Friday, December 31, 2004

a few hours before new year 2005

hye semua, me again here. aku menulis lagi kerana hari ini sgtlah boring kerana tiada kerja ditugaskan kat aku hari ini. hahahha...dah dekat dah tahun baru 2005, 2004 yang akan berlalu lagi beberapa puluh jam telah berjaya aku hadapi dan lalui dgn jayanya. adakah 2004 berjaya menjadikan aku lebih matang? entahlah, aku tetap begini, dengan caraku sendiri.

2004 ni byk yang jadi, gaduh-gaduh, berkawan dgn orang baru, jatuh, bangun kembali, kecewa, gembira, sedih, pedih, sakit, sihat dan bermacam-macam variasi rencah hidup telah dirasa. aku mahu 2004 ditutup dgn penutupan yang baik tp bukan itu yang jadi. masalah masih lagi datang dan masih lagi merunsingkan kepala. tp bila memikirkan perkara yang menggembirakan yang terjadi tahun ni, mmg boleh wat aku tersenyum sorang-sorang. cam orang gila lak rasanya, tp itulah hakikatnya.

aku mengharapkan tahun baru 2005 aku akan dapat mencapai sesuatu yang tak pernah aku sangka, tp dgn perangai malas aku ni, entah bila la nak tercapai semua impian aku tu. banyak yang aku cita-citakan, tp semua nyer habis cam tu je. aku harapkan aku akan menjadi lebih rajin di tahun baru ini(even aku tau tak pernah berjaya nak jadi rajin). aku akan berusaha untuk sesuatu dan seseorang. i want to be a new man......a new man with new attitude. new good attitude. doakan aku berjaya.

No comments: