Wednesday, September 27, 2006

Life after Graduation III

Episode: Home Sweet Home

Ok, kita sambung lagi cerita daripada episod sebelum ni. Lepas jer berkemas-kemas nak balik rumah tu settle, aku pun pergilah buat clearance. Jugak siap sedia nak pergi hantar thesis pada lecturer. Letih jugak la buat clearance ni since aku takder kenderaan. Berpeluh peluh jugak la jawabnya tapi tak kisahlah sebab aku dah malas nak balik semula ke UTP lain kali plak. Orang cakap memang la dapat buat masa konvo tapi aku agak positif aku nak enjoy gile-gile masa konvo so malas nak kacau masa yang ada tu. Biarlah settlekan semua sekaligus.

Pada hari selasa (27/6), mak aku pun datang. Datangnya mak aku dengan abang aku yang sulung. Lepas punggah masuk barang-barang dalam kereta, salam dengan adam, kami pun start la bertolak balik. Sebelum blah keluar dari UTP, aku mintak abang aku tunggu kejap kat new academic complex sebab aku nak hantar thesis kat lecturer kesayangan yang juga merangkap SV aku iaitu Puan Aliza. Ingatkan sempat la jumpa mungkin buat kali terakhir tapi tak berkesempatan sebab puan aliza takder masa aku datang tu. Sedih jugak la rasanya sebab time konvo nanti sure susah dah nak jumpa dia. Lepas je settle antar thesis tu, aku pun bertolak la balik rumah. Dalam masa balik tu, macam-macam yang melayang ke kepala otak aku ni including la masa-masa susah senang kat UTP dulu, masa gila-gila kat utp, dan jugak benda-benda yang pernah aku buat dan achieve sepanjang aku kat UTP. Lepas tu aku layan sembang borak dengan abang aku pasal life, kerja and macam-macam lai. Sekali sekala mak aku pun turut menyelit. Mak aku layan tidur jer sebab dia tak dapat tidur langsung sepanjang perjalanan ke utp sebab risaukan aku. Weird but itulah mak aku. Jadi untuk mengcover tidur yang tidak bercukupan, mak aku tidur jer. Aku sampai kira-kira pukul 9 malam kat rumah akak aku. Tak dapat nak balik lagi sebab barang-barang dalam kereta abang ipar aku tu tak dapat nak diangkut keluar even kalau aku balik rumah malam tu jugak. So just stay kat rumah akak aku jer dulu.

Esoknya, aku pun balik la rumah. Kat rumah kerja aku melayan movie jer. Buhsannya tak terhingga la. Sampailah satu hari tu bila aku diajak keluar enjoy oleh Lin. Kalau tak silap aku, hari tu Hari Jumaat that week jugak. keluar lah aku gi Bandar kuantan yang dah lama aku tinggalkan. Jumpa dengan Lin kat berjaya megamall. KD ada join jgk. Bebudak ni sakan nak berkaraokae so aku pun layan jer join. Derang paksa aku nyanyi tapi aku berkeras takmo nyanyi. Kalau sore aku sedap, memang dah lama dah karaokae ni jadi hobi aku tapi mengenangkan kalau aku tak nyanyi lagi baik so aku tak layan paksaan budak-budak ni. Tapi setelah kena push berkali-kali oleh Lin and KD yang sampai takmo kasi aku balik kalau aku tak nyanyi, terpaksa la jugak aku nyanyi. Satu lagu jer. Lagu Wings – Semalam Yang Hangat. Lepas jer nyanyi lagu tu, tekak aku terus sakit. Terus tak dapat nyanyi dah. Aku ajak la bebudak tu gi main boling tapi ditengah-tengah jalan main boling tu, abang ipar call. Since tempat aku tu susah sikit nak dapat bas di waktu-waktu petang, maka aku ingat nak balik dengan abang ipar. Dia bawak teksi and dia memang nak gi amik akak aku balik dari kerja. Walaupun sekejap je tapi tetap aku berpuas hati sebab dapat enjoy dengan bebudak ni.

Aku kemudian menyiapkan barang-barang aku untuk bertolak ke Kuala Lumpur kerana ada kerja yang menanti. (remember that survival episode at KL which including interview session? Actually, I got the job. Report duty on 10/7.)

Next: Pain In the Ass.

To be continued….

No comments: