Sunday, November 19, 2006

Sharing is Caring

Teringat satu ketika bila aku di SEMSAS dulu bilamana aku masuk pertandingan 3 on 3 basketball. masa tu aku form 3, lepas habis exam PMR, aku terus register team yang diberi nama Non-Stop; credit to Nestle Ice Cream Non Stop. team aku masa tu ada 4 orang; aku, lemey, ja'a dgn zaki. masa tu league ikut tingkatan dan main dekat dataran sekolah (atas jalan tar) sambil diiringi muzik. best la main 3 on 3 sebab aku rasa mencabar dan tak perlu stamina sgt compare dgn 5 on 5. nasib amat menyebelahi team aku masa tu since kami sampai final. akhirnya dapat la jadik johan. apapun, semua team member aku dapat skor semua sekali. i'm glad semua orang merasa skor. masa tu aku ingat lagi kami main pakai psikik power. hahaha. semua tak bercakap dan jerit2 pun, just masing2 faham sendiri kemana nak gerak. kalau ada signal pun, isyarat tangan. semua orang pelik tapi dah lama sgt dgn team member aku, masing2 dah faham apa yang perlu dibuat.

aku masuk 3 on 3 tournament sekali lagi masa aku form 4. masa ni aku just dapat number 3 jer since kami kalah kat semi final. masa form 4 ni, ada changes in rule. setiap team kena ada 3 orang je member, so setiap member akan main full 10 minute. nice kan? waktu tournament form 3 tu, setiap team ada sorang substitute. tournament tahun 2000 tu still guna format sama, internal league main ikut tingkatan. masa tu, aku bercadang nak pecahkan team aku kepada 2 team, aku dan lemey satu team; ja'a dgn zaki satu team. mungkin la aku salah percaturan sebab aku kalah kepada team ja'a dan zaki waktu semifinal tu tapi aku nak cuba combinition baru dan jugak nak jumpa team yang hebat dalam tournament nanti. takder la team aku menang bodoh jer tanpa fight dgn team hebat. aku masih ingat skor waktu team aku (aku, lemey dan edwell) waktu kami kalah. 9-12, nyaris la jgk..cuma beza 3 basket which is kalau aku berjaya shoot 2 point 2 times, surely dah menang. walau kalah, that tournament paling meninggalkan memori dalam kepala aku bilamana third place match memang team aku nak main enjoy gegila. so, masing2 keluarkan lah gaya dan skill gegila memasing. masa tu umpire pun naik pening. kami leh gelak2 jer waktu main sedangkan team lawan dah stress gegila dah. masa tu, aku baru merasa betapa enjoynya main basketball. team aku puas bermain dengan gembiranya dan kami menang bergaya.

hari sabtu hujung minggu tu aku masuk team open (cikgu suruh buat team) dan masuk tournament. team kami masa tu ada 4 orang, kami main puas2 la haritu. chance nak menang tu memang tipis gile since team yang datang memang kuat2. tapi kami buat sehabis baik. masih ingat masa tu team kami seri dgn team dari UIA kampus kuantan dgn skor 35-35. gile la masa tu since lawan shooting jer. tak banyak fancy tactical pun. and 70 point tu diskor dalam game yang hanya selama 10 minute (5 minute each half). crazy huh? apapun, masa tu aku sangat enjoy bermain basketball dan matlamat ultimate masa tu adalah untuk memastikan setiap member dalam team at least skor for the entire tournament. paling kurang 1 basket pun jadilah. ramai antara member2 aku yang rendah diri sikit nak main basketball since derang tak pandai nak shoot, dribble or any fancy move tapi aku sentiasa galakkan derang shoot eventhough selalu tak masuk. selalu la training dgn derang shooting dan dribble. at last, derang yang kalahkan aku balik masa tournament. huhu~~.

Moral of the story:
ada antara kita (boleh cakap most of us) yang cukup KIASU untuk berkongsi knowledge yang kita ada kerana takut orang lain lebih dari kita. bagi aku, kita tak seharusnya takut orang lain lebih dari kita sebab setiap kita ada kelebihan kita sendiri yang selalunya kita saja yang tak sedar. and knowledge will bulk up when we share it. i think it's ASIAN trait to not share what they know with others. aku pernah mengalami keadaan dimana aku berkongsi some of my knowledge dgn kawan aku dan turn out dia berjaya skor gegila that paper while aku setakat dapat skor biasa2 je. masa tu ada jgk terasa membara marah dan dengki, tapi tetiba datang rasa bangga yang cara pengajaran aku berkesan dan budak tu paham apa yang aku ajar. start from that point, aku jadik tak kisah nak share apa yang aku tahu tapi of course la, bukan semua orang suka dgn orang yang suka share knowledge ni. some people pernah accuse aku sebagai berlagak dan cuba tunjuk pandai. then, i take extra pre-caution untuk select people yang dapat my knowledge.

apapun, marilah share knowledge yang kita tahu dan jangan hina mereka yang nak bertanya hanya kerana mereka nak tahu (even aku pun pernah jugak buat, tapi cubalah perlahan2 buangkan). sharing is caring~!

p/s: aku teringat sorang member aku yang dapat skor 10 A dengan pertolongan aku meramal soklan kimia SPM dan jugak pertolongan mengajar konsep kimia malam sebelum paper kimia tu. he should thank me for that. :P

2 comments:

Anonymous said...

yeah he shoud!!!!! i mean the 10 A guy. lol gler berjasa ko xleh blah.
and your story makes me wanna turn back the hands of time! gler aa..
dulu aku pon cm tuh gak. jd second trainer after my coach.
but aku still lg tere dr mmber2 aku tuh hahaha >:)
time dulu bes gler.. tiap2 hari look forward to play basket ptg2. kat klas pon aku terbyg2 time ptg2. aku laa..xtau la ko cane.
xsabar gler nk tugu klas and prep abeh then leh basket.. yay!!~



p.s. basket for life! ;)

dueng said...

tau takpe. aku jugak camtu. sentiasa menantikan waktu petang. suka gile aku dgn basketball.

tp batch aku cam anak tiri coach basketball. psl tu budak batch aku tak ramai main basket. tp waktu tourney tu kira boleh tahan la jgk penyertaan budak2 batch aku.

nama team aku tu aku pikir masa aku tgh jawab paper BM utk PMR. gile sgt dgn tourney 3 on 3. hehehe. nasib baik PMR aku excel.