Tuesday, May 08, 2007

Casa Idaman

Seingat aku, masa aku form 5, aku pernah buat satu karangan bertajuk "My Dream House". ok, it's lame tapi aku suka tajuk tu. cukuplah karangan BM kena perah kepala otak nak carik ayat terbaik dan tatabahasa tahap bombastik gile babi tonyok pening nyer la so karangan english rileks2 sudah. Seingat aku sepanjang aku bersekolah (not included university time), aku pernah tulis pasal my dream house/rumah idaman aku ni sebanyak 2 kali. kali pertama ketika aku kurang lebih darjah 5. masa tu, rumah idaman aku adalah sebuah rumah papan tepi sawah dekat dgn kaki bukit. betapa la sentimental dan kampungnya rasa diri aku. tapi bila aku tulis balik masa aku form 5, everything change. aku terasa ada kelainan aku menulis, mungkin perspektif aku terhadap dunia dah berbeza masa tu. so, apa sebenarnya rumah idaman yang aku inginkan?

aku selalu inginkan rumah either atas bukit atau tepi sungai. hahaha. aku mmg sentimental dan most of the time, mental. aku cerita pasal rumah tepi sungai sebab aku suka sangat rumah tepi sungai.

rumah aku mesti duk tepi sungai. bukan sungai macam sungai pahang tu tapi anak sungai, ala2 stream je. dari segi landskap nyer, rumah aku ni ada pintu gerbang masuk yang gunakan 2 pokok yang diikat hujungnya supaya jadi arch. rumah aku jauh sikit dari sungai, kurang lebih 50 meter dari sungai. jalan menuju ke rumah aku dari pintu gerbang ditanam dgn pokok mempisang ditepi2 jalan tu. pokok mempisang ni spesis pokok yang tinggi dan tidak berbunga jadi sangat lawa utk jadi peneduh jalan menuju ke rumah aku. part rumah pulak, basically rumah aku adalah rumah kayu ala2 rumah lama jepun. rumah dia tak tinggi macam rumah melayu tapi tak jugak atas tanah macam rumah teres. kiranya lantai rumah terangkat dalam sekaki dari tanah.

rumah aku mempunyai 4 beranda mengikut arah mata angin. utk bahagian utara, aku nak buat taman jepun dgn kolam betul2 mengadap beranda utara tu. area beranda utara ni aku nak jadikan tempat rekreasi keluarga, tempat berkumpul dan berborak. suasana santai dgn wood or rattan furniture. beranda barat dijadikan tempat solat. sesuai dengan arah matahari terbenam dan arah kiblat, bahagian utara sangat sesuai dijadikan surau. beranda ni akan jadi beranda utk aktiviti keagamaan. beranda timur pulak aku nak jadikan kawasan mini library. kiranya tempat utk menimba ilmu dan perbincangan ilmiah dan juga diskusi pelajaran anak2. untuk beranda selatan pulak, aku teringin nak buat ruang dedikasi untuk ruang kerja. segala problem berkenaan business akan dibawa kepada area berkenaan untuk dibincangkan (bagi lah aku berangan jadi business man yang kaya raya..hahah).

bilik pulak akan terisi antara ruang antara beranda, lebih privacy. utk ruang makan, aku suka meja yang simple (kayu semestinya) dgn kerusi ala2 kerusi sponge berframe (ala2 kerusi kat lecturer office kat utp) kayu. selesa nak duduk, tak sakit punggung nak duduk makan lama2. untuk ruang tamu, a normal couch will do. di bahagian luar rumah pulak ada one 3 on 3 basketball court and camping side.

ok..enough la aku rasa, tapi begitulah sedikit sebanyak apa yang ada dalam kepala aku untuk rumah impian aku. entah bila la aku dapat rasa duduk rumah macam yang aku bayangkan ni.anyway, it's nice to have this kind of house. :)

8 comments:

Husna said...

my dream house.
bilik saya menghadap pemandangan yang sangat luas sbb sangat menenangkan.
the best view - menghadap lautan luas.

kalau boleh nak dinding kaca sebab tak semak mata.

itu yg terpk dalam kepala. LOL.

p.s - and a hot husband beside me. a MUST!

Anonymous said...

aku rse da brape bnyk karangan pasal 'rumah impian saya' yang aku buat time skolah.

i never tought one but i do prefer living in kampung area :)
more calm and sejuk.
xde la rse global warming cam kat kl neyh.

same la kite husna.
aku pon nk wat dinding kaca.
so that aku leyh view orang..ops..view diluar :P

Hani said...

my angan-angan house:-
rumah satu tingkat berlantaikan jati bersilingkan cengal hehe. tuh je. kuakua.

rumah idaman:-ade sebijik rumah aku tgk kt Seputeh Hill kot. Mmg syiok. 3 tgkt. 1.8 juta wa ckp luh!!! mane nk carik suami kaya??!!
(ok..bkn mane nk carik duit haha!)

mangi, deskripsi rumah idaman kamu tuh xleh sy mskkn lam paleotak. belit2 pusing2 jadinye. yg sy nmpk kort basket je. LOL.

dueng said...

hahaha.

chunna: rumah cermin takder privacy. unless rumah kamu jer satu2 nya kat area tu. tak gitu? hot husband on your way right? hahaha

ain: suka la tu view orang. ops..view luar. :P

hani: wah..humble nyer rumah angan2 kamu. simple and honest. rumah idaman tu kelas gitu. ada wow factor. laki kaya? paklah kan ada. the most eligible (richest) bachelor. hahaha.

belit2 ke? ok, aku make it simple. rumah kayu dgn 4 beranda. jalan masuk ke rumah tu ala2 dalam gladiator (rumah maximus). the real image are in my mind so kalau saya ni power art, leh la saya lukiskan. hahaha.

Anonymous said...

haha it tickles me when u mention "kalau saya ni power art" lol who is? :)

hmm mine is skyview apartment oversee busy city. dream loc NYC, if not KL okay gak. haha

p.s. im gonna get it with or without anybody. LOL

dueng said...

hahahaha. you're POWER in art. or should i say, aku ni tak boleh nak koordinasikan tangan aku utk melakar supaya berkadar langsung dgn imaginasi aku.

approved that statement?

big city? wow...sound like donald trump tower je. luxury apartment with big city view.

the p/s make me laugh so hard. yeah, with or without anybody. :P

Anonymous said...

Rumah kayu dgn 4 beranda is so japanese!! With a height of 1 feet from the ground. Gee maybe u should think of putting a hole in the middle of the house. Leh wat tempat latih chakra wiu wiu!~ :p

And ur house will be something like the byakugen family! ;p

Well, my dream house would be situated in not so kampung, and not so city. Nak kat muar! hahaha!

And I dream of a castle - german like castle maybe? then I could make some mysterious room here and there. hee hee.

Owh so much of watching Conan!

Anonymous said...

Wow.. rupanya ada entry lain yg best. Baru aku perasan. Hahaha.. sori mangi sbb x komen!! :P

Erm, as for me, I want all of the houses that u guys n girls are dreaming of.. can I? Hahahaha.. Kidding~

Actually, my dreamed house is simple. I don't mind whether it's big or small, where is it located, how many storeys does it have, what materials is it made of, etc. But there's only 1 criterion that it should fulfill....

..it's the place where I share my living WITH those whom I cherished the most in my life =)