telah menjadi satu fitrah bagi manusia untuk bersaing. adalah persaingan itu adalah perkara yang wajar dilihat sebagai suatu yang mendatangkan manfaat tetapi sudah menjadi resam manusia mengerjakan yang baik itu dengan cara yang hina. mungkin sahaja kerana sengitnya pertandingan itu maka manusia ini sering menjadi suatu yang bukan dirinya. dia menjadi tamak haloba dan pikirannya tertumpu terhadap kemenangan di hujung jalan itu hingga dia sanggup sahaja membinasakan perkara yang disayanginya demi harga sebuah kemenangan.
melihat manusia mengorbankan nilai diri yang baik semata-mata mahu mengecapi kemenangan membuatkan saya berasa ngeri. mungkin sahaja pertandingan yang menjanjikan kemenangan itu penting, tapi secara tulus saya berasa bahawa bukan setiap pertandingan itu perlu dimenangi demi membuktikan bahawa kamulah yang terbaik. jika menjadi yang terbaik itu perlu membuatkan kamu memijak semua yang lain, maka kemenangan itu tiada apa maknanya pada saya kerana nanti suatu masa tiba seorang yang lebih gagah dari kamu lantas akan memijak kamu selumatnya. dimasa kesedaran yang sudah terlewat itu, tidaklah bersisa apa-apa bagi diri kamu melainkan rasa kecewa dan marahnya kamu terhadap si penindas kamu. nilai diri dan perkara yang kamu sayangi telah kamu buang dan lemparkan ke laut dalam. manusia bukan tuhan, manusia bisa memaafkan tapi tidak bisa melupakan. manusia bisa berbelas kasihan tetapi mengharapkan semuanya dilupakan, tidak mungkin sama sekali.
saya melihat beberapa peristiwa manusia merosakkan akar dirinya demi sebuah kemenangan. melihat bagaimana seorang teman "membunuh" teman rapatnya hanya kerana dia tidak bisa melihat mereka sama-sama berjaya. melihat seorang teman menyembunyikan perkara penting dari teman rapatnya kerana tidak bisa melihat temannya turut berjaya. melihat seorang ibu membunuh anaknya demi tidak bisa melihat suaminya pergi jauh darinya.
saya secara jujur melihat mereka ini dengan pandangan jijik. mungkin saya juga pernah melakukan perkara yang berkenaan tetapi pada zahirnya, saya bukanlah manusia yang begitu. saya mungkin saja kedengaran cuba mempertahankan diri saya tetapi saya tidak berbuat sesuatu tanpa ada sebab musabab. saya tidak "menikam" kalau saya tidak "ditikam", saya tidak menipu kalau saya tidak ditipu (dan melainkan perlu), saya tidak sembunyikan apa2 dari kamu jika kamu juga tidak sembunyikan apa2 dari saya. melihat rancangan "APA YANG PEREMPUAN MAHUKAN" memberi rasa ngeri yang teramat bagi saya. ini bukan kali pertama saya melihat manusia tanpa segan silu memalukan diri mereka dengan memperkotak-katikan rakan mereka demi sebuah kemenangan. rancangan realiti televisyen "SURVIVOR" mempamerkan rakan2 baik "menikam" sesama sendiri. demi sejumlah wang, kamu bisa saja menikam rakan tawa dan nangis kamu.
saya kira dalam diri setiap kita inginkan kita ini lebih dari orang lain tanpa memikirkan dimana nilai diri kita sebagai manusia. saya tidak menghalang sikap kompetitif, tetapi kompetitif yang negatif amatlah tidak merangsangkan minda saya. mungkin saja materialistiknya kita menjadikan kita ini buta. dan demi endorfin cinta wang yang diwarwakan, manusia bisa jadi lebih hina dari binatang.
untuk kesekian kalinya, saya melihat rapuhnya manusia terhadap cinta wang/kejayaan/kemenangan dan setiap kali menarik nafas juga saya berasa takut jika ada diantara manusia2 yang sudah dikelabui mata mereka ini dengan cinta wang/kejayaan/kemenangan bakal menindas saya demi oksigen yang mereka rebutkan dengan saya. demi tuhan, jika manusia sudah sampai ke tahap begitu, saya mohon sangat dengan Tuhan untuk meleburkan saya.
~> mungkin beginilah rasanya bila jiwa kecamuk.
Friday, February 23, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment