikgu siti jubaidah...you're so cute but really tough. my warden a.k.a most talented and full of spirit BM teacher, cikgu asmui...teringat kena rotan bila lewat turun subuh. hehehe.

12~Your favourite prefect(s)?
hate prefect. some of them are my frenz but really really hate ass-sucking prefect who gile kuasa.

13~Favourite senior(s)/junior(s)?
spm 1999's batch, my dormmate; malik, pi mat, hairizam, tagom, kure, syafarin, zaki, poman, sapir, choke, nizam, alif, hisyam, din. my closest frenz a.k.a partner in crime, firoz. my classmate; yoye, syukri, miji jelita, oye, abot, op, dave, izian. also, my partner in crime, lemey. caroom mate; lemey, asrol. my basketball member; edwell, ja'a, lemey, apat. PBSM member; syukri, akak timah and the rest of batch spm 1999, so cute, so fasinating. hahaha...

14~Favourite dorm/room?
my dorm; aman 3, damai 4, damai 10, damai 12 (rocks...soyuz the best!!!)

15~Would u go back to school and repeat everything all over again?
hahaha...i will repeat all over again with some additional adjustment on my way to experience it. mistake will be avoided and i will be more social. hehehe.

huargh....really best if i can get back to my school life. really want to go back and enjoy the secondary school life....ops, feel like want to write the asrama song.

::lagu asrama SEMSAS::

wahai saudara pimpin tanganku
bersama kita bersatu
asrama SEMSAS tempat bertemu
jangan lupakan diri

hebahkan semangat dihati ini
supaya kita berani
menempuh cabaran hidup masa kini
hormati saudara sendiri

duhai saudara
pimpin tanganku
bersama kita bersatu
asrama SEMSAS tempat bertemu
jangan lupakan diri

hebahkan semangat dihati ini
supaya kita berani
menempuh cabaran hidup masa kini
hormati saudara sendiri.....

Monday, May 30, 2005

Pelikkah aku?

Assalamualaikum semua,
Tengok tajuk dah pelik, aku yang menulis ni lagi ler pelik. Adakah aku ni pelik? Maybe ada a few thing yang buat aku ni special (hehehe...ke yang buat aku ni pelik?). so, sekarang ni meh aku citer sikit apa yang peliknya pasal aku...well, setakat yang aku kenal diri aku la kan...yang selebihnya kalau korang rasa aku pelik, silalah tambah.

Membaca bulletin board, message, blog yang panjang lebar

Aku suka membaca bulletin board, blog atau message yang panjagn lebar dan mengarut even mende tu sebenarnya bukan untuk aku pun. Ini terjadi bila aku dapati isi kandungan mende tu menarik perhatian aku...well, tak semestinya berinformasi tp selama mana menarik dan aku rasakan menarik, itu dah cukup buatkan aku membaca semua sampai habis. Kekadang kawan aku tanya mana aku tahu, aku cakap ler aku dapat dari sumber2 yang aku nyatakan td. Derang pun naik pelik tgk aku sanggup baca semua benda tu panjang2 tanpa rasa bosan.

Menengok horoskop

Horoscope is one of my obsession. Setiap hari, mesti aku pergi tgk daily horoscope aku either kat frenzter atau kat yahoo astrology. Pastu, aku ni obsess dgn pengkajian sifat manusia disebalik horoscope ni. Yang peliknya, aku sanggup mengadap benda horoscope ni selama berjam-jam tanpa rasa bosan even aku dah baca sebelum tu selama beberapa jam jgk. Some kind of obsession la kiranya.

Menonton muvi/drama/anime yang aku minati

Bila aku minat mendengar/menonton anime/lagu/vclips/drama/movie, aku mampu tgk semua benda tu secara berulang-ulang kali. Paling gila pernah aku buat adalah menonton GTO Drama selama satu hari suntuk. Habis 13 episod satu hari. Aku jgk pernah menonton GTO Drama sebanyak 20 kali plus. Dan still, aku masih lagi menonton dan berminat menonton drama tu.

Blog

Pasal blog plak, aku selalu bukak/refresh blog aku lebih kurang 15-20 kali sehari sebab nak tahu orang ada post baru ataupun tak. Gile kan??

Belajar agama lain

Ni satu benda yang memang menakutkan family aku. Aku minat belajar agama lain dan agama paling aku minat nak belajar adalah agama kristian. Sebab aku minat belajar? Entahlah, aku suka mengkaji dan belajar benda yang aku tatau. Pasal islam pun aku belajar jgk, dan still belajar cuma tak sebanyak aku belajar pasal agama kristian. Impian aku dalam belajar semua agama ni adalah kalau boleh aku nak ada semua kitab suci agama2 yang aku dah belajar tu. Setakat ni aku concentrate pada agama kristian, next maybe aku nak try hebrew/jew plak kot. Cam seronok jer belajar pasal agama ni since aku rasa benda ni seronok. Aku pernah cadang nak beli bible tp aku tak berani lagi, takut orang salah paham psl aku. Aku bukan per...just bila aku tgk video ahmad deedat, aku rasa cam nak explore lagi agama kristian. He’s brilliant and humble...i love his style.

Inconsistency in me

Ni paling orang cakap pelik pasal aku since aku kalau dalam dunia online ni, mmg riuh tahap gaban tp bila jumpa depan mata, aku wat bodo jer...cam tak pernah kenal. Entah lah, aku nyer tahap malu ni mmg kekadang menakjubkan dan boleh aku buat benda2 yang unexpected. Pernah aku berjalan kaki sejauh 7 kilometer nak balik rumah bila bapak aku tinggalkan aku sorang-sorang dan dia gi borak dgn kengkawan dia. Aku dah ler segan dan tak kenal orang, ditinggalkan plak aku sensorang. Tanpa makan atau minum, aku terus berjalan balik rumah. Bila bapak aku tanya dgn sapa aku balik, aku cakap ler aku balik dgn jiran aku, padahal aku jalan kaki balik rumah. Pasal kes malu ni, ramai geng online aku komplen aku ni pemalu sgt. Sorry arr...aku mmg gini. Bila aku dah tak pemalu, aku memang gile. Tak caya? Try tanya kengkawan rapat aku. Betul tak narul?

Itu kes malu dan segan, kes aku tukar keputusan aku sesuka hati paling gila adalah bila aku buat plan nak gi penang aritu. Just dalam masa 15 minit, aku buat decision nak gi penang. Ada jgk ler 4 5 decision lain yang agak gila pernah aku buat tp aku dah tak igt sgt dah.

Lawak-lawak aku

Hahaha....ini paling pelik aku rasa pasal diri aku. Entah kenapa, aku suka sgt kacau orang. Takleh tgk orang duduk senang, sure aku nak kacau. Paling selalu kena kacau adalah encik bapak. Aku suka kacau orang yang melawan balik...best doo. Dan besenye, lawak-lawak aku adalah lawak-lawak gay yang kekadang terlebih romantik dari ayat aku guna ngorat aweks. Hahaha...but i’m not gay, i’m just love to make gay jokes. I love to tease budak baik tp kuat melawan lawak aku. Best gile tgk orang tu cuba sedaya upaya mengelak. Untuk sesape pernah kacau dgn aku, sorry neeh...aku mmg gini. Suka tease orang dan aku akan tetap tease korang semer. Muehehehe.

Time aku serius

Hehehe...ini lagi ler pelik. Orang selalu ingat aku ni happy go lucky, merry cheery personality tp bila tiba time serious, aku boleh jadi serious. Mmg tak disangka-sangka aku ni boleh serious...dan most ppl yang tak kenal aku, mmg pelik gile bila tetiba tgk aku serious. Jgn pelik since aku ni normal human. Kekadang tu aku boleh jadi serious kalau diminta jadi serious. Cuma jadi serious sokmo tak best since aku ni bukan jenis boleh maintain serious, tak tahan ler nak buat lawak dan tease orang. Cuma bila aku rasa perlu jadi serious, i will act seriously. Hehehe.

Cukuplah kot pasal diri aku yang aku rasa pelik. Yang selebihnya hanya mereka yang berdekatan jer tahu. So, aku cukup pelik tak utk dikategorikan sebagai pelik?

Friday, May 27, 2005

Dan Brown: The Da Vinci Code

The Da Vinci Code
Assalamualaikum all readers,
Baru minggu lepas aku habiskan buku Dan Brown; The Da Vinci Code. So, sekarang ni aku nak review sikit ler psl pandangan aku psl buku ni. Gambar diatas adalah cover buku The Da Vinci Code.

Dalam The Da Vinci Code, kisah nya bermula bila Robert Langdon, seorang symbiologist dari Harvard dicall tgh malam buta oleh Jurisdicial Police of France (lebih kurang CIA or FBI ler derang ni). So, Robert Langdon ni dipanggil untuk tengok satu jasad yang terbunuh dalam The Lourve. Kenapa Robet dipanggil? Kerana ada something yang wierd psl mayat tu. Mayat tu diselubungi misteri dan tanda-tanda yang memerlukan symbiologist analyse tanda-tanda tu. Apa yang menariknya, beside Robert Langdon dipanggil untuk selesaikan masalah pasal kematian tu, dia juga antara suspect dalam kes kematian mayat yang dia uruskan tu. Yang paling menarik, mayat tu adalah Curator The Lourve.
So, beside Robert, ada sorang lagi yang involved dalam nak solvekan kes kematian tu iaitu Sophie Neveu, sorang cyrptologist jgk dari Jurisdicial Police of France. Paling mengejutkan bila Robert dapat tahu yang dia disyaki membunuh mangsa pembunuhan yang dia tgh siasat tu. Sophie datang dgn membawa satu harapan dan satu encryption pasal symbol yang ada di tempat kejadian dan meyakinkan Robert untuk mempercayainya. Lalu, bermulalah satu episod pencarian untuk menyelesaikan kes kematian curator yang merupakan salah sorang dari anggota secret socities, Priory Of Sion. So, Sophie dan Robert melalui satu adventure untuk menyelesaikan rahsia yang menggemparkan dunia agama Kristian. Apakah rahsia yang terselindung disebalik kematian curator berkenaan dan apakah rahsia yang menggemparkan dunia agama Kristian itu? Segalanya hanya boleh didapati dari buku The Da Vinci Code yang ditulis oleh Dan Brown.

Part Menarik Dalam Buku Ni:

  • Penerangan pasal konsep agama Kristian pada akar umbinya

  • Penerangan pasal hasil kerja dan kebijaksanaan Da Vinci

  • Peranan Priory of Sion

  • Mari kita belajar encrypt data guna ancient methods

  • Twist and twist and twist yang buat aku terus membaca


Komen Aku:
Buku ni gile best la. padanlah dapat #1 Bestseller. Mmg byk mende yang kita boleh belajar dari buku ni cam history yang maybe kita tak pernah tahu. Aku paling suka part encryption methods yang digunakan dalam menyelesaikan semua riddle dalam ni. Memang gile genius la. Pastu, cara derang solve puzzle dan mencari tempat2 yang derang kena pergi tu memang best la. cukup buat aku amaze.

Lagi satu, description pasal tempat2 yang ada kat dalam buku diceritakan dgn detail dan memang boleh dibayangkan la camner keadaan tempat tu. Antara paling aku boleh imagine adalah The Lourve tu sendiri since memang agak detail keadaan dalam The Lourve tu diceritakan oleh Dan Brown. Bagi aku, aku bagi buku ni 5 star out of 5. memang best dan cukup buat aku curious utk teruskan membaca sampai habis. Oklah, ni aku ada satu code utk korang solvekan...

The code:
caueeotvacnsekogybtdrorhe


The hint:
Caesar Box

Ok all code breaker, try to solve this code. it's quite easy. Google "Caesar Box" and use the methods in solving the code. No prize for breaking the code, it's just for fun though....(Caesar Box mentioned in Digital Fotress by Dan Brown). Enjoy the code!!!

Thursday, May 26, 2005

My character in 11 ways

#1

GEMINI MAN

A man in this Zodiac has a thin long and proportional face. He has a high forehead and very cleaver. He looks like he can not stand or sit still, a very fast person. His nose is just right in size, thin lips, talk fast and very talkative. He can think faster than he talks, but once he start talking, he will talk non stop as if god has gifted him with that special talk machine mouth. He likes to cut his hair short and he is very athletic. He is a tall, slim and every movement of his is "Fast" or nearly call "Hyperactive".

He has a long fingers and always tapping on table or moving his finger as if he is trying to grab something. He is the type who will write or scribble on paper, he never stay still. His hair always well comb or neat. He will spent a long time to comb his hair. He will keep his manicure and pedicure clean. He is a well dress and clean guy, so if you like cleanliness, you will love him.

He will keep all his cloth in big closet, and never throw away even shirts he never wear any more, but yet he still keep buying new cloths and make sure he is in style. He knows how to dress well even with a low budget. He get bored easily with his favorite cloths , cologne. He is very picky, so soap and his cologne even have to be in the same trend or same scent.

If you date this kind of guy, you might think you are dating 2 guys, you will have to guess his feeling and emotion. Is he doing thing because it is a duty, or is it because he wants to?

He change his mind as fast as he change a new pairs of shoes. He can pick up a book and roughly read through and understand it's contents, so if you see a Gemini man who reads the whole book, then he must be influenced by other Zodiac.

He hate to set fix schedule, and dislike a boring same routine job. He could hardly be on time, and can only keep time if it is complete important and necessary. He does not come late because he forgets, but because he always find other attractions along the way. He likes to act opposite to what he wants to do. He is a very good speaker and make a very good politician. He can easily persuade other people and well presented himself in public, a real charmer. If he is a writer, he will write the best seller.

He always search for truth and constantly study himself. He never satisfy about his fame, his reputation or money, because he thinks he deserved more. He will keep searching even he is not sure what is his ultimate satisfaction.

Woman in love normally wants to feel secure and stable, but if you fall in love with this guy be prepare to be alone. He will come to see you when he feels like it. He won't even know how he spent his days everyday, so adjust yourself if you love him.

Dating him is like dating 2 guys, so today he can tell you how much he loves you, but tomorrow he might call you to cancel your date. When he upsets, he could tell you he hate your dress, even it is the same dress he used to tell you make you look very sexy. Do not ask him why he is that's way for he won't have any explanations too. When he is back to normal mood, he will take you out again and forget what just happened.

You can not expect him to be the same person now, and forever. His changes will depend on you, for better or for worst. If you like to take risk and dare for challenges, you will get along with him fine. He keeps his emotional secretly as if hiding it, so you will not be able to see if he crazy in love with you, or does not give a damn at all, but be calm and patient. He will never leave you if he thinks you are a puzzle, then he will spent times solving this puzzle.

#2

Is your birthday day 14 of the month?

Your Life: You are so confident that sometimes you forget about the people around you.If you have to be in one of the two teams, you will choose to be in thewinning team. On the other hand, you are kind and caring but above all, youcare for your own benefits. Your imagination is unique and often getsimplemented shortly after it comes across.

Your Love: You will not get soft with the one you don't really like, no matter howhard he/she tries. But once you feel for someone you have chosen, there's no getting back.

#3

Does your name begin with: R?

You are a no-nonsense, action-oriented individual. You need someone who can keep pace with you and who is your intellectual equal-the smarter the better. You are turned on more quickly by a great mind than by a great body. However, physical attractiveness is not very important to you. You have to be proved to be worthy for a partner. You have a need to prove yourself the best. You want feedback on your performance. You are open, stimulating romantic.

#4

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidakangkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya.Kehidupanya selalu selamat.

#5

June 14th ~ June 23rd = Maroon

MAROON
800000 You are intelligent, and know what's right. You like to make things go your way, which can sometimes cause trouble for not thinking about other people's feelings. But you are patient when it comes to love... Once you get a hold of the right person, it's hard for you to find a better love.

#6

Gemini

There are two sides to your personality, as indicated by the twins of gemini. You are an excellent communicator, being clever with words and always able to get your point across eloquently. You are an independant being, you do not like to rely on others for happiness or wellbeing and you are always changing because you find that you bore of things and situations easilly.

#7

Your Mercury is in Gemini

You have an extremely active, lively and versatile mind with a multitude of interests and an inexhaustible curiosity about life. You are quick to grasp new concepts and equally quick to lose interest in an idea or project once your curiosity has been satisfied. You like to taste a little bit of everything -concentration and disciplined study are not your strong points. Mentally restless, you may change jobs or locations frequently, or do work that involves movement, travel, and variety.

You have a flair for language, playing with words, speaking, writing, or teaching in an entertaining and informative way. You also enjoy meeting new people, conversing and learning a little bit about them, and you work well with the public.

Sales, advertising, communications, journalism, or public relations are good areas for you. Your ability to be articulate and to communicate well is one of your greatest strengths.

#8

Your Rising Sign

Gemini Rising:

If your Rising Sign is Gemini, others expect you to be the smart-talking jokester of your bunch, the one to come up with all the bright, slightly mischievous ideas. That's just the Gemini aura you give off. Even if you feel perfectly patient waiting in that long line, you seem restless to those around you. Watch what you say -- there could be rumors of you being a gossip hound -- even if your comments are uttered with only the best intentions. More than anything, you come across as witty, and people are prepared to be impressed by almost anything you say!

#9

Your Moon is in Sagittarius

Open and generous, you enjoy a wide circle of friends and acquaintances and you thrive on sociability and fellowship. You are adventurous, playful, freedom-loving, and always ready for a good time. You rarely allow obstacles or difficulties to keep you down, for no matter how bleak the past or present, you always expect a better, brighter future. In fact, you are uncomfortable with your own or other people's problems and emotional pain. You often try to "cheer up" or offer philosophical advice to those who are hurting, but unwittingly you avoid or ignore the emotions involved.

Friendship means a great deal to you, perhaps even more than love or romance. For you to be happy, your mate must be your best friend and encourage your aspirations and ideals. You also need a great deal of emotional freedom and mobility.

#10

Capricorn - lucky sign

You can often find success and luck in your career. You have the makings of an ideal executive -- hard-working with the visionary ability to plan for long-term triumph. Your high-standards, need for proof and hard facts can sometimes be limiting, however. In order to gain more luck, you need to balance yourself and avoid letting material gain and fear of failure overwhelm your more creative side.

#11

Your Attraction Factor - Sagittarius Descendant

If Sagittarius lies on your Descendant, you're searching for someone who has not only the same intellectual nature as you, but also the focus and stamina to turn their innovative thoughts into direct action. Since you have Gemini Rising, people see you as intelligent but also a bit brisk and lighthearted, not too keen on delving beneath the surface or advancing past the initial fun stages of things. You seek out a mate who will take you deeper, who will allow your expansive mind the space it requires, someone with whom you can share the rather idealistic beliefs you keep hidden beneath a cool, glib exterior. When it comes to love, you're flirtatious and spontaneous. You tell potential partners that you need your freedom, that you can't be tied down to one mate forever (and you'll likely marry more than once), but you actually feel the most liberated when you're in a secure relationship.

p/s: in a boring day like this, i'm doing a few research and this is i got for myself. some are true and really suite me, some are just out of the bound of my character. dunno...just want to post something though. (^_^)

Friday, May 20, 2005

Pasal diriku

Assalamualaikum all readers,
Akhir-akhir aku cam pelik sikit aku rasa. Balik jer kerja sure aku letih gile, siap semalam time narul call, aku tgh sedap tido. Aku tido pkl 9 tu...tak pernah sepanjang hidup aku tido seawal tu sejak aku kenal kehidupan malam. aku tatau itu petanda baik atau petanda buruk tp yang penting aku dah kurang berjaga sampai lewat malam tanpa buat apa2 kecuali menonton muvi, anime, series, atau video. Setelah buat sikit research psl FYP aku (tajuk dirahsiakan), aku dapat a few information yang aku nak tp still banyak lagi yang aku nak. Aku tgh pening tunggu jawapan dari lecturer psl tajuk FYP aku ni. Aku tunggu dia call, tp tak call2 jgk. Aku takut dia tak setuju jer, jenuh jgk aku nak pikir tajuk lain. Aku harap dia boleh la approve tajuk aku ni dan kalau dia boleh tolong dgn banyak, aku harap dia boleh jadi Supervisor utk FYP aku. Harap-harapnya lah....

Akhir-akhir ni jgk, aku makin malas. Makin malas nak pikir psl coding Brio, makin malas buat kerja helpdesk, makin lemau aku dgn FYP (aku baru start tp dah lemau dah). Aku dah rasa cam sikit tak sabar nak tunggu lecturer kesayanganku (narul, ko gelakkan jer lah aku...aku redha) call aku. At least dapat jgk aku teruskan research yang tgh tertangguh ni. (yer la, kalau tak approve tak ke sesia jer aku nyer research). Aik, aku citer psl FYP lagi ke? alahai...nak buat camner...itulah paling byk berlegar dalam kepala aku. Takleh nak ditolong lagi dah.

Second thing yang banyak aku pikir adalah pasal projek yang tgh aku buat ni. Cam dah siap, tp documentation byk lagi tak buat. Aku plak tgh buat coding Brio, Reporting tool utk projek ni. Agak susah sebab takder orang reti buat coding benda ni since semua orang guna benda ni secara manual jer...so, dgn susah payahnya aku explore dan pahamkan coding dia dgn manual yang agak membantu tu. Kekadang naik fed up jgk bila aku try tp tak jadi2. bila aku dah fed up, aku chat dgn orang, surf net atau tulis blog. Nampak cam buat kerja tp sebenarnya tak. hehehe...pandai gile berlakon.

Pastu, aku pikir psl employment after grad. Susah jgk nak carik kerja. Aku tatau lagi camner, puas jgk aku pikir. Benda ni aku malas nak cerita lanjut sebab aku pun takder idea sgt. Ataupun lebih tepat lagi, aku tak mahu bagitahu. Kenapa aku taknak bagi tahu? aku rasa aku tak hebat sgt so, takyah la aku ceritakan benda ni.

benda keempat, aku terfikir pasal relationship aku dgn housemate aku. Entahlah, aku kekadang rasa aku ni sensitif sikit dan aku ada sikit konflik dgn housemate aku. Saper dia dan kenapa takyah la aku cerita. yang penting kekadang aku agak marah jgk kat dia cuma tak nampak sgt, either aku dah biasa dgn dia camtu ataupun entahlah. aku pun tatau.

Item kelima, pasal family aku. yang ni aku kurang sikit la pikir since aku baru jer call mak aku last monday. Aku tak balik wesak day ni tp takut jgk mak aku marah sebab tak balik. takper lah, aku terangkan jer la reason aku takmo balik sebab aku baru jer balik cuti hari buruh lepas. harap mak aku ok ler.

Item keenam, pasal apa yang aku nak buat weekend ni. semua orang rumah aku kecuali aku dgn bar jer yang tak balik. alahai, aku nak buat apa ha? aku igt nak gi berjaya time square, carik dvd barang 6 keping kalau banyak citer best, kalau tak 3 keping jer kot. busan nya hidup tanpa housemate. tapi kalau aku beli movie, mesti dalam dua hari dah habis. lagi gila aku boleh habiskan semua sekali dalam setengah hari. Lepas tu mula la pening kepala (teringt time buat marathon tgk gto drama, abis 10 cd dalam masa satu hari...mmg gile sungguh).

item ketujuh, pasal diri aku sendiri (sepatutnya benda ni aku letak first). Aku rasa yang aku ni banyak kekurangan, tp aku tatau kenapa aku takleh ubah. Contohnya aku ni lack of confidence. Susah jgk nak baiki since aku tatau apa patut aku buat. Kekadang tu terlebih confidence tapi selalunya mmg lack la. pastu, aku ni mulut kekadang laser jgk. ish...takut jgk psl ni. takut terguris hati yang tak berdosa. pastu, aku ni kekadang kurang ajar sikit, susah la sikit psl ni. Aku pun tatau kenapa aku agak kureng ajar. Ah...susahnya nak baiki benda2 gini.

ah...kurang sikit beban dalam kepala aku bila dah tulis dalam ni. lega sikit rasa. aku rasa byk jgk benda2 yang sebelum ni aku tak cerita tp td baru aku perasan yang aku ni agak berahsia. hehehe...so, inilah cerita aku. muehehe.

p/s: kepala penulis tgh weng so paham2 lah kenapa dia tulis gini. hehehe.


lirik lagu:: natasha bedingfield - these word

"These Words"

Threw some chords together
The combination D-E-F
Is who I am, is what I do
No one’s gonna lay it down for you

Try to focus my attention
But I feel so A-D-D
I need some help, some inspiration
(But it’s not coming easily)
Whoah oh

Trying to find the magic
Trying to write a classic
Don’t you know, don’t you know, don’t you know?
Waste-bin full of paper
Clever rhymes, see you later

These words are my own
From my heart flown
I love you, I love you, I love you, I love you
There’s no other way
To better sayI love you, I love you...

Read some Byron, Shelly and Keats
Recited it over a Hip-Hop beat
I’m having trouble saying what I mean
With dead poets and drum machines
I know I had some studio time booked
But I couldn’t find a killer hook
Now you’ve gone & raised the bar right up
Nothing I write is ever good enough

These words are my own
From my heart flown
I love you, I love you, I love you, I love you
There’s no other way
To better say
I love you, I love you

I’m getting off my stage
The curtains pull away
No hyperbole to hide behind
My naked soul exposes
Whoah.. oh.. oh.. oh.. Whoah.. oh..

Trying to find the magic
Trying to write a classic
Waste-bin full of paper
Clever rhymes, see you later

These words are my own
From my heart flown
I love you, I love you, I love you, I love you
There’s no other way
To better sayI love you...I love you, is that okay?

Tuesday, May 17, 2005

A Friend A Day Keep The Hatred Away....

This piece of work is dedicated to all my frenz. I'm lucky to have you. Great friends is like 4 leaf clover, hard to find, lucky to have.Enjoy this piece.

Friends,
We are only human
Sometimes we hurt each other
We hate each other
Sometimes we feel like to kill each other

But then
When a smile drop from your lips
It’s release me from this hatred
When a pure sorry word being said
It’s erase all my revenge

Friends,
Sometimes we lose control
We out of our mind
We being in deep dark emotion

But then
We look each other
We knew that we couldn’t hate each other
Cause there is a big friendship wall
That locks us together

Friends,
I maybe never call you
Never SMS you
Never think about you everytime

But then
Please believe that you’re always in my mind
Friendship doesn’t demand much
Just when I think of you and you think of me
That’s enough to keep us together

Friends
Sometimes when I get hurt
You told me to be patience
But then I collapse
I got crazy
I got mad

But then
You still beside me
Even I’m the craziest person you ever see
Still helping me
Still keep my spirit up
Still give me your shoulder for me
To cry on it

Friends,
What make us the best?
Because I’m your friend and you’re my friend
Thank you for being my friend
Thank you for being such a great friend
I’m lucky to have you

Friends,
Maybe today will never be forgotten
But lets us pray that tomorrow is a better day
So that all the memory that enclose
In our thick history book
Will be as fresh as the first flower bloom in spring

I just write it so maybe the grammar is suck, the wording is lame, but this the best that i can use to express my greatest gratitude to all my friend. Hope you all enjoy this piece.....

Next Semester Punye Cerita

Assalamualaikum....
aduih la...semalam aku tgh pening kepala psl project kat opis tetiba laks datang plak satu lagi bala. Kena register courses yang nak ambik sem depan. So, setelah mendapat beberapa petunjuk dan perundingan dgn a few ppl, inilah course yang aku nak ambik sem depan. So, lets us review it:

  1. Ethical & Professional Issues
  2. Database Administration
  3. Business Application Programming II
  4. Project Part A
  5. Business & Cyber Law
  6. Corporate Ethics
  7. Strategic Management

In total, next sem aku ambik 19 credit hours. Quite byk tp ok la. Cuma byk sikit ler kelas since ada 7 subject. Aku akan ambik Corporate Management as aku nyer minor. So, korang lak camner?

Wednesday, May 11, 2005

What i learn from my poor life

Hello all my readers,
Akhirnya, aku ada idea a.k.a dah rajin nak tulis entry baru. Aku dah terfikir satu benda ni dah lama dan aku pun dah pernah berborak dgn some of my frenz about this issue. So, sekarang, aku nak tulis la apa hasilnya perbincangan kami. Entry ni maybe tak sesuai dgn few ppl so, kalau dah rasa tak sedap hati atau marah semasa baca entry ni, aku harap korang blh stop le.

Aku lahir dalam keluarga peneroka FELDA, hidup kami sekarang barulah senang sikit tapi masih terkenang kesusahan hidup sebagai seorang anak peneroka.

Waktu mak aku nak lahirkan aku (well, mak aku yang cerita kat aku bila aku dah besar), dia terpaksa berjalan kaki menuju ke simpang depan dekat dgn ladang kelapa sawit since bapak aku hilang ntah kemana (kesian mak aku..). Dgn rasa sakit kat perut, jalan tanah merah yang berdebu, mak aku usung dirinya sendiri nak gi dapatkan bas nak pergi hospital. Nasib baik ada orang yang bawak teksi sudi tumpangkan mak aku gi hospital. Selamat melahirkan aku, mak aku mmg tensen tahap gaban dgn bapak aku. Siap hampir bercerai jgk le.

Bila aku dah besar, aku pergi sekolah tadika....pergi jalan kaki dgn akak aku, balik jalan kaki sensorang (kalau mak bapak sekarang sure tak bagi anak jalan sensorang nye...takut kena culik). Jarak sekolah dari rumah aku lebih kurang 1 km. Letih jgk ler jalan...dah la tgh panas. Kekadang jealous tgk bdak lain ada orang jemput balik. Kekadang jalan balik dgn member2 tp besenye aku jalan kaki sorang je. Hujung minggu jer mesti kena basuh kasut sekolah sendiri.

Masuk sekolah rendah, ayah aku hantar gi sekolah tp balik sendiri. Kekadang kalau ayah aku teringat, barulah dia gi jemput aku. Masa ni akak aku masakkan bekal, besenye nasik goreng kicap, nasik goreng kunyit, nasik goreng pedas, nasik goreng kari....semuanya nasik goreng. Kakak aku siapkan bekal utk sekolah rendah dan sekolah agama; utk waktu pagi satu, utk waktu petang satu. Duit belanja? Aku tak pernah dapat sampai ler aku darjah 5. Kakak aku pergi kerja, aku balik sekolah agama (darjah satu sampai darjah 3) pastu kemas rumah (kakak aku tak sempat nak kemas since dia basuh kain dgn masak pagi2). Seterika baju aku sendiri dan pakai baju dan pergi sekolah plak. Hujung minggu aku basuh kasut sekolah sendiri, kalau lambat basuh alamatnya pakai kasut basah le gi sekolah.

Bila aku dah darjah 4 sampai darjah enam, aku start kena basuh pinggan mangkuk dan susun pinggan mangkuk kat rak. Paling ngeri bila ada majlis baca yassin kat rumah aku, aku kena susun 5 besen besar pinggan mangkuk. 3 jam aku buat mende tu. pastu, start belajar masak dgn akak aku....selalu hanging out kat dapur dgn akak aku. Tolong potong bawang, masak nasik, goreng ikan and what so ever yang aku mampu buat. Favorite food aku: sambal ikan bilis. Kalau ada sambal ikan bilis alone pun aku boleh makan nasik. Tp the best sambal ialah yang akak aku buat. Takder saper setakat ni blh challenge dia buat sambal ikan bilis.

Pasal belajar plak, semua aku buat sendiri....study sendiri, pecah kepala nak pahamkan pelajaran sendiri, decide jalan hidup aku sendiri, pilih kawan aku sendiri, explore dunia ni dgn cara aku sendiri. Mak aku hanya tahu marah jer bila result exam aku teruk (takder la teruk sgt cuma jatuh sikit jer). Pergi hanging out dgn teman2 kat rumah mamat indon, tgk labi-labi dia dalam lubuk belakang rumah dia, makan maggi yang pedas gile (indon masak...pedas banget). Seronoknya time tu.

Aku pernah jgk gaduh dgn few ppl time kecik2, aku mmg tak puas hati bila ada orang hina family aku. Pernah aku gaduh dgn anak tokey ikan yang bagi hutang kat family aku sebab dia hina mak aku. Sampai sekarang aku mmg tak blh nak baik dgn family tu walaupun mak aku dah ok dah. Pernah jgk aku gaduh dgn pak long aku sebab kutuk2 akak aku masak...ceh, budget anak dia masak best sgt le tu. pernah jgk aku gaduh dgn sorang bdak perempuan sebab dia kutuk2 aku, kata aku ni pakai selekeh, baju koyak2, mak bapak aku miskin, dan akibatnya, budak perempuan tu punya tudung hilang dari kepala. Gatal mulut lagi kutuk aku. Pernah jgk gaduh dgn anak kawan baik bapak aku bila dia start buat kerek menunjukkan yang dia tu kaya nak mampus. Hampir bertumbuk jgk ler. Kesimpulan dari kisah2 aku gaduh dulu, aku mmg pantang orang kaya yang perasan kaya tahap gaban (hei..igtlah rezeki tu dari Allah, kalau DIA nak tarik bila2 masa je) menghina orang miskin. Igt bagus sgt ke buat camtu? Aku tak paham mentaliti manusia cam gitu.

Apa yang aku belajar dari hidup aku:
Aku belajar utk menjadi orang yang lebih matang pada usia yang muda. Hidup keluarga aku sekarang je barulah senang sikit. Dulu2, bila tgk orang lain dapat baju raya baru tp bila kami kena pakai baju raya yang dah tiga tahun lepas nyer....mesti terhiris perasaan kami adik beradik (yer la...dulu-dulu kami pun bdak2 jgk...takkan tak jelous). Aku belajar menghargai adik beradik aku, sampai sekarang aku dgn akak aku mmg baik, aku dgn adik2 aku ok, dan dgn sebab itu....kami tak pernah berkira sgt. Aku kekadang pelik tgk adik beradik yang gile babeng nyer berkira sampaikan nak pinjam seringgit pun sampai kena rekod masuk buku hutang. Gile babeng kedekut la.

Aku rasa, aku jgk belajar melalui hidup yang susah. At least sekali dalam seumur hidup aku. Dan aku sgt berterima kasih kepada kesusahan hidup yang aku hadapi dulu kerana byk mengajar aku. Aku kalau boleh nak jgk anak-anak (in future la) aku merasa hidup susah supaya bila mana mereka melihat orang yang susah, mereka dapat rasa bagaimana susahnya hidup ni. At least they got some idea how to survive in difficult time. Aku kekadang kesal dgn sikap certain orang yang membeli belah benda2 macam baju dan langsung tak pakai kerana tak sempat nak pakai (yer la...baju byk sgt). So, at last...dgn tag pembelian tu masih lagi pada baju tu, derang terus buang baju tu. mmg gile sgt la orang gitu. Duit tu cam takder apa je. Orang macam tu bagi aku, tak pernah merasa hidup susah dan percayalah, bila dia hidup susah sikit pun....dia akan rasa dah susah sgt dah. Well, hidup ni cam roller coaster, ada turun naik nyer...igtlah time kita senang kerana ada time kita susah.

Aku tahu ada orang lain lagi susah dan perit hidup mereka tp ini kisah aku. kalau korang ada kisah korang sendiri, kongsilah sekali. Semoga kita semua mendapat sesuatu.

Monday, May 09, 2005

Anything you ask...

Ok lah...aku takder idea dah nak tulis apa (atau lebih tepat lagi, aku ada idea tp malas nak tulis panjang-panjang) so, aku kasi chance utk sesape nak tanya pasal diri aku (ceh...nampak cam promote la plak). aku bukan per...aku pun tgh blank jgk ni so baik aku cerita psl benda yang aku tahu (yes...i know myself well). so, silalah keutarakan apa-apa soalan yang korang nak tanya di shoutbox atau comment. aku akan jawab selama mana aku rasa aku mampu. ok...ada apa-apa soalan?

(tujuan entry ni ditulis bukan utk mencari publisiti murahan tetapi aku telah mengalami satu keadaan dimana aku telah kekeringan idea a.k.a malas utk menulis. help me to activate back my writing. TQ)

Friday, May 06, 2005

Dahulu dara, sekarang tak lagi.....

Hello all readers,
i got this post from frenz of mine at frenzter. It's so shocking (at least for me) cause i never thought that Malaysian (hrm...malay especially) are totally in big disaster. *sigh*. The best to conclude this issue is WORLD is going down...the doomsday is around the corner. Ok, guys....ready for the shock.

"adapted message from miezie...thanx pal coz forwarding thid message to me..."Baru2 ini, saya mendapat email daripada seorang sahabat lelaki saya di malaysia, memberi saya petikan daripada Mastika keluaran terbaru. Petikan email tersebut membuat saya berfikir panjang tentang kehidupan yang bakal saya lalui beberapa bulan nanti. Petikan ini sama seperti yang saya dapat di email tersebut, tanpa sebarang editing. jadi maaf jika kualiti penulisannya kurang memuaskan.

---you tau anna, recently dlm majalah mastika.ader satu artikel tuh.tajuk dia kalau tak silap ermmm "anak kita dah hilang dara".summary dia camnih, ader sorang penulis perempuan tuh dia lepak kat central market. sedang dia lepak duduk2 sambil tunggu teksi, dia terdengar conversation antara 3 malay girls. tanpa menoleh dia dengar perbualan tu tentang hilang dara.diaorg masing2 selamba cerita pasal exprience masing2.

so si penulis nih pon toleh ler rupanya ketiga tiganya pakai tudung.dia pon gi jumpa ler minah2 tadi saje kata nak buat survey ttg masalah dara tuh. diaorg kata: sekarang org dah tak kisah ada dara ke tidak kalau suka kawin ler. kita semua dah pernah buat.tapi pandai buat pandai simpan ler. org lelaki tuh bodoh sebenarnya....so masa kali pertama nanti kepit ler kuat2. diaorg mesti tak tahu punya. pas tuh buat2 lah menangis kononnya sedih ler kehilangan dara :)

si penulis ucap terima kasih & beredar ke klcc plak. dlm hati~ ermmm kalau yg bertudung pon dah hilang dara, kita tengok yg seksi nih plak tentu hancuss. dapat ler respond dari sorang minah seksi bersama pakwenya, tapi masa conversation tuh pakwe dia gi tempat lain kejap.so si minah seksi tu lagi la selamba, seks biasalah kak.tapi pandai2lah jgn sampai bunting.kalau jodoh kawin dgn org lain, kita jgn ler bagitau, diaorg mana nak tahu .kata jek kita nih jenis suka sukan lasak , kalau tak percaya carik ler artikel yg mengatakan dara boleh hilang pasal tuh. tapi pandai pandai ler . jgn plak tunjuk terer atas katil nanti dia suspect.

tuh pakwe saya pon ingat dia yg pertama meneroka tubuh saya.sebenarnya masuk yg nih dah 3 pakwe yg dah rasa.semuanya tak tahu :) jadi buat apa nak risau ada dara ke tidak. hidup mesti sedap.....enjoy selagi boleh kak, sebelum kahwin, sebelum tua.ermm lebih kurang mcm tuh ler criternya. so kalau kat sini , kat kl m'sia ni pon org melayu dah ramai yg rosak, mcm mana yg kat oversea eikk? u anna terkecuali ler...iye ker:)

---Membaca email sahabat saya tu, saya pun mula terfikir..walaupun saya ada first hand account on this issues, dengan rakan2 saya di malaysia, saya sangka yang isu seks luar nikah di kalangan remaja Melayu / Islam telah berkurangan kalaupun tidak berakhir,terutama dengan pengenalan islam hadhari yang diwarwarkan oleh pm kita. tgk, mcm tu la jugak. Lalu saya pun terfikir..kalau mcm ni la kehidupan yang akan saya lalui di malaysia, apa gunanya saya balik ke malaysia? baik duduk di negara kafir ni jugak! sama sahaja! Nama je negara islam!"

so, apa kes dgn orang Malaya ni? what going to be happened to our society? i thought that this kind of thing will reduce since Edisi Siasat already give the big-punch on all Malaysian face with their findings but sadly, WE NEVER LEARN FROM THE FINDINGS.

May Allah always be with us to get throught this HELL.


Komen aku:

aku bukan lah baik sangat nak cakap lebih2 tp itu ler, sejahat2 aku ni pun...tak terlintas dalam hati aku nak membuntingkan anak orang. tp aku sungguh tak sangka ramai sgt perempuan (especially melayu) yang suka hati kepala-makcik-tiri-sepupu-mak dia jer serah body kat jantan camtu je.

Kalau camtu punya mudah, memang la murah tahap pelacur. Aku rasa perempuan camtu tak deserve nak dapat lelaki yang baik since diri sendiri pun tak baik. Lelaki yang buat camtu pun memang aku takleh tahan, macam takder maruah je buat kat anak dara orang camtu. ok lah, penat sudah aku komen. korang plak kasi komen.

Tuesday, May 03, 2005

Malaysia Berwajah Baru

Aku baru lepas balik dari rumah semalam. Pergh...gile best balik rumah, tak yah pikir psl benda-benda yang aku takmo pikir. Tenang jer rasa aku rileks lepak2 kat rumah. Makan best plak tu. Apapun, aku ada satu benda nak share dgn korang, tatau korang minat ke tak but it’s a bit serious la...also quite sensitive maa. So, sesape rasa kureng tolerence atau naik bosan bila start baca, sila lah stop baca.

Malaysia berwajah baru

Ni topik yang aku nak tulis sebenarnya, psl malaysia, psl melayu dan psl macam mana menjadikan malaysia dan melayu berdaya saing.

Fasal Pertama: Kedaulatan Raja

Isu raja ni dah meletihkan byk pihak including aku jgk. Sultan-sultan kat malaysia ni tak guna satu sen pun (pandangan a few ppl dan jgk aku) since derang ada ke, derang takder ke, tak kurang apa-apa pun pada manfaat malaysia dan melayu. So, buat apa simpan satu benda yang dah tak boleh digunakan. Macam lah korang simpan mesin basuh buruk kat dalam rumah, beside makan ruang rumah, mesin tu menyemakkan lagi rumah korang. Besenye, orang simpan benda camtu sebab ada sentimental value, well...benda gini apply jgk ke utk sultan-sultan melayu?

Beside menghabiskan duit rakyat (nak bagi elaun), derang ni tak penting langsung utk malaysia. Kalau rang undang-undang kat parlimen dibiarkan selama 30 hari (kalau DYMM refuse nak approve), undang2 tu tetap akan LULUS. Apa yang aku nampak, sultan-sultan melayu ni hanyalah simbol mengabui mata orang melayu yang mereka masih berkuasa walaupun sebenarnya tak. Aku paling terkejut bila aku perasan pasar tutup baru 3 hari sempena tahun baru cina, satu kuantan dah gelabah. Dan mende ni jadi tiap-tiap tahun....so, dimana kuasa orang melayu nyer? Kalau sultan melayu ni nak disimpan sebagai satu simbol....maka akan kekallah simbol tu hanya sekadar simbol. Hakikat bahawa simbol tu tak pernah berkuasa tak pernah dipedulikan orang lain (orang melayu jer yang tak sedar benda ni). Kalau nak ikut rasa sentimental, sampai mati pun tak bagus jgk. So, apa yang penting adalah rational....kalau rasa tak perlu, buat apa simpan. Betul tak??

Fasal Kedua: Pembaziran Demi Pembaziran

Malaysia ni agak gila mengejar yang terhebat seperti menara tertinggi, dan sebagainya yang terhebat. Dan sebagai rakyat malaysia, bukan aku tak bangga bila negara aku famous tp sekali lagi, ini semua adalah sentimen perasaan. Bermain dgn sentimental value, sekali lagi orang malaysia hanyut. Apa lah guna nya ada bangunan tinggi melangit tp masih ramai rakyat yang miskin. Aku tahu la konsep pembangunan malaysia macam gelas tp semua benda ni perlu diubah since untuk menjadikan malaysia lebih berdaya saing. Perkara yang difikirkan penting seperti pembangunan sekolah, pendidikan, jalan raya yang lebih elok dan teratur, sistem perkhidmatan kerajaan, sistem lebuh raya, pemulihan akhlak remaja, pengwujudan peluang pekerjaan, dan sebagainya. So, dah nampak apa yang lebih penting? So, sudah2 le nak bina mende2 yang tak patut dibina. Utamakan yang perlu diutamakan.

Konsep pembangunan gelas: apabila sebiji gelas kosong dituangkan air, maka setelah penuh barulah air dalam gelas tu melimpah ke kawasan keliling nya. So, kawasan bandar lah yang paling maju dan setelah bandar tu dah tak muat nak isi semua benda, barulah benda-benda yang sepatutnya ada dalam bandar tu dibawa ke tempat keliling nya utk dibina. Contoh terdekat: Kuala Lumpur. Dah penuh camtu pun masih ada yang nak sumbat lagi bangunan2 dalam KL tu. Sesak dan panas jadinya KL.

Fasal Ketiga: Pengisian Pembangunan

Malaysia sangat teruk dari segi pembangunan bandar. Tgklah macam KL, penuh sesak dan macam-macam highway yang muncul dan kekadang tu certain highway tu tak perlu pun tp still nak buat jgk. Highway yang sucks, tol mahal, perkhidmatan sokongan yang teruk sudah cukup utk membuktikan sistem pembangunan kat Malaysia ni adalah secara ad hoc. Asal siap cukup....kemasan tak penting. Bandar KL ni dibina oleh British so orang melayu lepas jer merdeka takder inisiatif nak merancang bandar KL ni. Well, that’s include other town also. Ada satu bandar kat Spain (source: Azmi Yaacob), bandar tu dah nak mati since sumber-sumber kat situ takleh diguna pakai. So, utk selamatkan bandar tu, kerajaan derang buat satu muzium kat situ...so, semua industri yang mati dulu dah start balik.

Berbalik kepada KL, bangunan main letak jer...ikut suka ati. Lepas tu jalan raya yang mmg bersimpang siur dan tak teratur. Malaysia jgk baru jer ada rangkaian keretapi yang malaysia bina sendiri (hello...yang KTM tu British yang bina ye). Ambil contoh Poland, bila saja derang dapat status republik, first thing yang derang bina adalah sistem pengangkutan kat situ. Jalan keretapi seluruh Poland yang menghubungkan semua bandar utama kat situ. Paling ketara pasal melayu dan malaysia ni adalah; waktu nak merdeka dulu, semua benda tak sedia. So, bila saje lepas merdeka, tiada perancangan psl nak buat apa. Last-last tinggal terbengkalai camtu jer kemerdekaan malaysia. Selama 47 tahun merdeka, malaysia masih tak mampu berbangga dgn apa yang kita ada. Cuba tgk Brunei, derang sanggup keluar dari malaysia dan bina dulu negara derang before merdeka (Brunei merdeka pada tahun 1984). So bila jer lepas merdeka, derang dah mantap dari segi ekonomi dan sistem pemerintahan. Sultan brunei bagus....sultan ada guna, bukan cam sultan melayu.

Aku bukanlah tak berbangga jadi rakyat malaysia tp aku sedih negara aku masih tak berdaya saing. Sedih dgn kes rasuah, kronisme, what so ever lagi yang berlaku dalam sistem pentadbiran. Khidmat orang kerajaan yang sucks (aku bengang gile dgn layanan orang JPN Kuantan...kureng ajar dan kerek nak mampus), dan jgk cam2 lagi. So, kita sebagai generasi muda malaysia, marilah membangunkan malaysia sebagai negara yang berdaya saing. Contohilah orang lain kalau contoh tu bagus. Ada byk lagi aku nak tulis tp since aku kureng idea sikit, ini jer coretan aku utk entry kali ini.