Saturday, October 07, 2006

Life After Graduation VI

Episode: One Big Blurry Hit

Hari first tu agak blur especially aku masih baru dan derang terlalu friendly. Since dah agak lama tak converse in English, seriously English aku rotten. Terkial-kial aku nak menjawab bila derang Tanya. Practice make perfect, believe in that. Hari first tu aku banyak habiskan masa dengan membaca pasal company dan philosophy company tu. Then aku diassignkan email oleh Vincent dengan menggunakan domain ATCEN. Sebaik sahaja aku open email aku, ada lebih kurang 5-6 email dah masuk. Semuanya greeting dari orang ATCEN and Outloud. Aku reply kat semua orang jer sambil update address book aku. Then, aku guna internet untuk check aku punya email yang dah lama tak aku check dan jugak blog dan forum. Lepas tu, aku meneruskan pembacaan dan before lunch aku telah diberikan contract oleh Vincent untuk ditandatangani. Lama jugak la membaca since surf tenet dan jugak baca profile company. Lunch jer aku pun diajak oleh Jeremy untuk gi makan. Cuak jugak nak makan kat situ since kedai mahal-mahal jer nampaknya. Rupanya ada kedai kat area dalam tu, kedai cam gerai tepi jalan. Affordable la untuk orang miskin macam aku ni. Sambil makan tu, sambil la berborak. Dari situ la aku tahu umur dia baru 23. Then Maverick and Vincent join kami makan. Sampai ke petang, semuanya masih ok. Lega jugak sebab everything masih dalam keadaan baik dan teratur. Respond orang kat sana pun not bad, takder la hostile dan menakutkan. Malam tu kami pergi makan kat restoran masakan thai dekat kota damansara. Rupa-rupanya tradition kat ATCEN memestikan orang yang dapat first gaji belanja makan. The lucky person is Wen Shen. Tapi itu dah gaji ke-3 or ke-4 dia dah since dia ada problem dan nak guna duit before this. So, sambil makan tu, sambil la borak. Sempat jugak aku borak dengan Samantha masa dalam perjalanan since aku naik kereta dia. Best jugak la borak dengan dia. Woman with witty wisdom; that’s really define her. Lepas makan malam tu, wen shen hantar aku balik rumah since rumah aku on the way ke rumah dia.

On my second day, aku diberi database number phone customer untuk beberapa industri dan aku mula membuat latihan menelefon kepada customer. Memula aku train dulu dengan Sam dan cuba menghafal produk-produk yang ada. Disamping tu, cara nak pujuk customer supaya setuju untuk menyertai produk yang ditawarkan juga terpaksa la aku hafal. Also need to cope with my rotten English. Damn it, memang terkial-kial la nak menghafal. Aku teruskan penghafalan sambil mendengar cara Sam handle customer kat phone. She’s cool man!! For a first timer, sometimes telesales is a hard one especially for a freak out like me. Serious aku freak out borak kat phone. Nervous to the max. memang dari dulu, that’s my worst point. Pasal tu jugak la aku jarang benar nak telefon orang especially orang yang baru aku kenal. Cuak to the max, ketaq gegaq. Tetiba teringat densha otoko, walaupun takder la seteruk dia ketaq aku tapi ada la kecuakan sebegitu jugak. suara aku akan bergetar while aku cakap dengan laju dan lintang pukang. LAME!~ yeah, I knew it but I push myself more than I can to cope with that. Second day is basically my hell day. Aku dipush dari dalam diri aku sendiri dan jugak Sam mengpush aku supaya cepat menjadi perfect. Adehlah…aku dah la gelabah cakap kat phone, ditambah English yang rotten, product lagi, trick untuk capture user lagi, memang mati jugak la aku dibuatnya. Berkali-kali kena tegur. Aku cuba seboleh mungkin takmo ada pause atau mmmm waktu tgh call tp I can’t. semakin Sam push aku, semakin aku tawar hati. Aku tak kisah nak kena tegur tapi it’s like she asking me to be perfect on that fucking day jugak. mati la wei. Aku teruskan jugak, against all odd tapi semakin aku push diri aku, semakin blur. Shit!~. aku rasa nak jerit je kat Sam yang aku tengah giving my best and pushing my limit but that’s gonna freak her out. And embarrassing me to the max. last-last, aku fade up. Serba tak kena aku dibuatnya. Ditegur dan disuruh buat cara lain, bila aku buat, ditegur pulak suruh buat cara lain. Aku dah buat exactly macam yang disuruh Sam tapi entah apa la balanya, semua pun tak kena. Aku memang tekad esoknya aku nak ambik cuti.

Puas aku pikir sepanjang petang tu dan aku dah call mak aku sebab aku dah tak tahan dah kerja kat situ. Mungkin la apa yang aku ceritakan ni nampak leceh dan simple jer tapi aku yang mengalaminya tetap tak sama rasanya. Sungguh hell hari tu. Aku cakap kat mak aku yang aku nak berhenti kerja situ dan carik kerja lain. Aku akan usahakan sendiri. Since aku ada sedara mara dari sebelah abang ipar aku kat kajang, mak aku suruh aku carik kerja dengan sedara mara tu jer. Company dia pun memang nak carik orang untuk kerja IT. Aku pun cuba nasib dan call mamat tu. Dia cakap dia boleh usahakan untuk carikan kerja untuk aku. Syukur jugak aku dengar. Petang tu lepas aku call mak aku, aku dapat call dari Keneve untuk pergi interview keesokkan harinya. Inilah peluang keemasan aku untuk cuti dan blah dari ATCEN. Actually aku datang awal kat KL sebab aku ada interview kat Keneve pada hari Khamis (6/7). Jugak untuk lapor diri kat PETRONAS. Perkara interview kat Keneve ni nanti aku ceritakan dalam entry berikutnya.

Next: Second Chance.

To be continued….

No comments: