Tuesday, May 03, 2005

Malaysia Berwajah Baru

Aku baru lepas balik dari rumah semalam. Pergh...gile best balik rumah, tak yah pikir psl benda-benda yang aku takmo pikir. Tenang jer rasa aku rileks lepak2 kat rumah. Makan best plak tu. Apapun, aku ada satu benda nak share dgn korang, tatau korang minat ke tak but it’s a bit serious la...also quite sensitive maa. So, sesape rasa kureng tolerence atau naik bosan bila start baca, sila lah stop baca.

Malaysia berwajah baru

Ni topik yang aku nak tulis sebenarnya, psl malaysia, psl melayu dan psl macam mana menjadikan malaysia dan melayu berdaya saing.

Fasal Pertama: Kedaulatan Raja

Isu raja ni dah meletihkan byk pihak including aku jgk. Sultan-sultan kat malaysia ni tak guna satu sen pun (pandangan a few ppl dan jgk aku) since derang ada ke, derang takder ke, tak kurang apa-apa pun pada manfaat malaysia dan melayu. So, buat apa simpan satu benda yang dah tak boleh digunakan. Macam lah korang simpan mesin basuh buruk kat dalam rumah, beside makan ruang rumah, mesin tu menyemakkan lagi rumah korang. Besenye, orang simpan benda camtu sebab ada sentimental value, well...benda gini apply jgk ke utk sultan-sultan melayu?

Beside menghabiskan duit rakyat (nak bagi elaun), derang ni tak penting langsung utk malaysia. Kalau rang undang-undang kat parlimen dibiarkan selama 30 hari (kalau DYMM refuse nak approve), undang2 tu tetap akan LULUS. Apa yang aku nampak, sultan-sultan melayu ni hanyalah simbol mengabui mata orang melayu yang mereka masih berkuasa walaupun sebenarnya tak. Aku paling terkejut bila aku perasan pasar tutup baru 3 hari sempena tahun baru cina, satu kuantan dah gelabah. Dan mende ni jadi tiap-tiap tahun....so, dimana kuasa orang melayu nyer? Kalau sultan melayu ni nak disimpan sebagai satu simbol....maka akan kekallah simbol tu hanya sekadar simbol. Hakikat bahawa simbol tu tak pernah berkuasa tak pernah dipedulikan orang lain (orang melayu jer yang tak sedar benda ni). Kalau nak ikut rasa sentimental, sampai mati pun tak bagus jgk. So, apa yang penting adalah rational....kalau rasa tak perlu, buat apa simpan. Betul tak??

Fasal Kedua: Pembaziran Demi Pembaziran

Malaysia ni agak gila mengejar yang terhebat seperti menara tertinggi, dan sebagainya yang terhebat. Dan sebagai rakyat malaysia, bukan aku tak bangga bila negara aku famous tp sekali lagi, ini semua adalah sentimen perasaan. Bermain dgn sentimental value, sekali lagi orang malaysia hanyut. Apa lah guna nya ada bangunan tinggi melangit tp masih ramai rakyat yang miskin. Aku tahu la konsep pembangunan malaysia macam gelas tp semua benda ni perlu diubah since untuk menjadikan malaysia lebih berdaya saing. Perkara yang difikirkan penting seperti pembangunan sekolah, pendidikan, jalan raya yang lebih elok dan teratur, sistem perkhidmatan kerajaan, sistem lebuh raya, pemulihan akhlak remaja, pengwujudan peluang pekerjaan, dan sebagainya. So, dah nampak apa yang lebih penting? So, sudah2 le nak bina mende2 yang tak patut dibina. Utamakan yang perlu diutamakan.

Konsep pembangunan gelas: apabila sebiji gelas kosong dituangkan air, maka setelah penuh barulah air dalam gelas tu melimpah ke kawasan keliling nya. So, kawasan bandar lah yang paling maju dan setelah bandar tu dah tak muat nak isi semua benda, barulah benda-benda yang sepatutnya ada dalam bandar tu dibawa ke tempat keliling nya utk dibina. Contoh terdekat: Kuala Lumpur. Dah penuh camtu pun masih ada yang nak sumbat lagi bangunan2 dalam KL tu. Sesak dan panas jadinya KL.

Fasal Ketiga: Pengisian Pembangunan

Malaysia sangat teruk dari segi pembangunan bandar. Tgklah macam KL, penuh sesak dan macam-macam highway yang muncul dan kekadang tu certain highway tu tak perlu pun tp still nak buat jgk. Highway yang sucks, tol mahal, perkhidmatan sokongan yang teruk sudah cukup utk membuktikan sistem pembangunan kat Malaysia ni adalah secara ad hoc. Asal siap cukup....kemasan tak penting. Bandar KL ni dibina oleh British so orang melayu lepas jer merdeka takder inisiatif nak merancang bandar KL ni. Well, that’s include other town also. Ada satu bandar kat Spain (source: Azmi Yaacob), bandar tu dah nak mati since sumber-sumber kat situ takleh diguna pakai. So, utk selamatkan bandar tu, kerajaan derang buat satu muzium kat situ...so, semua industri yang mati dulu dah start balik.

Berbalik kepada KL, bangunan main letak jer...ikut suka ati. Lepas tu jalan raya yang mmg bersimpang siur dan tak teratur. Malaysia jgk baru jer ada rangkaian keretapi yang malaysia bina sendiri (hello...yang KTM tu British yang bina ye). Ambil contoh Poland, bila saja derang dapat status republik, first thing yang derang bina adalah sistem pengangkutan kat situ. Jalan keretapi seluruh Poland yang menghubungkan semua bandar utama kat situ. Paling ketara pasal melayu dan malaysia ni adalah; waktu nak merdeka dulu, semua benda tak sedia. So, bila saje lepas merdeka, tiada perancangan psl nak buat apa. Last-last tinggal terbengkalai camtu jer kemerdekaan malaysia. Selama 47 tahun merdeka, malaysia masih tak mampu berbangga dgn apa yang kita ada. Cuba tgk Brunei, derang sanggup keluar dari malaysia dan bina dulu negara derang before merdeka (Brunei merdeka pada tahun 1984). So bila jer lepas merdeka, derang dah mantap dari segi ekonomi dan sistem pemerintahan. Sultan brunei bagus....sultan ada guna, bukan cam sultan melayu.

Aku bukanlah tak berbangga jadi rakyat malaysia tp aku sedih negara aku masih tak berdaya saing. Sedih dgn kes rasuah, kronisme, what so ever lagi yang berlaku dalam sistem pentadbiran. Khidmat orang kerajaan yang sucks (aku bengang gile dgn layanan orang JPN Kuantan...kureng ajar dan kerek nak mampus), dan jgk cam2 lagi. So, kita sebagai generasi muda malaysia, marilah membangunkan malaysia sebagai negara yang berdaya saing. Contohilah orang lain kalau contoh tu bagus. Ada byk lagi aku nak tulis tp since aku kureng idea sikit, ini jer coretan aku utk entry kali ini.

1 comment:

Anonymous said...

yee mmg sultan2 melayu tak guna