sudah2 la flame my shoutbox, aku TETAP TAK MAHU PERGI batch dinner. FULL STOP.
--------------------------------------------------------------------------------------------
setelah berhari2 aku tangguhkan nak tulis entry ni, akhirnya penulisan entry ni berjaya juga dijalankan. Credit to Effi and Sezzy who inspire me to write bout this, a very important figure in my life; my mom.
Siapa ibu saya?
Ibu saya bernama Nabisa Mohamed. Ibu saya lahir pada 21/01/1951. Nenek saya berasal dari Pekan, Pahang dan Datuk saya berasal dari India, dimana tempatnya pun saya tak pasti. Mereka berjumpa di Kerteh, Terangganu dan kemudian bermastautin di Dungun. Ibu saya ada seorang akak seibu-sebapa bernama Maimunah Mohamed.
Itu biodata bout my mom. my mom bersekolah sampai darjah 4 sekolah melayu jer dan berhenti sekolah sebab cikgu alam dan manusia or cikgu ilmu hisab (matematik) ibu saya telah menyepak ibu saya di perutnya. dulu2 takder kes ibu bapak serang cikgu so datuk saya suruh ibu saya berhenti sekolah jer. Ibu saya berkahwin pada umurnya 16 tahun. muda kan? perkahwinan pertamanya tidak diselebungi dgn keindahan alam perkahwinan yang diinginkan tetapi dipenuhi dgn luka didera suami sendiri. Suami dulu macam raja, kerjanya malas tp makannya mahu tahu siap sahaja bila dia bangun tidur. Maka, dalam keadaan sarat mengandung abang saya yang pertama, mak saya terpaksa menoreh getah. bayangkan budak 16 tahun mengandung dan pergi memotong getah. bukan naik motor tp jalan kaki. selepas melahirkan abang saya lebih kurang setahun, ibu diceraikan. bapa abang saya membawa dia lari dari ibu saya.
Ibu kemudian berkahwin lagi. orang cakap sudah jodoh. Ibu saya ketika muda2 sgtlah lawa. sekarang pun masih lawa. cuma saya tak mewarisi kecerahan kulit ibu. saya mewarisi kulit dan muka datuk saya (dari sebelah ibu). kali ni ibu berpindah ke pahang, bekerja di ladang koko. ibu menceritakan yang suami keduanya sgtlah cemburu buta tp baik hati. dia tak boleh tgk ibu saya melaram lawa2 sikit kat luar, tp dia belikan ibu barang2 mekap. dia suruh ibu melaram dgn dia je. huhu~~. dgn suami kedua, ibu ada sorang anak lelaki lagi. lepas ibu bercerai dgn suami kedua atas sebab2 yang ibu sendiri tak pernah cerita, ibu masih lagi kerja disitu. abang saya ibu tinggalkan dirumah mak long saya. membesarlah abang saya dgn nenek saya yang jugak duduk di rumah mak long saya.
ibu akhirnya berkahwin kali ketiga dgn sorang laki ni, orang terengganu. suami pertama ibu orang terengganu, yang kedua pula orang negeri sembilan. kali ni hidup ibu perit bukan disebabkan suami, tp disebabkan oleh mak mertua yang sgt sgtlah jeleskan ibu saya. dia kata ibu saya kasi ubat guna-guna kat anak dia. tp ibu biarpun dikecam sebegitu rupa, ibu tak pernah nak melawan cakap ibu mertuanya kerana bagi ibu, ibu mertuanya adalah seperti ibunya sendiri. semasa ibu mengandungkan akak saya yang pertama, ibu dipaksa menjaga kepuk padi di tengah2 sawah. satu ketika ketika tengah malam, ibu mengangkat guni2 padi kerna banjir datang dan guni2 berkenaan akan basah kalau tidak diangkat. ibu diherdik oleh mertuanya kerana ibu dikatakan menyusahkan suaminya yang juga ada bersama ibu menjaga kepuk padi. sedangkan ibu bersendirian mengangkat guni2 padi berkenaan kerna suami ibu sedang leka tidur. tetapi, ibu tetap senyap..sedikit tidak membalas. dgn suami ketiga, ibu melahirkan dua orang anak perempuan yang juga akak2 saya yang sangat saya sayangi. perkahwinan ibu dgn suami ketiga juga tidak bertahan lama kerana suaminya termakan kata2 ibunya sendiri. akhirnya, ibu diceraikan dan akak2 saya dijaga oleh ayah mereka. ibu kembali bekerja di ladang koko. setelah mengalami seksaan demi seksaan, akhirnya akak2 saya kembali pada ibu saya kerana tidak tahan dicaci maki oleh emak tiri mereka.
utk kali penghabisan ibu berkahwin dgn ayah saya. jodoh mereka berjumpa di ladang koko juga. pada mulanya, ibu tak mahu mengahwini ayah saya kerana perangai ayah yang sgt lah pemalas. tp kalau dah jodoh tu tetap menjadi jua. akhirnya, berkahwinlah ibu dgn ayah saya. dengan ayah saya, ibu melahirkan saya dan dua orang adik perempuan saya. dan akak2 saya juga tinggal bersama dgn ibu dan ayah saya. pada tahun 1983, keluarga kami berpindah ke Felda Bukit Sagu 01 setelah ibu dan ayah saya memohon utk rancangan tanah felda. setahun selepas itu, ibu melahirkan saya. ketika mahu melahirkan saya, ayah tiada disisi ibu dan dgn perut penuh sarat, ibu mengheret kakinya untuk mencari kenderaan ke hospital. ibu berjalan sepanjang jalan tanah merah yang tidak berturap sampai ke simpang masuk felda kami, kurang lebih 3 km jauhnya dari rumah saya. akhirnya, ibu selamat melahirkan saya. betapa hancurnya hati ibu bila mengetahui ayah saya pergi berjoli2 dgn kawan2nya. ketika saya berumur 5 tahun, ibu bekerja sebagai operator pengeluaran kilang tp ibu merasakan ketidak sesuaian bekerja disana. sudahlah jarang sekali saya dapat berjumpa dgn ibu, pagi2 sebelum saya bangun ibu sudah tiada dan ibu hanya pulang ketika saya sudah tidur. akhirnya, ibu bekerja di ladang kelapa sawit sebagai buruh kasar membaja, menebas dan sebagainya. disebabkan ibu sentiasa tiada dirumah kerana bekerja, makanan dan proses tumbesaran saya dan adik2 dikawal oleh akak2 saya. merekalah "ibu" kedua saya dan adik2.
dgn ayah saya, ibu mengalami berbagai masalah. ibu pernah terjumpa ayah saya baru balik dari berjudi dan ibu mengamuk sakan. ayah juga hanya membayar yuran sekolah kami sahaja, ibulah yang membelikan semua peralatan sekolah kami adik beradik. setiap kali musim sekolah tiba, ibu terpaksa bergolok bergadai demi menyekolahkan kami semua. utk akak2 saya, kesannya lebih ketara. akak saya terpaksa melepaskan kemasukan ke sekolah teknik dgn sebab ibu tiada duit utk membayar yuran sekolah akak saya. tiga surat tawaran dari sekolah teknik dan asrama datang tp semuanya dikoyakkan oleh akak saya. akak saya terpaksa melepaskan kemasukkan ke kelas aliran sains kerana ibu tiada duit untuk membayar yuran makmal dan peperiksaan akak saya. akak saya yang sulong melepaskan borang kemasukan ke maktab kerana masalah yang sama. bagi sesetengah kanak2 lain yang mewah berbelanja, perkara berkenaan tidak terjadi pada diri saya semasa saya masih bersekolah. saya hanya mendapat duit belanja sebanyak 20 sen satu hari utk belanja, itupun hanya ketika akak saya tidak sempat menyiapkan bekal makanan saya. 20 sen utk sekolah rendah dan sekolah agama. sepanjang persekolahan, baju sekolah saya hanya bertukar 3 kali sahaja sepanjang saya bersekolah selama 6 tahun di sekolah rendah. akak saya pernah satu ketika menampal bajunya dgn kertas minyak kerana tak mahu menyusahkan ibu. syukur baju akak saya warna krim kerana akak saya seorang pengawas pusat sumber di sekolah menengah nye. bagi saya, saya hanya sekali menyertai lawatan sambil belajar, itupun setelah saya mengumpul sendiri duit dan berkeras dgn ibu yang saya sangat mahukan pergi lawatan berkenaan.
ibu sudah banyak kali makan hati kerana perangai ayah saya dan pernah hampir bercerai tp tidak pernah bercerai. saya pernah bertanya hal ini kepada ibu, ibu hanya berkata yang ibu tak mahu tgk saya dan adik2 saya terkontang kanting macam akak2 dan abang2 saya. ibu tak mahu saya dan adik2 merasai duduk dgn ibu tiri, merasa diri terbuang. ibu berkata, ibu sudah "mati" lama setelah berkahwin dgn ayah saya, maka kalau ditahan bertahun lagi pun, ibu tetap "mati". biarpun dicaci maki oleh emak mertua sendiri ketika bersama suami ketiga, ibu tetap menyayangi emak mertuanya sampai sekarang. bahkan setiap kali hari raya, ibu akan mengajak akak2 saya untuk berkunjung ke rumah nenek mereka dan menyuruh akak2 saya berkunjung ke rumah ayah mereka. ketika saya masih tidak paham apa yang terjadi pada ibu, saya hanya mengikut saja ke rumah nenek akak2 saya. tp setelah mengetahui perkara yang jadi pada ibu, saya merasa sangat benci terhadap nenek akak2 saya. saya pernah meluahkan yang saya takkan pernah memaafkan orang sebegitu, dan kalau boleh, mahu saya bunuh dan cincang2 saja daging orang tua berkenaan dan saya akan bakar rumahnya. ibu memarahi saya dgn sebab saya berkata begitu. ibu berkata, dia sudah memaafkan ibu mertuanya kerana bagi dia, SEORANG IBU ITU MULIANYA TAHAPNYA.
ibu saya memang seorang yang pemaaf. bukan saja kelakuan ibu mertuanya saja, kelakuan bekas2 suaminya juga telah ibu maafkan. ibu juga memaafkan kesilapan adik2 tirinya yang sgt kurang ajar dgn ibu ketika ibu masih muda dahulu. bagi mereka yang mendapat kemaafan ibu, mereka sangat bersyukur dan merasa kesal dgn dosa2 mereka yang terdahulu. bagi saya sebagai seorang anak, saya amat kagum dgn ibu utk sifat lemah lembut dan pemaafnya. saya sendiri tidak mampu menjadi seperti ibu, seorang yang tidak menyimpan dendam terhadap orang yang pernah melukai ibu. ibu selalu berpesan, janganlah jadi seperti mereka yang dahulu, kerana kelak ramai yang bencikan kamu. ibu juga orang yang mengajar saya bagaimana mahu menghargai orang lain yang berbaik hati dgn kamu, menghormati perempuan samaada isteri, adik2, akak2, makcik2, dan paling utama, ibu kamu sendiri. ibu selalu bercerita mengenai kisah2 yang terdahulu, supaya tersemat dalam kepala saya ini bagaiman mahu menjadi manusia yang baik. seringkali saya naik marah kerana cerita2 terdahulu tp ibu menenangkan saya dan kerap kali juga saya dimarahi dgn sebab perangai panas baran saya yang tak bertempat.
itulah kisah ibu saya.....kisah jatuh bangun wanita paling penting dalam hidup saya. biarlah orang kata saya anak emak sekalipun kerana bagi saya, ibu saya hanya seorang dan tiada ganti yang mampu dibeli dari kedai setelah pemergian ibu saya itu. mereka yang memomokan kata2 anak emak itu sebenarnya mereka yang ego dgn kasih sayang seorang ibu atau barangkali mereka tidak mendapat belaian kasih sayang seorang ibu. sementara ibu anda masih hidup, hargailah....ketika seorang ibu sudah pergi...tiada lagi kata2 leteren, belai manja, peringatan dari orang tua yang amat menyayangi anda.
Friday, April 28, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
ibu ko sangat tabah. maka ko pon perlulah mewarisi ketabahan itu.
..aku terharu kau wat jugak artikel ni atas suggestion aku. kasih ibu membawa ke syurga..ingat tu dueng...
(nangis)...aku mcm teringin nak cium tangan mak kau. aku kagum sangat dengan dia. dan aku kagum dengan kau. Kalau kau pernah kata kau mengkagumi aku, sekarang aku pulak yang kagum dengan kau! dari kecil sampai sekarang, aku tak pernah merasa pakaian sekolah ditukar hanya 3 kali. baju sekolah aku tiap2 tahun bertukar, setahun 2 kali tukar.....dan arwah mak aku sendiri tak pernah membiarkan aku balik sekolah jalan kaki/ naik bas. semuanya berjemput dan berhantar naik kereta. aku kagum ngan ko dueng.....
kau habis grad nnt , carik kerja yang elok, ok? balas la jasa mak dan kakak2 kau.....
salam untuk ibu kau...
Assalamualaikom
Thats so sad... its like in the movies :(
Jasa ibu dowh, shes the one who gave birth to you and your siblings, and she's also the one who raised you. Just take really good care of her okies? Dont you ever be kurang ajar towards her or I'll personally slice your brains away and feed it to the dogs. *Or do something equivalent but less gory. I hate blood*
I have never been through what you had but I love my parents nonetheless. I really do. uwahhh uwahhhh... Nak balekkk
erm..btw sorry tuk mnumpang skaki bagi comment kat sini.i'm only a stranger..and just enjoy reading other's blog and accidently i found out this blog..and read ur superb touching story....wow...really touching ..and i hope u don't mind sharing pieces of mine wif u..
..i remembered asking my mother, as we were sitting in our new house, watching my father and my youngest brother delightfully playing under the rain ( actually they were digging holes and planting trees in the garden, but it rained heavily, my father shooed me into the house, leaving him to continue working under the rain in other words, 'mandi hujan' ). I asked her.." apa rahsia mengekalkan rumahtangga, mama..?". Seriously , i wanted to know, i barely see them quarelling,in fact i think i never catch them squabbling at one another. I never see my mom raised her voice to my father. They are always together, anywhere my father go, be it shopping, working in our new garden, or just a ride around kl, he will bring my mom along. And they communicate endlessly, as if there's nothing under the sun that they can't talk or discuss about, and usually my father is the one who talks a lot, compared to my mother who will play the role as the listener. Looks like the common statement ppl made," ..Kalau nak tahu psgn atas kereta tu husband and wife atau psgn bercinta, senang je. Kalau seorg pandang kiri, seorg pandang kanan, dan senyap tak bercakap apa, tu psgn dh berkahwin. Kalau rancak berbual tu psgn yg tgh maksyuk bercinta.." . Hah..my parents proved this wrong.
And mama answered .." Sabar, mesti bnyk bersabar. Kalau seorg tu ego, yg seorg lagi tak boleh nak ego jugak. Mama dah bersama dgn papa lebih lama dr mama hidup dgn arwah mak dan ayah mama..." As she said this , her eyes was following my father's movement, digging and working joyously under the rain. Once in a while, my father will turned to look at my mother, grinning like a small boy seeking approval from his mother. And my mom will smile back, laughing at his antics while her eyes never leave him. I swore i saw love, love so big and so much,that it was written and shone through her eyes.
Thank you Allah, for the love and happiness you bestowed upon us..bless us, and may us be a grateful servant to You..always.
Surah Ar-Rum, ayat 21 yang bermaksud.." Dan antara tanda - tanda kekuasaan- Nya, ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan - Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda - tanda bagi kaum yang berfikir.."
before i end, here's sthg good to shre with u..
Mama pernah cakap, masa tengah duduk dapur tengok mama kupas mangga,
“ Perkahwinan ini macam satu perjudian, kita tidak tahu macamana akhirnya”
Aku pandang mama lama,
Uban dan kedut dah merata,
Pendek kata, dulu dan sekarang jauh berbeza,
Tapi pada papa, pandangannya tetap sama,
Gurau senda seperti sediakala,
Hanya pada mama tempat papa bermanja,
Sedangkan papa lebih dari cukup syaratnya,
Kalau berhajat nak pasang dua.
Aku pernah tanya papa,
“ orang kata lelaki ini pada awalnya saja penuh rasa cinta,
tapi bila dah bertahun – tahun berumahtangga,
yang tinggal cuma rasa tanggungjawab sahaja, betul ke ?”
Masa tu papa tengah pandu kereta,
Perlahan suara papa berkata,
Itu terpulang kepada si jejaka,
Nyatalah itu bukan hakikatnya,
Pada papa, hanya mama selama-lamanya,
Dulu sayang, kini bertambah cinta,
Kerana dengannya, terlahir penyambung keturunan keluarga.
Aku pandang papa lama,
Aku renung mama penuh rasa,
Barangkali inilah ibarat kata,
Sehidup semati bersama berdua,
Bukti masih wujud cinta setia,
Dalam dunia yang banyak syaitan bertopengkan manusia.
Dalam hati aku bersyukur,
mama memang bertuah, papa tumpang beruntung,
Kerana menemui pelengkap diri,
Dalam perhubungan suami isteri.
''we come to love not by knowing a perfect person, but by learning an imperfect person perfectly.."-
''work to make your marriage works. Work to be a good spouse and partner . And most of all..pesan mama .." kalau kita inginkan org yg baik, kita kena jadi org yg baik dulu.."
smile..:)
and as for u..''be strong ,never let ur spirit die..''coz God answers prayer in 3 ways,He says YES,and gives u what u want,or He says NO,and gives u something better,or He says WAIT,and give u the best in His own time..
-n.s.d.,medical student,hukm-
Great. Unbelievable. Cool.
"God only gives you the test that he knows you can handle."
and that one person who can go through all that hardship is certainly ur mom. no one else.
Great person.
hmm..suddenly i was snapped back to reality. there's really no honey in life. we dunno how future is.
we might end up being even worse than any story ever told.
talking bout my parents, they are the most sickening lovers i've ever seen. :)
thank God.
and as for you mangi, make sure that your mom deserves you as much as you deserve her.
i'll pray for you..both.
:)
paling best pasal hubungan ko ngan mak ko.. ko bleh borak ngan dia cam borak ngan awek. seyes dowh.. first time aku dengar ko call mak ko lu, aku ingatkan ko borak ngan awek.. aku tertipu.. br jer nk cari buah kaco ko time tue.. neway.. jaga laaa mak ko bebaik bila dh grad nnt..kasi dia happy jer.. weh.. skrg ni dh nk mother's day..maybe trigger something dlm kepala ko tuk prepare something for ur mum.. huhuhu uwaaaaaaaaaaaaaa... report aku x siap lagi.. huhuhuhu
=) its good to know that u appreciate ur mom that way..
yup, moms are the most important women..what makes the world goes round..
so luv them while they're still around..
i luv my mum as well..
n also..dont feel bad about ur life..
lain org lain dugaan nye..life is never fair..
the challenge is to survive from the 'shits' and keep moving on..
sesungguhnya dugaan yg tiba itu setimpal dengan keupayaan kita menghadapinya..Allah itu maha adil..=)
ps:dinner batch bes giler!nape la ko x g..
huk huk...cedey nye citer ni mangi..bisa aku menangis bile bace. aku tak sangka kisah hidup ko camni..normally aku tgk ko cam hepi jek..tak terlintas di pkran aku ni yg ko ade sad story in ur life..emm, frankly aku rase kagum ngan mak ko..tak seme org boley bertahan dgn dugaan & cabaran yg aku rase maha hebat bg seorang wanita utk ditempuhi..alhamdulilah, mak ko berjaya besarkan korang adik beradik sehingga ke tahap skang..ko perlu bangga sb dpt ibu seperti die..dari citer yg ko tulis ni, bukan senang bg mak ko nak mendidik seorang anak hingga berjaya..so, kita sebagai anak harus membalas jasa ibu kite..kadang2 bukan duit yg die mahu..tapi kasih sayang, perhatian & juga tanggungjawab dari seorang anak lebey berharga buat seorang ibu..aku pun turut rase kagum ngan ko sb ko berani menceritakan kisah ibu ini utk tatapan seme..semoga ianye memberi pengajaran kpd aku & juga kpd semua..to dueng, semoga lebey tabah menghadapi hidup ini..mmg x bley nafikan life is so comlicated..it can be cruel in a way that we can't explain..so..be strong..insyaAllah everything is ok.last but not least, aku doakan kebahagian & kesejahteraan buat ko ngan ur mom..may god bless u forever and ever :)
Hello Dueng....
Mayb aku lmbt sket kat sini...I read ur story....
Aku nangis baca citer ko....
Nothing else...Hope ko faham kenapa aku menangis...
U have a very wise and strong mom...
I adore a mum. :)
and tho certain time it feels painful living on our own..a mum will always be a mum.
who protecting us as hard as she can. a true saviour~ ;)
Post a Comment