Wednesday, May 11, 2005

What i learn from my poor life

Hello all my readers,
Akhirnya, aku ada idea a.k.a dah rajin nak tulis entry baru. Aku dah terfikir satu benda ni dah lama dan aku pun dah pernah berborak dgn some of my frenz about this issue. So, sekarang, aku nak tulis la apa hasilnya perbincangan kami. Entry ni maybe tak sesuai dgn few ppl so, kalau dah rasa tak sedap hati atau marah semasa baca entry ni, aku harap korang blh stop le.

Aku lahir dalam keluarga peneroka FELDA, hidup kami sekarang barulah senang sikit tapi masih terkenang kesusahan hidup sebagai seorang anak peneroka.

Waktu mak aku nak lahirkan aku (well, mak aku yang cerita kat aku bila aku dah besar), dia terpaksa berjalan kaki menuju ke simpang depan dekat dgn ladang kelapa sawit since bapak aku hilang ntah kemana (kesian mak aku..). Dgn rasa sakit kat perut, jalan tanah merah yang berdebu, mak aku usung dirinya sendiri nak gi dapatkan bas nak pergi hospital. Nasib baik ada orang yang bawak teksi sudi tumpangkan mak aku gi hospital. Selamat melahirkan aku, mak aku mmg tensen tahap gaban dgn bapak aku. Siap hampir bercerai jgk le.

Bila aku dah besar, aku pergi sekolah tadika....pergi jalan kaki dgn akak aku, balik jalan kaki sensorang (kalau mak bapak sekarang sure tak bagi anak jalan sensorang nye...takut kena culik). Jarak sekolah dari rumah aku lebih kurang 1 km. Letih jgk ler jalan...dah la tgh panas. Kekadang jealous tgk bdak lain ada orang jemput balik. Kekadang jalan balik dgn member2 tp besenye aku jalan kaki sorang je. Hujung minggu jer mesti kena basuh kasut sekolah sendiri.

Masuk sekolah rendah, ayah aku hantar gi sekolah tp balik sendiri. Kekadang kalau ayah aku teringat, barulah dia gi jemput aku. Masa ni akak aku masakkan bekal, besenye nasik goreng kicap, nasik goreng kunyit, nasik goreng pedas, nasik goreng kari....semuanya nasik goreng. Kakak aku siapkan bekal utk sekolah rendah dan sekolah agama; utk waktu pagi satu, utk waktu petang satu. Duit belanja? Aku tak pernah dapat sampai ler aku darjah 5. Kakak aku pergi kerja, aku balik sekolah agama (darjah satu sampai darjah 3) pastu kemas rumah (kakak aku tak sempat nak kemas since dia basuh kain dgn masak pagi2). Seterika baju aku sendiri dan pakai baju dan pergi sekolah plak. Hujung minggu aku basuh kasut sekolah sendiri, kalau lambat basuh alamatnya pakai kasut basah le gi sekolah.

Bila aku dah darjah 4 sampai darjah enam, aku start kena basuh pinggan mangkuk dan susun pinggan mangkuk kat rak. Paling ngeri bila ada majlis baca yassin kat rumah aku, aku kena susun 5 besen besar pinggan mangkuk. 3 jam aku buat mende tu. pastu, start belajar masak dgn akak aku....selalu hanging out kat dapur dgn akak aku. Tolong potong bawang, masak nasik, goreng ikan and what so ever yang aku mampu buat. Favorite food aku: sambal ikan bilis. Kalau ada sambal ikan bilis alone pun aku boleh makan nasik. Tp the best sambal ialah yang akak aku buat. Takder saper setakat ni blh challenge dia buat sambal ikan bilis.

Pasal belajar plak, semua aku buat sendiri....study sendiri, pecah kepala nak pahamkan pelajaran sendiri, decide jalan hidup aku sendiri, pilih kawan aku sendiri, explore dunia ni dgn cara aku sendiri. Mak aku hanya tahu marah jer bila result exam aku teruk (takder la teruk sgt cuma jatuh sikit jer). Pergi hanging out dgn teman2 kat rumah mamat indon, tgk labi-labi dia dalam lubuk belakang rumah dia, makan maggi yang pedas gile (indon masak...pedas banget). Seronoknya time tu.

Aku pernah jgk gaduh dgn few ppl time kecik2, aku mmg tak puas hati bila ada orang hina family aku. Pernah aku gaduh dgn anak tokey ikan yang bagi hutang kat family aku sebab dia hina mak aku. Sampai sekarang aku mmg tak blh nak baik dgn family tu walaupun mak aku dah ok dah. Pernah jgk aku gaduh dgn pak long aku sebab kutuk2 akak aku masak...ceh, budget anak dia masak best sgt le tu. pernah jgk aku gaduh dgn sorang bdak perempuan sebab dia kutuk2 aku, kata aku ni pakai selekeh, baju koyak2, mak bapak aku miskin, dan akibatnya, budak perempuan tu punya tudung hilang dari kepala. Gatal mulut lagi kutuk aku. Pernah jgk gaduh dgn anak kawan baik bapak aku bila dia start buat kerek menunjukkan yang dia tu kaya nak mampus. Hampir bertumbuk jgk ler. Kesimpulan dari kisah2 aku gaduh dulu, aku mmg pantang orang kaya yang perasan kaya tahap gaban (hei..igtlah rezeki tu dari Allah, kalau DIA nak tarik bila2 masa je) menghina orang miskin. Igt bagus sgt ke buat camtu? Aku tak paham mentaliti manusia cam gitu.

Apa yang aku belajar dari hidup aku:
Aku belajar utk menjadi orang yang lebih matang pada usia yang muda. Hidup keluarga aku sekarang je barulah senang sikit. Dulu2, bila tgk orang lain dapat baju raya baru tp bila kami kena pakai baju raya yang dah tiga tahun lepas nyer....mesti terhiris perasaan kami adik beradik (yer la...dulu-dulu kami pun bdak2 jgk...takkan tak jelous). Aku belajar menghargai adik beradik aku, sampai sekarang aku dgn akak aku mmg baik, aku dgn adik2 aku ok, dan dgn sebab itu....kami tak pernah berkira sgt. Aku kekadang pelik tgk adik beradik yang gile babeng nyer berkira sampaikan nak pinjam seringgit pun sampai kena rekod masuk buku hutang. Gile babeng kedekut la.

Aku rasa, aku jgk belajar melalui hidup yang susah. At least sekali dalam seumur hidup aku. Dan aku sgt berterima kasih kepada kesusahan hidup yang aku hadapi dulu kerana byk mengajar aku. Aku kalau boleh nak jgk anak-anak (in future la) aku merasa hidup susah supaya bila mana mereka melihat orang yang susah, mereka dapat rasa bagaimana susahnya hidup ni. At least they got some idea how to survive in difficult time. Aku kekadang kesal dgn sikap certain orang yang membeli belah benda2 macam baju dan langsung tak pakai kerana tak sempat nak pakai (yer la...baju byk sgt). So, at last...dgn tag pembelian tu masih lagi pada baju tu, derang terus buang baju tu. mmg gile sgt la orang gitu. Duit tu cam takder apa je. Orang macam tu bagi aku, tak pernah merasa hidup susah dan percayalah, bila dia hidup susah sikit pun....dia akan rasa dah susah sgt dah. Well, hidup ni cam roller coaster, ada turun naik nyer...igtlah time kita senang kerana ada time kita susah.

Aku tahu ada orang lain lagi susah dan perit hidup mereka tp ini kisah aku. kalau korang ada kisah korang sendiri, kongsilah sekali. Semoga kita semua mendapat sesuatu.

2 comments:

- H - said...

Bingkisan dari penerbit.

kisah ini diilhamkan dari kehidupan Mohd Ridzuan Mat Zin (bukan nama sebenar). gaya bahasa amat mengkagumkan. olahan cerita yang tidak dinafikan kebenarannya. penggunaan bahasa berjaya mengharukan pembaca amatlah dikagumi. asimilasi antara bahasa melayu & inggeris berjaya mewujudkan satu dimensi penceritaan yang tidak dapat ditandingi oleh penulis sedia ada di malaysia.

sekian saja ulasan dari meja penerbit. diharapkan penulis meneruskan penulisan sebegini di masa depan.

(p/s - aku tengah kesengalan sekarang ni coz bosan buat keje & risau ngan report yang aku malas nk buat. lagipun nobody drop any comment for ur entry, therefore aku saje jer nk kasi komen. nk buang masa)

dueng said...

hahhaa..tq2. aku pun tgh blur nak tulis entry since project baru kickoff so kena concentrate gile babeng. hehehe.