Monday, May 30, 2005

Pelikkah aku?

Assalamualaikum semua,
Tengok tajuk dah pelik, aku yang menulis ni lagi ler pelik. Adakah aku ni pelik? Maybe ada a few thing yang buat aku ni special (hehehe...ke yang buat aku ni pelik?). so, sekarang ni meh aku citer sikit apa yang peliknya pasal aku...well, setakat yang aku kenal diri aku la kan...yang selebihnya kalau korang rasa aku pelik, silalah tambah.

Membaca bulletin board, message, blog yang panjang lebar

Aku suka membaca bulletin board, blog atau message yang panjagn lebar dan mengarut even mende tu sebenarnya bukan untuk aku pun. Ini terjadi bila aku dapati isi kandungan mende tu menarik perhatian aku...well, tak semestinya berinformasi tp selama mana menarik dan aku rasakan menarik, itu dah cukup buatkan aku membaca semua sampai habis. Kekadang kawan aku tanya mana aku tahu, aku cakap ler aku dapat dari sumber2 yang aku nyatakan td. Derang pun naik pelik tgk aku sanggup baca semua benda tu panjang2 tanpa rasa bosan.

Menengok horoskop

Horoscope is one of my obsession. Setiap hari, mesti aku pergi tgk daily horoscope aku either kat frenzter atau kat yahoo astrology. Pastu, aku ni obsess dgn pengkajian sifat manusia disebalik horoscope ni. Yang peliknya, aku sanggup mengadap benda horoscope ni selama berjam-jam tanpa rasa bosan even aku dah baca sebelum tu selama beberapa jam jgk. Some kind of obsession la kiranya.

Menonton muvi/drama/anime yang aku minati

Bila aku minat mendengar/menonton anime/lagu/vclips/drama/movie, aku mampu tgk semua benda tu secara berulang-ulang kali. Paling gila pernah aku buat adalah menonton GTO Drama selama satu hari suntuk. Habis 13 episod satu hari. Aku jgk pernah menonton GTO Drama sebanyak 20 kali plus. Dan still, aku masih lagi menonton dan berminat menonton drama tu.

Blog

Pasal blog plak, aku selalu bukak/refresh blog aku lebih kurang 15-20 kali sehari sebab nak tahu orang ada post baru ataupun tak. Gile kan??

Belajar agama lain

Ni satu benda yang memang menakutkan family aku. Aku minat belajar agama lain dan agama paling aku minat nak belajar adalah agama kristian. Sebab aku minat belajar? Entahlah, aku suka mengkaji dan belajar benda yang aku tatau. Pasal islam pun aku belajar jgk, dan still belajar cuma tak sebanyak aku belajar pasal agama kristian. Impian aku dalam belajar semua agama ni adalah kalau boleh aku nak ada semua kitab suci agama2 yang aku dah belajar tu. Setakat ni aku concentrate pada agama kristian, next maybe aku nak try hebrew/jew plak kot. Cam seronok jer belajar pasal agama ni since aku rasa benda ni seronok. Aku pernah cadang nak beli bible tp aku tak berani lagi, takut orang salah paham psl aku. Aku bukan per...just bila aku tgk video ahmad deedat, aku rasa cam nak explore lagi agama kristian. He’s brilliant and humble...i love his style.

Inconsistency in me

Ni paling orang cakap pelik pasal aku since aku kalau dalam dunia online ni, mmg riuh tahap gaban tp bila jumpa depan mata, aku wat bodo jer...cam tak pernah kenal. Entah lah, aku nyer tahap malu ni mmg kekadang menakjubkan dan boleh aku buat benda2 yang unexpected. Pernah aku berjalan kaki sejauh 7 kilometer nak balik rumah bila bapak aku tinggalkan aku sorang-sorang dan dia gi borak dgn kengkawan dia. Aku dah ler segan dan tak kenal orang, ditinggalkan plak aku sensorang. Tanpa makan atau minum, aku terus berjalan balik rumah. Bila bapak aku tanya dgn sapa aku balik, aku cakap ler aku balik dgn jiran aku, padahal aku jalan kaki balik rumah. Pasal kes malu ni, ramai geng online aku komplen aku ni pemalu sgt. Sorry arr...aku mmg gini. Bila aku dah tak pemalu, aku memang gile. Tak caya? Try tanya kengkawan rapat aku. Betul tak narul?

Itu kes malu dan segan, kes aku tukar keputusan aku sesuka hati paling gila adalah bila aku buat plan nak gi penang aritu. Just dalam masa 15 minit, aku buat decision nak gi penang. Ada jgk ler 4 5 decision lain yang agak gila pernah aku buat tp aku dah tak igt sgt dah.

Lawak-lawak aku

Hahaha....ini paling pelik aku rasa pasal diri aku. Entah kenapa, aku suka sgt kacau orang. Takleh tgk orang duduk senang, sure aku nak kacau. Paling selalu kena kacau adalah encik bapak. Aku suka kacau orang yang melawan balik...best doo. Dan besenye, lawak-lawak aku adalah lawak-lawak gay yang kekadang terlebih romantik dari ayat aku guna ngorat aweks. Hahaha...but i’m not gay, i’m just love to make gay jokes. I love to tease budak baik tp kuat melawan lawak aku. Best gile tgk orang tu cuba sedaya upaya mengelak. Untuk sesape pernah kacau dgn aku, sorry neeh...aku mmg gini. Suka tease orang dan aku akan tetap tease korang semer. Muehehehe.

Time aku serius

Hehehe...ini lagi ler pelik. Orang selalu ingat aku ni happy go lucky, merry cheery personality tp bila tiba time serious, aku boleh jadi serious. Mmg tak disangka-sangka aku ni boleh serious...dan most ppl yang tak kenal aku, mmg pelik gile bila tetiba tgk aku serious. Jgn pelik since aku ni normal human. Kekadang tu aku boleh jadi serious kalau diminta jadi serious. Cuma jadi serious sokmo tak best since aku ni bukan jenis boleh maintain serious, tak tahan ler nak buat lawak dan tease orang. Cuma bila aku rasa perlu jadi serious, i will act seriously. Hehehe.

Cukuplah kot pasal diri aku yang aku rasa pelik. Yang selebihnya hanya mereka yang berdekatan jer tahu. So, aku cukup pelik tak utk dikategorikan sebagai pelik?

6 comments:

Anonymous said...

ok la tu kepelikan ko tu..x pelik sgt la..cuma aku takjub jugak ngan ko sebab suke blaja pasal agama lain..bagus..blaja as knowledge bukan utk implementation is good rite..baca blog/buletin bod/entry panjang2 tu agak pelik la..sebab setahu aku semua org malas baca kalau terlalu panjang..weheheee..cam aku la..melainkan cite yg dipost tu cite pasal aku..tu kena baca la

dueng said...

hehehe...ntah ler. kekadang even bila byk kerja banget2 pun aku still ada masa nak baca blog/buletin board yang panjang tu. hehehe..psl belajar agama lain tu plak, aku just belajar utk knowledge. best la belajar since at least ko tahu pasal agama orang lain...tp aku tak berani lagi nak belajar sungguh2..yer lah, imanku setipis kulit bawang, takut terpesong plak. just belajar dari tok guru cam ahmad deedat dan dr zakir naik. also, try carik buku pasal agama lain..belajar basic dulu before aku berani pegang the holy book of those religion.

Anonymous said...

hahah..kalu masuk majalah 3 ni..aku nak tumpang skaki la dueng..kire komen teman rapat la berhubung isu pelik ko ni..chiihih

dueng said...

silakan lah kol. aku menunggu dgn tangan terbuka. nak tumpang sekaki ke? sila2...tp korang pun kena jadi pelik jgk le. tak best la aku sorang jer yang pelik. tul tak?

aduih...terasa malas tahap gaban nak buat weekly report yang pending ni. presentation in 17 days. nervous~~~

Ayuni A. said...

ko suke blaja pasal agama lain. freakkkayyy!!~~ haha. takde ah,its ok je. tapi bagi aku, elok tau paling byk pasal agama kite sendiri dulu,and then baru study about the others. sebab kat situ la kite bleh buat perbandingan n bersyukur menjadi org Islam ;)

Anonymous said...

http://theagora.blogspot.com/2006/05/apakah-itu-da-vinci-code.html