Wednesday, June 29, 2005

Multiple Topics

Assalamualaikum to all,
hari ni, aku nak citer psl memacam benda. so just sit back dan biarkan aku bercerita.

Melihat hujan
Tetiba teringat nak citer psl pengalaman menonton hujan. Hujan selalu buatkan perasaan aku terusik. Kerap kali bila aku tgk hujan turun dari bilik aku kat UTP, selalu igt psl family kat rumah. Entahlah...hujan selalu tolong aku muhasabah diri disaat kesesatan yang tak berpenghujung gini. Selalu teringat time duduk sekali dgn akak aku and adik2 aku...akak aku akan citer psl seorang abang/akak yang kena jaga adik dia sebab mak dia nak mati dah. aku igt lagi lagu dia...


di pondok kecil, di pantai ombak,
berbuih putih, beralun-alun,
dgr adikku,ibu berkata, jaga adikmu...ibu kan pergi jauh..
biarpun tak sampai abis, tapi lagu ni memang sedih. siap nangis2 lagi bila akak aku nyanyi lagu ni. adik2 aku pun sama jgk. terasa rapat sgt time tu. sekarang ni, bila aku tgk balik air hujan yang turun tu...still terngiang2 pengalaman dulu ketika time hujan. rindu nyer masa tu...

If tomorrow never come
Incase la kalau aku tak sempat jumpa hari keesokkan nya, aku harap aku leh beritahu perkara yang jujur terhadap semua orang yang pernah aku lukakan dan buat salah either derang sedar ataupun tak. jugak, aku harap..aku leh beritahu perasaan aku kat orang yang aku pernah suka tp sampai sekarang tak terkeluar lagi dari mulut aku. harap dalam mintak maaf dari family aku utk segala kesalahan aku dan maafkan aku kerana jadi seorang ahli keluarga yang tak membantu sgt.

aku jgk harap, aku akan diingati oleh orang yang pernah kenal aku sebagai satu memori yang menggembirakan. pastu, aku harap...dapat memaafkan semua orang yang pernah buat salah dgn aku. paling penting, sempat la aku bertaubat terhadap semua dosa aku.

Wasiat aku:
PC - adik2 aku selepas cleankan seme2 benda2 yang tak patut
pakaian - bagi la pada orang yang memerlukan
duit, harta yang aku ada - bayar la hutang2 tertunggak, kalau lebih sedekah la kat rumah anak yatim.

Kan best kalau aku tahu aku akan mati bila...senang sikit nak bertaubat. at least boleh prepare diri sendiri.

Perasaan kasih sayang
aku pernah citer kat narulle, yang aku ni tak pasti saper sebenarnya yang aku betul2 sayang. dalam list aku, ada dua tiga orang tp aku takder hint yang strong utk aku mengatakan aku sayang gegila kat mana2 sorang. kalau pun diberi pilihan, aku takleh nak cakap mana satu yang betul2 aku suka. kekadang aku rasa aku konfius adakah bebetul aku sukakan semua perempuan tu atau adakah aku sebenarnya takder apa2 perasaan pun.

pernah narulle tanya aku soklan dan beri aku pilihan antara dua orang yang aku minat, dan terus terang...aku rasa confuse nak pilih yang mana satu. dua2 ada benda yang aku suka, jgk ada benda yang aku tak suka, jgk ada benda yang aku sayang psl derang, jgk ada benda yang buat aku nyampah psl derang. at last, i left blur and blank. aku pun tatau arr.

aku bukan nak pikir sgt tp aku rasa, aku dah perlu serius sikit psl life aku. psl kerjaya dan masa depan, aku rasa aku dah bebetul pikir dan agak matang dah tp psl hal cinta, aku rasa aku masih blur. tak nampak sgt...kabur2. kekadang aku terpikir, senang jer aku bagi alasan dan nasihat kat orang yang tgh ada masalah cinta tp bila sampai kat diri sendiri....aku blur. what should i do? am i doing the right thing? am i doing the wrong thing? am i good enough for her? entah la..makin aku pikir, makin aku pening.....

Perbelanjaan
Akhir2 ni, nafsu aku membeli belah semakin naik. maybe sebab scholar dah nak masuk kot. tp aku kekadang agak riso bila aku suka berbelanja tanpa pikir panjang. pastu mula la sakit jiwa nak tunggu duit masuk plak. tapi sekarang ni dah rasa cam reti budget sikit dah since benda2 yang aku nak beli semer nyer jenis makan duit byk...so takleh keluar budget sikit, kalau tak sure sakit kepala nak cover lebihan perbelanjaan.

Apapun, membeli belah tetap seronok. Ah...aku igt nak jual few thing yang aku dah tak guna. hahaha...ada nyer pembeli since semua orang dah masuk scholar so leh la beli barang2 aku. jgk nak carik untung sikit dgn peluang bisnes yang agak terbuka akhir2 ni. TQ narulle utk idea yang bernas tu. hahhaha...

Akhir kata, inilah topik2 pendek yang bermain dalam kepala aku. nak citer lebih2 takleh plak karang orang jadi boring dgr cite aku. oklah, komen la mana yang patut. chiow~~~

Tuesday, June 28, 2005

Sesuatu untuk difikirkan

Assalamualaikum to all,
Ni ada berita dari Utusan Malaysia hari ni. Memang sesuatu utk kita pikirkan. so, pikir-pikirkan lah.

"Pertandingan ratu pondan diserbu

JAKARTA 27 Jun - Pertandingan ratu cantik pondan yang diadakan di sini gempar apabila aktivis-aktivis agama Islam bertindak menyerbu pertandingan tersebut semalam.

Namun, pertandingan tahunan buat kali kedua itu bersambung semula selepas penganjurnya mengadakan rundingan dengan aktivis-aktivis berkenaan.

Menurut para saksi, kira-kira 10 anggota Barisan Pertahanan Islam yang memakai jubah dan kopiah merempuh masuk ke dalam kelab malam itu tempat diadakan pertandingan tersebut.
Selepas mengadakan rundingan selama 20 minit, pertandingan tersebut diteruskan dengan persetujuan acara itu ditamatkan lebih awal.

``Kami mengalami trauma. Mereka menyatakan kami tidak bermoral tetapi Tuhan yang mencipta kami begini,'' kata penganjur pertandingan itu, Megi Megawati apabila dihubungi hari ini.

``Saya juga beragama Islam tetapi saya menghormati orang lain. Mengapa mereka tidak,'' tambahnya.

Kerajaan Indonesia berpendirian sekular serta mengamalkan Islam dalam bentuk kesederhanaan berbanding negara-negara Asia Barat.

Bagaimanapun, mereka yang berpendirian tegas semakin mendapat sokongan dan terdapat beberapa serangan keganasan yang menjadikan kepentingan Barat sebagai sasaran.
Barisan Pertahanan Islam dibentuk pada 2000 dan berkempen untuk melaksanakan undang-undang Syariah.

``Pondan tidak seharusnya dijadikan satu ikutan,'' kata ketua siasatan maksiat kumpulan itu, Alawi Usman.

``Kami bimbang ia akan mempengaruhi anak-anak kami,'' ujarnya.

Dalam pada itu, seorang pekerja perhubungan awam berusia 20 tahun, Olivia diumumkan sebagai pemenang pertandingan tersebut.

Olivia memenangi tiket pergi balik bernilai AS$250 (RM950) ke Bangkok, Thailand di mana beliau akan menyertai pertandingan Ratu Cantik Pondan Antarabangsa pada tahun depan. - AP"

Apa kata korang pasal isu ni? Aku pun tatau arr nak cakap camner lagi, orang camni asyik salahkan Tuhan jer bila derang terjebak dalam benda camni. Bukan Tuhan dah bagi freewill ke utk pikir dan nilai baik buruk setiap benda dalam dunia ni? entah lah.......

p/s: sedih bila tengok kawan sendiri jadi pondan. apa nak kata, derang tak suka hipokrit dgn diri sendiri dan orang lain.

Monday, June 27, 2005

My New 30GB mp3 player

Assalamualaikum to all,
hoho...last weekend i manage to get a very very very good deal with a seller in eBay Malaysia on a Creative Nomad Zen NX 30 GB mp3 player at only RM 470. unbelieveable? believe it. but it's a used stuff (already aged 1 year but 6 month not been used). anyway, as long as i get it within my low budget, i don't mind if it's used items or not. hahahha. this is the picture of the new mp3 player of mine (the picture is from creative website...)



Even it's quite bulky (size of notebook HD plus encoder and other components that i doesn't know its name) but the satisfaction is superb. hehehe...well, after some deleting and re-formatting, this mp3 player will be at basic condition so i can tune it to my preferences. anyway, i'm really lucky to have this deal and even i need to use my paycheck first + borrow narulle's money and "keringkan" my pocket. duh...then i very eager to wait for scholar money to bank in. i have one more item to buy, well, i will story-story about it when i got it.

and i can say, my dream come true...i'm happy to have this mp3 player. hahahhaa...happynyer...

p/s: the reason why i'm really happy cause the first-hand price for this mp3 player is RM 1000 ++. so, when i get it for only half of its price, shouldn't i be very glad?

Tuesday, June 21, 2005

Sugar is an addictive drug??

This summary is not available. Please click here to view the post.

Monday, June 20, 2005

Merdeka!!

Assalamualaikum to all,
Lega gile bila aku baru abiskan presentation aku ari jumaat lepas. pergh...mmg lega gile rasa dalam hati...lapang dan tenang jer lepas tu. Paling best bila aku berjaya berlaku adil dgn diri aku sendiri dan berjaya jgk mentioned psl certain someone. akhirnya, aku dah berjaya jgk cakap psl benda yang mmg aku nak cakap dan luckily, semua benda yang jadi dalam bilik tu, kekal dalam bilik tu. kalau tak, surely gaduh besar dgn certain someone. hahaha....

part paling seronok bila present adalah bila aku mampu buatkan semua orang amaze with my word. hahaha...terasa best sungguh. dan dgn lawak yang secukupnya, suasana jadi sgt positif. dan aku nampak muka lecturer dan sv aku cam puas hati dgn apa yang aku belajar kat bank ni time internship. Quote paling bermakna bagi aku adalah :

"I remember when I arrive at this bank and Encik Mansor (my sv la) told me that I should manipulate all 16 credit hours wisely and by the end of this internship period, I think I'm had use all 16 credit hours perfectly"

quote ni paling best sebab bila lepas jer aku habiskan ayat aku, semua orang senyum dan mengangguk. well, aku take that as they believe that I been used all 16 credit perfectly. hehehe. dan phrases paling selalu aku sebut ada real project management, real working environment, dan i have learnt a lot.

apapun, jumaat, sabtu dan ahad adalah masa untuk enjoy. ari jumaat petang tu pergi berjaya times square gi jenjalan dan berborak dgn narul and kobar. layan borak tak hingat la...pastu gi makan kat hartz chicken buffet. gile kenyang. pastu gi sambar dvd 4 keping, 3 dvd 8, satu lagi tu dvd 9 tajuk dear frankie. gile sedih citer ni....mmg patut ditonton. dvd 8 tu plak citer saint and soldier, DEBS and in the cut. Aku baru tgk DEBS dan mmg gile ah citer ni. some kind power puff girl versi movie and plus full length of lesbian scene. quite kelako dan me-release-kan kepala. hahaha.

tp paling best dear frankie. psl sorang bdak pekak yang tak pernah jumpa bapak dia dari kecik. pastu, mak dia reka cerita yang bapak dia gi belayar naik kapal ACCRA. so, tetiba kapal ACCRA tu dijadualkan tiba kat hometown derang. so, mak bdak ni mmg serba salah either nak bgtahu kisah sebenar ataupun carikkan stranger utk jadi bapak frankie ni selama satu hari jer since kapal tu berlabuh selama sehari jer. so, sampai situ jer la aku leh citer....nak tahu lebih kena tgk la plak. aku suka citer ni psl simple but still touching. background kat scotland and without the english sub, aku rasa aku mmg takleh comprehend dialog citer ni. scottish english mmg pelik sungguh. apapun, citer ni mmg best. layak utk tayangan sempena father's day, mother's day and even hari kanak-kanak. sesuai utk semua golongan. hehehe....

hari sabtu plak, aku gi jumpa Mochi a.k.a aizad. gi dgn kobar. gi jumpa kat stesen sentral, layan makan McD dan pastu gi jenjalan kat rumah mochi. pastu, gi sunway piramid, jenjalan dan makan sekali lagi kat hartz chicken buffet. kali ni aku makan 8 pieces of chicken breast, coaslow, 2 cup of ice-cream, 5 glass of ice lemon tea. pergh...mmg kenyang gilos. tak sanggup rasanya nak berjalan dah. pastu aku jumpa satu kamera digital sony cyber shot, pergh...gile nipis tp digital zoom 3x, 3.2 mega pixel, tp size lebih kurang Creative Muvo Slim mp3 player. bahkan kalau diletak sebelah2, mmg sama besar jer dgn Muvo Slim. harga? just around 1,600+ kalau tak silap aku. so, mmg best sgt la kan kalau aku dapat sebiji kamera tu. nak jgk satu...wa...nak3 tp takder duit nak beli. sedeynya...

apapun, everything fine lepas presentation minggu lepas dan sekarang ni, nak buat report plak. buat weekly report and nak start buat final report dah. leganya bila internship period ni nak abis. tak sabor dah aku nak abiskan. till then...i'm off from my keyboard...chiow!!

Tuesday, June 14, 2005

Birthday Wishes

Brismack:
"ara ? ye ker..... he he he happy hari lahir ler dueng.... smoge berbahgia,, murah rezeeeki, panjaaaaaaaaaaaaaang umor,leh blanjer aku nnti....kirim salam kat mila ek?? kes kes kes...."

Kamirez a.k.a mekot:
"w00t!today is Jun14 what...hepi b'daybro ku yg cumil.ntah2 ade yg buatsuprise kat ngko...jgn ter.u.j.a sudala...;"

"kamirez3499 :blum
kamirez3499 : maybe aku pindah seminggu sebelum kot
kamirez3499 : tengok la nnt
kamirez3499 : er...hepi b'day "

Narulle:
"narulle : ko memang dah buat something yang teruk...
narulle : aku br jer tau td..
mdueng : aduih...mende yang aku dah buat??
narulle : sampai hati x cakap...
mdueng : ala..cakap jer la
mdueng : sampai hati??
narulle : camni ke member.,,
narulle : \birthday sendiri pun x nk inform member
narulle : wakakakakkaka
narulle : happy birthday"

Bapak:
"me_apis84 : ok
me_apis84 : dueng
me_apis84 : slamat hari jadi my friend
me_apis84 : lupa yg ari ni arijadi ko"

Zrug:
"koralzrug : hepi besday
koralzrug : besday boi la ko ari ni"

Affiq:
"joule_arefixed : happy birthday"

Suryati:
"hepi besday....muge panjang umur murah rezeki"

Ting:
"Dueng, happy belated birthday! Hehe...."

Tristan a.k.a Marquis:
"happy befdey encik mangii.. kes kes kes"

Yuni:
"ho...birthday dia ni rupenye smalam. hehe. Happy Belated Birthday lah ye :) sorry lambat dah. hehe. semoga dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki. Amin. "

Dils:
"sori.. happy belated besday.. or just hepi besday.. yeay"

Rikku:
"epppiiii beeeeerrrrddddaaaaaaaayyyy...hahaha..smlm aku perasan kat frenster kek ko tu berkelip2..tp tgk cam ko sibuk je..hehe sian kene beday dekat2 minggu tension present + masalah ni..ni way be heppi...heheh..smoga panjang umo + murah rezki"

Tq for wishing me. this memory will always alive in my memory.....love ya all my frenz....

Kronologi 14 Jun

Akhirnya, 14 Jun datang jgk...hari yang aku tunggu2 every year (ye ke? ntah le). Tapi sempena dah ada blog ni, ingin lah jgk aku coretkan sikit kronologi peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa 14 Jun 2005. Aku akan start cerita dari 13 Jun hingga ke petang 14 Jun.

13 Jun 2005

-around 10 +

check frenster, dapat msg dari Brismack a.k.a syukri, mintak kek birthday dgn aku. ceh...aku pun tak plan apa2 utk birthday, ni dia plak nak mintak. tp aku hargai birthday wish dia. tq bro, igt jgk ko kat aku.

-malam tu at Jaya Jusco, Alpha Angel

Beli kasut hitam Road Master rega RM 59.90. aku beli sebab kasut hitam aku yang lama tu dah daif sgt...kulitnya dah tanggal2. sedih sungguh keadaan kasut lama aku tu. almaklumlah, aku pakai sejak aku form 5 sampai ler aku 4th year. 5 tahun bersama aku, kasut tu mmg banyak berjasa. dgn kasut tu ler gi interview PETRONAS, masuk UTP, wat presentation kat UTP.

Beli perfume Body Shop Arber 100 mL harga RM 89.00. Mahal? quite expensive for my condition but still, aku mmg nak gile perfume tu. aroma nyer mmg best sgt. ops...gi dgn bapak, bapak beli perfume satu lagi, botol kaler hijau.

Makan kat McD, aku makan 1 double cheese burger + 1 chicken burger + 1 Sprite large. aku belanja bapak makan 1 double cheese burger + 1 Sprite medium. hehehe...lapor lagi tu bila balik rumah tp tahan jer lapor. karang makan lebih2 laks, makin naik aku nyer jisim badan.

14 Jun 2005

-before gi kerja

aku terjaga dari tidur pkl 6.05 a.m.. tgk jam, ah...awal lagi. ish...baru perasan aku dah 21. apapun, dgn hujan yang rintik2 dan kipas nombor 5 kelajuannya, bing...terus aku baring balik. sedar2, dah pkl 7.21...bapak kejutkan aku. ah...malas banget nak bangun. tp bangun jgk, gi mandi. pakai baju, try perfume baru....smell nice. it's really worth. ops...terus try kasut baru dan terus bergerak gi kerja.

-dalam train

jumpa awek comey. muka cam anak mami, tp dia mmg comey banget. wat muka sengal tgk aku. hell, what your probs, hot chicks (ceh...masih berbahasa lagi tu even tgh bengang)? senyap...layan berfikir. terfikir jumaat ni nak present...terus rasa sengal. nervous tetiba. ah..tak sukanya perasaan gini.

-around 9, kat opis

bukak yahoo messenger, check email. hrm...ada few email. tgk frenz request aku dah approve. cayalah....camni la kawan. check msg for birthday wishes, takder...tetiba jadi sedey. then, aku tegur mekot, borak barang sepam dua. tetiba mekot ucap birthday....wah, aku kembali happy. check frenster, tgk ada testi dari mekot. terus aku approve.

-around 12.30 +

tgh borak dgn narul psl mr X, byk jgk bicara. tetiba narul cakap aku buat something yang buat dia bengang. aku gamam. wei..bila masa laks aku belot dari ally...tak pernah tau. aku cuak gile...tetiba kuar wish birthday dari narul. ah...bangsat sungguh wat aku ketaq. tp still, i'm happy. at least ada orang igt jgk. tetiba bapak pm aku ucap happy birthday. tambah2 aku happy....ada jgk orang igt arini birthday aku, igtkan aku sorang jer.

-around 1

narul tukar msg dia kepada "happy birthday to dueng" and zrug and affiq ucap sama birthday. thanks dude...kalau aku buat sendiri plak karang orang cakap mencari publisiti murahan. best nyer rasa teman2 rapat ucap birthday kat aku....

lepas tu, aku meneruskan kehidupan cam hari-hari lain....well, hari kelahiran aku bukanlah satu hari yang penuh dgn event cuma aku terasa hari camni aku patut abadikan dalam blog ni. well, blog ni dah macam bini no 2 aku dah, so mmg sayang sgt kat benda ni. semoga aku terus menerus berkasihan dgn blog aku ni. hahahha....so, dueng...noq you're already 21, be matured, enjoy life, and have a success year.

"Work hard, stay cheerful and lets love take care everything else" - CNY 2005, PETRONAS ad.

Saturday, June 11, 2005

My Source Of Life

I been looking through lots of material of depression and motivation in recent 5 years and now, I think I want to throw out one question that sometimes quite disturbing me. The question is: What is your source of life?

In simple word, who keep making you alive…. means the important person that will crying for your death, well, he/she must be some that very very very very important to you. I can say that he/she is more than any person in your world.

In my life, the source of my life is my family and to be specific; my mom and my sisters. Yeah, they are more than anything else in my whole world. Sometimes, I feel hopeless and feel like want to commit suicide (yeah…sometimes life just so unfair and cruel). But then, when I remember that the source of my life will be forever lost me and they’ll depress, I feel that why should I be so selfish about my life. And frankly speak, at that depression moment, I feel like I live my life for the source of my life…. not for myself. And I truly feel that on that moment, my life isn’t just about me and my thought…it’s about others who need me more than myself.

And I think the reason I manage to be strong and keep my head up is because I knew my life is not only for me, but also for the people around me, the people who love me. People in this world always keep searching their reason to exist in this world, and believe me…just look at people who always nagging you about study hard, who always punished you for the wrong thing you’re doing then you’ll realize THEY ARE the reason for you to exist in this world.

I keep looking for people who keep committing suicide because they’ve lost their love one a.k.a awek or balak, but then I saw a selfish person who never thought second time when they’re making decision. Ain’t they know that beside their love one, there are more people that love him/her than that stupid love one who left him/her??
Yes, they are her/his mother, father, siblings, and friends. How stupid people who commit suicide just because of one person who already forget about them, for people who already move on with their life with their new partner. At last, the people who commit suicide just another moron who never realize who is their TRUE source of life. And yet, people keep forgetting about their TRUE source of life and keep wasting their life for someone who never deserved for their life or at least for their death. And yet, when the death is just 0.1 cm from their life, at that moment they’ll always realize that the stupid love one is nothing for them but then, death is really really close to their life, no turning back. How pity…

Realize what your source of life and always keep your head up. Life maybe sucks, unfair and cruel but that’s not life is all about. Life is a composition of good and bad thing; it’s depending on you to choose which one belongs to you then you’ll realize, life ain’t that bad.

Ok…/me away from keyboard now!!

Wednesday, June 08, 2005

Sesuci Salji - My New Blog Skin

Huhu....setelah mengalami tekanan yang amat sangat dari aktiviti melampau waktu hujung minggu, aku manage menulis balik kat blog ni.

hari ni aku telah berhasrat menukar blog skin aku, kali ni kaler dia warna putih. sesuci salji aku namakan skin kali ni. cam best tp agak kosong sebenarnya. aku malas nak isi mende2 sgt, karang berat tahap gaban nak bukak blog aku. so, semua benda berada pada kedudukan kecuali skin jer yang tukar warna. wah...aku suka color ni, nampak suci well, even aku takder la sesuci skin blog aku ni tp aku tetap suka. hahaha....

ok, nak sambung wat report yang membuatkan aku rasa sengal. sengal nyer~~~