Friday, March 10, 2006

Dunia.Ini.Kecil.Sekali

hello all....

wah..dikala pagi2 jumaat yang syahdu ini, sambil mendengarkan lagu Lane Moje yang dinyanyikan oleh Zeljko Joksimovic yang sgt sedap ni, tetiba teringat nak tulis pasal betapa kecilnya dunia ni.

Hari rabu lepas, pada tanggal 8 March 2006, aku telah berangkat pergi ke KLCC. ada field trip utk subjek Knowledge Management. Wah..lama dah tinggalkan KL. kali last datang KLCC adalah before habis internship, which is bulan 7 tahun lepas. tapi besenye lepak2 kat Suria KLCC jer tp ini first time naik ke pejabat PETRONAS. wah..first time (now i'm sound so jakun..hahaha). ya ya..whatever la. Then masuk2 jer foyer tu, eh..macam ku kenal mamat ini. bila dah dekat, sah...ini encik Khairi or nama famousnya Gomok. ah..tak sangka jumpa dia pagi tu. memang ramai budak2 junior ni praktikal kat KLCC, tp tak sangka kedatangan kami pagi tu disambut oleh orang yang aku kenal. hahaha.

nak dijadikan citer, teruslah kami naik ke atas conference room kat tingkat 41. lepas diberi taklimat pasal basic knowledge management, k-economy in malaysia, and implementation of knowledge sharing kat PMU oleh sorang pakcik tu, kami diberi chance nak makan2. lapor siot, pkl 7 pagi bertolak dari UTP, perut aku cuma dimasuki oleh seketul kek lapis Apollo dan beberapa teguk air kosong. dah la malam sebelum tu aku tak makan apa, just 2 ketul hotdog. memang perut aku growling all the way long to KL. then, tetiba ada sorang minah ni tegur aku tetiba.

"eh..ni dueng kan?"

aku pandang muka dia...sambil otak aku issue thousand of SQL command nak carik link muka dia dalam database otak aku. aiseh...tak jumpa. aku terus wat muka blur, siyes...tak kenal doo. time tu, ropai ada kat sebelah aku, aku tanyalah dia, dia kenal ke minah tu, dia cakap dia kenal, budak tu satu batch dgn dia. owh...then aku tanya dia lagi, camne dia leh kenal aku ek? ropai gelak2 jer, dia cakap dia pun tatau, sebab budak tu yang kenal aku, bukan dia. a ah...silly question. tgh2 makan tu, aku ushar lagi minah tu, aiseh...siyes cannot recall any name for her. muka dia cam familiar, maksudnya memang betul la dia kenal aku dan aku kenal dia. tp, camne dia tahu nama aku dueng???? ah...aku makin curious tapi aku tahankan jer dulu hasrat di hati nak tegur Gomok dan tanya pasal minah tu.

Habis jer taklimat yang second tu, ada lawatan ke Sky Bridge...wah, jakunnya aku, tak pernah naik sky bridge. tp muka wat bese2 jer...malu lah tunjukkan yang kita ni jakun sgt. hahaha. just enjoy the ride je. sampai at the end of that bridge nak ke tower 1, ada pintu keluar. aku pun tegur la Gomok, yer la...before that takder kesempatan nak bertegur sapa dgn mesranya. hahahaha. then, terjadilah sesi berdialog antara aku dgn Gomok.

Aku: assalamualaikum...haih, sorry2 td tak tegur. hahaha.
Gomok: tu la hang, wat cam tak kenal ja.
Aku: sorry2, bla...bla...bla...bla. Eh, Gomok, saper minah tudung hitam tu?
Gomok: tu syahadah. intern sekali dgn aku.
Aku: owh..dia guna nick apa ek? ko tahu tak?
Gomok: dia guna nick girlfriday kalau tak silap.
Aku: erk..loh, padanlah dia kenal aku....hahahaha.

nah...terbongkar segala misteri. tiada lagi hidup aku disebulungi misteri nusantara yang berpanjangan. girlfriday ke rupanya. demm...padanlah dia tahu nama aku. aku terus tegur minah tu.

Aku: eh..girlfriday ke?
Sya: a ah. tadi kan dah cakap time nak kuar makan td.
Aku: sorry2, siyes tak dgr. hahaha. tak sangka jumpa ko kat sini.
Sya: hahaha..bese.
Aku: ko intern kat sini rupanya. tak sangka, dapat jgk jumpa ko.

dan perbualan berterusan lah. hahaha. kecik sungguh dunia ni. yer la...punyalah dekat dulu aku duduk dgn dia, tapi tak pernah terserempak, tp kalau dah memang takdir nak jumpa tu, lari sejauh mana pun jumpa jgk. hahahaha. yer la..dia student UTP, dekat lah tu, kalau nak terserempak, hari2 pun boleh terserempak. tapi takder la aku pernah merancang utk terserempak. terasa miracle of this world, keciknya dunia, memang you'll bump into person you know someday somewhere. dan paling tak caya, gilrfriday tinggi siot. lebih kurang tinggi aku jer. dalam gambor tgk dia kemetot jer. hahaha. picture can decieve you. aku tak caya jumpa dia. yer la...aku start kenal dia time dalam #kuiz. di satu pagi yang hening, aku dgn dia jer main kuiz time tu. tetiba aku pun whois la, eh...perempuan dan aku tak kenal plak tu. so, sesi slap menyelep terjadi. so, selepas berbual beberapa ketika dan mengadd frenzter masing2, berborak la lagi. selalu jgk kaco minah tu, kesian dia kena kaco. hahaha. akhirnya, sebelum habis that semester, aku mintaklah blog dia.

so, dalam masa internship, membaca blog jer kerja aku so, blog dia tak ketinggalan utk dibaca. dalam pada tu, belek2 jgk la frenzter, kadang2 singgah jgk kat page dia. dan sekarang, dia depan mata aku. hahahhaa. unbelieveable. it's such a miracle.

teringat time aku internship dulu, ada satu forward email yang aku terima dari rumet aku, encik adam. besenye i don't give a damn sape yang memula send tp tetiba hari tu aku tergerak hati nak scroll sampai bawah, nak tgk first sender email tu. aku tepuk dahi jer tgk list email yang bawah sekali tu, rupa-rupanya orang opis aku ni je pun. yang memula antar tu sorang mamat yang kerja kat opis sebelah, satu department tp lain section. aku gelak sorang2 jer depan pc, punyalah dekat...tp nak kena pusing punyalah jauh. aku kira2 balik, ada dekat 15 link forward before sampai kat aku. hahaha...punyalah jauh pusing. padahal duk sebelah je. pelik tp benar. hahahha.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

first item, mari membaca manga Goong dari korea, berkisar pada anak raja yang kena kahwin dgn perempuan sama umur dgn dia pada masa umur derang 17 tahun. macam2 jadi, kelakar dan jiwang gile. manga ni dah dibuat series kat korea dan leh check kat d-addict.com. manga ini telah diperkenalkan oleh makcik Serenade kepada aku. gelak2 jer dgr makcik serenade citer psl manga dia. sweet yet damn hilarious. hahaha.

second item psl lagu baru dari negara balkan, direcommendkan oleh encik Azmi. lagu bertajuk Lane Moje (early at this post i do mention about this song) yang power gile, telah menang 1st runner up for European Song Competition. Second song dari jugak dari balkan, tajuk dia Lejla or Laila. yang ni bosnian yang nyanyi tp lagu dia serbian yang compose.

third item, jugak direcommend oleh encik Azmi jgk, psl lagu dan album baru DJ Sammy. dah dapat dah lagu2 tu, cuma tak dgr je lagi. untuk further info, leh tanya sendiri encik Azmi or visit Dj Sammy's Website yang cambest. DJ Sammy nyer music exceptional techno music sebab mmg fusion yang menarik jgk la. it's not giving too much bass sound but still nice to have the bass and techno mix in the song. ha...camne tu? dgrkahlah sendiri.

8 comments:

Anonymous said...

wahahaha mmg kecik! tatau lak ko kenal ropai gak?? keke. lagi skali donia ini keshikk! tapi kan tak pasan pon ropai dok seblah ko time tuh... aku segan sket ngan bliau..

ooo post smalam dah delete eh... patut la ym anda nye away msg rasa2 agak menjurus kepada sebab nape entry tu de delete... anyway she had her own reason tuh. gudlak again! :D

dueng said...

hahaha...time nak kuar tu memang ropai ada kat sebelah pun. saya pun segan jgk actually dgn dia. just tetiba rapat aritu. hahaha.

post semalam, biarlah jadi tatapan mereka yang bernasib baik je. tak perlu la ek nak beritahu kenapa. thanks girlfriday. heheheh. you too..stay cute neeh.

Remi said...

LAAAAAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........

Girl Friday ke?? Girl Friday ke? hah...skali lagi, Girl Friday ke?? hehe..aku pon slalu jek datang blog girlfriday nih..tak tau lak jumpa..heheh..

Datang arr Videoblog aku kalau ada masa.. Click sini

dueng said...

oit...sempat lagi promote blog dia tu. hahahhaa. silakan promote, kasi tinggi lagi page rank. aku tak lawat sebab internet utp sakes. nak stream video mmg fail habis. hahaha.

Remi said...

Takpe...tak kisah.. weh,.. Malaysia nak hanta Angkasawan.. 3 lelaki, sorang pompuan..Baju derang biru, sorang pilot, hahaha..lpas tu ada meteor shower, then something happened to them, derang ada power baru.. maka jadila "Fantastic Four" haha..sbijik cam Fantastic 4 ..

AKu ska komik2 nih..Sila la klik sini

dueng said...

ceh...mati2 aku igtkan betul. fantastic 4 rupenye. hahaha. bacalah wei entry baru. abandoned legacy of sweet childhood part I. saja revive old memories berkejaran sekeliling rumah. hahaha.

Confessions Of A Female Cryptic Mind said...

ahaa.. layan techno jom... Daynie mmg suka techno pung. DJ Sammy mmg besh but PM me if u want to listen to my latest discoveries in technoland.. alalalalalla

dueng said...

huhu~~...thanks danie. nanti bila internet connection yang ok...barulah kot leh mintak. techno best...release jer rasa. bebas. huhu~~..

how ya doing danie?