Tuesday, January 31, 2006

Ringan & Berat

assalamualaikum....

update jugak blog ni setelah melalui kesengsaraan untuk memikir dan menulis dan mengupdate. okies...enjoy the crap. ENTRY MUNGKIN SENSITIF KEPADA SESETENGAH PIHAK.

sebut psl tupah, bukit wang, dan juga tangga kecemasan rumah flat, pasti terbayang adegan-adegan yang tidak lulus untuk dipertontonkan kepada umum. adegan2 dan lebih tepat lagi KELAKUAN yang sepatutnya dilakukan ditempat tertutup dan hanya selepas mengalami proses akad nikah ni dah jadi semacam satu trend baru yang mesti dirasai oleh setiap pasangan kekasih. mentaliti pasangan berkasihan menjadi satu kepelikkan sekarang ini. tidak sah kalau ber-couple kalau tiada peluk cium, pegang sana pegang sini. bukan tu saja, kepelikkan tu makin bertambah bila manusia-manusia yang ingin menjaga adab sopan dan tingkah laku dicemuh seolah-olah telah melakukan satu dosa besar. dari pengalaman dan kesaksian depan mata aku sendiri.

beginilah lebih kurang dialog antara mr ZZZ dan mr XXX.

mr ZZZ: mr. XXX, mr YYY cakap dia nampak ko mesra sgt td dalam LRT, betul ke?

mr XXX: ala, normal la tu...aku peluk jer, tak wat apa lagi pun.

mr ZZZ: hrmm...bukan apa, dia cakap tak manis la buat camtu, lagi pulak tempat awam. ko tak malu ke?

mr XXX: eleh..macam la mr YYY tu baik sgt. aku nak tengok kalau dia couple nanti, tipulah takder peluk2 ni semua.

mr ZZZ: (whatever la...orang nak tegur tp takmo dengar. ada problem nanti jangan carik aku sudah).

geleng kepala aku dengar. apalah nak jadi bebudak sekarang ni, orang tegur dia marah. aku takder la cakap aku ni baik sangat tahap wali Allah tp bagi aku, mungkin kita semua ni patut cuba untuk baiki diri kita dari terlalu menghampiri zina. bukan apa, kalau dah terlajak susah dah nak undur. diri sendiri merana. ada yang akan cakap, kalau lelaki tak kisahlah, takder kesan. sape cakap takde kesan? orang yang biasa 'rasa' biasanya berubah personaliti dia. akan ada semacam kelakuan yang berlainan dari biasa. aku pun tak tahu sgt, dengar orang cakap jer tp i'm kind of percaya.

certain perempuan tak kisah untuk menghadapi dan mengalami seks sebelum kahwin, maka soalan paling bernas yang patut aku tanyakan, APAKAH GUNANYA KAHWIN KALAU SEKS DAH BOLEH DIALAMI SEBELUMNYA LAGI? mungkin kita tak rasa bersalah kerana membiarkan insan yang bergelar suami merasai 'bekas orang' tapi sedarkah kita yang tuhan sekelian alam akan juga menimbulkan rasa bersalah di hati kita suatu hari nanti? jika kita selalu berkata "Apalah guna cinta tanpa kejujuran" maka "apalah gunanya kahwin kalau hanya dapat rasa bekas orang"?. our past always haunted us, so beware of what are you doing now cause back in future, the guilt will follow you like your own shadow.

mencintai seseorang adalah petanda yang seorang lelaki itu harus menghormati dan melindungi perempuan yang dikasihinya tetapi dgn kelakuan seks rambang begini, hilanglah rasa hormat, hilanglah segala perlindungan. pagar yang diharapkan menjaga padi, dimakannya pulak padi tu. ada ke patut. tapi orang cakap, bertepuk sebelah tangan tak jadi jugak. yang perempuan tu gatal2 melayan lagi tu apa hal. cukup sekali dah main pegang2, leave him for your own good especially kalau first date lagi pun dah memandai-mandai nak pegang memegang. itu petanda yang laki tu nakkan tubuh anda sahaja.

kalau benar dgn beri tubuh anda tu tanda sayang pada dia, nampak sgt anda murah. kalau aku jadi laki yang merasa tu pun aku boleh cakap camni:

"aih..murahnya perempuan ni, sure pernah buat dah before this"

you're just another cheap sluts in their eyes. dan percayalah, jantan macam tu TAK MUNGKIN KAHWIN dgn kamu. yet, cinta itu buta...anything can happen.

untuk couple yang masih lagi bermain sentuh menyentuh, peluk memeluk, cium mencium, rodok merodok, renti-rentikan lah. ingatlah, anda (lelaki) mungkin ada adik, anak, akak, sepupu, anak saudara, cucu, makcik, ibu yang berjantina perempuan yang masih belum tentu untung nasibnya. Jika anda tidak suka mereka yang anda sayangi disakiti, hentikanlah menyakiti dan merosakkan anak orang lain. jgn pening kepala jika apa yang anda buat terjadi pada mereka yang anda sayangi.

sekadar untuk renungan pada diri sendiri......dan teman-teman yang sudi membaca dan menerima.

footnote: kekasih sekarang adalah pelacur yg dibayar dgn cinta... - Abdullah Jones

1 comment:

Dils said...

Huhu. Good points.

It make me think will our daughters and sons be worse? I hoped my daughters and sons will be spared.

Anyhow.. what you say made me remembered a really annoying guy. This guy is a real jerk. He got a beautiful girlfriend and but went and have sex or whatever with his friend girlfriend.

Of course later on when they had broken up, he said
"I wanted a virgin wife"..
And he got a new gf which he described as:
"Don't you think this girl would be a perfect wife. She is so nice and sweet and beragama.. "
The girl is pretty and all and nice and sweet.

I felt like puking in front of him since I knew him yesteryears. And though I always hope the best for my friends. I hope the girl that he got will marry somebody else much more better.