Friday, October 27, 2006

Life after Graduation IX

Notes: This entry quite lengthy.

Episode: Sunny Day

Lepas settle hal resign aku tu, aku pun balik la rumah. Since tak ada apa-apa nak dibuat, aku pun naik LRT dan teruskan berulang alik dari stesen Kelana Jaya ke stesen Terminal Putra. Ada lebih kurang 2 kali aku duduk sambil train ulang alik. Letih tapi sebab aku kebosanan, agak menyeronokkan jugak la. Weekend tu aku habiskan dengan pergi berjalan-jalan kat times square bersama member. Sempat jugak aku membeli sepasang kasut DC since kasut aku yang ada tu dah cam nak rabak dah. Teringat kasut DC aku yang hilang masa intern dulu, sayang gile aku kat kasut tu since sedap dipakai kasut tu dan tahan lasak.

Hari isnin pun tiba dan aku pun pergilah melaporkan diri untuk kerja baru kat Megan Avenue. Hari first tu agak blur jugak tapi aku pergi jumpa dengan Qim dulu before aku di schedule kan untuk training. Training untuk jadi certified reseller agent for TMNet. Pagi tu baru aku dapat kenal bunyi-bunyi bising yang aku dengar masa aku datang interview aritu. Rupanya derang ada semacam morning gathering setiap pagi untuk review performance dan buat team meeting. Yurp, it’s happened every morning. Memula tu derang gather secara rawak dan berlatih pitching (teknik bercakap dengan customer) sesama sendiri. Tiada had kalau nak pilih sesape pun untuk berlatih pitching, sometimes boleh jer mintak bos; mr chua and mr Kenny untuk role playing as customer. That’s one unique character of this organization whereby boss and worker have no gap at all. Boss macam kawan-kawan jer, yang VP pun sentiasa cool dan selalu jumpa worker dan Tanya khabar. Siap dia bagi SKYPE ID untuk sesape nak contact for any consultation either from sales side or management/leadership side. Totally unlike conventional organization. Memula tu aku agak culture shock la since mana pernah tengok benda macam tu jadi ut derang memang baik hati dan sentiasa friendly untuk menolong aku sesuaikan diri. Siap yang lama-lama tu datang perkenalkan diri kat aku dan siap Tanya macam-macam lagi. Weird but it’s work their way. Lepas jer sesi random tu, derang pun ada la bell ringing and gong bashes session. Bell ringer ada untuk mereka yang buat at least RM 100 sales yesterday dan gong basher untuk RM 200 above. Ada jugak superguy award yang dapat buat sales lebih RM 300 the day before. Jugak ada untuk new personnel yang baru join kalau derang dapat buat sales (without concerning the amount) jugak dapat jadi gong basher. Yang menariknya pasal aktiviti ni adalah derang akan duduk dalam semi bulatan mengelilingi area perhimpunan tu dan bell dan gong terletak kat tengah bilik tu. Lepas ringing the bell or bashes the gong, derang akan bertepuk tangan (audience) chanting the name of bell ringer or gong basher sambil the gong basher or the bell ringer akan walking around the semi bulatan sambil give 5 to audience. Interesting since memang kecoh gile la. Lepas jer sesi gong bashes and bell ringing, ada sesi pesanan dari owner (JAG, Keneve and Regal). Macam pemilik Keneve (Mr Kenny) always talk bout sales, PR Jag (Mr Neville) always talk about mindset and attitude while owner Regal (Mr Jovelle) always talk about self-motivation.

Setiap hari, ada jer antara mereka yang akan bercakap. Since kerja sampai sabtu so setiap owner ada 2 kali chance dalam seminggu untuk bercakap. Kadang-kadang ada promotion session lepas sesi pesanan dari owner tu. Promotion session ni untuk people yang move to COD 3 (Cycle of Development 3). Basically dalam kerjaya ni ada 6 COD yang perlu dilalui before you’re promoted to be an owner. The youngest owner in Malaysia is 22 years old and his office is in Penang. He joined COBRA group when he’s 20 years old only. 2 years is normal period for you to be promoted as an owner. Some people take less time, some people take up to 2 and half years. Macam Neville from Jag, dia hanya ambil masa 20 weeks untuk dipromotekan jadi owner tapi VP (Mr James) yang open first office in Malaysia (Jag Advertising) suruh Neville jadi PR for Jag office. Dia nyer salary around RM 40K per month but because they got weekly salary, it’s about RM10K per week. And this is not bullshit at all, I watch it myself. Tapi Neville sendiri pun start dari level kami jugak, level doing sales in field. Most of the time, korang akan buat sales around 1 year then another year korang akan move on to management side dah. Start from assistant owner, korang dah duduk kat office dan learn about management. Nice job kan? Cuma kena susah-susah la dulu, barulah dapat rasa senang.

Derang jugak ada standard pitching technique including 5 Impulse Factor yang wajib digunakan dalam pitching. Dengan 5 Impulse factor tu, korang akan dapat push customer. Also they have standard pitching steps yang akan digunakan sebagai guidelines untuk korang pitching. Basically, aku suka gile this job since menarik gile walaupun kadang-kadang bila tak dapat buat sales tu frust jugak la. Hari first kat sana digunakan untuk doing training. Aku sorang jer lelaki dalam group training tu dan aku sorang jer yang ada IT degree. Since belajar pasal TMNet (network and such), senang la aku nak pahamkan compare to others. Takder la susah sgt, just basic dalam subjek Data Comm dah lebih dari membantu aku untuk fahamkan service TMNet ni. Things like ADSL, SDSL, modem, router, wireless network, copper wire, upload and download speed dan macam-macam lagi la. Best Cuma otak agak keletihan sebab terlalu banyak benda yang nak kena hafal. Waktu training tu ada sorang Chinese from Curtain University ada join sekali. Others from local U jer tapi dia ni selalu Tanya aku pasal jargon yang digunakan sebab dia tak paham sangat. Kesian dia yang agak blur sebab degree dia dalam business admin. Yang budak-budak lain tu blur jugak tapi takmo Tanya so takder la aku nak rajin-rajin pergi tolong. Segan jugak la, takut orang cakap kita nak berlagak pulak. At the end of the day, ada la small test untuk tengok knowledge yang kami dapat absorb sepanjang training tu. Markah untuk pass is 80% which quite menekan la bagi orang yang blur. Lepas jer habis user training, aku pun jumpa dengan Qim kejap dan lepak-lepak sambil makan kat mamak depan menara AmBank. Lepas tu, aku pun balik rumah. Habis sudah my first day there.

Next – Episode Finale: Sweet Sweat.

To be continued…

1 comment:

Anonymous said...

panjang nye wak...saya tak paham...