argh....terasa nak menyumpah je. semalam mak aku call(actually isnin), dia tanya psl IC dgn ATM card aku yang sampai kat rumah. aku dah le tgh demam time tu, dengar cam nak tak nak je jawab telefon dia, pastu apa lagi. setambun aku kena marah.
mak aku tanya apsal aku tak telefon dia, aku pun jawab la aku takder kredit, aku takder duit nak topup, aku letih balik kija, phone booth jauh, aku dah kasi ring-ring card no kat adik aku....apsal dia tak telefon aku? aku tensen giler. mak aku marah2 dan cakap aku tak anggap dia cam mak aku. tolong lah paham...aku tgh sibuk ni. aku tgh sengkek ni. aku tgh sakit sekarang ni. tp mak aku still nak marah jgk.
aku kalau aku tak susah, aku tak sibuk, aku call nyer rumah seminggu sekali. kalau aku tak telefon tu, tolonglah telefon aku. tolong lah!!! aku bukan selalu tak telefon rumah lama. tak leh nak harap call aku je, tolonglah call sendiri. pastu kalau aku tak call, mulalah nak marah. tensen giler aku. mmg la salah aku tak call, tp 15 jam aku kat luar rumah, balik rumah mesti lah aku nak tido je, sbb esok nak kija balik. dia ingat aku duk sini pergi melancong ke? dulu kalau dia letih balik kija selamber jer sound aku ingat dia pergi melancong, sekarang aku pulak nak sound. mak tak mak, aku pedulik hape.
aku benci betul la orang wat aku serba salah camni. tensen tau. dah ler tiap2 hari aku balik kija letih, aku takmo dah pikir mende2 gini. mak aku plak wat hal. adik2 aku plak wat bodoh je. no ring-ring card dah kasi, baki dalam tu ada berapa belas ringgit lagi....so, tolonglah call aku. tolonglah aku. aku dah cakap berapa kali dah suruh call kalau aku tak call selepas seminggu. kalau aku tak call tu bermakna aku ada hal la tu. tu pun takleh tolong ke? celaka punya adik2.
suka lah hati korang aku kena marah, dah le aku serabut dgn masalah aku sendiri kat sini...ditambah lagi plak masalah aku. sungguh lah tak bertimbang rasa. argh....mampus arr, aku dah merajuk dah ni. suka ati la apa ak jadi. aku tak pedulik. nak berbaik dgn aku balik? aku tak kisah tp lain kali tolong lah tanya dulu apa masalah aku sebelum accuse aku. aku sungguh benci orang accuse aku tanpa tanya aku dulu.
mampus arr....aku dah malas nak call rumah. pas aku top-up aku nak sent msg kat adik2 aku. nak tanya apsal tak call aku. sekarang time aku pulak nak wat orang susah hati.
Wednesday, December 29, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment