Saturday, December 31, 2005

Kenangan 2005

assalamualaikum....

ah...dah nak abis dah tahun ni, tak sangka sungguh. tahun ni boleh dibahagikan pada dua bahagian, kedua2 nya membawa warna baru dalam kanvas hidup aku ni.

Bahagian Pertama:

Semester pertama, January 2005 - Julai 2005.

Mostly berkisar psl internship, perkara yang aku sgt syukuri kerna pernah jadi dalam hidup aku. For some reason, eventhough kekadang rasa cam hell, aku sgt hargai masa internship. masa dimana muka sebenar kengkawan aku kelihatan. siapa yang betul2 baik, siapa yang bermuka2. selebihnya tak perlu la aku lanjutkan, cukuplah hanya mereka yang tahu sahaja menyimpan hakikat bahawa dunia ni tak seindah yang disangka.

tetapi, masih ada yang sayang, masih ada yang mahu ambil tahu. aku syukur utk itu. gelak tawa bersama kengkawan, shopping madness, food madness, dan memacam lagi. sekejap sungguh 8 bulan internship, everything seems flowing fast, and without i realize it, hold it, really enjoy it, it's already finish. masa ni byk mengubah aku, tanggapan aku tentang hidup, tentang bagaimana harus aku jalankan hidup tanpa arah ini.

Bahagian Kedua:

Semester kedua, July 2005 - December 2005.

sungguhpun kembali ke dunia bebas tanpa batasan, aku sendiri membataskan diri aku sendiri untuk berubah. Alhamdullilah, aku mengharapkan perubahan yang terjadi, membuahkan hasil yang lumayan.

Berkenalan dgn #gurly, byk sungguh kenangan. kalau mahu diceritakan semua, habis satu blog pun tak habis jgk. terlalu byk kenangan, aku jadi sebak bila kenangkan balik yang semua ni terjadi pada diri aku. sungguh bertuah aku rasakan, rupanya masih ada manusia sebaik mereka2 ini. dalam kenangan semua itu, dan kenangan takkan pernah dapat aku lupakan. manis, pahit, kelat, masam semua ada.

diakhir2, aku berjumpa dgn perkara baru, teman baru, mungkinkah cinta baru? entahlah....mungkin bukan masanya lagi. kekadang, aku mengeluh sendiri, apalah malang sgt nasib diri ni. tp bila kenangkan balik, aku seolah2 mengeluhkan ketentuan-Nya. tak patut sama sekali bagi seorang hamba utk mengeluh ketentuan pencipta-Nya. tapi apalah dayaku, aku hanya seorang manusia yang penuh cacat cela.

Tahun 2006:

mengharapkan byk perkara berubah kearah kebaikan. dan juga, mungkinkah tahun ini menjanjikan kenangan yang lebih manis? aku hanya harapkan:

-> aku grad dgn cemerlang (3.0 and above)
-> dan juga dapat kerja cepat2.
-> nak stay jadik mod kat WebKL.net,
-> nak guna streamyx (nak download anime, series, dgn japan drama),
-> nak bayar balik duit PETRONAS,
-> nak ambik lesen motor dgn kereta,
-> nak ada awek (aiseh....mesti masuk list jgk ke?)

itu jer lah kot...aku rasa tak byk tp harap dapat accomplishkan semua. semoga berjaya wahai diri.

footnote: selamat datang tahun baru 2006, aku menunggu mu dgn penuh sabar. apa khabar untung nasib diriku tahun depan?

No comments: