Semalam aku dah baca satu .pdf file yang memang bagus since banyak yang dah belajar dari pdf file tu. pdf file tu mengenai 20 soalan yang common non-muslim akan tanya pada muslim mengenai islam. well, kebanyakkan soalan yang dikemukan adalah sensitif dan sebagai muslim kita tak patut melenting atau memarahi non-muslim atau muslim yang bertanyakan soalan camtu kerana mungkin mereka kurang tahu ataupun mereka ingin tahu.
anyway, part yang berkaitan dgn topic ni adalah mengenai isu perempuan muslim yang dipaksa memakai hijab @ tudung? ha...panas gile bagi sesetengah orang. so penulis mende ni (dr zakir naik - islamic research foundation) telah berjaya menerangkan dgn panjang lebar dan dgn logik sekali (saper nak mende ni boleh jer mintak kat aku, aku send kat korang). so apa yang berkaitnya dgn topic blog aku ni?
Sebenarnya, kenapa perlunya muslimat memakai tudung? Apakah batas-batas hijab yang perlu dipatuhi? Apakah hikmah pemakaian tudung? Orang barat melihat tudung a.k.a hijab sebagai satu penindasan terhadap muslimat dan menganggap muslimat perlu dibebaskan. Islam melihat pemakaian tudung atau hijab sebagai pelindung kepada nafsu jahat masyarakat. Allah berfirman dalam Al-Quran dalam dua ayat dimana Allah menyuruh para lelaki meredupkan pandangan terhadap wanita dan benda2 yang menaikkan nafsu ni. dalam ayat seterusnya Allah menyuruh perempuan melindungi apa-apa yang mereka miliki (dgn memakai hijab atau tudung) dan hanya boleh ditunjukkan kepada mahram sahaja. dan jelas sekali bahawa hukum menutup aurat ni mmg sangat jelas dan mampu mengekang kejahatan berasaskan nafsu berleluasa.
Akhir-akhir ni aku melihat kesopanan dan kesusilaan perempuan yang memakai tudung semakin luntur. Sedarlah bahawa tudung bukan sekadar fesyen yang boleh digunakan sesuka hati. Dalam pada seseorang mengambil tudung sebagai pakaian, terkandung didalamnya satu amanah untuk mempotretkan satu imej yang baik dan mulia sebagai mana yang sepatutnya pada si pemakai. Jagalah tatasusila (janganlah buat gediks-gediks gile, melepak tak tentu hala cam orang takder rumah, dan bermacam lagi kerenah buruk) dan adab sopan sepadan dgn tudung yang dipakai tu. Semoga umat islam terpelihara semuanya.
Aku sure mesti ada orang cakap yang aku ni suka tengok perempuan seksi, aku pun bukan baik gile, aku ni ntah apa lagi la tp tak boleh ke bukakkan fikiran kita ni untuk menerima mana-mana yang baik dan perbetulkan sesama sendiri. Manusia ni mudah lupa jadi aku menulis disini sekadar satu peringatan untuk sesama kita tentang tanggungjawab kita sesama manusia. kalau korang rasa taknak ikut aku tak paksa....suka hatilah sebab Allah tu kurniakan akal fikiran untuk korang berfikir dan korang buatlah mana yang patut dan dirasakan betul.
Aku ada satu lagi isu untuk korang semua pikirkan....isu budak yang dapat 17A1 tu. kawan aku terpaksa melalui pagi yang memedihkan kerana isu tu. yer lah....mentaliti orang dulu-dulu (termasuk mak bapak aku jgk), belajar rajin-rajin, pastu dapat kerja elok2. what the heck is that? aku tak nafikan pendidikan adalah segalanya untuk korang berjaya tapi aku tak rasa dengan pencapaian yang gila babeng camtu boleh buat korang generate income gile2 nyer besar. bagi aku bidang macam medic, engineering, dan yang susah2 tu of course la nak orang yang kuat study....well, aku bukan jenis gitu so berbaloi aku IS. Anyway, ko nak income bagus, kena la usaha kuat untuk bina peluang kerja sendiri jangan lah nak harapkan orang nak kasi kerja kat korang. manusia yang berani ambil risiko (selepas berfikir baik buruknya) adalah orang yang akan berjaya. Pada aku, pendidikan sepatutnya cukup-cukup untuk aku dapatkan base untuk aku pergi lagi jauh dan bukak business sendiri. kalau tak bukak pun at least boleh conquer company besar2 yang dah ada kat malaysia dan dunia ni. memang orang cakap bukan senang nak senang tapi aku rasa dengan planning masa sekarang aku rasa boleh kot. itulah impian aku. dan aku rasa apa yang aku belajar sekarang dan dengan knowledge yang aku ada sekarang cukup untuk aku bergerak nak carik base tu.
Seriously, apa guna korang belajar satu benda yang korang takkan guna suatu hari nanti? aku ada baca "Rich dad, Poor dad" yang menceritakan prospek untuk korang berjaya pada masa depan. yang paling penting adalah untuk korang mengetahui keadaaan ekonomi masa depan dan fianncial planning mesti power. Buku tu jgk menceritakan pasal perspektif ibu bapa terhadap education...senang citer korang kena belajar rerajin, dapatkan kursus yang gempak dan surely korang dapat kerja bagus. memang kerja bagus tp kalau financial planning fail, akhirnya sampai 20 tahun kahwin pun hutang rumah, hutang kereta, hutang pinjaman belajar yang dulu2 pun takleh nak solved lagi. so sepanjang hidup korang hidup dalam hutang. itu bukan satu prospek masa depan yang bagus untuk aku. aku kalau boleh nak settle down aku nyer payment utk rumah at most dalam 20 tahun dan at least 10 tahun. start jer korang kerja, maybe dalam umur 22 tahun dan settle bayar rumah waktu umur korang 42 tahun. ha...nampak tak prospek masa depan aku? lagi bagus kalau boleh settle dalam 10 tahun since umur aku baru 32 tahun dan aku ada banyak lagi masa nak buat dengan duit aku. hidup tak selamanya dikelilingi hutang.
so, sekarang ni aku dah nampak prospek masa depan aku...so korang camner laks? at least by 50 years old aku akan ada at least RM 1 million assets (tak kira la cash, rumah, kereta, busines). aku harap prospek aku ni tercapai.
Am.Believe.In.Power.Of.Business.People
Wednesday, March 09, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
kekadang psl tudung ni buat umat islam dipandang rendah. psl ko nyer entry tu no hal...nanti aku explore.
anyway, psl ekonomi tu...the conclusion is easy...degree dalam bidang yang gempak (medic contohnya0 tak menjamin boleh generate income power.
psl economy laks, since satu dunia ni kapitalis yang kontrol...so kalau nak survive, kena la join derang. aku pun takder cara nak jadi kaya raya gila2 just matlamat aku nak ada business sendiri by the time aku retire dari work force. dan paling kurang asset sebanyak RM 1 million. psl hutang tu plak, ko nak beli kereta dgn beli rumah kena start awal especially rumah since harga rumah makin naik. so, kena la wat loan sebaik sahaja ko konfirm dapat kerja. itu la perancangan aku...orang lain aku tatau.
cara paling senang nak kaya ialah main saham tp risiko tinggi. high risk, high oppurtinity. so kalau rasa berani boleh try main saham. aku pun terasa nak belajar jgk. tp tunggu duit banyak dulu la....
kesimpulannya, nak hidup senang kena ambik byk risiko yang mungkin tak bagi pulangan yang diharapkan. so keep trying jer la. and do some back up for your money in case anything very bad happen.
alohaa dueng-mangifera
it's been quite a time since I've dropped any comments on this blog.
very nice topic that you have wrote, well as a women, I really agree to the issue relating wearing hijab...it's not so hard to wear a hijab, it's for our(women) own good, as a sign of our dignity and most importantly it shows how obedient we are as muslims to our Creator.....
again, as u wrote, wearing hijab also carries a big responsibility in terms of it's image and other people's perception....which is sometimes hard to do....even I, myself sometimes having a hard time to present a muslimah wearing hijab = good person...like they say, "we are not perfect, that's why they call us humans"....
but there's still one thing about some women wearing hijab nowadays and it have become a very conflict between the purpose of wearing hijab and fashion, wearing hijab but still exposed the (guys should know) ****** part....so how to overcome this problem???
hmm, I feel sorry for your friend, but again, the adults mentality sometimes have a greater view of the future based on their experience, but what they don't know is their experience in their past life is not the same as now, even though they expect to be the same...I think it's just a clash of perseption between your friend and his/her parents...but take it as a challenge to face the real world...because there's still plenty of 'them' outside waiting to be confronted..
about the girl that set the record, I have to say that she is almost like a sponge, absorbing very well all of the knowledge for 17 subjects!!! but like you say ( I like your idea), the old perception; good education = good life cannot be accepted totally, especially in a rapidly changing economical state nowadays, good education is just only a boost to have a good life but not necessarily will be having a good life......if not, there wouldn't be issues regarding graduates and even master students being jobless..
one more thing that interest me is about the 'Rich dad, Poor Dad' contents that you quoted from, I would like to share this sayings from one of our Imams ( I can't recall who was it), "Ilmu tanpa amal ibarat pokok yg tidak berbuah" and one more saying (more or less) "Ilmu itu adalah amanah dan hak Allah. Ilmu bersifat suci dan bersih. Berilah ilmu kepada mereka yang layak memilikinya kerana jika diberi kepada mereka yg tidak layak, ianya sama seperti tidak amanah. Begitu juga bagi mereka yang berilmu tetapi tidak beramal dengannya"...I'm not sure the exact words, but I will give the exact words in the future.
candy_sniper
aku tanak komen bebanyak pasal tudung tu, sensitif. tapi bab duit yang ko cite tu aku suke nak komen..aku ni mate duitan skit..hahaha. seperti kate asar camaner ko nak 1 juta kalo 2ribu sebulan pun payah. Ko kate nak main saham? Business? Sorry le nak kate, susah ler bagi kite yg lahir memang makpak pun tak kaye. Maner ko nak cari duit? Pinjam kawan, bank? bape banyak die bole kasi? Beli umah umur 22 tahun? Hrm...maner nak carik downpayment? Unless ko anak org kaya, makbapak ko bagi RM50,000. duit tu ko buat modal main saham ke, business ke, memacam la. Tu sebab orang kaya makin kaya, orang macam kite macam tu gak. Aku tahu kite patut start invest something sekarang, aku try tanya RHB unit trust semalam. Tiap2 bulan masuk duit Rm300 @ lamp sum 10ribu. itu minimum! Kalo main saham ko bukan kene ade modal nak main jer, kene cari remiser, bil tepon sure tinggi, bayar upah die lagi? Mane nak cari duit? Aku student lagi...Aku belaja finance, kalo nak invest jangan pakai duit pinjam, sebab ko bole bankrap @ bunuh diri! At the end of the day, yg mampu aku buat simpan duit kat ASB dgn harapan dividend naik tahun ni....Aku tak bace lagi buku Rich Dad Poor Dad so aku tak tahu care ape yg die pakai. Pinjam bole, kot2 bole kaya gak.(See, beli buku pun xde duit)Hehehe
hahaha....alos. be positive. cuba tgk cam donald trump. dia bangkit from sctrach jgk. bukan tak boleh tp kena amik risiko. tu beza orang ekonomi dgn orang business. orang ekonomi terlalu berhati-hati dan terlalu terikat dgn analisis. hidup kena amik risiko...fail pun takper...at least something jgk boleh belajar. aku ni terpengaruh dgn buku dare to fail...tp aku pun merancang dgn berhati2 jgk...kena ada simpan duit tepi sikit. orang business amik jer risiko...dan kalau berhasil baguslah. tak try tatau...cam jgk bila microsoft nak amik license utk edar OS dgn IBM...IBM tak rasa terancam sebab pada fikiran derang microsoft tak leh wat duit byk dgn just license tp tgk la camner sekarang.
huda: aku cadangkan ko amik skim fixed deposit. fixed deposit ni satu produk bank commercial. ko kena masukkan duit ko at least rm 5000 for the first time and then tiap2 bulan ko masukkan rm 200 je. ko set baper tahun dia nyer maturity term dan ko takleh withdraw selagi tak sampai maturity term dia. ni la cara kita sebagai orang sederhana ni utk collect duit utk downpayment rumah. at least dalam masa ko umur 25 ko dah boleh beli rumah. lagi satu ko kalau nak tgk rasional sistem kewangan ni try this url:
http://www.mymoneyskills.com/visa/my/ms_MY/index.shtml
mende ni dalam bahasa melayu...aku senang paham sikit guna bm compare guna english. tp kalau nak english site, pepandai la carik dia nyer tab nak tukar site. macam-macam tips ada dan aku harap all readers can manipulate something from this site.
part paling bagus dalam mende ni adalah ko tahu beza kredit card dan debit card serta masa bila sesuai nak guna kedua-dua card ni. ada jgk mengenai simpanan awal dan bermacam-macam lagi. take a look at this site then to learn something.
lagi satu, kalau ko nak beli kereta, better start choosing your own car from now. dalam dua tiga tahun lagi AFTA akan mansuhkan cukai atas kereta import so kereta import boleh compete dgn proton dan perodua product. aku suka kia since harga murah tp spec bagus. lebih kurang proton jer kia just mahal sikit...so bayangkan bila AFTA mansuhkan cukai ke atas KIA...surely lagi murah. lagi satu try choose bank yang bagus utk beri loan kereta dan rumah ni. aku cadangkan bank rakyat since servis derang bagus. loan sewa beli islamic derang mmg ok la dan payment term dia utk kereta kalau tak silap up to 10,20 years. ok arr...ushar arr sendiri dan share la mende yang aku terlepas pandang. bye....
better merancang sekarang cause dah tinggal setahun lagi nak grad. masa depan sungguh dekat dah. try la carik side income cam multilevel marketing ke dan sebagainya utk buat duit. camner? puas hati dgn explaination aku? aku terang ikut apa yang aku paham je...kalau salah sila la betulkan aku nyer konsep.
beli kete sekrg? susah maa... pinjam bank kene tunjuk slip gaji... ko ade income tetap tiap2 bulan. i think bank rakyat punyer interest still tinggi. mak aku dah kire. aku tunggu keje ngan PETRONAS pastu mintak loan kete kat die..doa ler PETRONAS nak amik aku keje, amin...(hahaha, loan belaja tak abis nak pinjam duit loan kete plak). Aku cume harap, ko berjaya ngan cite2 ko. Jangan plak jadi angan2 mat jenin jer..Tq la suh aku masuk fixed income, same je macam unit trust. name jer tukar. aku dah join multi level marketing(tolong mak aku)..susah. Memang bole kaya MLM ni tapi kalo 10 org join, 1 je yg berjaya kot. tapi aku pun tak komited. aku rase jual kuih raye lagi untung dari MLM (IMO jer). Ape2 hal, gd luck la ye.
sebut pasal kuih raye..[ecey..memetik kate2 nurul]..betul bisness kuih raye mmg kayo rayo..bukan kuih je rayo..kayo pun rayo gak..my neighbour yg kat depan umah aku already started her kuih raye bisnes about 5 years ago..she started the business just kecil2 one..bakar pun pakai oven yg ordinary ppl ade..i mean ordinary ppl yg ade oven but not intend to make kuih raya for business la..then afte 2 years..she already able to buy another 2 refrigerators + 2 super big microwave..(oven bole ak..terase besar sket pakai term tu)she is a teacher even now pun still a teacher..her business just during hari raye aje..dats all..but the turnover was very huge..smpi she and her family bole buat around the malaysia in fourteen days..ahaks~ tu baru business kecil2an la bg aku..sebab her business tu seasoning..what if she seriously involved..means stop being a teacher and give her full concerntration on the kuih raya business..when hari raya comes..the order could reach more that hundred packages with each package contained at least 50 pieces each..if one package cost us about RM20 (in average la) 20 x 100 dah already thousands..aku rase kuih raye xde la 20 je..malah lebey kot..aku tatau sgt..aku tau mkn je..haha..bagi kaum hawa..another business yg bole untung..jual kain..oo yeah..aku already halfway involved..join mak aku..i'm the one providing the modal..50%-50% my mom said..thats enuf for the beginner like me rite..each pasang untung about RM5 so multiply by 20 (slalunye skali jual la) dah hundred.aku invest RM400 - 40 pasang..means the gain was about RM200..ok la tu..dah lepas nak beli buku for the next sem rite..so..wanna join me..ahahaha
macam orang selalu cakap...bisnes makanan ni surely untung. tp yang penting hati kena baik nak niaga, takleh kedekut sgt sebab nanti orang tak suka produk ko. produk mesti the best...itu baru bebaloi orang nak beli.
anyway, aku ingin jgk menceburi bisnes ni...base dah ada dah....abang aku ada wat gerai makan, so aku just sumbangkan modal dan kasi boosting up dia nyer bisnes je...kalau ada rezeki mahu jgk bukak mini mart dgn stesen minyak. kalau boleh nak buat bisnes dalam bidang macam-macam supaya ada back-up kalau satu bisnes collapse.
so, aku harap bisnes yang aku harapkan tu berjayalah. boleh jadi family bisnes, anak-anak dan cucu-cicit nanti takyah susah-susah bila dah besar nanti. aku takmo derang rasa susah yang aku rasa time aku kecik...kalau yer pun aku nak bagi derang rasa, biar mende tu jadi pengajaran betapa susahnya nak carik duit, supaya derang menghargai duit yang derang dapat. generasi sekarang makin rosak...so terpaksa la ajar guna cara yang keras sikit (aku dulu pun diajar cara yang agak keras so apa salahnya). displin paling penting...even aku pun tak berdisplin sgt. kui kui kui~~~
Post a Comment