Akhirnya, 14 Jun datang jgk...hari yang aku tunggu2 every year (ye ke? ntah le). Tapi sempena dah ada blog ni, ingin lah jgk aku coretkan sikit kronologi peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa 14 Jun 2005. Aku akan start cerita dari 13 Jun hingga ke petang 14 Jun.
13 Jun 2005
-around 10 +
check frenster, dapat msg dari Brismack a.k.a syukri, mintak kek birthday dgn aku. ceh...aku pun tak plan apa2 utk birthday, ni dia plak nak mintak. tp aku hargai birthday wish dia. tq bro, igt jgk ko kat aku.
-malam tu at Jaya Jusco, Alpha Angel
Beli kasut hitam Road Master rega RM 59.90. aku beli sebab kasut hitam aku yang lama tu dah daif sgt...kulitnya dah tanggal2. sedih sungguh keadaan kasut lama aku tu. almaklumlah, aku pakai sejak aku form 5 sampai ler aku 4th year. 5 tahun bersama aku, kasut tu mmg banyak berjasa. dgn kasut tu ler gi interview PETRONAS, masuk UTP, wat presentation kat UTP.
Beli perfume Body Shop Arber 100 mL harga RM 89.00. Mahal? quite expensive for my condition but still, aku mmg nak gile perfume tu. aroma nyer mmg best sgt. ops...gi dgn bapak, bapak beli perfume satu lagi, botol kaler hijau.
Makan kat McD, aku makan 1 double cheese burger + 1 chicken burger + 1 Sprite large. aku belanja bapak makan 1 double cheese burger + 1 Sprite medium. hehehe...lapor lagi tu bila balik rumah tp tahan jer lapor. karang makan lebih2 laks, makin naik aku nyer jisim badan.
14 Jun 2005
-before gi kerja
aku terjaga dari tidur pkl 6.05 a.m.. tgk jam, ah...awal lagi. ish...baru perasan aku dah 21. apapun, dgn hujan yang rintik2 dan kipas nombor 5 kelajuannya, bing...terus aku baring balik. sedar2, dah pkl 7.21...bapak kejutkan aku. ah...malas banget nak bangun. tp bangun jgk, gi mandi. pakai baju, try perfume baru....smell nice. it's really worth. ops...terus try kasut baru dan terus bergerak gi kerja.
-dalam train
jumpa awek comey. muka cam anak mami, tp dia mmg comey banget. wat muka sengal tgk aku. hell, what your probs, hot chicks (ceh...masih berbahasa lagi tu even tgh bengang)? senyap...layan berfikir. terfikir jumaat ni nak present...terus rasa sengal. nervous tetiba. ah..tak sukanya perasaan gini.
-around 9, kat opis
bukak yahoo messenger, check email. hrm...ada few email. tgk frenz request aku dah approve. cayalah....camni la kawan. check msg for birthday wishes, takder...tetiba jadi sedey. then, aku tegur mekot, borak barang sepam dua. tetiba mekot ucap birthday....wah, aku kembali happy. check frenster, tgk ada testi dari mekot. terus aku approve.
-around 12.30 +
tgh borak dgn narul psl mr X, byk jgk bicara. tetiba narul cakap aku buat something yang buat dia bengang. aku gamam. wei..bila masa laks aku belot dari ally...tak pernah tau. aku cuak gile...tetiba kuar wish birthday dari narul. ah...bangsat sungguh wat aku ketaq. tp still, i'm happy. at least ada orang igt jgk. tetiba bapak pm aku ucap happy birthday. tambah2 aku happy....ada jgk orang igt arini birthday aku, igtkan aku sorang jer.
-around 1
narul tukar msg dia kepada "happy birthday to dueng" and zrug and affiq ucap sama birthday. thanks dude...kalau aku buat sendiri plak karang orang cakap mencari publisiti murahan. best nyer rasa teman2 rapat ucap birthday kat aku....
lepas tu, aku meneruskan kehidupan cam hari-hari lain....well, hari kelahiran aku bukanlah satu hari yang penuh dgn event cuma aku terasa hari camni aku patut abadikan dalam blog ni. well, blog ni dah macam bini no 2 aku dah, so mmg sayang sgt kat benda ni. semoga aku terus menerus berkasihan dgn blog aku ni. hahahha....so, dueng...noq you're already 21, be matured, enjoy life, and have a success year.
"Work hard, stay cheerful and lets love take care everything else" - CNY 2005, PETRONAS ad.
Tuesday, June 14, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment