Thursday, February 15, 2007

V-Day Tragedy

Semalam Hari Valentine. 14 Februari 2007. Mungkin sudah ditakdirkan oleh Tuhan bahawa semalam bakal jadi titik penting hidup aku. Untuk menerima bahawa terjadinya yang telah terjadi ibarat menelan jadam. Pahit nya meresap ke segenap isi perut, meninggalkan sisa-sisa kepahitan tak terhilang serta merta. Entah lah...mungkin saja bila mana aku dah bersedia untuk melepaskan dia pergi dari memoriku, mungkin diri ini masih sedar bahawa diri ini masih utuh berdiri dan bermimpi. Sekarang, biarkan aku dalam mimpi ngeri ku, melayan rasa pahit bak jadam ini.

Semalam, aku menerima satu berita. Berita yang tidak pernah ku sangka-sangka datang menjengah ketika aku meluputkan ingatan terhadap dia. Datangnya ingatan itu mengetuk rasa sedih ku, menyiat-nyiat perasaan ku. Diri aku meronta-ronta minta dilepaskan dari belenggu ini. Aku tak sanggup lagi mengenangkan dia.

Semalam, ku dengar berita yang membuat aku rasa bagai mahu mati. Dia yang dulu sentiasa membuat ku tersenyum kini sudah tiada. Lebih menyedihkan, aku tidak dapat bersua dengan nya buat kali terakhir nya. Janji yang termetrai hancur lerai dek kesibukan kerja. Untuk menyalahkan kerja, aku tidak sanggup. Itulah dedikasi aku, itulah masa depan aku. mungkin dia tak ngerti betapa aku amat dedikasikan hidup aku terhadap kerja yang satu ini.

Bukan aku tidak sayang, bukan aku tidak cinta tetapi sayangnya terdapat durjana menghantar dia pulang ke hadrat Ilahi. Oh Tuhan, kenapa mesti disaat begini. Disaat aku sangkakan segalanya berjalan lancar antara kami. Ketika aku sangat rindukan dia, ketika aku hampir saja mati tanpanya.

Nyaris aku hilang pertimbangan. Semua teman2 membisu. Seorang pun tidak berani bersuara. Aku hilang sabar.

"Kenapa ko tak cakap kat aku?", soal aku dgn marah.
"Bukan aku taknak bagitahu ko tapi......" jawab roomate aku teragak-agak.
"Tapi apa lagi? Ko ingat aku ni sape dgn dia???? Sampai hati ko wat aku camni. Aku tak layak tahu ke??? HAAAA...AKU TAK LAYAK TAHU KE??????" jerit aku.
"Aku taknak tengok ko marah-marah. Lagi pulak, benda kecik je pun. Rileks la beb."ujar roomate aku, gugup untuk menenangkan aku yang sudah naik minyak.

Masih cuba mengawal emosi yang sudah berantakkan, aku cuba menghalang hilang pertimbangan terhadap roomate sendiri.

"Ahhh,...sudahlah. Banyak la alasan ko. Cibai la sape yang tibai buah oren aku ni. Dah la yang terakhir tu beb. Susah nak carik yang manis camtu." ujar aku bersungguh-sungguh marahnya." kata aku.

"Loh. nanti aku ganti la balik. dramatik sial ko ni. Oren jer pun. Itu pun nak kecoh satu rumah ke?" housemate lain cuba menenangkan.

"Aku takder la marah, cuma aku kesal. Tapi since korang dah janji nak ganti, ganti sekilo la. Aku ketagih makan oren sekarang ni. hehehe. " kata ku cuba berlelucon.

"Beres. Tapi kita wat party sempena CNY la. hehehe." kata housemate sambil disambut gelak ketawa.

Kesimpulan: Happy Chinese New Year to all Malaysian. Makan oren byk2 untuk kesihatan yang baik.

p/s: jangan marah yer. senyum sikit di hari-hari stress begini. :)

10 comments:

Anonymous said...

YOU CHEAP BASTARD!!!
*aaaaaaaaaaaaaaaaaargh*


p.s. wtf is jadam? (igt nk tanyer elok2.. dah abeh bace intonasi jd lain plak!)

Unknown said...

ko penah dengar tak orang mati tecekik oren?

*gelak guling-guling*

Anonymous said...

nice one azamil...
*evilgrins*

Anonymous said...

Hampeh..terkena gak aku.. Baru igt nk rajen sket visit blog mangi..

Ni membuatkan aku terasa tertipu

Setelah sekian lama aku x visit..inikah balasan kau kat aku mangi... dem..

dueng said...

ops. i can sense some blood thirst aura. chill all~!

raja: jadam itu sejenis benda yang pahit. aku juga tidak pasti apakah bendanya itu. :)

azamil: jom2 makan oren. happy CNY~!

ask-what: lain kali, selalu2 la jenguk. jgn putus asa yer. sila lawat lagi. :)

Dils said...

hahaha.. siot. Samalah tertipu.. ah well.. thats quite a gud one :P

Arena said...

3rd time here..
cheisss tertipoooo aku.. muahahaha..

dueng said...

huhu~~..don't get mad, get even k. but make sure i'm falling for your trap. :)

dila: sabor2. igt nak tulis panjang2 lagi tapi kinda takder idea la plak.

arena: hahaha. welcome to my blog. rileks2. ceria2 di hari raya..cina. :P

Hani said...

mangi i hetiuuuu!

adek aku menang chess competiton dpt limau sekotak manis gile. hambek la kt ko! hehe!

Remi said...

CNY tahun ni aku merasa satu je buah oren... tu pon ntah sapa bagi kat pejabat n aku makan 2-3 ulas jek..