Wednesday, March 15, 2006

Abandoned Legacy of Sweet Childhood Part I

huhu~~~ pala putar2, pening2. Pre-EDX 4 April ni, mampus la. anyway, apa kejadahnya Abandoned Legacy tu? hahaa...semalam time aku belek blog Snubby, terpandang la psl awek kampung vs awek bandar vs awek petronas. dan pulak sebelum tu aku menjawab soklan survey di frenzter. beselah, tgh2 sangap takder benda nak buat (errr..ada benda nak buat cuma malas tahap cipan angkasa).

So, tetiba datanglah dalam kepala psl permainan yang aku mainkan time kecik2 dulu, waktu masih lagi budak hingusan. tetiba terasa nostalgic gile. and...benda tu dah semacam abandoned legacy, sebab sekarang ni dah takder sgt dah budak2 main game yang kami gegila main dulu. so, meh la nak citer sikit psl the abandoned legacy ni. Dulu2, ada 3 jenis aktiviti yang selalu dibuat; indoor game, outdoor game dgn trip jalan2 carik pasal.

Outdoor Game

Aku paling suka outdoor game sebab dulu2 ketika masih kurus, benda2 outdoor game ni memang leh buatkan berpeluh dan hatiku riang sentiasa. antara outdoor game yang best adalah:

Tuju Selipar
Tuju Selipar memang best sebab memerlukan keazaman yang tinggi dan jugak badan yang tahan lasak. dulu2 kami main tuju selipar pakai selipar getah yang nipis tu. itu utk baling orang la, utk baling selipar yang tersusun tu, kami guna selipar getah yang berat tu. yer la...senang sikit jatuh, stabil sikit. besenye main satu team 5 orang tp kalau ramai nak main, belasah je 7 orang satu team. part paling susah dalam game ni adalah nak menyusun balik selipar tu. yer la..3 bijik selipar ditegakkan, igt senang ke nak tegakkan sambil nak kena elak dari kena baling dgn selipar. memang syiok habis especially part rushing nak susun selipar tu. kadang2 siap ada yang buat benteng dan berkorban semata2 nak kasi member susun selipar tu balik. hahaha. pengalaman paling ngeri aku dalam episod bermain tuju selipar adalah bila dituju dgn selipar getah yang berat tu dekat bahagian belakang badan. pergh..menggeliat aku sekejap. sakit woo. terus kena maki budak yang baling tu. hahaha.


Susunan piramid selipar


Selipar ringan

Tuju Tin
Main benda ni best jgk. sama jgk cam Tuju Selipar just guna tin. besenye guna tin susu pekat manis yang size biasa tu. normally base dia 10 bijik tin, second level 9 bijik tin sampailah ke level atas sekali dgn 1 bijik tin je. tuju tin ni guna selipar berat jgk, lepas tu nak tuju orang yang nak susun tin tu guna selipar ringan. tujuan menuju selipar pada team yang tuju tin td adalah sebab nak kasi dia 'mati'. camtu la...kira turn dia habis la. sampai semua team tu kena tuju. kalau team tu sempat bina balik piramid tin tu, kira team tu akan 'jalan' sekali lagi. part paling aku benci bila team yang guard tin tu sepak tin jauh2. kurang ajar sungguh. pernah jgk gaduh psl konon2 main tipu. hahahha. kelakor2. Main tuju tin ni thrill jgk..sebab tin tu byk, so dgn nak elak dari kena balik, nak susun tin lagi...memang kadang2 salah elak, terkena baling kat kepala. hahaha.


Susunan piramid tin

Jengket/Ting Ting
Benda ni paling relaks kalau main sebab takyah terkejar2 sgt. Kat tempat aku, kami panggil game ni Jengket sebab dia kena berjengket2 nak main. tempat lain ada panggil ting ting. dulu2, ada 2 jenis jengket ni, satu jengket bese, satu lagi jengket kapal terbang. Jengket kapal terbang ni panjang sikit sebab kat atas dia ada extend sikit dan ada dua kotak lebih kat atas, sekali tengok cam la rupa kapal terbang. then, utk tanda sejauh mana ko pergi dalam game tu guna penanda yang kami panggil Cong. Cong ni besenye kepingan atap asbestos rumah, kepingan kayu, batu leper, atau cong paling best dari serpihan jubin. Main game ni senang jer...first kena lukis dulu jengket ni. normally kami lukis atas tanah je. kawasan rumah luas so takder orang marah. lukis bese dgn kayu je. garis2 atas tanah, siap la.

Seingat aku, ada 7 kotak then kat kotak nombor 6 tu, kami letak 2 lagi kotak kat tepi dia. tu jengket biasa la..kalau jengket kapal terbang plak, ada 2 lagi kotak atas kotak nombor 7 tp dia tak macam kat kotak nombor 6 tu sebab dia ada 2 kotak je. lepas tu kalau baling cong, takleh kena garisan atau kami panggil 'urat' sebab nanti kira turn ko tamat la. benda ni leh main dgn seramai mana orang pun cuma kalau lagi ramai, lagi lama la nak tunggu turn nak jalan. cong kena pusing semua kotak yang ada, dari kotak 1 sampai ke kotak 1 balik. cara cong tu rotate sama cam player jalan dalam game ni. lepas tu, kotak yang ada cong takleh dipijak. so, kena lompat la. paling gile, pernah semua 5 kotak yang diperlukan utk jalan kat bawah tu penuh dgn cong, so masing2 lompat la tp semua tak lepas. lepas habis semua rotate utk turn tu, barulah ditambahkan 'air' kat tepi kotak nombor 3 sebab semua orang tak lepas. 'air' ni kira cam extension box la tp just temporary jer la. selagi boleh lompat, selagi tu kena lompat. hahaha.

Lepas habis cong rotate, player yang dah habis rotate cong leh main 'kopi'. kena bawak cong start dari atas kepala then jalan cam bese. kali ni tak perlu lompat kalau kotak ada cong, just takleh pijak cong, nanti 'mati'. begitulah sampai bawak cong atas kaki then jalan. lepas tu, tanam cong kat luar kotak nombor 1 then kena jalan sambil pejam mata. tp takleh pijak cong dgn urat, kalau tak mati jgk. tujuan main kopi ni sebab nak membolehkan pemilikan kotak. nanti kalau dah lepas kopi ni, player leh baling cong dgn mengadap belakang jengket, mana2 kotak yang dimasuki cong, itulah kotak player tu. kat kotak player tu, dia leh letak 2 kaki kalau dia jalan lagi lepas tu. kira cam rest box la utk dia. player lain main cam bese jgk. begitulah adanya.

Rounders
Main rounders seronok jgk sebab cam main baseball jgk cuma sebab susah nak jumpa bola kecik, kami guna bola plastik je. bola plastik tu ada sorang dalam kotak pitcher akan leretkan dan player dalam team tu akan sepak. depends pada sejauh mana bola tu pergi, tgklah boleh buat homerun ke tak. benda ni pun best jgk sebab boleh main ramai2 tp kena ada kawasan luas sikit. besenye main kat rumah member aku sebab rumah dia byk tanah kosong sebelah rumah. rumah aku banyak pokok keliling rumah so takleh la nak main, karang tak aci plak kalau bola naik atas pokok. normally game ni main petang2, time pkl 5 keatas sebab dah redup sikit nak main kat open space. kalau jengket tu besenye main bawah pokok pelam kat rumah aku je. nama jer pokok pelam tp pokoknya besar gile...memang redup la dan dahan2 dia pun tinggi memang best la main bawah pokok tu.

Main rounders ni besenye main ramai2 jgk, besenye yang besar2 sikit cam aku dgn member aku lah jadi perwira harapan team utk tendang bola jauh2. lepas tu leh wat homerun. game rounders ni ada rules jgk, kira cam baseball jgk la. kalau tendang bola ke belakang kira foul sebab tak adil la utk team yang pitch. lepas tu takleh tendang luar kawasan first base and third base. kena tendang ke depan je. apapun, game ni seronok. siap luka2 lagi sebab berkejar nak lari masuk dalam base. hahaha. pernah jgk main tgh hujan, slide habis-habisan. lepas tu balik rumah kena marah sebab main hujan. huhu~~.

Polis Sentri
Ini game paling meletihkan. serius, memang kalau dah 2 round tu dah leh lembik dah. game ni kira main antara perompak dgn polis. main kejar2. tp utk bahagikan team, kami nyanyi lagu dulu la. lagu nyer lebih kurang begini:

Polis sentri 1,2 jaga, polis mati perompak jaga.
polis sentri 1,2 jaga, perompak mati, polis jaga.

saper yang kena perompak jaga tu kena jadi team perompak, mana yang kena polis jaga tu kena team polis. lepas tu, kami buat satu bulatan utk kumpulkan perompak yang berjaya dikejar oleh polis2 ni. kalau dah dapat tap badan pun dah kira kena tangkap dah. perompak diberi peluang 10 kiraan utk lari bila game start. perompak boleh bebaskan kengkawan perompak tu dgn tap badan perompak2 tu semua yang dalam bulatan tu. tapi polis takder dalam kawasan terdekat tu. duduk dalam radius lebih kurang 2 meter dari bulatan. game ni byk guna tenaga utk lari2. memang byk jaguh2 pecut dilahirkan dari game ni (cam betul je...ahahaha.). game ni hanya akan berhenti bila semua perompak ditangkap oleh polis. then yang jadi polis plak jadi perompak. main la sampailah semua orang letih gile dan tak mampu nak lari lagi dah. lepas tu baru betul2 game stop. pengalaman paling ngeri game ni, pernah jatuh time turun lari dari atas bukit batu kat rumah aku. habis luka2 muka, kaki, dgn lengan. tp tak serik jgk. hahaha.

6 comments:

f00 said...

dueng,
dulu dulu, aku kerap dihalang bermain rounders oleh otai kawasan kami.

katanya aku suka membaling kayu ke arah orang lain setelah memukul.sakit la bodoh. sebenarnya aku suka membaling ke arahnya. sahaja. ha ha.

(baca: rounders kami mirip seperti besbol, cuma tukarkan bola besbol kepada bola tenis, dan kayu pemukul besbol kepada kayu tiang reban Cik Mon)

Remi said...

Weh, apa citer ar cuti gi tangkap gambar slipar utk post kali ni..gila ah rajin ..hehehe...

dueng said...

foo: kami dulu susah mencari bola kecil cam bola tenis utk bermain rounders guna kayu, makanya hanya gunakan bola plastik sahaja utk disepak2. hahaha..kasihan kamu, dihalang dari bermain. aku juga sudah hampir melupakan semua ni tp nostalgia lama datang menyengat kembali...lalu mencurah la idea utk menulis. hahaha.

remi: tu la..tetiba mood rajin datang. tp fyp ku byk lagi tak siap. ahh..tak suke.

Sayuti said...

aku main rounders dengan tuju tin pakai bola buatan sendiri.
1. amik kertas surat khabar, ronyok2 sampai bentuk bulat.
2. masukkan ke dalam plastik. bungkus.
3. ikat dengan getah.

bola tenis tak bes, sbb dia ada daya elastik cam perut aku. melantun jauh.

pemukul. sama macam foo.

memang rule pon, ko takleh lari dengan kayu kan?

dueng, galah panjang ko tak main? kat tpt aku dikenali sbg main toi (tol).

dueng said...

kami dulu2 pakai selipar je. kertas surat khabar berharga sgt...parent marah kalau bazirkan. hahaha.

bola tenis? kami dulu2 tatau pun bola tenis tu camne. hahhaa. mmg kampung habis.

galah panjang tak plak main, sebab game tu cam susah sikit, budak2 tak reti nak main. lagi satu, kalau main game2 lain tu, leh main ramai2. galah panjang 12 orang je. geng2 kami ramai jgk so kena carik game yang betul2 leh occupied semua orang. hahaha. karang ada plak yang kecik ati.

time main tu, cam pesta. mak2 pun turut layan tgk budak2 main. sekarang takder dah...budak2 melepak dalam rumah tgk tv, layan vcd, layan majalah. rindu la zaman kecik2 dulu. rindu sgt....sayangnya takder gambor kenangan. kalau ada, sure best.

- H - said...

huhuhuhu.. aku pernah main suma game kt atas kecuali rounders tue... kt kampung aku xde arr mende tue... tp kitorg ada game nama Lala. macam hoki cara main cuma xde gol. akan ada sorg yg akan jd kutip bola tu.. then dia kena tuju kt org lain.. so sape kena dia laa plak jadi tukang kutip.. cara nk elakkan kena bola tue... kitorg guna tandan buah kelapa yang dh kering... aku tak tau nk panggil ape mende tue... cuma bentuk dia bleh wat cam kayu hoki laa... so pukul laaa bola tu either pass kt org lain or pukul jauh2... tak tau arr tempat lain da ke tak game nie... alaa.. sayangnya ko x galah panjang.. best siot... kitorg panggil galah panjang, main Toi. huhuhuhuhu.. weh ko main guli ngan gasing tak??? huhuhuhu best gak tue... uwaghhhh rindunya...