Episode Finale: Sweet Sweat
Minggu tu berlalu dengan agak pantas. Aku leka dan selesa buat kerja yang baru ni. Lepas blah dari office pada hari Khamis, Qim ajak aku pergi jumpa dengan Hafiz dan Mr Chua kat kedai mamak depan AmBank. Masa makan tu, Mr Chua tunjuk la cara dia pitching and aku memang teruja tengok bagaimana dia turn down every negative answer from customer. Memang best gile, memang expert. Aku balik lewat jugak la and tak cukup tidur aku malam tu. Sampai rumah around pkl 3 pagi. Esoknya aku tak pergi kerja sebab pening kepala akibat tak cukup tidur. Qim pesan kat aku untuk datang dinner untuk rally (annual gathering for COBRA group Malaysia office). Waktu tu la diberi award kepada best salesperson, best leader, new owner, dan new promotion in COBRA group Malaysia.
Beside makanan yang best (5 dishes), event malam tu pun seronok. Dapat tengok Ginger pada night gown warna hitam. Pergh…drooling! Lepas tu dapat ambik gambar dengan awek-awek comel office KL yang agak serabai dihari kerja. Memang seronok la malam tu. Hari esoknya aku datang office macam biasa tapi haritu aku tak pergi field sebab ada pre-management briefing kat office. Disebabkan waktu training aritu takder pre-management briefing, masa hari sabtu lah yang dipilih untuk aku menjalani briefing tu. Around 12 aku dah habis briefing tapi aku nyer team dah blah pergi field dah. Tak dapat la aku nak join derang. Mr Chua ajak aku pergi makan kat restoran bawah. Dia bagi sikit nasihat sambil Tanya khabar aku. Sambil borak tu, dia cerita la pengalaman dia kerja dulu-dulu. Disebabkan aku tak dapat ikut team aku, aku dibenarkan balik awal. Around 2 aku dah sampai rumah.
Pada hari Jumaat aku dapat call dari satu number tapi aku tak angkat sebab tengah lena tidur. Hari Isnin tu aku cuba call pada waktu pagi-pagi lagi dan aku kena hantar resume aku pada Microlink so aritu aku ambik cuti. Bila aku call, aku baru tahu yang number phone tu adalah dari PETRONAS. Akak dalam phone tu suruh aku datang jumpa dia and disebabkan aku cuti aritu, aku jumpa dengan akak tu aritu jugak. Lepas pergi CC, aku terus naik LRT dan pergi KLCC. Lepas jumpa dengan akak tu, aku dioffer jawatan kat PETRONAS. Lega aku dengar dan tanpa pikir panjang, aku terus accept jer. Aku terus balik rumah lepas aku jumpa akak tu. Malam tu Qim telefon aku dan bertanyakan pasal interview aku dan aku jawab yang aku dapat kerja dengan PETRONAS. Disebabkan aku kena ambil test untuk COD 2 dan kena recruit orang untuk COD 3 dan seterusnya, Qim mencadangkan kepada aku untuk berhenti kerja dari Keneve. Aku agak keberatan sebenarnya sebab aku memang nak kerja lagi kat Keneve tapi kalau aku stay kat situ, aku terpaksa tinggalkan orang bawahan aku nanti terkontang-kanting. Aku tak sanggup buat macam tu. Qim pun memberikan pandangan yang sama so esoknya aku akan ke office Keneve untuk resign.
Sesudah sampai kat office pagi tu, aku terus join morning gathering macam biasa. Ada promotion haritu dan lepas habis morning gathering, aku jumpa dengan Mr Chua dan terus resign. Qim tolong bawakan aku jumpa Mr Chua dan lepas serahkan semua dokumen yang ada, aku pun bersalam-salam dengan Qim dan Hafiz dan jugak Nizam. Aku seriously tak sangka PETRONAS akan panggil aku dalam masa terdekat since aku nyer result bukanlah bagus sangat pun. Aku betul-betul rasa bersalah dan aku mintak maaf sesgt kat Qim sebab menyusahkan dia. Qim tak kisah pun dan dia doakan aku berjaya nanti di PETRONAS. Lepas beberapa hari, aku ambil keputusan nak balik rumah since aku tak tentu bila lagi dapat surat tawaran dari PETRONAS dan aku dah memang homesick dengan anak-anak sedara dan mak aku.
Sekarang, aku dah ada kat KLCC dan aku melapor diri pada 18/9 aritu. Sepanjang ada kat rumah, aku melibatkan diri dalam aktivit keluarga dan jugak menjadi nanny dan tutor tak berbayar kepada adik dan anak-anak sedara aku. Seronok jugak duduk rumah tapi bosan nya macam nak mati. Now, I’m happy here at KLCC. Aku menaip entry blog aku demi mengisi masa lapang disebabkan bos aku pergi umrah dan hanya akan balik pada minggu ke-3 lepas aku lapor diri. Aku rasa aku dah cerita dah semua pasal kerja aku dan pengalaman sepanjang dari aku lepas grad dari UTP. Begitulah adanya kisah aku. Terima kasih sebab sudi baca kisah aku yang panjang gile ni. :)
“Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Hikmah itu hanya Allah sahaja yang dapat menentukan bila masa kita ketemu akan pengertiannya.”
p/s: come and visit me at Level 25, Tower 1, PTT, KLCC.
Wednesday, November 01, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
...That was a very good ending..
...Hopefully akan datang pun lagi bertambah sweet..and not too much sweat this time. Kalau sweating gak, pakai la deodorant yek??
.. (^_^)
Demn..
Awat ko berhenti?
Aku baru masuk situ.
Tapi aku kerja division DIGI la.
Ginger memang hot, tapi aku lebih suka Marilyn lagi..
Dia comel~~!!
Just for confirmation: Qim = Sakai kan?
aku berhenti sebab dapat petronas, kalau tak aku pun takmo berhenti. best kerja kat situ. ginger hot doo. kalau ko tgk dia pakai night gown tu, drooling. marilyn yang pakai spectacles tu ek? dia comel jgk.
Qim yang gelap2 dan kurus tu dan rambut ketak, dia mmg kaki bising every morning. sakai tak sakai tu aku tak pasti la plak. hehehe.
division DIGI? ko kerja under sape? Charles ke Jackie? ke G-Man? aku tak berapa igt dah sgt DIGI division.
Marilyn yg pendek2, putih2 tu. Ginger, walaupun hot, tapi dia Neville punya awek laaa..
Qim memang slalu buat bising pun. Trademark dia ialah gaya red indian kan? Hahahahah!! Best sial..
Aku under Berry - amoi pendek yg selalu kena buli. Hahahahah!!
Serius best dowh keje sini. Aku harap PETRONAS takkan panggil aku. Kalau dia panggil pun, aku seboleh2nya nak tolak tawarannya.
Kalau tolak tawaran, nak kena buat apa aaa??
huhu~~
ginger awek neville ek? tak pernah pulak aku tahu. tp dia serius hot. neville kaya gile, sebulan jer income dia RM 40K. dahsyat siot mamat tu.
Qim memang bising. a ah, itulah trademark dia. dia tu funny gile, dah le pervert. suka ati jer wat lawak lucah. dia tu nyanyi sedap, pernah la pergi karaoke dgn dia, leh tahan dia nyanyi.
berry? rasa cam kenal. kat situ rileks je kan, takder pun nak hassle2 psl darjat. ketua dgn orang bawah rileks2 jer.
hahaha. mmg best gile, psl tu aku suka kerja kat keneve. end goal tu paling best; dapat company sendiri. mana nak carik kerja camtu lagi kat dunia ni? kalau PETRONAS gile nak kan ko, kemungkinan kena ugut utk bayar semua sekali loan tu. doa2 lah tak dapat petronas. nanti aku harap sgt tgk ko bukak kompeni sendiri dgn keneve. apapun, gud luck dgn kerja, buat sales byk2. bunyikan loceng dan gong hari2. hehehe. :)
isk....
Problem aku skrg bukn pasal PETRONAS, tapi bersangkutan dengan mak bapak. Deme mempertikaikan perkara2 berikut:
1) Pi territory kerja tu tak diberi elaun atau takleh claim duit minyak. Sepatutnya dapat kerana dikira outstation.
2) Takde gaji pokok.
3) Gaji yang diberi tak sepadan dengan aku nye kelulusan (degree) yang sepatutnya boleh dapat RM3000 kalau keje dgn PETRONAS.
4) Gaji permulaan yg sangat sedikit.
Demit.. Baru nak syok bekerja, dah kena hadapi masalah dari orang2 yang TAK SEPATUTNYA memberikan masalah. Kalau customer yg buat hal, tu takpelah jugak. Ni.. Isk.. Very troublesome laa.. Takpe.. Takpe.. Maintain your attitude.. Maintain your attitude..
So, kalau ko, apa yang ko akan lakukan (atau apakah ayat2 yang akan digunakan utk counter kenyataan2 tu)?
(Potong stim btul.. Baru je berangan nak bukak kompeni sendiri: 'Genjo Corp' - marketting utk bahan2 porno syarikat2 filem lucah. hahahah!!)
psl MAK BAPAK ni, memang MAK aku menentang keras waktu aku join Keneve. dia cakap kerja camtu takder future. selamanya ko akan jadik salesman.
aku ada jgk bincang dgn Qim camner nak counter balik, dan aku come out dgn solution yang aku berkeras nak kerja ni jugak. aku dah cerita habis dah pasal final outcome nanti tapi bese lah orang tua ni, derang nak kita dapat job yang secure (ada benefit, ada gaji tetap, kerja takyah kuat2 sgt, ada pinjaman rumah, ada pinjaman kereta). tp bagi generasi kita, job security tu hanya akan belitkn diri ko dgn hutang sepanjang hayat. hakikatnya, derang takkan paham apa yang kita pikirkan sebab pemikiran kita dgn derang lain.
kalau kerja dgn PETRONAS pun, nak naik sampai RM 3K tu pun amik masa. bukan sekejap jer leh naik, mau 5-6 tahun jgk. tp kerja ni, ko leh dapat company ko sendiri dalam 1-2 tahun jer (kalau ko tak mengalah dan bekerja keras). aku just terangkan:
"memang lah kerja camni takder gaji pokok sebab komisen dia tinggi. lagi pulak, kalau ada gaji pokok...orang akan senang lenang jer goyang kaki, takmo kerja rajin2 sebab dah ada gaji pokok. kalau tak dapat buat sales pun, sure dah ada gaji pokok. sekarang ni, kerja ni menggalakkan saya kerja rajin2 utk diri sendiri. takper lah mak, janganlah risau sgt. saya dah buat keputusan utk join kerja ni, saya cuma harapkan mak percaya jer dgn apa yang saya buat. memang saya tahu susah mak nak paham tapi bagilah saya buat apa yang saya nak, paling kurang...kali ni jer. macam saya terangkan sebelum ni, saya bukan selamanya buat sales, insyaAllah dgn doa mak...saya akan berjaya dapat kompeni sendiri. saya harap benar restu mak utk kerja saya ni."
camtu lah lebih kurang aku memujuk mak aku. tp mak aku berkeras jgk. last2, aku cakap;
"takper lah mak, apapun yang jadi...saya tanggung sendiri lah outcome nya."
dah takder jalan dah. aku dah terangkan semua sekali, dah pujuk, dah putar belit habis tapi tak berjaya. akhirnya, buat jer keras hati dan cakap jer akan tanggung risiko dari action kita tu. itu jer la caranya. selebihnya, tak dapatlah nak tolong kalau mak bapak tak suka jgk.
valium online no prescription where to buy valium uk - what do generic valium look like
Post a Comment