Hello...
apa yang anda akan buat bila internet jadi terlalu cilaka? seperti biasa, aku menghamburkan bertan-tan makian. aih..letih tul tenet yang camni. sekarang ni sambil2 bosan kat rumah, aku menulis something. nanti dah byk2 aku dah tulis, baru aku post kat sini.
------------------------------------------------
berbalik kepada cerita aku sebelum ni, lepas aku melantak cendol dan rojak tu, aku amik train balik ke Kl Sentral dan pastu amik Monorail balik ke chow kit. letih gile aku rasa, dah la dengan perut tak berapa berisi ditambah rasa letih menahan rasa nervous yang tak sudah sebelum interview tadi memang wat aku drain my energy. nak memburukkan lagi keadaan, aku kena plak gi solat jumaat. adeh...cobaan betul la. sampai jer kat bilik, rumet ada kat bilik. aku pun terus la lepak atas katil. tanpa aku sedar, terlelap la aku diatas katil yang empuk tu. rumet aku ada kejutkan aku untuk solat jumaat tapi disebabkan keletihan yang amat sangat, aku memang tak sedar apa2. (aku tahu apa korang fikir tapi sungguh aku tak bermaksud nak ponteng solat jumaat tu.).
Lepas jer interview, kami pergi ronggeng la plak kat KL. pergi kat low yat plaza pastu gi berjaya times square. rumet aku belanja coffee bean's vanilla drink. boleh tahan sedapnya cuma mahal nak mampus. RM 11 + . gile hape one cup of drink harga camtu. lepas tu idea bernas aku mencadangkan kami gi makan kat hartz chicken buffet. memang itulah pengalaman antara paling ngeri bagi rumet aku. korang bayangkanlah kalau dah minum vanilla drink tu pastu makan pasta byk2. pergh...memang rumet aku tak dapat berjalan pulang malam tu. macam nak muntah pun ada. kesian gile dia. aku suruh dia muntah tapi dia takmo sebab takmo bazirkan benda yang dia dah makan tapi kesakitan dia tu memang menyakitkan. puas aku berfikir dan tenangkan dia. lepas lebih kurang setengah jam, kami akhirnya berjaya sampai ke tingkat bawah times square tu lepas keluar dari hartz chicken buffet tu. baru aku perasan yang ada 7 eleven kat bawah tu. dengan pantas aku membeli 2 peket eno, satu botol air mineral dengan cawan kertas sebijik. lepas bagi minum satu peket, keadaan rumet aku dah improve cumanya dia masih tak mampu nak naik monorail. risau jugak aku kalau2 dia muntah dalam monorail.
dengan sebab tu, kami amik teksi. keadaan dia makin improve dan sedikit sebanyak rasa bersalah aku yang mencadangkan dia makan kat hartz chicken buffet tu berkurang dah sikit2. lepas balik jer, kami terus mandi dan tidur. letih gile main pusing2. esoknya, kami pulang ke UTP. ini pun macam amazing race gayanya, berlari-lari sebab nak kejar bas. tapi aku masih ingat makcik penjual tiket bas tu, mak aih, jarang gile baju dia (memang sengaja) dan macam nak tersembul keluar dia punya buah dada tu. dah la kulit cerah. dah tua-tua pun tak sedar diri lagi. kalau muda-muda nak jugak aku tengok. hahaha. balik jer UTP, aku bagitahu mak aku yang aku nak balik rumah. perkara paling memenatkan sudah tiba bilamana aku terpaksa buat clearance dan juga packing barang aku untuk blah dari UTP. barang2 aku yang selama 5 tahun ni memang penuh la satu kereta abang aku tu dimuatkan. dia sendiri tak sangka tapi nak wat camne, aku tak pernah wat balik langsung barang2 aku selain pakaian aku jer bila tiba musim cuti. memang geleng kepala jer. sempat jugak la sebelum balik tu aku melayan world cup dan internet buat kali terakhir. keluh kesah aku nak meninggalkan UTP dan internet dan network dan forum (byk sgt nak listkan kalau aku nak tulis semua) dan manusia-manusia didalamnya. sedih gile rasa. aih...sedihnya bila nak blah. tak sangka, abis jugak aku belajar kat UTP. macam-macam benda dah jadi.
weird sungguh tapi itulah perasaan seorang graduan. btw, aku masuk kerja pada 2 minggu lepas tu. nanti aku sambung cerita cuti pendek aku kat kuantan dan kisah tuan rumah aku yang macam celaka dan jugak awek2 hot kat tempat kerja aku. nantikan.....
Thursday, September 14, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
yeay.. teruskan cite. Packing brg. Huhuhu.. trase rindu jugak la packing brg. Dulu tiap2 sem kena pack brg masuk dlm kotak.. (walaupon tak bwk balik)
My life in packing.. is to move to nxt stage: marriage. Pergh..
wah..dah update! susah cari internet eh?
dils nak kahwin? wah wheee...pergh.
my life is about packing. from a stage to another. just memories left behind.
susah doo nak dapat internet. tapi aku redha jer la. hahhaa.
oit... what a life.
i read ur post and i feel like running too.
phew penat sial.
and 3 words for u..
DAMN U PERVERT!!
hahaha.. guling2 aku gelak time "makcik baju jarang tuh"
nais jek..
hey i miss our time aa with all other Kids. lol
havva a great life bro.. ;)
p.s. Xabi ensem!!!
yet lots to come bebeh. ada 10 part. miss time with the kids? me too.
thanks babe. :P
xabi memang encem tapi gerrard tetap paling macho. :P
Post a Comment