Sebagai makhluk yang mortal, manusia sentiasa mencari kesempurnaan. kadang2 kesempurnaan yang hadir bukanlah sempurna sgt, tp cukup sekadar memuaskan rasa terpendam dihati. ada setengah orang berkata, terima saja apa yang terjadi seadanya. maka, dgn itu aku ingin mencoretkan bagaimana aku bertemu dgn orang2 yang penting dalam hidup aku di UTP ni. mereka lah manusia yang mencipta kesempurnaan dalam hidup aku yang compang camping di UTP ni. UNLEASHED!!
Clan Konoha
Inilah geng2 aku yang duk kenal rapat masa duk lembaran. satu floor tu mostly budak #konoha. geng2 gosip dan sebagainya. kelakar gile derang ni. suka suki.
Adam @ Rumet aku dari 2nd year 2nd semester till now
on the way balik solat jumaat. jumpa kat depan tasik depan kafe. dia berjalan dgn rembok masa tu. cuaca memang panas tak hingat. memula impression aku terhadap dia ni adalah garang. memang tul pun dia garang, tp ikut masa la. teman baik aku dari first year sampai sekarang. rumet dgn dia dari duk kat lembaran.
Narulle
rumet aku masa first year first sem. still kekal as member. manusia paling byk tolong aku dalam study. paling concern psl aku skip kelas and such. hahaha. teman bicara hal serius dan gosip dan ngumpat. most kelas aku gi dgn narulle. first impression, mamat ni kelakar gile. masih aku igt nasik tapau makan tengah hari yang narulle bagi hari first aku kenal dia. masa tu aku tatau kafe kat mana. selalu recommend aku cerita2 korea yang best, peminat series and drama and movie yang lagi tegar dari aku.
Haffiz a.k.a Bapak
Jumpa masa first year second semester. time tu selalu lepak bilik dia kacau dia guna pc dan pinjam pc dia. teman borak2. manusia paling kerap kena kacau dgn aku. hahaha, kesian dia. masih jadi manusia paling kerap kena usik dgn aku, sampai kuar gosip2 bongok dari kes aku kacau dia. best dibawa berborak benda2 serius.
Aizad a.k.a Mochi
Teman yang sgt baik dgn aku. inilah manusia paling bermasalah dulu. dulu la tp nya...sekarang dia dah ok dah. teman dibawa berbincang hal2 cinta dan permasalahan manusia sekeliling. selalu usik aku, dan aku pun selalu usik dia. tag team mengusik yang suka ngusik sesape saje. hahaha. seronot gile ngusik. kenal masa duk kat old v5, first year second semester tp start baik gegila masa duk kat lembaran.
Raimi & Fikri
Derang ni memula kenal sebab derang ni duk depan bilik aku je kat old V5. partner rumet paling lama bertahan. dari first year first sem sampailah final sem ni. fikri kelakar orangnya, raimi pun begitu. padan dah jadi rumet 2 orang ni. dua2 pun kreatif, bab2 hal2 kreatif ni serah je kat derang, sure hasilnya memuaskan. teman buat projek di final sem ni, jugak teman sekelas selalu2. selalu fikri jadi mangsa usikan aku dgn narulle masa first year sampailah sekarang. raimi plak minat superhero, dan favorite superhero dia tak lain tak bukan adalah superman.
Nanti sambung citer dgn geng2 lain yang mencorakkan hidup aku. jaa nee~~
Friday, May 26, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hrmmm bila plak aku kasi nasi tapau kt ko?? seyes aku xde kenangan tu... waahahahahaha thanks sbb promote aku kt blog ko.. wakakakakaka aku gila populariti!!!
erk...ari first sampai kat utp. time tu aku tak lunch lagi, dan aku cam tgh cuak dan sedih lagi parent aku baru balik. then, ko tanya aku samaada aku dah lunch ke belum. bila aku jawab belum, terus ko offer nasik ko sebab ko dah makan dah time tu. lebih kurang begitulah kot...tp aku igt lagi psl nasik bungkus tu. huhu~~. terima kasih byk2 utk segala benda yang ko tolong aku selama ni. :)
gile populariti? tau takpe. hahahaha.
Post a Comment