Episode: Pain In the Ass
Sambung cerita dari episode kat kuantan aritu. So, since aku report duty kat company tu (ATCEN Sdn Bhd) pada 10/7 aku pun merancang la nak pergi awal agar dapatlah aku buat persediaan awal sebelum mula bekerja. Masa sebelum aku blah dari UTP, aku da utilize UTP’s internet access to access forum cari.com.my untuk mencari rumah sewa sekitar area damansara. Dapatlah sebijik rumah dekat area kota damansara, seksyen 11. sewa bilik sebijik yang kecik yang membuang ringgit Malaysia setiap bulan sebanyak RM 200 including all utilities bills. So, waktu pergi KL kali ni aku pergi dengan abang ipar aku yang bawak teksi tu bersama dengan akak dan mak aku. Barang-barang tak sebanyak masa balik dari UTP, pasal tu la kakak aku boleh ikut sekali.
Kami bertolak dari rumah around 6 a.m. singgah sekejap kat plaza rehat dan rawat awan besar untuk solat dan sebagainya sebelum pergi ke rumah adik sedara abang ipar aku kat area puchong. Dekat situ berhenti makan lunch and solat asar. Lepas maghrib, aku call tuan rumah yang bernama Hairel untuk mengetahui lokasi rumah sewa tu. Dengar suara dan gaya bercakap encik hairel tu sangat meyakinkan dan boleh dipercayai tapi family aku telah melabelkan mamat tu sebagai puaka disebabkan satu insiden yang amat tak best nya. Nanti aku ceritakan plak insiden tu di lain entry. Around 8.15 dapatlah kami jumpa rumah berkenaan dengan encik hairel tu sekali. Rumah dia agak bersepah disebabkan bini dia takder kat rumah. Bini dia dah pindah ke banting, rumah mertua hairel tu sebab anak derang sekolah kat situ. Lepas siap angkut barang masuk, kami pergilah makan sebelum mak aku nak balik kuantan balik. Sedih jugak rasa masa tu even aku ni dah terlalu biasa sangat berjauhan dari mak aku. Entahlah, ada rasa tak sedap hati jugak. normally instinct aku betul je kalau ada benda yang tak betul akan jadi. Tapi aku redah jer since dah terlajak sampai ke KL ni. Alah….macam tak biasa jer duk KL ni. Bese-bese jer, nothing happen nye. Lebih kurang gitu lah aku memujuk hati sendiri yang payah sangat nak menelan rasa tak best masa tu. Disebabkan malas nak mengemas barang yang banyak jugak masa tu, aku just bukak dan hamparkan tilam nipis yang ada dan terus melayan tidur pada malam tu. Aku pergi KL pada hari rabu 5/7 tu, lupa plak nak cakap. So, aku leh lepak dan mengemas barang-barang kat rumah tu sepanjang weekend tu. Hairel tu aku dah tak jumpa dah lepas tu. Dia memang lepas tangan terus pasal rumah tu pada aku. Duduk lah aku sorang kat rumah tu. Pada masa yang sama, aku telah mengalami sedikit masalah kesihatan yang buatkan aku perlu kepada teman untuk temankan aku. Dari hari aku pergi ke KL lagi dah sakit tapi aku taknak buat mak aku susah hati so aku cakap sakit sikit jer.
Dari hari ke hari sepanjang minggu tu, aku terus menderita sakit sampailah satu tahap tu aku tak mampu bangun dah dari tempat tidur even untuk pergi mandi dan makan. Bukan sakit tu jer tapi jugak ditambah dengan demam dan selsema. Sengsara gile aku rasa masa tu, rasa macam nak tikam-tikam jer encik hairel tu sebab mak aku tahu akhirnya yang aku ni tengah menderita sakit teruk dan telefon encik hairel tu balik rumah untuk tengokkan aku kalau pengsan-pengsan ke, dah nak mati ke. Dalam telefon punya lah beria gile cakap nak balik malam tu jugak tapi rupanya sampai sudah aku tak jumpa dia dah. Busuk punya orang. Marah tak terhingga mak aku tapi aku cakap itu normal la bagi manusia sekarang ni yang pandai berjanji tapi tak reti nak tunaikan janji. Terkeluar jugak ayat favorite aku “alah…jangan risaulah, Ma. Kalau la abang mati, ada nya orang telefon ke Ma”. Tiada niat kat hati aku nak sakitkan hati dia, just aku cuma nak redakan suasana tegang dan marah-marah dia. Tetiba aku dengar sedu sedan kat hujung talian. Nangis pulak…sudah. Kena bebel sepam sebab cakap camtu. Kejadian tu berlaku pada pagi ahad that weekend sewaktu aku pergi membeli nasik lemak. Weekend yang sungguh panjang dan penuh kesakitan. Hell of a week. Lepas ni aku cerita pasal my first and second job dan jugak episod lari dari rumah sewa.
Next: Metamorphosis.
To be continued…..
Wednesday, September 27, 2006
Life after Graduation III
Episode: Home Sweet Home
Ok, kita sambung lagi cerita daripada episod sebelum ni. Lepas jer berkemas-kemas nak balik rumah tu settle, aku pun pergilah buat clearance. Jugak siap sedia nak pergi hantar thesis pada lecturer. Letih jugak la buat clearance ni since aku takder kenderaan. Berpeluh peluh jugak la jawabnya tapi tak kisahlah sebab aku dah malas nak balik semula ke UTP lain kali plak. Orang cakap memang la dapat buat masa konvo tapi aku agak positif aku nak enjoy gile-gile masa konvo so malas nak kacau masa yang ada tu. Biarlah settlekan semua sekaligus.
Pada hari selasa (27/6), mak aku pun datang. Datangnya mak aku dengan abang aku yang sulung. Lepas punggah masuk barang-barang dalam kereta, salam dengan adam, kami pun start la bertolak balik. Sebelum blah keluar dari UTP, aku mintak abang aku tunggu kejap kat new academic complex sebab aku nak hantar thesis kat lecturer kesayangan yang juga merangkap SV aku iaitu Puan Aliza. Ingatkan sempat la jumpa mungkin buat kali terakhir tapi tak berkesempatan sebab puan aliza takder masa aku datang tu. Sedih jugak la rasanya sebab time konvo nanti sure susah dah nak jumpa dia. Lepas je settle antar thesis tu, aku pun bertolak la balik rumah. Dalam masa balik tu, macam-macam yang melayang ke kepala otak aku ni including la masa-masa susah senang kat UTP dulu, masa gila-gila kat utp, dan jugak benda-benda yang pernah aku buat dan achieve sepanjang aku kat UTP. Lepas tu aku layan sembang borak dengan abang aku pasal life, kerja and macam-macam lai. Sekali sekala mak aku pun turut menyelit. Mak aku layan tidur jer sebab dia tak dapat tidur langsung sepanjang perjalanan ke utp sebab risaukan aku. Weird but itulah mak aku. Jadi untuk mengcover tidur yang tidak bercukupan, mak aku tidur jer. Aku sampai kira-kira pukul 9 malam kat rumah akak aku. Tak dapat nak balik lagi sebab barang-barang dalam kereta abang ipar aku tu tak dapat nak diangkut keluar even kalau aku balik rumah malam tu jugak. So just stay kat rumah akak aku jer dulu.
Esoknya, aku pun balik la rumah. Kat rumah kerja aku melayan movie jer. Buhsannya tak terhingga la. Sampailah satu hari tu bila aku diajak keluar enjoy oleh Lin. Kalau tak silap aku, hari tu Hari Jumaat that week jugak. keluar lah aku gi Bandar kuantan yang dah lama aku tinggalkan. Jumpa dengan Lin kat berjaya megamall. KD ada join jgk. Bebudak ni sakan nak berkaraokae so aku pun layan jer join. Derang paksa aku nyanyi tapi aku berkeras takmo nyanyi. Kalau sore aku sedap, memang dah lama dah karaokae ni jadi hobi aku tapi mengenangkan kalau aku tak nyanyi lagi baik so aku tak layan paksaan budak-budak ni. Tapi setelah kena push berkali-kali oleh Lin and KD yang sampai takmo kasi aku balik kalau aku tak nyanyi, terpaksa la jugak aku nyanyi. Satu lagu jer. Lagu Wings – Semalam Yang Hangat. Lepas jer nyanyi lagu tu, tekak aku terus sakit. Terus tak dapat nyanyi dah. Aku ajak la bebudak tu gi main boling tapi ditengah-tengah jalan main boling tu, abang ipar call. Since tempat aku tu susah sikit nak dapat bas di waktu-waktu petang, maka aku ingat nak balik dengan abang ipar. Dia bawak teksi and dia memang nak gi amik akak aku balik dari kerja. Walaupun sekejap je tapi tetap aku berpuas hati sebab dapat enjoy dengan bebudak ni.
Aku kemudian menyiapkan barang-barang aku untuk bertolak ke Kuala Lumpur kerana ada kerja yang menanti. (remember that survival episode at KL which including interview session? Actually, I got the job. Report duty on 10/7.)
Next: Pain In the Ass.
To be continued….

Labels:
Life Journal
Thursday, September 14, 2006
Life After Graduation II
Hello...
apa yang anda akan buat bila internet jadi terlalu cilaka? seperti biasa, aku menghamburkan bertan-tan makian. aih..letih tul tenet yang camni. sekarang ni sambil2 bosan kat rumah, aku menulis something. nanti dah byk2 aku dah tulis, baru aku post kat sini.
------------------------------------------------
berbalik kepada cerita aku sebelum ni, lepas aku melantak cendol dan rojak tu, aku amik train balik ke Kl Sentral dan pastu amik Monorail balik ke chow kit. letih gile aku rasa, dah la dengan perut tak berapa berisi ditambah rasa letih menahan rasa nervous yang tak sudah sebelum interview tadi memang wat aku drain my energy. nak memburukkan lagi keadaan, aku kena plak gi solat jumaat. adeh...cobaan betul la. sampai jer kat bilik, rumet ada kat bilik. aku pun terus la lepak atas katil. tanpa aku sedar, terlelap la aku diatas katil yang empuk tu. rumet aku ada kejutkan aku untuk solat jumaat tapi disebabkan keletihan yang amat sangat, aku memang tak sedar apa2. (aku tahu apa korang fikir tapi sungguh aku tak bermaksud nak ponteng solat jumaat tu.).
Lepas jer interview, kami pergi ronggeng la plak kat KL. pergi kat low yat plaza pastu gi berjaya times square. rumet aku belanja coffee bean's vanilla drink. boleh tahan sedapnya cuma mahal nak mampus. RM 11 + . gile hape one cup of drink harga camtu. lepas tu idea bernas aku mencadangkan kami gi makan kat hartz chicken buffet. memang itulah pengalaman antara paling ngeri bagi rumet aku. korang bayangkanlah kalau dah minum vanilla drink tu pastu makan pasta byk2. pergh...memang rumet aku tak dapat berjalan pulang malam tu. macam nak muntah pun ada. kesian gile dia. aku suruh dia muntah tapi dia takmo sebab takmo bazirkan benda yang dia dah makan tapi kesakitan dia tu memang menyakitkan. puas aku berfikir dan tenangkan dia. lepas lebih kurang setengah jam, kami akhirnya berjaya sampai ke tingkat bawah times square tu lepas keluar dari hartz chicken buffet tu. baru aku perasan yang ada 7 eleven kat bawah tu. dengan pantas aku membeli 2 peket eno, satu botol air mineral dengan cawan kertas sebijik. lepas bagi minum satu peket, keadaan rumet aku dah improve cumanya dia masih tak mampu nak naik monorail. risau jugak aku kalau2 dia muntah dalam monorail.
dengan sebab tu, kami amik teksi. keadaan dia makin improve dan sedikit sebanyak rasa bersalah aku yang mencadangkan dia makan kat hartz chicken buffet tu berkurang dah sikit2. lepas balik jer, kami terus mandi dan tidur. letih gile main pusing2. esoknya, kami pulang ke UTP. ini pun macam amazing race gayanya, berlari-lari sebab nak kejar bas. tapi aku masih ingat makcik penjual tiket bas tu, mak aih, jarang gile baju dia (memang sengaja) dan macam nak tersembul keluar dia punya buah dada tu. dah la kulit cerah. dah tua-tua pun tak sedar diri lagi. kalau muda-muda nak jugak aku tengok. hahaha. balik jer UTP, aku bagitahu mak aku yang aku nak balik rumah. perkara paling memenatkan sudah tiba bilamana aku terpaksa buat clearance dan juga packing barang aku untuk blah dari UTP. barang2 aku yang selama 5 tahun ni memang penuh la satu kereta abang aku tu dimuatkan. dia sendiri tak sangka tapi nak wat camne, aku tak pernah wat balik langsung barang2 aku selain pakaian aku jer bila tiba musim cuti. memang geleng kepala jer. sempat jugak la sebelum balik tu aku melayan world cup dan internet buat kali terakhir. keluh kesah aku nak meninggalkan UTP dan internet dan network dan forum (byk sgt nak listkan kalau aku nak tulis semua) dan manusia-manusia didalamnya. sedih gile rasa. aih...sedihnya bila nak blah. tak sangka, abis jugak aku belajar kat UTP. macam-macam benda dah jadi.
weird sungguh tapi itulah perasaan seorang graduan. btw, aku masuk kerja pada 2 minggu lepas tu. nanti aku sambung cerita cuti pendek aku kat kuantan dan kisah tuan rumah aku yang macam celaka dan jugak awek2 hot kat tempat kerja aku. nantikan.....

Subscribe to:
Posts (Atom)