Friday, February 16, 2007

Mee Maggi Spree

Suddenly a rush of idea come to my head on video for Maggi Mee Contest. Ok, i will put it now. Sape nak wat video maggi ni bersama aku?

Frame #1: Sorang budak tgh duduk mencangkung makan Maggi. Maggi yang tak masak, just letak perencah dan Maggi tu dihancurkan. Tgh2 khusyuk makan, 2 orang member dia berlari2 sambil berebut Maggi.

Dialog: Oi, Maggi aku!!!

Maggi: Maggi Kari.

Frame #2: 3 orang budak tengah memasak Maggi (jugak mencangkung) dalam baldi. Suasana asrama sekolah. Muka masing-masing tengah high bau Maggi tu (tutup mata sambil tarik nafas panjang). Tgh2 derang layan masyuk tu, 2 orang member derang berlari sambil berebut Maggi.

Dialog: Oi, Maggi aku!!!

Maggi: Maggi Tomyam.

Frame #3:
Sorang budak tengah duduk mencangkung makan Maggi masa tengah stay up untuk study. Maggi yang dimasak dalam mangkuk masih lagi berasap2. Pintu bilik dia terbukak dan ternampaklah 2 orang member dia berlari berebut Maggi.

Dialog: Oiiiii, Maggi akuuuuu!!!

Maggi: Maggi Asam Laksa.

Frame #4: Sorang bapak duduk kat meja makan tengah makan Maggi. Sebelah dia ada budak jugak tengah makan Maggi. Exactly the same position, same cloth and same eating style. Tetiba ada 2 orang anak dia tengah berlari berebutkan Maggi. Then, bapak budak tu stopkan 2 orang anak dia tu dan kasi Maggi sebungkus sorang.

Dialog: Oi, Maggi aku!!

Maggi: Maggi Ayam.

Frame #5: Semua watak tu berdiri ikut order. Budak kecik frame #1 depan sekali, diikuti student frame #2, student frame #3, bapak frame #4. Mereka berdiri sambil tabik pada billboard Maggi. Ada tulisan, "Kami membesar bersama Maggi. Terima kasih Maggi."

Frame #6: Fade out.

Song of choice: itu aku takder idea lagi. kena pilih lagu yang agak nostalgik dan dramatik sikit.

Amacam, creative enough?

5 comments:

Anonymous said...

lagu?

begawan solo, keroncong style.

jangan ambil part nyanyi2, ambil part musik saje.

beesstt!

cleo weiland said...

Interesting ideas! Huhuh ade lagi ke bebudak asrama masak maggi dlm baldi eh? Kesian nye mcm 3rd world country huhuhu~

dueng said...

FOO: ada lagu begawan solo tu? kasi pada aku boleh? nice idea though. aku membayangkan lagu itu mesti macam dalam Mukhsin karya Yasmin Ahmad. keroncong sedap cuma agak buhsan selepas berkali2 ulang. :)

Cleo: /me tak pernah buat masak maggi dalam baldi tp pernah lah tengok keramaian di asrama memasak maggi dalam baldi. it's truely a mesmerizing experience. budak goreng fishball guna heater pun masih ada lagi. hehehe.

Unknown said...

sedara, masih relevant lagi kah iklan ini kerana kerajaan begitu beria-ia ingin mengharamkan iklan makanan segera.

*sigh* lepas ni dah takde lagi iklan, "tora..datang lagi dengan..."

dueng said...

saya kira bodohnya kerajaan mengharamkan iklan makanan segera. saya fikir makanan berkhasiat sepatutnya diiklankan dan dipakejkan dengan lebih baik untuk menarik perhatian.

mengharamkan iklan makanan segera tidak membantu rakyat menjadi lebih sihat. mungkin saja malaysia ini mahu menutup semua pintu peluang pendapatan ke negara ini.

entahlah. kerajaan sekarang terlalu bijak.