Tuesday, October 17, 2006

Life after Graduation VIII

Episode: Runaway

Lepas jer balik dari interview tu, aku rasa sangat lega sebab aku dah dapat kerja baru. Yeah! Boleh la aku blah dari kerja aku sekarang ni. Sekarang ni nak episod lari dari rumah sewa ni plak. Mengenangkan perangai abang tu yang cam sial dan tak bertanggungjawab ditambah lagi dengan mungkir janji, memang betul-betul buat aku pissed off. Aku terus mengemas barang-barang aku untuk pindah. Masa dalam train waktu perjalanan balik, aku dah call member aku dan mintak tolong untuk carikan rumah untuk aku, kalau tak dapat rumah, bilik pun jadilah. Cukup sekadar untuk masa aku nak kerja ni. Puas dah dia carik tapi harga mahal sangat untuk deposit. Aku pun takder duit dah so aku cadang aku duduk rumah dengan derang jer la. Dia cakap tak kisah. Budak-budak rumah dia pun tak kisah. So, plan dah ok. Lepas jer siap kemas, aku pun call la abang Hairel tu untuk cakap yang aku nak blah dari rumah dia tu. Puas aku call tapi tak berangkat. Sial punya manusia. Lepas tu, aku cuba dan cuba lagi call tapi tetap tak dapat. Sampailah aku fade up, aku dah tak call dia dah. Aku punggah balik barang-barang aku dan bercadang nak tidur kat situ jer untuk malam tu. Lepas punggah sikit barang aku sekadar cukup untuk malam tu dan esok harinya, aku terus keluar bilik dan pergi makan. Since dah nak blah, aku makan la best-best sikit. Lagi plak duit byk lagi lebih since masa aku sakit tu aku tak lalu sangat nak makan. Last feast la kiranya sebab lepas tu, goodbye damansara.

Keesokannya, aku cuba lagi call abang tu tapi tetap tak dapat. Cilaka sungguh. Aku nak blah pun gile babi sangat halangannya. Sampai la lunch, tetap tak dapat jugak. aku pun kemaskan barang-barang aku yang mana ada dan lepas tu aku pergi lunch. Waktu pagi haritu, aku call office aku kat damansara tu dan cakap aku nak berhenti kerja, aku akan datang esoknya untuk resign. Lepas tu aku SMS kat Qim (my group leader) dan bagitahu kat dia yang aku nak masuk kerja ari isnin. Tak dapat masuk hari tu sebab tak settle bab pindah-pindah ni. Malam sebelum tu, aku dah telefon mak aku dan cakap yang aku dah dapat kerja. Bila dengar jer kerja aku ni, dia tak puas hati. Dia suruh aku stay kat damansara tu. Aku pun jawablah yang aku memang nak kerja kat Keneve tu dan apa-apa jer outcome dari perbuatan aku ni, aku yang akan tanggung risikonya. Aku redha dengan keputusan yang aku buat tu.

Mak aku pun lepaskan jer aku dengan keputusan aku. Itupun selepas puas bertengkar panjang lebar. Aku ada jugak berbincang dengan Qim bout this matter dan dia bagitahu aku yang dia nyer parent pun tak suka jugak memula tu dengan keputusan yang dia buat untuk join Keneve sebab tak padan dengan degree yang dia ada. Tapi since dia fikir output or the end goal yang amat lumayan; memiliki syarikat sendiri untuk diuruskan, benda tu dah jadi faktor pendorong Qim untuk ignore parent dia nyer objection. Lepas jer siap kemas-kemas tu, aku hantar SMS kat abang Hairel tu. Akhirnya dia reply jugak since aku cakap aku nak blah dari rumah tu. Dia suruh aku tinggalkan kunci rumah kat dalam rumah.

Lepas call teksi, aku pun bawak turun barang-barang aku kat tingkat bawah. Sebaik saja aku siap buat turun, teksi pun datang dan aku terus load barang aku dalam teksi dan terus blah pergi rumah member aku. Now, aku tinggal secara tetap kat rumah tu. Since office aku kat Megan Avenue II, aku pergi kerja naik LRT jer. Sepanjang perjalanan tu layan berborak dengan abang teksi tu jer. Best jugak layan borak dengan abang teksi tu since dia pandai wat lawak. Gelak jer sepanjang perjalanan tu. Sesampai jer kat rumah member aku tu, terus unload barang dan derang (bebudak rumah tu) tolong aku angkatkan barang-barang aku. Lepas tu, aku terus kemas sikit-sikit cukup sekadar untuk aku pakai jer sebelum tidur. Aku dah tak fikir pasal makan dah since aku letih dan ngantuk gile masa tu.

Esoknya around pukul 9 pagi, aku bertolak dari rumah menuju ke damansara untuk resign. Aku dah janji nak resign and aku dah call Vincent untuk set appointment pasal my resignation. Around 11, aku pun sampai la kat office lama aku tu dan terus masuk. Tanpa tegur orang lain, aku terus jumpa Vincent dan settlekan pasal resignation aku. Aku taip surat resign kat situ jugak menggunakan template yang Vincent dah ada dan turunkan signature pada surat tu. Lepas daripada tu, aku dan Vincent menuju ke Draker’s Room untuk buat exit interview. Vincent ada Tanya aku kenapa aku nak berhenti. Aku cakap lah yang masalah aku tu masalah personal (rumah yang sunyi dan menakutkan) dan jugak aku rasa aku tak sesuai kerja kat situ. Aku cakaplah yang aku dapat kat sebuah IT company and doing IT work walaupun sebenarnya aku kerja kat marketing company jugak sebenarnya. Pasal gaji, aku rahsiakan dari Vincent sebab aku cakap benda tu adalah personal bagi aku. Tetiba Vincent Tanya aku pasal bayaran gaji untuk bulan tu. Dia cakap aku kena bayar full month nyer gaji sebab aku nak berhenti serta merta. Tapi since aku kerja tak sampai sebulan pun, aku dilepaskan tanpa perlu bayar dan in return, derang pun tak bayar jugak gaji aku selama 2 hari tu.

Lepas tu, aku pun blah la dari situ. Kat tingkat bawah, aku jumpa dengan Zul, budak technician yang kerja kat ATCEN. Dia cakap yang aku bukan first time orang yang blah dari company tu. Dah ramai yang macam tu dan ada yang menghilang tanpa berita pun. Aku rasa lebih lega, at least aku dah blah dengan cara terhormat. Lepas borak kejap pasal kerja baru aku dengan Zul, aku pun balik la semula ke rumah. Sebelum balik, aku makan cendol dengan rojak sotong kat taman bahagia. Sedap woo rojak dia. Cendol dia memang sedap especially waktu meremang panas tengah hari tu.

Next: Sunny Day.

To be continued….

4 comments:

Anonymous said...

aduhh... bace entry ko yg neh terliur aku..
rojak laa, cendol laa..
ngaa...isk.
so far, ur entries, aku bace jek..
but dunno what to comment.
but this time, aku komen on rojak and cendol lak. haha
slumber..
but i must say that its a brave decision.
gudluck!

dueng said...

actually, aku tak kisah kena maki cuma aku tak selesa la duk sorang2. tak best doo. rasa cam cilaka gile. tp siyes cendol dia sedap. maybe tgh lapar kot. maybe jugak tgh panas tu dpt air sejuk. igt nak pergi jugak makan cendol dgn rojak tu nanti. tunggu habis puasa la. :). nak ikut? ahahha.

brave? it's more like i have it planned all the way plus i got lucky. moral: always get things planned supaya bila sucked up time tiba, dapat lepaskan diri. :)

Anonymous said...

aku pun dah naik confuse, ko ni keja mana sebenarnye skarang ni?

dueng said...

jgn konpius, ini cerita betul2 lepas aku grad. sekarang aku kerja kat petronas, KLCC. aku masuk keja kat KLCC ni bulan 9 so gap dari bulan Jun sampai ke pertengahan september tu, inilah yang terjadi pada aku. :)